FOUR

•••

"Untunglah, tahu-tahu jodoh sampai depan pintu rumah."

"Siapa kata dia jodoh aku?"

"Ahreum, dia tu baik tau. Kau masih tak nampak ke?"

"First encounter bolehlah kata macam tu. Kita tak tahu selepas ni sikap dia akan berubah atau tak."

Nayoung melepaskan keluhan berat. Sikap Ahreum yang dingin dengan lelaki tidak pernah berubah sejak zaman sekolah, walhal Jake itu sangat budiman orangnya.

"Give it a try." cadang Nayoung.

"Why should I?"

"Kau tak nampak ke betapa gembiranya Nari bila dengan Jake?"

Ahreum terdiam seketika. Dia mengingati semula gelagat Nari apabila bersama Jake sambil mengacau kopi panas yang baru dihidangkan oleh pelayan.

Terang lagikan bersuluh Nari berasa senang dengan kehadiran Jake. Lagikan pula Nari sudah lama menginginkan seseorang yang dia boleh gelarkan sebagai bapanya. Namun begitu, Ahreum tidak dapat membuka hatinya lagi untuk Jake.

"Aku nampak semuanya. Tapi tak ada gunanya kalau kitorang berkahwin secara terpaksa, lama-lama aku tak akan bahagia pun dengan dia."

"Arranged marriage tak sama dengan forced marriage. Omma kau cuma aturkan perkara ni dan mestilah dia faham kalau kau perlukan masa untuk kenal Jake."

"Tak, aku tak nak ikut aturan ni." Ahreum tetap berkeras tidak mahu mengikut aturan Puan Kwon kerana baginya semua lelaki adalah sama. Mereka cuma tahu mengungkapkan segala kata dan janji manis namun gagal untuk buktikan ketulusan kata-kata itu.

Ahreum serik dengan apa yang dia lalui dahulu.

"Wait, that guy looks familiar." ujar Nayoung lalu menyisip kopinya.

Ahreum menoleh ke belakang, mencari orang yang Nayoung maksudkan.

"Kenapa dia kat sini?" Ahreum segera menoleh ke hadapan semula, bertentang mata dengan Nayoung yang sekadar mengangkat sebelah keningnya.

"Bukan kau ke yang ajak dia?"

"Bila masa?"

Jake yang baru menapak masuk ke dalam kafe itu mencari kelibat Ahreum. Dia datang ke sini kerana Aeyoung yang memberitahunya tentang keberadaan Ahreum.

Mata Jake melilau di segenap pelosok kafe itu, secara tidak sengaja matanya bertemu dengan mata Nayoung. Lantas dia mengecam sosok tubuh Ahreum yang membelakangkannya.

"Alamak! Aku ter-eye contact dengan dia." ujar Nayoung sementara Jake sedang berjalan menghampiri mereka berdua.

"Banyaklah alasan kau." marah Ahreum dengan nada suara perlahan. Sengaja dia menundukkan kepala agar Jake tidak perasan akan kewujudannya di situ.

"Hello, Kwon Ahreum and may I know your name?"

"Lee Nayoung. Duduklah sekali, Jake." mesra sekali Nayoung menjemput. Jika biarkan Ahreum bersuara memang Jake akan dihalau begitu sahaja.

Jake tidak sangka Nayoung sudah mengenalinya. Ahreum pula mengeluh pendek lantas mengangkat kepalanya memandang Jake, "What makes you here?"

"Bukan awak yang janji nak berjumpa hari ni ke?"

Mata Ahreum terkebil-kebil. Fikirannya ligat mengingati jika dia telah buat sebarang perjanjian dengan Jake dua hari lalu, iaitu semasa mereka pertama kali bersemuka.

"Oops... Maaf, saya betul-betul terlupa."

"Tak apa, Aeyoung dah bagitahu saya yang awak ada kat sini."

"Macam mana dia bagitahu awak?"

"Sebab tadi saya datang rumah awak."

"Saya minta diri terlebih dahulu. Korang berdua berbincang baik-baik, ya." Nayoung segera meminta diri dahulu, tidak mahu mengganggu masa Ahreum dan Jake di situ.

Ahreum membiarkan sahaja Nayoung beredar. Jake menukar tempat duduknya untuk duduk bertentangan dengan Ahreum.

"Okay, Jake. Saya dah decide yang saya tak nak teruskan perancangan ni." Ahreum berterus terang setelah Nayoung meninggalkan mereka. Ahreum sedar bukan mudah untuk dia menerima Jake jadi dia tidak mahu memainkan perasaan dan memberi harapan palsu kepada lelaki itu.

"Apa yang buatkan awak nak tolak saya mentah-mentah?" soal Jake yang tidak terkejut dengan keputusan melulu Ahreum.

"Sebab saya tak percayakan lelaki."

Suasana antara mereka berdua menjadi semakin tegang. Jake menghela sebuah keluhan pendek lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi, "Just give me a chance, okay? Saya akan buktikan yang saya jauh sama sekali tak sama seperti apa yang awak fikirkan."

Ahreum tertawa sinis, "Seriously?"

Melihatkan kesungguhan Jake membuatkan hati Ahreum terpujuk sedikit untuk berikan dia satu peluang. Namun ada syarat yang Ahreum mahu tetapkan.

"Kalau macam tu, jangan cuba buat Nari kecewa. Saya tak terkejut kalau akhirnya nanti awak akan kecewakan saya. Tapi jangan sesekali awak berani calarkan perasaan anak saya."

dan aku beranikan diri untuk percayakan kau.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top