ONE

•••

"Mommy!"

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, Ahreum disambut oleh sebuah dakapan hangat. Terukir senyuman manis di bibir Ahreum lalu dia mendukung tubuh kecil puterinya.

"Nari buat apa hari ni?" soal Ahreum sambil mendukung Nari ke ruang tamu. Keadaan ruang tamu yang berselerak dengan mainan langsung tidak mengejutkan Ahreum.

"Main lukis-lukis dengan auntie!" jawabnya riang sekali. Ahreum meletakkan Nari di lantai agar dia dapat menyambung aktiviti melukisnya. Lantas Ahreum melabuhkan punggung di sofa dan merehatkan tubuhnya.

"Hey, sis!" sapaan ringkas Aeyoung menarik perhatian Ahreum. Aeyoung, satu-satunya adik perempuan Ahreum turut melabuhkan punggung di sofa itu selepas membasahkan tekak dengan air di dapur.

"Hey, okay tak jaga Nari?"

Aeyoung mengangkat kedua belah bahunya, "Okay jelah. Nari tak banyak ragam jadi senang je aku nak jaga dia."

Mujurlah Aeyoung ada untuk menjaga Nari yang sedang bercuti sekolah selama seminggu. Jika tidak, jenuh Ahreum hendak mencari seorang pengasuh.

"Aku dengar omma nak aturkan sesuatu untuk kau."

Ahreum tahu bagaimana perbualan mereka akan berakhir dan dia tidak mahu membincangkan 'aturan' yang Aeyoung sebutkan, "Diam! Aku tak nak dengar apa-apa."

"Bagilah aku cerita sekejap!"

Ahreum memberikan sebuah jelingan tajam, "Fine, tapi jangan paksa aku ikut aturan tu."

Aeyoung menganggukkan kepala lalu merapatkan tubuhnya dengan Ahreum. Dia benar-benar teruja hendak memulakan cerita mengenai aturan yang Puan Kwon telah rancang untuk Ahreum.

"Omma ada seorang kawan rapat ni dan anak lelaki dia berhajat nak cari jodoh. Selepas tu, omma terus cadangkan dia untuk berkahwin dengan kau."

Interkom yang tiba-tiba berbunyi mengganggu perbualan dua beradik itu.

"Sekejap, bagi aku tengok siapa yang datang." Ahreum bingkas bangun membiarkan Aeyoung terpinga-pinga di ruang tamu.

"Hello, siapa kat luar?" Ahreum bertanya melalui telefon interkom sebelum dia membuka pintu yang berkunci. Matanya pula melihat skrin interkom yang memaparkan seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Ini apartmen Kwon Ahreum ke?" kedengaran suara seorang lelaki itu membalas pertanyaan Ahreum dengan satu pertanyaan lain.

"Ya, Kwon Ahreum sedang bercakap."

"Saya ada penghantaran untuk awak."

Dahi Ahreum berkerut kerana hairan memikirkan barang yang dia tidak pernah pesan. Tambahan pula, dia melihat gaya pemakaian lelaki itu yang langsung tidak melambangkan seorang penghantar barang. Pemakaiannya formal persis orang yang bekerja di pejabat.

Telefon interkom diletakkan. Ahreum menyarungkan sepasang selipar lalu membuka pintu rumahnya.

Berdiri di hadapannya sekarang, lelaki yang tidak dikenalinya itu sedang memegang sejambak bunga ros merah. Lelaki itu mengukirkan sebuah senyuman lalu menghulurkan bunga itu kepada Ahreum.

"Nice to meet you, my future wife."

waktu itu, aku betul-betul tercengang.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top