14 🥀

Taehyung melangkah masuk ke dalam pejabat pengarah hospital tersebut. Mindanya menimbulkan pelbagai persoalan. Mengapa dia dipanggil itu merupakan persoalan yang paling utama.

"Doctor Kim. Jemput duduk. Saya nak bincangkan perkara mengenai pesakit kamu, Kim Seulhae."

Jantung Taehyung seakan akan berhenti berdetak saat nama gadis itu terpacul sebagai topik utama mereka. Kerisauan yang mula menyerbu ditepis sejauh mungkin. Tolonglah jangan cakap pasal pembedahan-

"Seperti yang kamu telah diagnosis, Kim Seulhae menghadapi kanser otak dan keluarga beliau baru sahaja mengetahui berita ini. Ayahnya merupakan kenalan rapat saya jadi saya nak beri komitmen yang baik buat anaknya. Keluarganya mahu Cik Seulhae dibedah segera. Mereka bimbang sekiranya keadaannya semakin parah."

Taehyung menahan air matanya dari tumpah, jika pembedahan mahu dilakukan, maknanya-

"Jadi saya akan lantik kamu, Dr. Kim bagi mengetuai sesi pembedahan ini memandangkan kamu antara pakar bedah dan neurologist (pakar berkaitan sistem saraf otak) yang terbaik kami ada selain Dr. Min Jiyeon."

"Tuan, t-tak boleh ke Dr. Min yang lead pembedahan ni?" Soal Taehyung ragu-ragu. Dah tahu Jiyeon sakit, nak lead operation ape pulok ni. Namjoon faham sangat situasi sebegini. Dia pasti ada masalah peribadi sehingga mahu mengelak dari tanggungjawab yang hendak diamanahkan ini.

"Dr. Kim. Kamu pun tahu kondisi Dr. Min macam mana kan? Jadi saya harap doc dapat ketepikan masalah peribadi dan fokus dengan kerja. Eung? Dah, boleh keluar."

"Nae." Jawab Taehyung dan terus bergerak keluar dari pejabat itu.

Langkah Taehyung tidak diatur ke bilik kerjanya mahupun wad si kekasih hati. Langkahnya diatur menuju wad Jiyeon.

Baru sahaja dia hendak membuka pintu wad tersebut, pintu itu terbuka dari dalam dan terpacullah wajah Jungkook yang gembira.

"Dah nak pergi ke Kook?" Soal Taehyung kepada lelaki itu.

"Haah. Kejap je. Lepas meeting aku datang sini balik. Jaga sayang aku ni baik baik tau. Aku pergi dulu."

Baru sahaja Jungkook ingin beredar, lengannya dicapai oleh Taehyung lalu membuatkannya menoleh.

"Sayang kau- yang mana satu Jeon Jungkook?" Soal Taehyung sinis.

Senyuman paksa ditayangkan oleh Jungkook sambil menolak tangan Taehyung menjauhinya.

"Min Jiyeon." Balasnya dan terus beredar dari situ.

Taehyung melepaskan keluhan kecil sebelum masuk ke dalam wad Jiyeon. Kelihatan Jiyeon sedang tersenyum senyum di atas katilnya itu.

"Amboi gembiranya. Dah okay dengan Jungkook la tu."

Jiyeon tersenyum sambil mengangguk. Gembira bila Jungkook kembali melayannya seperti dulu.

Taehyung hanya tersenyum melihat gadis yang disayanginya ini gembira. Harapannya supaya gadis itu bahagia selamanya.

"Yeon, aku nak bagitau something ni." Kata Taehyung dengan suara yang mengendur saat teringat tujuan utama dia hadir ke wad Jiyeon.

"Apa dia?"

"Aku, dilantik untuk bedah Seul. Yeon, a-aku tak kuat. Aku takut aku punca dia tinggalkan aku. Kau tau kan risiko pembedahan otak ni macam mana? Macam macam boleh jadi Yeon. Kalau aku buat silap- Aku tak sanggup.. hiks.."

Air mata Taehyung tumpah apabila memikirkan yang nyawa dan hidup gadis yang dicintainya bergantung padanya.

Air mata yang mengalir di wajah lelaki itu diseka oleh Jiyeon. Namun, air matanya pula yang tumpah.

"Aku tak tau macam mana nak selesaikan masalah kau tapi jangan fikir pasal risiko yang ada. Fikirlah apa yang akan jadi kalau kau berjaya buat pembedahan tu. Seulhae akan sihat semula. Kau tak nak ke?"

"Nak laa. Takkan aku tak nak. Lagipun aku fikir jugak pasal fans dia. Cuba bayangkan kalau diorang dapat tahu Seul dah takde. Mesti ada yang sanggup bunuh diri. Aku tak suka dengar berita pasal hal macam ni."

"Do your best. Kalau takde rezeki, that is God's plan. Kita tak mampu nak ubah takdir. Okay?"

"Thanks Yeon. Kau selalu tahu macam mana nak pujuk aku." Kata Taehyung sambil mengelap air mata di pipi Jiyeon.

Jiyeon hanya tersenyum mendengar kata-kata Taehyung.

"Em, Yeon. Boleh tak masa aku bedah Seul, kau ada sekali. Aku perlukan partner aku untuk bagi aku kekuatan."

"Sure tapi kena mintak izin pengarah dulu la."

"Don worreh. Aku akan mintak. As long as you're with me. I'll be okay."

"Ceh!"

--

Thanks for reading sayangkurrss ❣️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top