20 🥀
"Yeon, kalau aku nak kahwin nanti kau akan jadi orang pertama yang aku bagitau. Aku janji. And, kau jugak akan jadi bridesmaid aku. Ingat janji aku ni." Kata Seulhae dengan bersungguh-sungguh sambil melipat kain yang berlungguk dalam bakul.
Jiyeon hanya tersengih melihat betapha berianya seketul Seulhae. Niat dia nak datang melawat Seulhae memandangkan mereka sudah tiga minggu tak bersua tapi topik berkahwin tiba-tiba naik selepas emak Seulhae video call.
Semasa mereka bervideo call bersama Puan Kim, nampaklah kain yang bertimbun dalam bakul tu. Dapatlah bebelan percuma tiba-tiba pulak mak dia cakap pasal mak mertua segala haram jadah terkeluar.
Setelah mengakhiri perbualan bersama Puan Kim, Seulhae terus pergi melipat kain manakala Jiyeon bersenang-lenang di atas sofa sambil menonton drama yang ditayangkan pada skrin televisyen.
Kerepek yang dalam balang terus dicapai Jiyeon dan mula mengunyah. Kata-kata Seulhae tadi dibalas.
"Baiklah tuan puteri. Patik ingat janji tuan puteri dan patik juga berjanji akan menjadi bridesmaid tuan puteri."
Seulhae terkekeh-kekeh ketawa mendengar kata-kata Jiyeon dengan lenggok bahasa lagi engkau petau.
"Bagus bagus. Eh, kerepek aku tu kau jangan habiskan pulak. Woi! Min Jiyeon!"
🥀🥀🥀
Jiyeon mengelap air matanya yang keluar saat terimbas kenangannya bersama Seulhae. Gambar dia dan Seulhae dalam album sudah separuh dibakar satu per satu. Gambar dalam tangannya ini pula merupakan gambar yang diambil setelah Seulhae siap melipat kainnya dan setelah Jiyeon habis melantak segala kerepek.
Rindu?
Mestilah. Tapi bila kawan baik kau buat macam ni, rasa sakit menguasai rasa rindu. Niat Jiyeon adalah dia ingin membakar kenangan mereka satu per satu dengan harapan, sakit hatinya akan berkurangan.
Bukan tak nak bakar semua sekali tapi bakar satu satu lagi feel gituh. Dengan pemetik api dalam tangan, Jiyeon bakar gambar itu perlahan-lahan.
Ding dong
Bunyi loceng rumahnya itu membuatkannya tersentak. Api pada gambar itu dipadam dan dia terus keluar dari bilik tersebut.
Woof! Woof!
Yeontan menyalak sebaik sahaja figura Jiyeon kelihatan. Rindu makcik lah katakan. Jiyeon tersenyum melihat anak buahnya itu dan pantas memasukkannya ke dalam dukungan.
Langkah Jiyeon diatur ke pintu utama lalu pintu itu dibuka. Matanya bertembung dengan mata lelaki di hadapannya.
Lelaki itu menayangkan senyuman yang lebar saat melihat rupa anjing comel yang berada dukungan gadis itu. Senyumannya tiba-tiba pudar saat matanya mengakaji wajah gadis itu.
"Yeon.. kenapa hidung mewrah mewrah ni? Nak cendol? Haih. Kau menangis lagi? Kan aku dah cakap, jangan fikir pasal diorang lagi. Lupakan je. You have me. Dah terlebih cukup dah tau."
Jiyeon berdecit. Menyampah pun ada tapi betul jugak cakap Taehyung. Taehyung tergelak melihat wajah Jiyeon yang macam nak maki dia. Anjing dalam dukungan gadis itu terus diusap penuh kasih sayang.
Hidung Yeontan dicuit manja dan wajahnya digomol. Rindu dengan anak lah katakan. Jiyeon terus menyerahkan Yeontan pada Taehyung.
"Eh, Tae. Masuklah dulu. Kau ni pun."
Taehyung hanya akur sambil berjalan masuk ke dalam rumah Jiyeon bersama Yeontan dalam dukungan. Sofa empuk di ruang tamu Jiyeon terus menjadi sasarannya untuk melabuhkan punggung.
"Tannie nakal nakal tak kat rumah mama? Hm?" Soal Taehyung pada Yeontan tapi mengharapkan jawapan daripada mulut Jiyeon. Mana tahu Yeontan ada menyusahkan ke kan?
"Mana ada nak- eh jap, mama mana pulak ni?" Soal Jiyeon pelik.
"Kaulah mama. Habistu kau tak habis habis kau mengaku ni anak kau. Sebagai papa Yeontan, aku iktirafkan kau sebagai mama dia." Kata Taehyung seolah-olah memberi ucapan perasmian gituh.
Jiyeon menjeling lelaki di hadapannya itu sebelum membuka mulut.
"Eh, kau ni kenapa datang tiba tiba?" Soal Jiyeon. Maklumlah orang tengah syok bakar gambar feeling feeling segala tiba-tiba bunyi ding dong. Spoil mood u kno?
"Ha, lupa pulak tujuan aku. Heheh. Jom lunch?" Kata Taehyung sambil mengangkat plastik yang mengandungi set burger mcd yang muncul dari mana entah.
--
Harini aku baik so aku belanja YeonTae moments sikit. Sikit jela en hiskksksk.
Nak tanya ni. Adakah anda SeulKook shippers atau SeulTae shippers atau YeonKook shippers atau YeonTae shippers atau NatKook shippers atau NaTae shippers atau MiNat (jimin n nat) shippers. Jap. Nama yang last tu macam huduh pulak dnnsnsmkz.
Anyway, thanks for reading ❣️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top