04 🥀
Jungkook sedang duduk elok di pejabatnya sambil mencatat beberapa maklumat di dalam bukunya namun pen yang digunakannya tiba tiba kehabisan dakwat.
Pen itu terus dicampak ke dalam tong sampah di sebelahnya dan laci mejanya di buka untuk mencari pen lebih. Namun benda lain yang menjadi perhatiannya. Kepingan gambar yang menarik perhatiannya itu dicapai.
Gambar tersebut menunjukkan empat orang kawan yang tersenyum gembira. Otaknya mula mengimbau semula kenangannya sewaktu proses mengambil gambar tersebut.
"Jungkook! Kau bawak kamera kau tak?" Soal taehyung.
"Bawaklah. Kau dah pesan sejuta kali lah tae. Cair taik telinga aku deng- eh, kenapa diorang ada sekali? Tu ha, girlfriend kau pon ada. Kata friend punya gambar." Soal jungkook sambil menunjukkan jiyeon dan seulhae yang berada tidak jauh dari mereka. Jantungnya berdegup kencang saat ternampak jiyeon. Dah lama usyar tapi ni first time jumpa dekat dekat.
"Aku ajak diorang sekali. Selain kau, jiyeon tu best friend aku tau. Bila ambik medic ni, kadang kadang 72 jam kitorang kena berkepit. Kau petau. Lagipun seul tu kan bff jiyeon jugak hehe. Kiranya kau dgn jiyeon best friend aku, seul best friend jiyeon. Ha, friend la tu. Dah dah jangan bebel banyak nanti aku dengan jiyeon ada kelas." Kata taehyung lalu menolak jungkook untuk menetapkan posisi kamera.
Jungkook meletakkan kameranya pada stand dan adjust supaya lighting dan pemandangannya cantik. Timer diset dan jungkook terus berlari. Nampaknya urutannya, dari kiri, taehyung, seulhae dan kemudian jiyeon. Takkan nak berdiri sebelah crush! Tapi kalau berdiri sebelah tae, tak seimbang, ughh. Disebabkan minor ocdnya, jungkook berdiri di sebelah jiyeon. Tapi entah mengapa, dia tidak boleh melepaskan pandangannya pada jiyeon.
Klik!
"Eh, ala. Aku tak sempat posing." Kata jungkook sekadar memberi alasan. Kang kantoi dia dok tengok jiyeon aje.
"Takpe biar aku tekan kali ni." Offer taehyung. Jungkook sekadar mengangguk. Setelah menekan butang tersebut empat kawan tersebut berjaya mengambil gambar yang cukup cantik.
Jungkook berjalan menuju kameranya dan melihat gambar yang telah diambil. Gambar yang first tu memang tak sep langsung yang dia tengok jiyeon. Kalau taehyung tau ni, kompem kena nganjing.
"Nanti aku cuci dulu gambarnya pastu bagi kat korang. Okay tak? Ke nak send kat wasap je?" Tanya jungkook.
"Cuci! Cuci!" Sorak seulhae manakala jiyeon hanya mengangguk. Angguk pON CANTIK AAA. DUGEUN DUGEUN.
"Tae, aku pergi dengan seul dulu la. Jumpa kat kelas." Kata jiyeon lalu beredar bersama seulhae setelah taehyung mengangguk.
"Ha, kook. Nak tengok gambar." Kata taehyung lalu merampas kamera tersebut. Namun matanya membulat apabila melihat gambar jungkook yang merenung jiyeon.
"Oo.. kook. Sejak bila ni? Hmm?" Usik taehyung. Jungkook hanya mencebik.
"Dah lama lah. Dah janganla usik aku." Kata jungkook dengan wajah merah yang menahan malu lalu merampas semula kameranya.
"Kau suka jiyeon kook? Seriously? And you did not tell me?"
"Kau janganla bagitau dia pulak tae. Aku malu la."
Itulah kisah di sebalik gambar tersebut. Masa tu la dia kantoi kat taehyung yang dia suka jiyeon. Gambar yang dia cuci adalah gambar yang dia memandang jiyeon manakala yang lain mendapat gambar yang diambil untuk kali kedua.
Gambar jiyeon pada kepingan itu diusap. Jiyeon tak pernah berubah. Beautiful as always. Perlahan lahan air matanya tumpah.
"I'm sorry yeon."
--
Thanks for reading ❣️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top