SEVEN
•••
Seperti yang telah dijanjikan, Jake dan Ahreum keluar berdua-duaan untuk makan malam di sebuah restoran. Aeyoung pula seperti biasa menjadi pengasuh Nari sementara kakaknya tiada di rumah.
"Dua tambah dua sama dengan?"
"Empat!"
"Pandai!"
Jawapan yang betul ditulis dengan penuh semangat. Nari sedang tekun melengkapkan kerja rumahnya yang berbaki sebelum Aeyoung menyuruhnya tidur.
"Bila mommy balik?" Nari bertanya kepada Aeyoung yang duduk di sebelahnya di meja makan.
Aeyoung yang tidak pasti sekadar mengangkat bahunya, "Auntie tak tahu, mommy tak bagitahu apa-apa pun."
"Mommy jahat tak bawak Nari keluar dengan daddy."
"Nari kan dah selalu jumpa daddy Jake, bagilah mommy keluar dengan dia pula."
"Kenapa? Mommy suka daddy ke?"
Sekali lagi Aeyoung mengulangi pergerakan bahu yang sama, "Itu Nari kena tanya mommy sendiri." hampa Nari mendengar jawapan yang Aeyoung berikan.
Interkom yang berbunyi memecahkan kesunyian di apartmen itu. Dengan penuh teruja, Nari turun dari kerusi dan meninggalkan meja makan tanpa menunggu Aeyoung. Tak sabar hendak menyambut kepulangan Ahreum dan Jake.
"Mommy!"
"Nari jangan!"
Lengan Nari sempat ditarik oleh Aeyoung sebelum dia mencapai pemegang pintu. Riak wajah Nari masam mencuka apabila tindakannya dihalang oleh Aeyoung.
"Auntie, bagilah Nari buka pintuuuu!" Nari mula merengek.
Jari telunjuk Aeyoung menunding ke arah skrin interkom. Anak mata Nari pun ikut tertumpu ke arah itu. Matanya mengecil dek cuba mengecam gerangan yang sedang berada di luar rumahnya.
"Nari, itu bukan daddy Jake."
•••
"She was so mad, nampaknya lain kali saya kena pujuk dia."
"As you should. Nari tu memang kuat cemburu."
"Seriously dengan mommy dia sendiri pun nak cemburu?"
"Tengoklah kita berdua kat mana sekarang, mustahil kalau sekarang dia tak merajuk sebab kena tinggal kat rumah."
Jake tergelak. Apa yang Ahreum katakan ada betulnya. Fikiran Jake teringat wajah Nari yang bergaya duck
face, marah kerana malam ini tidak dibawa keluar sekali.
"Saya betul-betul curious, tapi saya ragu-ragu nak tanya awak soalan ni." ujar Jake yang sudah lama memendam satu soalan. Mungkin elok jika dia bertanya kepada Ahreum sekarang.
"Tanya jelah, saya akan jawab selagi saya mampu."
"It's actually about Nari. Where did she came from?"
Jawapan kepada soalan itu tidak keluar bulat-bulat daripada mulut Ahreum menyebabkan Jake berasa serba salah. Mungkin dia sudah melebihi batas privasi Ahreum yang kelihatan sedang mengambil masa untuk menghadam soalan itu.
"Ahreum, saya tak bermaksud nak guriskan hati awak."
"It's fine Jake, saya rasa awak patut tahu lebih banyak tentang diri Nari."
Sejujurnya Jake tidak sangka Ahreum berfikiran sebegitu, "Me?"
Mana tidaknya, selama ini Ahreum tidak pernah bersifat terbuka terhadap Jake. Pastilah Jake terkejut kerana Ahreum sudi membuka cerita yang lebih mendalam tentang Nari.
"Iyalah, awak kan daddy dia."
Hampir memerah muka Jake diusik oleh Ahreum. Pengalaman sekali seumur hidup dikatakan dapat buat Ahreum bergurau seperti ini.
"Itu cuma nickname, hakikatnya saya ni bukan siapa-siapa dalam hidup Nari."
"Nari really meant it when she said you're her daddy."
"Maksudnya gelaran daddy yang Nari bagi tu bukan nickname semata-mata?"
"Nope. Saya sebagai Nari punya mommy boleh nampak yang dia sayangkan awak macam bapa sendiri."
Nada dering telefon pintar Ahreum berbunyi, sekali gus mengganggu suasana manis antara mereka berdua. Telefon dikeluarkan daripada beg tangan lantas Ahreum memandang Jake sekilas.
"Sekejap tau, Aeyoung call."
Jake mengangguk faham dan membenarkan Ahreum mengambil masanya untuk menjawab panggilan tersebut.
"Hello, ada masalah ke?"
"Unnie, cepat balik!"
Perasaan risau melanda diri Ahreum disebabkan oleh nada suara Aeyoung yang kedengaran tergesa-gesa, "Aeyoung, apa dah jadi?"
"He found you."
— at that moment, aku dapat rasakan jantung aku luluh.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top