18 🥀

"WARGHHHH!!" Jerit Jiyeon sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam wadnya. Tangisannya keluar berjuraian dan jeritannya didengari di segenap ruang hospital tersebut.

Kerisauan mula melanda para jururawat dan mereka segera memanggil doktor yang bertugas merawat Jiyeon.

Bantal-bantal di atas katil hospital itu dicampak kasar ke ke dinding. Bunga-bunga yang Jungkook kirimkan selama ini semua dicabut dari tangkainya, dicampak, disepak dan dipijak.

Namun, semua perbuatan gadis itu langsung tidak merawat luka hatinya yang mendalam itu.

Beberapa jururawat cuba menenangkan gadis itu namun dia hanya bertindak makin agresif. Kemarahannya semakin meluap apabila mereka cuba menghentikan amukannya. ORANG TENGAH EMO NI JANGAN KACAU AAA HALAMAK!

Figura Jimin kelihatan berlari menuju ke dalam wad Jiyeon memandangkan dia bertugas menjaga gadis itu tetapi lelaki berkot putih lain lebih pantas memasuki wad tersebut.

Semestinya lelaki itu Kim Taehyung. Jimin memperlahankan langkahnya dan hanya ingin memerhati dua kawan baik itu.

Dia nampak Taehyung memberi isyarat kepada dua jururawat yang memegang Jiyeon untuk beredar dan kini hanya mereka berdua dalam wad tersebut.

Taehyung pantas mendakap tubuh kecil gadis itu dari belakang dan menggenggam tangan gadis yang sedang menangis teruk itu.

"Shhh, jangan nangis macam ni jebalyo. Mana Jiyeon aku yang kuat hm?" Bisikan Taehyung di telinganya membuatkan dia berhenti meronta dan mula berfikir.

Selama ni dia kuat tapi kenapa sekarang baru nak nangis?

Amukannya terhenti namun tangisannya tetap berterusan. Perlahan-lahan Taehyung memusingkan tubuh Jiyeon dan menolak dagu gadis itu ke atas supaya wajahnya dapat dilihat.

Senyuman kecil terbit di hujung bibir lelaki itu sambil dia mengelap wajah gadis di hadapannya yang dibanjiri air mata. Kepala Jiyeon diusap lembut sebelum tubuh gadis itu didakap semula.

Esakan masih jelas didengari oleh Taehyung dan kepala gadis itu terus diusap sambil Taehyung menarik gadis itu untuk duduk di atas katilnya.

Sebaik sahaja mereka berdua duduk, Taehyung bersuara.

"Yeon, kau kena terus tunjukkan yang kau ni kuat. Repeat after me okay?" Pesan Taehyung sambil mengusap lagi kepala Jiyeon yang bersandar di dadanya. Setelah dia dapat rasakan anggukan Jiyeon, dia bersuara semula.

"Jeon Jungkook bodoh, Kim Seulhae bangang." Mula Taehyung. Tanpa banyak soal Jiyeon hanya mengikut dengan esakan yang masih tersisa.

"Jeon Jungkook hikss.. bodoh, Kim hikss hikss.. Seulhae bangang."

Taehyung tersenyum dan meneruskan percakapannya.

"Orang dah banyak budi tapi tak kenang."

"O hikss.. orang dah banyak hikss.. budi tapi hiks.. hikss.. tak kenang.."

Kepala gadis itu diusap dan dipeluk gream sambil lelaki itu tersengih kecil mendengar suara sengau gadis itu dengan esakan kecilnya.

"Korang buat aku rasa nak lempang."

"Korang buat hikss.. aku rasa nak lempang."

"Aku harap korang tak hidup senang."

"Aku hikss.. harap korang hiks.. tak hidup senang."

Kepala Taehyung diletakkan atas kepala Jiyeon yang bersandarkan dadanya itu sambil tangannya mengusap lagi kepala gadis itu.

"Kau gabungkan ayat-ayat tadi. Pastu kau cakap la macam mana kau nak. Kalau boleh kau rap la macam Agust D. " Kata Taehyung selamba tanpa memandang Jiyeon pun.

Jiyeon menjauhkan kepalanya dari dada Taehyung dan mengelap segala air matanya serta membetulkan rambutnya. Dia berdiri berhadapan dengan Taehyung yang sedang duduk elok di atas katil. Telefon pintar Taehyung dikeluarkan dan gambar Seulhae dan Jungkook dipaparkan pada skrin tersebut.

Gambar dua manusia itu ditenung tajam oleh Jiyeon. Nafas yang dalam ditarik oleh Jiyeon sebelum dia nak spit fayerh.

"Jeon Jungkook BODOH, Kim Seulhae BANGANG! Orangdahbanyakbuditapitakkenang. Korang buat aku rasa nak lempang. Aku harap korang.. takhidup senang. PEACE YAA! I'M OUT!"

Taehyung tersenyum melihat 'persembahan' Jiyeon. Baguslah kalau Jiyeon dah tak nangis. Huehue. Telefon pintarnya disimpan semula di dalam kocek.

Kedua-dua belah tangan gadis itu ditarik lembut oleh Taehyung supaya Jiyeon mendekatinya. Wajah Jiyeon yang merah ditatapnya sebelum pipi gadis itu ditekupnya.

"Listen, if you're hurt. I am hurt too. Kalau kau gembira, aku gembira. Kalau kau sedih, aku pun sedih. Every feeling that you feel, I feel it too. Kalau kau rasa kau sorang je yang tengah berduka, sesungguhnya kau nub dan salah. Aku akan sentiasa ada perasaan yang sama dengan kau because you are the half of me."

Jiyeon tersenyum mendengar kata-kata lelaki di hadapannya ini. Mulut bukan main bergula.

"Arraseo."

Tangan Taehyung yang menekup pipi Jiyeon tadi terus beralih ke matanya.

"Ee apahal kau nangis teruk sangat ni. Ko tengok sembab gila mata kau. " Kata Taehyung sambil mencucuk cucuk eye bag Jiyeon yang menebal.

"Macam mana aku nak tengok odoe. Bak sini cermin halamak. Teruk sangat ke weh?"

Jimin tersengih melihat telatah mereka dari tadi.

"Kawen kawen kawen!" Sorak Jimin dalam hati. MACAM BUDAK SEKOLAH PULAK VIBES DIA!

"May your friendship stay strong forever." Ucapnya perlahan lalu beredar dari wad tersebut. Bukan dia yang nak. Ikutkan hati nak stalk lagi tapi dia ada pesakit lain jugak nak kena jaga. Bukan Jiyeon je. Hehu.

--

Okay ke chap ni. i is tak reti buat scene sweet ni. NAMPAK TAK SWEETNYA? Harapnya nampak lah sksksksk.

Thanks for reading ❣️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top