TWO

•••

"Awak tersilap rumah ni." Ahreum tidak salah dengar bukan? Future wife? Ahreum langsung tidak mengenali lelaki itu malah mereka tidak pernah berjumpa.

Jake Sim, lelaki yang bersahaja memunculkan diri di rumah Ahreum dan memanggil wanita itu bakal isterinya memberikan sebuah pandangan pelik, "Tapi awaklah Kwon Ahreum."

"Awak tersilap Kwon Ahreum ni!" Ahreum masih menafikan kenyataan Jake.

"Tak, omma awak sendiri yang bagi alamat rumah ni. Awaklah Kwon Ahreum yang saya cari."

"Jangan nak babitkan omma saya ya? Saya betul-betul tak kenal awak siapa."

Drrrt drrrt!

Jake menyeluk poket seluar untuk mengeluarkan telefon pintarnya yang bergetar. Dia membaca nama pemanggil yang tertera pada skrin lalu ditunjukkan kepada Ahreum dengan sebuah senyuman sinis.

"Cakaplah dengan omma awak." ujarnya sambil menghulurkan telefon pintarnya kepada Ahreum.

Ahreum terus mengambil telefon pintar Jake. Panggilan diangkat lalu Ahreum menekap telefon itu pada telinganya, "Hello, omma. Ni Ahreum dan tolong jelaskan kenapa ada lelaki gila tiba-tiba datang rumah Ahreum selepas tu claim Ahreum ni bakal isteri dia."

"Eh, Ahreum? Jake dah sampai kat rumah kamu?" kedengaran suara Puan Kwon dalam talian.

"Apa semua ni omma?!"

"Omma terlupa nak bagitahu kamu yang Jake ni berkenan kat kamu. Omma pun dah bersetuju nak kahwinkan kamu dengan dia jadi kamu memang bakal isteri dia pun."

"Omma!" Ahreum menjerit kerana terkejut dengan keputusan melulu Puan Kwon yang langsung tidak mengambil kisah tentang pertimbangannya.

"Sudah! Bagi omma cakap dengan Jake."

Ahreum mengerlingkan mata lalu telefon pintar itu diserahkan semula kepada tuannya.

"Auntie betul-betul minta maaf, Ahreum ni memang kasar orangnya. Kamu janganlah terasa, ya."

"Tak apalah, auntie. Mungkin Ahreum terkejut tadi. Lama-lama nanti dia biasalah dengan saya."

"Sampai bila-bila saya tak akan biasa dengan awak." Ahreum menyampuk.

"Kamu cubalah berbual-bual dengan Ahreum dulu. Lain kali auntie cakap dengan kamu lagi."

Panggilan itu ditamatkan oleh ibu Ahreum, Jake menyimpan semula telefonnya di dalam poket seluar.

Pandangannya bertentang dengan Ahreum yang merenungnya dengan dingin sekali. Sekali lagi Jake menghulurkan jambangan bunga itu kepada Ahreum, berharap agar dapat mencairkan sedikit hati wanita itu.

"Ambil ni."

"Tak nak."

"Wahhh! Mommy, ni siapa?"

Perhatian Ahreum dan Jake serta-merta beralih kepada Nari yang tiba-tiba memunculkan diri di antara mereka berdua. Tubuhnya yang kecil menyebabkan Ahreum dan Jake tidak perasan akan kemunculannya.

"Ahjussi, jom masuk! Nanti kaki sakit berdiri lama-lama."

Geli hati Jake mendengar ajakan Nari. Nari memegang tangan Jake lalu mengajak dia masuk ke dalam rumah. Jake menurut sahaja kehendak anak kepada tuan rumah yang masih berdiri di muka pintu.

"Izinkan saya masuk, ya." sempat dia meminta izin agar Ahreum memberikan laluan kepada mereka berdua.

Walaupun Ahreum masih cuba menghadam situasi mengejutkan tadi, dia tetap memberikan laluan dan membenarkan Jake masuk ke dalam rumahnya. Dia kaku melihat kelakuan Nari yang tidak tahu erti malu dengan Jake.

tak sangka Nari cepat selesa dengan kau.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top