FIVE

•••

"Mommy, mana daddy?"

Ahreum cuba memulihkan semangat Nari yang kian pudar, "Jangan risau, nanti daddy sampai."

Jam tangan Ahreum menunjukkan lagi beberapa minit sahaja lagi acara Nari akan bermula. Namun kelibat Jake masih belum kelihatan. Ahreum pula yang risau jika Jake tidak dapat menghadirkan diri.

Beberapa orang rakan sekelas Nari sedang bersedia bersama bapa mereka di garisan permulaan. Nari bertambah gusar sambil Ahreum mula mengikat tali pada kakinya walaupun Jake belum muncul.

"Mana daddyyy? Nanti dah mula." Nari bertanya lagi. Dia sudah puas perhatikan kawasan sekeliling padang  untuk mencari kelibat Jake.

Usai mengikat tali itu, Ahreum berdiri lalu mengusap lembut kepala Nari, "Mommy tak pasti, mungkin daddy dah nak sampai. Nari kena sabar, ya?"

"Betul-betul ke daddy datang?"

Sebenarnya Ahreum sendiri tidak pasti. Ahreum risau jika dia terus meyakinkan Nari bahawa Jake akan datang, akhirnya Jake akan menghampakan mereka berdua sahaja.

Ahreum sudah agak, dia tidak sepatutnya mudah mempercayai Jake.

"Lily!"

Nari terkejut mendengar satu suara yang memanggil namanya. Nama yang dipanggil oleh satu-satunya insan yang dia sedang nantikan sekarang. Nari menoleh ke belakang dan riak wajahnya yang muram terus bertukar ceria tatkala melihat Jake sedang berlari-lari anak ke arahnya.

"Daddy!" jerit Nari membuatkan Ahreum turut menoleh ke arah yang sama, tadi dia tidak sedar Jake telah memanggil Nari dari jauh.

Nari memeluk pinggang Jake apabila Jake menghampiri mereka berdua, "Cepat daddy! Nanti kita lambat!"

Jake tersenyum lebar lalu mencuit pipi Nari, "Okay, lessgaur!" tidak sempat Jake hendak menyapa Ahreum, dia terus membawa Nari ke garisan permulaan.

Ahreum masih berdiri kaku. Melihat Jake yang memunculkan diri pada saat akhir merupakan sebuah kejutan baginya.

Wisel ditiupkan menandakan perlumbaan bermula. Nari dan Jake yang sempat bersedia terus berlari untuk merebut tempat pertama. Agak susah bagi Jake untuk berlari dengan kaki kanannya diikat bersama kaki kiri Nari, tetapi dia berusaha agar Nari dapat mengikut langkahnya dengan teratur.

Bersama ibu-ibu peserta lain, Ahreum tidak melepaskan peluang bersorak untuk Nari dan Jake. Dia gembira melihat Nari yang bersemangat mahu menamatkan perlumbaan bersama Jake di sampingnya.

Sorakan daripada para penyokong bertambah kuat apabila terdapat peserta yang berjaya merebut tempat pertama di garisan penamat. Ahreum menghela nafas lega, Nari tetap berjaya menamatkan perlumbaan dengan mendapat tempat kedua.

"Mommy kita menang!!!" ujar Nari yang sungguh gembira sambil berlari mendekati Ahreum setelah Jake membuka ikatan tali pada kaki mereka. Ahreum tersenyum bangga lalu memeluk erat tubuh kecil Nari.

"Good job, Nari! Mommy so proud of you!" puji Ahreum smabil mencium pipi Nari. Melihat Nari gembira cukup menyenangkan hati Ahreum.

"Tak sangka awak datang." ujar Ahreum kepada Jake selepas pelukan dileraikan.

Jake melepaskan sebuah tawa kecil, "Saya bukan seseorang yang suka mungkiri janji."

Ahreum turut ketawa. Nampaknya Jake mengambil serius tentang syarat yang Ahreum tetapkan. Ataupun Jake sememangnya seorang yang berpegang pada janjinya dan tidak suka menghampakan orang lain.

"Daddy, nanti daddy tengok Lily main lagi tak?" soal Nari yang tidak mahu Jake beredar awal. Dia masih ada beberapa acara lagi dan mahu Jake menontonnya nanti.

Jake memandang Ahreum sebelum menjawab pertanyaan Nari. Takut jika Ahreum tidak benarkan Jake berlama-lamaan di sini.

"Nari betul-betul nak awak ada kat sini." ujar Ahreum.

"Awak tak kisah?"

"As long as she's happy, saya tak kisah."

Lega mendengar jawapan Ahreum, Jake memandang Nari semula lalu menjawab pertanyaannya tadi, "Mestilah boleh! Selepas ni kita pergi makan aiskrim sama-sama, nak?"

"Nak!" riang Nari menyahut lantas dia berlari ke tengah-tengah padang semula apabila dipanggil oleh gurunya untuk acara seterusnya.

Ahreum memandang Jake yang kini berdiri di sampingnya. Gaya Jake melihat Nari dari jauh persis seorang bapa yang bangga melihat pembesaran anaknya, walhal hakikatnya dia masih bujang. Itu menghiburkan hati Ahreum.

"Terima kasih sebab datang, Jake."

Pandangan Jake beralih ke wajah Ahreum, "My pleasure. Tapi boleh tak kalau saya minta sesuatu?"

"Minta apa?"

"Kalau awak tak nak kahwin dengan saya sekalipun, boleh awak benarkan saya jumpa Nari lagi selepas ni?"

Ahreum memandang Nari sekilas. Melihatkan Nari yang sentiasa ceria bersama Jake, tiada alasan untuk Ahreum menghalang mereka berdua untuk bertemu lagi.

"Boleh, tapi awak jangan lupa syarat yang saya tetapkan sebelum ni."

"Anything for Lily's happiness."

Asyik memanggil Nari dengan nama Lily sahaja, Ahreum membetulkan Jake, "Nama dia Na-Ri, jangan senang-senang nak ubah nama anak saya."

"As Lily's unapproved daddy, I can call her by any name that I like."

Ahreum tergelak mendengar jawapan Jake, ada-ada sahaja alasan dia untuk claim Nari seperti anak sendiri.

mulai saat itu aku sedar, cukuplah kau jaga perasaan Nari berbanding aku. Nari deserves all type of happiness and you became one of it.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top