19 🥀

Sorry sebab unpub chap ni. Baru perasan ada part yg takde bila dah publish. Hehu. Sorry. Bacalah balik, mana tau ada yg terlepas pandang ke HSHSHSH LUV U ❤️

--

Jiyeon merenung pintu masuk wadnya itu. Setiap kali tombol pintu itu bergerak, dia mengharap. Dia mengharap yang Jungkook akan datang melawatnya seperti sebelum ini.

Dia yakin yang Jungkook tidak nampak dirinya yang mengintai pintu wad saat Jungkook dan Seulhae bercumbu tetapi kenapa Jungkook tak hadir seperti selalu?

Adakah sebab Seulhae dah sedar dari pembedahan otak dia haritu? Hanya Jungkook yang boleh menjawab segala persoalan dengan betul.

Telefon pintarnya dicapai dan nombor Jungkook dicari.

Jungkook 🥀

Kook..
Lusa mungkin
Yeon discharge
Date tu..
Jadi ke? 👉🏻👈🏻

Sent 5.37 p.m.

Pintu wadnya yang terbuka segera membuatkannya menoleh. Harapan yang dipasang sejak pagi tadi musnah lagi sekali apabila yang memasuki wadnya itu Taehyung.

Senyuman kecil dihadiahkan buat lelaki itu agar dapat mengurangkan kerisauannya.

"Yeon, cepat lah sikit discharge. Aku penat ko tau? Semua benda aku buat sensorang." Rungut Taehyung. Memang bukan dia je surgeon yang tinggal, tapi dia saje je cakap macam tu. Nak mengada sikit. Sikit je. Tak banyak pun.

"Hm, tadi Jimin kata lusa dah boleh discharge kalau condition aku ni maintain. Harap yang baik-baik je la ek?" Balas Jiyeon, cuba menyenangkan hati lelaki itu.

Ting!

Bunyi notifikasi yang datang dari telefon pintarnya membuatkan dia berpaling dari Taehyung dan mencapainya semula.

Senyuman kecil terbit melihat nama Jungkook sebagai pengirim. Pantas nama itu ditekan.

Jungkook 🥀

Sayang..
I'm so sorry
Kook rasa tak jadilah
date tu
A million sorries from me
I really love you Jiyeon
But Seul is my priority for now

Seen 5.48 p.m.

Air muka Jiyeon terus berubah menjadi kelat. Ingatkan Jungkook nak sorokkan lah jugak hubungan dia dengan Seulhae tu. Tapi ni langsung tak berlapik pastu boleh cakap i really love you. EII PALA OTUCK!

Tae kan ada untuk jaga Seul, kenapa Jungkook buat macam ni? Sakitnya hati 💔

Taehyung mula risau saat wajah Jiyeon berubah. Telefon Jiyeon terus dirampas dan mesej Jungkook dibacanya.

Keluhan dilepaskan dan telefon itu diserahkan kembali pada Jiyeon. Air mata Jiyeon yang mula mengalir itu terus diseka.

"Yeon, kau dah tau diorang tu macam mana tapi kenapa kau masih mengharap. Buang jelah perasaan kau tu. Lupakan dia. Laki tak guna macam tu memang tak patut wujud dalam hidup kau. Aku tau kau boleh buat. Nanti kau discharge kau date dengan aku je. Tak payah cari si jebon tuh."

Jiyeon memandang Taehyung jijik.

"Buat apa nak date dengan kau? Geli aku. Lepas aku discharge aku nak jumpa anak aku. Mesti dia rindu aku kan?"

"Eh eh. Tu bukan anak kau kayh? Tu anak aku. Anak aku. Kau tu makcik dia je. Sedar diri sikit. Hak alamak." Taehyung membetulkan fakta Jiyeon yang semestinya auta. Sah sah la Yeontan tu anak dia sorang. Jiyeon hanya seketul makcik. Kan dah cakap haritu.

"Ish. Tak kisahlah. Boleh tak dia stay dengan aku seminggu dua? Heeehheeeee." Jiyeon menarik narik lengan kot putih Taehyung manja. Ikutkan hati dia nak lempang aje Jiyeon ni tapi bila teringat kesenduan Jiyeon ni dia tahan aje.

"Hish. Ye ye. Nanti amik dia kat rumah aku."

🥀🥀🥀

"Seul, pandang la sinii." Panggil Jungkook. Butang snap pada kamera terus ditekan saat gadis itu menoleh.

"Ish Kook, ape nih?" Marah Seulhae. Orang tak ready, dia main snap je pulak. Jungkook hanya ketawa kecil lalu membalas percakapan Seulhae.

"Ala, amik gambar candid pun cantik. Susah la macam ni. Ha, Seul tengok ni fon Kook dah cantik." Seulhae hanya memandang Jungkook yang menayangkan telefonnya itu dari ekor matanya.

"Sama je Seul tengok." Jawabnya malas.

"Ish tengoklah betul-betul." Jungkook menayangkan skrin telefonnya di hadapan mata Seulhae.

Seulhae terkejut apabila melihat gambarnya tadi dijadikan wallpaper lockscreen telefon itu.

"Ish, Kook ni. Gambar lain kan ada. Gambar photoshoot Seul semua elok elok tu banyak kat gugl. Gambar ni jugak nak guna."

"Takmo la gambar kat google ramai orang ada tapi gambar ni, kook sorang je ada hehehe." Kata Jungkook sambil tersenyum melihat lock screennya.

Seulhae tersenyum kelat melihat kelakuan Jungkook itu. Dia yakin yang Jungkook buat macam tu sebab nak yakinkan dia bahawa Jungkook sayangkan dia. Dari lock screen dan kelakuan Jungkook memang nampak macam Jungkook sayangkan dia tapi dalam hati Jungkook-

Dia yakin yang Jiyeon masih bertakhta di situ.

Sama juga dengan Seulhae kerana lelaki yang bertakhta di hatinya

Kim Taehyung.

--

Thanks for reading baebeh ❣️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top