THIRTEEN

•••

Beberapa hari berlalu setelah Ahreum bersemuka dengan Heeseung. Namun Ahreum masih tidak menghubungi Jake lagi.

Ahreum menghidupkan telefon pintarnya. Aplikasi pesanan dibuka dan jarinya menekan nombor telefon Jake. Hatinya masih ragu-ragu untuk menyapa Jake dahulu, takut jika pesanannya nanti dibiar tergantung tanpa sebarang balasan.

"Mommy, bila daddy datang?" Nari bertanya sambil duduk bermain iPad di atas lantai, menemani Ahreum yang menonton televisyen di ruang tamu. Sudah hampir seminggu Nari tidak mendengar khabar tentang Jake, malah dia mula berasa rindu.

"Nanti mommy tanya dia, okay?"

Terbit senyuman di bibir Nari,  "Okay!" lalu dia sambung fokus bermain iPad.

Ahreum sendiri tidak tahu bilakah masa yang sesuai untuk dia menghubungi Jake semula. Baginya keadaan antara mereka berdua kini bertambah janggal.

Akan tetapi Ahreum tiada pilihan selain mengotakan janjinya terhadap Nari.

•••

"Halmeoni!" Nari berlari masuk ke dalam rumah neneknya setelah pintu dibuka oleh Ahreum. Puan Kwon menyambut kedatangan cucunya dengan penuh mesra.

Ahreum tersenyum melihat tingkah ibunya bersama Nari. Tingkah mereka seperti sudah setahun tidak berjumpa, walhal baru seminggu sahaja.

"Ahreum, kamu tak keluar ke hari ni?" Puan Kwon bertanya sambil mereka sama-sama duduk bersantai di ruang tamu.

Ahreum membalas dengan sebuah gelengan, "Tak, kenapa omma tanya?"

"Kamu tak ucap selamat tinggal untuk Jake?"

"Selamat tinggal? Untuk apa?"

"Jake kena balik ke Australia, dia bagitahu omma sebab katanya kamu block nombor telefon dia."

Jantung Ahreum bagaikan hampir luruh. Fikirannya serta-merta bercelaru. Dia tidak boleh biarkan Jake pergi tanpa mereka bersemuka dahulu. Terdapat banyak perkara yang dia belum luahkan kepada lelaki itu.

Dia tidak mahu kehilangan Jake.

"Bila dia pergi?" soal Ahreum dengan sedikit nada cemas. Puan Kwon mengambil masa beberapa saat untuk mengingati semula maklumat-maklumat yang diberitahu oleh Jake.

"Rasanya sekarang dia kat airport dah."

"Sekarang?!"

Tanpa berfikir panjang, Ahreum bingkas bangun lalu mengambil beg tangannya. Dia terus keluar dari rumah tanpa meminta diri dahulu. Nari yang sejak tadi bermain dengan kucing berasa hairan melihat Ahreum yang kelam-kabut.

"Mommy nak pergi mana?" soal Nari sekadar ingin tahu. Tidak berminat untuk mengikut ibunya keluar.

Puan Kwon sekadar mengangkat bahu sebagai respon, "Entahlah, biarlah mommy tu."

sampai hati kau tak bagitahu aku, Jake.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top