BAB 1
Kakinya melangkah menuju ke arah kafe kegemarannya seorang diri, seperti kebiasaannya pada waktu ini. Langkahnya kemas dan tenang seperti tuannya. Namun, tiba-tiba...
Buk!
Entah macam mana dia boleh terlanggar pintu kafe hari ni. Ish, padahal hari-hari datang ke sini. Mungkin disebabkan dia jalan menunduk. Laju dia menoleh kiri kanan beberapa kali. Nafas lega dihembus perlahan. Mujur tiada yang melihat. Kebetulan juga hari ini dia memakai hoodie hitam dan mask hitam. Kalau ada yang nampak pun, taklah dia malu sangat.
Pintu kafe ditarik. Langkahnya menuju terus ke kaunter.
"Macam biasa," pesannya ringkas tanpa perlu melihat menu yang dipaparkan di kaunter sambil ralit memandang telefon di tangan.
"Huh sorry?" Suara seorang gadis menyapa di telinganya.
Lelaki itu mengangkat kepala, memandang gadis yang berdiri di hadapan kaunter. "Ohh, orang baru ke? Sorry, aiskrim matcha crunchy topping pistachio satu, tu je."
Hanan mengangguk dan mula menyediakan pesanan.
Selesai membuat pembayaran, aiskrim dibawa ke tempat duduk kegemarannya. Sedikit jauh daripada perhatian orang ramai. Tempat yang agak tersorok tetapi selesa baginya. Matanya memerhati sekeliling. Suasana kafe tenang dan santai, sesuai dengan jiwanya yang sukakan ketenangan. Ada pun manusia yang senyap membaca buku atau menghadap laptop. Seperti suasana kafe buku yang sepatutnya.
"Anis, kau tahu ke siapa lelaki tu?" tanya Hanan sambil menuding ke arah lelaki tadi yang sedang merenung aiskrimnya dengan pandangan mata bersinar seolah-olah aiskrim itu adalah benda paling berharga di dunia.
"Ohh budak tu. Dia memang setiap hari datang sini. Aku rasa dia kerja dekat-dekat sini. Order dia pun sama je sampai semua staf dah boleh ingat. Sampai kaunter dia cuma hulur duit," jawab Anis lalu berlalu pergi ke bahagian dapur belakang.
"Oh patutlah." Sekali-sekala sahaja Hanan berada di kafe sebelum ini. Jadi, mungkin dia tidak pernah terserempak dengan lelaki itu.
Hanan menongkat dagu, entah kenapa dia rasa ditarik untuk terus memerhati lelaki itu.
Mask hitam yang melindungi wajahnya dibuka. Bibirnya bergerak membaca lafaz basmalah sebelum mula menjamah aiskrim. Setiap suapan diikuti dengan senyuman manis. Dan senyuman itu membuatkan Hanan terpana. Jantungnya mula berdegup kencang. Wajah lelaki itu sedikit keanak-anakan. Baby face orang kata. Kadang-kadang dia meneliti aiskrim itu seperti mencari sesuatu. Matanya membulat fokus pada aiskrim. Seperti hanya dia dan aiskrim di dunia ini.
Tanpa sedar bibir Hanan mengorek senyuman lebar. Comel macam budak-budak!
Segala gerak-geri lelaki itu dan kecomelannya mengusik jiwa perempuan Hanan. Sejujurnya dia bukan jenis yang mudah terpesona, tetapi cara lelaki itu menikmati sesuatu yang sesederhana aiskrim begitu ikhlas dan bersahaja, membuatkan Hanan rasa terpaut. Malah semakin dia cuba alihkan perhatian, semakin dia sedar betapa menariknya lelaki itu dengan kecomelan yang tak disengajakan.
Tolonglah, jangan comel sangat! Hati dia tak kuat! Rasa nak simpan dalam poket dan buat keychain! Tangan dilekapkan di dada. Detak jantungnya tidak seperti kebiasaan.
Mungkin terasa diperhati, lelaki itu menoleh ke arah kaunter. Pandangan mereka bertemu membuatkan Hanan kaku. Mata bulat itu sedang merenungnya tajam.
Senyuman yang tadinya terlakar di bibir Hanan menghilang serta-merta, digantikan dengan rasa cemas. Panik mula menjalar. Hanan mengalihkan pandangannya. Debaran di dadanya terasa seperti hendak meletup. Malu! Hatinya menjerit. Malu sangat! Cepat-cepat dia palingkan tubuh dan berpura-pura menyusun barang di kaunter, walaupun semuanya sudah sedia tersusun rapi.
Hanan menarik nafas perlahan-lahan, cuba mengawal diri. Kemudian dengan berhati-hati, dia curi-curi menjeling sedikit ke arah lelaki itu, berharap dia sudah kembali fokus pada aiskrimnya.
Harap-harap dia tak perasan aku tengok dia tadi. Tolonglah! Walaupun hampir mustahil.
*******
"Afnan Hanan!"
Hanan tersentak. Dia menoleh ke arah Damia, yang sudah memuncungkan mulutnya dengan riak tidak puas hati.
"Ish penat je aku bercerita, kau mengelamun pula!" Damia mengomel sambil menyilangkan tangan ke dada, merenung Hanan dengan mata tajam.
"Alaa sorry, aku tengah fikirkan kafe aku je," jawab Hanan, cuba mencipta alasan. Padahal fikirannya masih lagi teringat kejadian siang tadi. Ish, apa kau ni Hanan. Tak baiklah teringat lelaki bukan ajnabi. Entah-entah suami orang. Tapi takkanlah, nampak macam masih budak je tadi.
"Haa tengok tu mengelamun lagi! Kau ni nak date dengan aku ke tak?" Damia melenting sedikit. Suaranya lebih tinggi kali ini, jelas menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
Hanan pura-pura menggaru kepala yang tidak gatal. Kantoi lagi.
"Aloloo sorry. Okay, aku fokus dengan date kita. Kau dahlah susah nak jumpa sejak jadi isteri orang ni." Hanan cuba mengambil hati dengan memandang Damia penuh perhatian.
"Haa tahu pun!" Damia tersenyum, lega akhirnya mendapat perhatian penuh daripada Hanan.
"Suami kau macam mana? Layan kau baik tak?" soal Hanan.
Damia senyum.
"Alhamdulillah, dia layan aku baik sangat. Kau tahu kan dulu aku rasa perkahwinan tu satu benda yang menyeramkan."
Hanan mengangguk. Masih jelas di ingatannya betapa Damia takutkan perkahwinan sehingga berniat untuk bujang seumur hidup. Namun, kun fayakun. Tengoklah sekarang, malah Damia yang terlebih dahulu membina rumah tangga daripadanya.
"But marriage is actually fun with the right person," sambung Damia.
"Apa yang seronoknya?" Hanan tertanya-tanya, apalah yang istimewa sangat dengan kehidupan selepas kahwin.
Damia tersenyum nakal. "Seronok dicintai dan mencintai."
Hanan segera membuat gaya ingin muntah. "Uwerk!" Dia menekan perut sambil menundukkan kepalanya ke meja, berlagak seperti hendak muntah betul-betul. Tindakan spontannya itu membuat Damia ketawa lagi.
"Eee kau ni, mengada-ngada je!" Damia menampar lengan Hanan.
"Susah betul nak sembang bab cinta dengan kau ni."
"Alaaa, kau pun tahu aku mana ada pengalaman bercinta. Plus, aku tak berniat nak bercinta sebelum kahwin," Dalam diam, bayangan lelaki siang tadi bermain di memori Hanan. Ish, kenapa dia asyik teringat lelaki tu?! Geram dengan minda nakalnya.
"Tahu, kau nak bercinta selepas kahwin kan?"
Hanan mengangguk.
"Kau tak takut? Buatnya lelaki tu tak macam yang kau jangka."
"Bercinta selepas nikah tak bermakna aku tak kenal dia langsung sebelum nikah."
Damia tersengih. "Oh, betul juga hehe."
Damia meneguk airnya sekejap.
"Tapi aku serius, Afnan. Seronok bila kita dicintai dan mencintai. Bila ada yang cinta kita sepenuh hati, dan kita pun boleh cinta dia sepenuh hati tanpa ragu. Cinta yang lahir bukan sebab darah daging, tapi kerana pilihan. Dari dua jiwa yang dulu asing, disatukan dengan keikhlasan dan kepercayaan sebagai suami isteri. Seronok bila kau ada orang yang selalu ada untuk kau, yang jaga dan hargai kau. Tapi lebih seronok lagi bila kau pun ada perasaan yang sama kat dia. Perasaan tu... priceless. Jujur, pasang surut rumah tangga tu mestilah ada. But as long as both of you hold onto each other, insyaAllah everything will be fine. "
Hanan terdiam. Kedengaran sederhana tetapi indah. Kata-kata Damia menusuk ke dalam hati, meninggalkan perasaan aneh yang membuat dia terfikir sesuatu. Tipulah kalau dia katakan dia tak rasa cemburu dikala ramai rakan sebayanya sudah membina rumah tangga.
"What if.."
Damia mengjongket kening. Menanti soalan daripada sahabatnya. Tetapi lama pula Hanan mengambil masa untuk meneruskan ayatnya.
"Uit, what if apa?" Damia mula hilang sabar.
"What if I've found the right one?" Senafas Hanan meluahkan soalannya. Matanya ditemukan dengan mata hazel milik Damia.
"You've already found him, Afnan?" Naik seoktaf suara Damia gara-gara terlalu teruja. Beberapa pelanggan menoleh ke arah mereka. Damia menekup mulutnya seraya menundukkan kepala sedikit sebagai tanda maaf.
"I said, what if, Damia." Tekan Hanan.
Damia mendengus kecil, cuba menenangkan diri daripada keterujaan yang tiba-tiba meluap.
"Then, go for it. Get him!" Jawab Damia tanpa ragu-ragu, penuh keyakinan. Dia membalas pandangan Hanan dengan senyuman lebar, seolah-olah semuanya sesenang itu.
Hanan tergelak kecil. "Kau cakap macam senang je."
"Aku serius ni, Afnan. Zaman sekarang nak jumpa lelaki yang baik tu susah tau. Dan aku yakin taste kau bukannya sebarangan lelaki. Yang penting, pastikan dia single. Then apa tunggu lagi kalau kau dah rasa he's the right one. Just go for it! Lagipun, aku kenal sangat Afnan Hanan binti Umar. Bila dia kata dia nak, dia mesti dapatkan juga apa yang dia nak tu." Serius nada suara Damia kali ini.
Hanan termenung sejenak, merenung kata-kata Damia. Go for it? Kalau betul itu langkah yang patut dia ambil, beranikah dia?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top