TWELVE

•••

Tingkap kereta diturunkan sambil Ahreum menunggu kedatangan Heeseung. Pagi ini dia keluar berseorangan lagi seperti dia ke rumah Jake malam tadi.

Dari cermin pandang belakang, Ahreum melihat sebuah kereta sedan hitam memarkir di belakang keretanya. Dia tidak pasti siapakah pemilik kereta itu. Tiba-tiba dia mendapat sebuah panggilan telefon daripada Heeseung.

Ahreum terus mengangkat panggilan itu, "Awak dah sampai?" dia bertanya.

Pandangan Ahreum beralih ke cermin sisi kereta. Dari cermin itu dia dapat melihat Heeseung keluar daripada kereta sedan tersebut.

"Ya, saya baru sampai." Heeseung menjawab sambil matanya bertentangan dengan Ahreum pada cermin sisi kereta itu.

Panggilan ditamatkan, Heeseung menyimpan telefon pintarnya di dalam poket seluar. Pintu kereta ditutup rapat lalu jarinya menekan butang pada kunci kereta bagi mengunci semua pintu. Ahreum pula mematikan enjin lantas turut keluar daripada keretanya.

"Maaf kalau saya buat awak menunggu lama." ujar Heeseung tatkala dia menghampiri Ahreum.

Ahreum menggeleng perlahan sambil menayangkan sebuah senyuman nipis, "It's okay, yang penting awak datang."

Heeseung memerhatikan gerak-geri Ahreum menuju ke sebuah gerbang di kawasan berpagar yang terletak hadapan mereka. Setahu Heeseung, bangunan di dalam kawasan berpagar itu ialah sebuah rumah anak yatim. Sejujurnya dia hendak bertanya mengapa Ahreum mengajaknya berjumpa di sini.

"Pelawat tak dibenarkan masuk waktu ni. Tapi tak apalah, saya bukan nak ajak awak cari anak angkat." kata-kata Ahreum menambah kebingunan Heeseung. Heeseung turut mendekati gerbang itu dan berdiri di samping Ahreum.

"Kenapa kita kat sini?" akhirnya Heeseung bertanya kerana tidak mahu bermain teka-teki lagi dengan fikiran sendiri.

"Heeseung, budak yang awak jumpa beberapa hari lepas sebenarnya bukan anak awak."

Dahi Heeseung berkerut, "Habis tu, mana anak dalam kandungan tu pergi?"

"Saya sendiri yang gugurkannya."

Mata Heeseung membulat, terkejut setelah mengetahui perkara yang sebenar. Lalu fikirannya teringat akan Nari yang dia jumpa di rumah Ahreum, "Jadi budak tu anak angkat awak?"

Ahreum membalas pertanyaan itu dengan sebuah anggukan, "Ya, Nari berasal dari sini. Saya ambil dia sebagai anak angkat semasa umur dia belum cecah setahun lagi, merangkak pun belum pandai."

"Kenapa awak ambil anak angkat sedangkan awak dah gugurkan bayi sendiri? Bukan awak tak nak jadi seorang ibu?"

"Omma dan appa saya pernah tanya soalan yang sama, kenapa saya nak anak angkat?"

"Kalau awak nak tahu, omma saya rajin melawat kanak-kanak dan penjaga-penjaga kat sini. Satu hari, saya ikut dia melawat dan terjumpa seorang bayi yang baru nak cecah usia enam bulan. Bila saya tahu bayi tu dibuang oleh ibu bapanya, saya rasa terkilan sangat."

"Sejak itu saya semakin rajin melawat tempat ni, saya paling suka ambil berat tentang perkembangan Nari. Lama-kelamaan terdetik niat supaya jadikan Nari sebagai anak sendiri. Tindakan saya gugurkan penghuni pertama rahim saya agak memberi kesan terhadap saya, tak sangka saya akan dibelenggu rasa sedih macam ibu-ibu lain yang kehilangan anak mereka, tapi saya berjaya atasi perasaan itu."

"Kewujudan Nari berjaya mengisi kekosongan yang saya tak pasti nak terangkan macam mana, hidup saya rasa lengkap bila ada dia. Nari bagaikan penyuluh hidup saya. Saya minta maaf sebab dah bunuh anak awak."

"Kenapa awak minta maaf?"

"Sebab awak tak ada peluang untuk jumpa dia."

"Ahreum, I'm the one who needs to apologise."

"Maafkan saya sebab tinggalkan awak sendirian selama ni. Saya faham kalau awak masih berdendam dan saya tak kisah kalau awak tak nak maafkan saya. Lagipun saya tak marah tentang keguguran tu, awak lebih layak untuk buat keputusan sendiri."

Heeseung memeluk tubuh Ahreum, dia berasa amat kesal atas tindakannya dahulu. Ahreum pula tidak dapat menahan daripada air matanya mengalir. Kisah silamnya memberi impak yang besar terhadap kesihatan mental dan fizikalnya.

"Awak mintalah apa-apa supaya saya dapat tebus kesilapan saya, saya akan usahakannya."

"Tak, saya tak perlukan apa-apa daripada awak. Cukuplah awak datang dan akui kesilapan awak."

Pelukan dileraikan, Heeseung terus menghulurkan sehelai sapu tangan apabila melihat air mata Ahreum yang menitis.

"Seriously, saya tak nak buat awak rasa kesal lagi."

"Saya pun serius, kehidupan saya sekarang dah cukup baik. Awak tak perlu risau lagi."

Heeseung mengangguk faham sambil tersenyum nipis, "Sudah semestinya, hidup awak bertambah bahagia dengan Nari. Tak lupa juga dengan Jake."

Ahreum hampir kelu mendengar ayat itu, "Oh, tak sangka awak dah tahu." dia terlupa Heeseung dan Jake berkawan baik.

"Jake betul-betul sayangkan awak, Ahreum. Saya harap awak dapat terima dia dengan hati yang terbuka, he's one in a million."

Jake bukan satu dalam sejuta, dialah satu-satunya lelaki yang diciptakan untuk aku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top