13 🥀
Taehyung melangkah masuk ke dalam wad di mana Jiyeon ditempatkan. Sudah hampir tiga hari dia tak jumpa Jiyeon. Busy la katakan. Bila dia free, ada pulak seketul Jungkook. Taehyung malas nak kacau pasangan kekasih tu jadi dia hanya biarkan dua orang itu bersama. Manalah tahu diorang nak berbaik.
"Itu diaa. Datang pun kau. Ingatkan tak nak lawat aku." Suara Jiyeon kedengaran dalam wad itu sebaik sahaja tersedar kelibat Taehyung.
"Tak nak lawat apenye. Aku busy nak mampus. Kaulah ni. Sakit pulak. Aku yang kena handle banyak operation tau. Bila aku nak lawat kau nanti aku nampak Jungkook kat sini. Aku malas nak kacau korang so aku lawat Seul. Em." Terang Taehyung. Jiyeon hanya menganggukkan kepalanya. Seul kan buah hati Tae. Mestilah dia lawat.
"Kau dengan Seul- macam mana?"
Soalan Jiyeon membuatkan Taehyung menghela nafas berat. Tak tahu macam mana nak jelaskan.
"Macam tu jelah. Aku datang and check condition dia. Kalau aku datang as pelawat, kitorang senyap je. There's nothing to talk about. A-aku.. aku tak tahu sama ada aku patut tamatkan hubungan kitorang ke tak. Aku sayang dia Yeon. Sangat sangat. Hiks.." Taehyung menundukkan kepalanya dan air matanya keluar saat dia teringatkan Seulhae. Pedihnya hati.
Jiyeon mengusap belakang lelaki itu untuk menenangkannya. Tidak lama selepas itu, Taehyung mengelap air matanya dan mula bersuara.
"Kau dengan Jungkook pulak macam mana?"
Namun soalan yang diajukan Taehyung dibiarkan sepi tanpa jawapan. Jiyeon sedang berfikir, bagaimana hubungan mereka sebenarnya.
"Entah lah Tae. Aku- aku konfius."
Taehyung mengangguk faham kerana dia juga turut keliru dengan Jeon Jungkook.
"Aku pun sama, Yeon. We both know that Kook and Seul are going out kan? Tapi sepanjang kau dengan Seul ni dalam hospital, sekali je Jungkook lawat Seul. Tu pun masa aku ada. Dia bawak buah and then dia pesan kat aku ' take care of Seul while you still can '. Other than that, he is here, with you. Sumpah aku tak faham do."
"Sebab tu lah aku pening Tae. Di- dia cakap- hiks.. dia cakap dia cintakan aku. A-aku tak tahu Tae. Cara dia layan aku sepanjang kat hospital ni kan, buat aku rasa macam masa bercinta dulu-dulu. Sejujurnya, aku- aku rindu."
Air mata yang mengalir di pipinya diseka. Entah kenapa dia menangis kerana hal seperti ini.
"Baru je aku cakap hati aku dah mati untuk dia tapi sekarang, dia berdegup kencang. Sama macam dulu." Tambah Jiyeon lagi.
Taehyung menghela nafas berat. Tak faham tau tak tak faham? Jungkook ni lagi complicated dari perempuan nak pilih style tudung raya.
"Aku keliru dengan dia. Dia nak kau atau perempuan tu?" Soal Taehyung, semestinya merujuk kepada Seulhae.
"That is the question that only he can answer." Balas Jiyeon pasrah. Betullah, hanya Jungkook tahu apa yang dia fikir. Jiyeon ke Seulhae? Ngeh, dah penat nak fikir. Kalau dua-dua pun dia nak-
Dasar haloba punya jantan.
"Sudahlah fikir pasal diorang tu. Ha kau ni Yeon. Jaga kesihatan boleh tak? Aku tengok report kau makin teruk je. Please lah. Kau pun doctor kan? You know what you should do. Jangan layan sangat perasaan kau. Aku perlukan kau untuk cepat sembuh. Banyak sangat kerja kau yang aku kena cover ni tau. Aku penat." Nasihat Taehyung berserta sedikit gurauan. Dia tak kisah kena coverkan si Jiyeon ni tapi dia risau bila tengok rekod kesihatan Jiyeon yang makin teruk.
"Hm. Tengoklah." Balas Jiyeon malas.
Habistu, doctor cakap benda sama, nurse cakap benda sama, Jungkook cakap benda sama and Tae pun cakap benda sama. Ei penatlah nak dengar. Badan dia, biarlah dia nak sakit.
"Tengoklah? Tengoklah is your response? Tolonglah Yeon, kalau kau tak sayangkan diri kau, kau ingatlah yang aku sayang kau. Aku tak suka tengok kau sakit. Kalau aku boleh gantikan tempat kau, aku sanggup tau gantikan. Janji kau tak sakit."
"Ceh, ayat bunga bunga. Macam bercinta dengan aku pulak kau nih. Dahlah. Aku nak tidur. Jaljayo." Balas Jiyeon lalu menyelubungkan dirinya dalam selimut.
"Yah Jiyeon. Makan dulu!"
--
Thanks for reading ❣️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top