SIX

•••

"Apa cerita tentang hubungan kamu dengan Jake?"

"Macam tu jelah, omma. Unnie ni jual mahal sangat!"

"Suka hatilah! Ingat pilih jodoh macam pilih mainan ke?"

Puan Kwon menggeleng perlahan melihat sikap Ahreum dan Aeyoung yang asyik bertekak. Tak padan dengan usia masing-masing yang sudah mencecah dewasa.

"Takkan tak ada apa-apa perkembangan? Nari pula macam mana, okay ke dengan Jake?"

"Terlampau okay, omma. Jake tu baik sangat layan Nari, sekarang dorang berdua dah jadi kawan kamcing." balas ahreum lalu menghirup teh suam yang ibunya baru tuangkan.

Ahreum dan Aeyoung meluangkan hujung minggu di rumah ibu bapanya. Sudah menjadi kebiasaan mereka bertiga menghabiskan waktu petang dengan bersantai di laman belakang.

Kali ini sudah pasti Puan Kwon dan Aeyoung berminat untuk mendengar perkembangan hubungan Ahreum dan Jake yang sudah berkenalan hampir empat bulan.

"Macam mana nak ada perkembangan kalau Jake asyik jumpa Nari je. Cuba kamu pula yang ajak dia keluar berdua-duaan."

"Ahreum risaulah omma."

"Cubalah dulu, omma yakin sangat Jake seorang lelaki yang baik. Tak salah kalau kamu berdua cuba untuk mengenal hati budi masing-masing dengan lebih mendalam."

"Aeyoung setuju, belum cuba belum tahu."

Ahreum terdiam. Patutkah kali ini dia renungkan apa yang Puan Kwon cadangkan setelah berbulan dia berdegil tidak mahu mendengar kata?

Selama ini Ahreum berhubung dan berjumpa dengan Jake hanya berkaitan dengan urusan menjaga Nari. Ahreum dan Jake bagaikan terlupa tentang aturan perkahwinan yang menyebabkan mereka bertemu dahulu.

"Setelah berbulan survey, tak dinafikan Jake baik orangnya. Lebih-lebih lagi bila dia luangkan masa dengan Nari, Ahreum tak pernah dengar Nari mengadu yang Jake buat dia sedih."

"Macam ada father and daughter bond ke?"

Ahreum mengangguk perlahan, "Kinda, Ahreum dapat rasakan perkara tu. Jake memang serius ambil berat tentang Nari, that makes him different than others. And not gonna lie sometimes I kinda find him attractive." malu-malu Ahreum menahan senyumannya.

Aeyoung yang geli mendengar ayat terakhir itu memukul lengan Ahreum, "Tunggu apa lagi? Ajaklah dia keluar."

"Macam rush sangat je, tunggulah dulu!"

"Omma setuju dengan Aeyoung." serta-merta perhatian dua beradik itu tertumpu pada Puan Kwon.

"Kenapa Ahreum nak melambat-lambatkan lagi? Proses berkenalan perlukan masa, bukannya omma suruh kamu terus kahwin dengan Jake."

"Berapa lama masa yang Ahreum perlukan untuk betul-betul kenal Jake? Ahreum kena pastikan dialah lelaki yang tepat untuk jaga Ahreum dan Nari."

"Tak ada masa yang spesifik. Tapi kalau Jake betul-betul diciptakan untuk kamu, kamu akan dapat rasakan 'yes, he's the right guy that God had created for me'."

"Dan... Macam mana nak tahu firasat tu betul?"

"Percayalah cakap omma, kamu akan tahu pada masa yang tepat."

"Oops, Jake dah sampai!" Aeyoung mencelah apabila loceng kediaman mereka berbunyi.

Ahreum bingkas bangun dan memasuki rumah melalui pintu belakang untuk ke pintu hadapan, di mana Jake sedang menunggu sekarang. Langkahnya dilajukan agar Jake tidak menunggu lama di luar.

"Hi, Ahreum." Jake menyapa tatkala pintu dibuka oleh Ahreum dari dalam rumah.

"Hi, Jake. Macam biasa, terima kasih sebab bawa Nari keluar hari ni." ucapnya sambil bibir mengukirkan sebuah senyuman.

Jake turut tersenyum, "No biggie, terima kasih juga sebab benarkan saya jumpa Lily." balasnya yang masih mendukung Nari yang tertidur sejak di dalam kereta.

Tubuh Nari dipindahkan ke dukungan Ahreum pula sebelum Jake meminta diri untuk beredar, "Kalau ada hari awak tak sibuk, apa kata kita berdua pergi date?"

Terbuntang mata Jake mendengar permintaan Ahreum, "Date?"

"Eh, eh! Bukan! Bukan tu maksud saya! Saya maksudkan kita berdua keluar sama-sama, not in a romantic way." Ahreum panik tatkala dia sedar dia telah tersasul menyebut perkataan date.

Jake tergelak melihat reaksi panik Ahreum, "I see. Okay, esok senja saya jemput awak. Kita keluar sama-sama."

"Esok?"

"Yes, it will be only the two of us."

ayat terakhir kau sungguh mendebarkan jiwa aku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top