16 🥀
Dahi gadis itu berkerut saat cahaya menerobos masuk ke dalam matanya. Silau.
Perlahan-lahan matanya cuba dibuka.
"Seul! Seul sayang. Seul dah sedar." Suara garau yang menerpa telinganya membuatkannya menoleh.
"Akh!"
Kepalanya yang berbalut itu dipegang. Sakit tak terkata.
"Jangan gerak banyak-banyak Seul. Luka pembedahan belum baik. Be careful okay?" Pesan Taehyung sambil membantu Seulhae yang mahu duduk bersandarkan kepala katil itu.
Taehyung terus menghulurkan segelas air suam buat Seulhae yang sudah sedar dari tidurnya yang agak lama.
"Tae? Berapa lama Seul tak sedarkan diri?" Soal Seulhae setelah dia menghabiskan air dalam gelas tadi.
Taehyung tidak menjawab malah sibuk memeriksa kondisi Seulhae yang baru sedar itu. Dia perlu memastikan bahawa tiada kesan sampingan lain pada anggota badan Seulhae. Mata Seulhae berfungsi dengan baik dan sendinya juga memberi respons yang sepatutnya. Senyuman kecil diukir pada wajah kacak lelaki itu.
"Three days sweetie. I've been missing you badly. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat, setiap detik Tae tunggu Seul sedar tau. Three days just seems like forever."
Taehyung menggenggam erat tangan gadis itu dan menemukan iris mereka. Makin lama ditenung, makin jatuh cinta.
Seulhae menarik lembut tangannya menjauhi Taehyung dan mengabaikan kata-kata manisnya.
"Yeon ke yang bedah Seul?" Soalnya ingin tahu. Dia tahu yang Taehyung dan Jiyeon merupakan antara doktor yang terbaik berkaitan otak dalam hospital tersebut. Tetapi dia yakin yang Kim Taehyung takkan sanggup membedahnya.
Maklumlah Tae hati tisu tapi Jiyeon ni hati batu sikit. SIKIT jelah.
"Apa pulak Yeon yang bedah, Tae tau yang bedah. Tapi Yeon dengan Kook ada sekali masa operation. I needed their strength to keep me going."
Seulhae hanya mengangguk perlahan. Perlahan-lahan dia baring dan berura-ura untuk melelapkan mata namun suara Taehyung membantutkan pergerakkannya.
"Seul, you need to eat first okay? Seul baru je sedar ni."
"Whatever." Balasnya malas.
🥀🥀🥀
"Yeon sayang, esok sayang discharge kan kan kan?" Soal Jungkook penuh teruja.
"Belum pasti but maybe." Jawab Jiyeon tanpa memandang wajah Jungkook kerana fokus dengan drama yang terpapar pada skrin televisyen.
"Em, kalau discharge kan biasanya dapat mc jugak kan sehari dua kan? Em, em, date jom. Dah lama tak date dengan sayang. Selalunya sayang busy so jom la date jomla jomlaa." Pinta Jungkook sambil menggoncangkan tangan Jiyeon. NAK ATTENTION!
"Hm, yelah. Yeon pun rindu nak keluar dengan Kook." Balas Jiyeon sambil matanya masih tertancap pada televisyen.
Jungkook memuncungkan bibirnya. Jiyeon tak pandang pun. HIKS!
Pipi Jiyeon pula menjadi sasarannya. Dicucuk cucuk pipi gadis itu. Jiyeon menepis tangan Jungkook dan membuatkan Jungkook menggerakkan bibirnya mendekati pipi Jiyeon.
Jiyeon pula baru ingin menoleh memandang Jungkook untuk memakinya. Alang-alang tengah iklan lah kan. Terkejut Jiyeon apabila bibir Jungkook mendarat elok di batang hidungnya.
Membulat mata Jungkook saat mata mereka bertemu namun Jungkook pantas mengambil kesempatan dan mencium bibir Jiyeon sekilas.
"Eii apa ni?!" Marah Jiyeon lalu menolak Jungkook menjauhinya. Jungkook mengekek ketawa melihat wajah cemberut Jiyeon yang kini memandang televisyen.
"Tu namanya kiss. Takkan tak tahu-" Jungkook sengaja mengusik Jiyeon yang wajahnya sudah memerah. Dah lama Jungkook tak usik dia macam ni.
Rindu.
"Amboi amboi dua ketul ni. Gaya dah macam laki bini aku tengok. Ni hospital tau. Aku takut pesakit diabetes kat sini makin kritikal je sebab korang ni."
"Ish apa pulak. Merepek la kau ni Tae." Marah Jiyeon.
"Alang-alang korang dua ni nampak happy semacam, aku ada good news nih. Seul dah sedar and she is totally fine for now. Takde kesan sampingan yang teruk."
Wajah Jiyeon terus bersinar. Gembira apabila Seulhae baik-baik sahaja. Bibir pucatnya mengukir senyuman riang. Manakala lain pula dengan Jungkook. Wajahnya bertukar pucat dan hanya senyuman tawar yang dia mampu ukirkan.
"Serious?! Ketepi ketepi aku nak tengok dia." Ujar Jiyeon sambil menolak selimutnya ketepi dan bergerak turun dari katilnya. Namun pergerakannya terhenti saat ada tangan menggenggam lengannya, menahannya dari terus beredar dari katil itu.
"Kau tak boleh lawat sekarang. Kau kena sabar jap. Kau ada check up kejap lagi. Lepas check up nanti pergi dengan aku." Ujar Taehyung. Jiyeon mendecit geram.
"Arrasso."
--
Aku rasa cerita ni makin mengeling sebab ayat aku macam merapu je. Tah pape lah yang aku type nih. Em.
Thanks for reading gais 🙃❣️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top