FIFTEEN
•••
Enam bulan, suatu tempoh yang panjang namun tidak bagi Ahreum. Dia rasa masa berlalu dengan sangat pantas.
Enam bulan yang lalu, dia bersetuju untuk menjadi tunang orang. Pastilah orang itu Jake Sim, lelaki yang pernah datang melamarnya di muka pintu rumah. Tak sangka lelaki yang dia panggil gila itulah yang bakal menjadi pasangan hidup sematinya.
Kini Ahreum duduk di dalam bilik menunggu dengan mengenakan gaun putih. Matanya asyik melihat jam pada dinding. Beberapa minit sahaja lagi dia akan bergelar isteri orang. Tidak pernah dalam seumur hidupnya rasa berdebar teruk sekali.
"Nayoung, tolong cubit aku."
Nayoung yang berdiri di tepi sofa yang Ahreum duduk hairan mendengar permintaan tersebut, "Sudahlah tu, ini realiti bukan mimpi." tetapi dia tetap mencubit kuat lengan Ahreum.
Secara refleks Ahreum mengalihkan lengannya kerana sakit dicubit. Cubitan Nayoung sedikit pun tidak membantunya untuk bertenang. Malah dia semakin berdebar kerana sekarang dia tidak bermimpi.
•••
"Awak ni dari tadi termenung, is everything okay?"
Ahreum terus memandang Jake yang berdiri di sampingnya. Jake berpakaian sungguh segak hari ini sehinggakan Ahreum rasa dialah wanita yang paling beruntung di dunia kerana berjodoh dengan lelaki yang sekacak Jake.
"Okay je, cuma tak sangka hari ni betul-betul terjadi."
"Masih tak sangka awak dapat suami sekacak saya?"
Lengan Jake dicubit lembut, "Jangan perasan sangat boleh tak? Saya kahwin dengan awak sebab awak pandai ambil hati Nari je."
"Tapi secara tak sengaja saya terambil hati awak juga kan?"
"Okay, fine! Awak jelah yang terpaling handsome."
"Alolololo. Awak pun terpaling cantik, sayang."
Rama-rama bagaikan berterbangan dalam perut Ahreum. Perkataan 'sayang' tidak pernah gagal untuk buat dia berdebar.
Jake menyapa mesra seorang tetamu, mereka berbual dan ada masanya ketawa bersama-sama. Ahreum yang sentiasa berada di sisi Jake tidak jemu menikmati pandangan yang berada di hadapannya, dia suka melihat suasana majlis perkahwinannya yang diadakan secara outdoor. Setiap perincian dan dekorasi dibuat tepat mengenai citarasanya. Mujurlah duit Jake cukup menampung kos perkahwinan idaman Ahreum.
Ahreum memandang Jake semula. Wajah kacak suaminya tidak jemu langsung untuk ditatap. Tiba-tiba ayat yang Puan Kwon pernah tuturkan terlintas dalam fikiran Ahreum.
"Kalau Jake betul-betul diciptakan untuk kamu, kamu akan dapat rasakan 'yes, he's the right guy that God had created for me'."
Dan benarlah firasat Puan Kwon, Jake ialah lelaki yang Ahreum nantikan selama ini.
"Tengok tu, termenung lagi."
Ahreum tersedar dari lamunannya, rupa-rupanya sejak tadi Jake sudah habis berbual dengan tetamu itu. Jake memegang erat tangan Ahreum lalu mengucup lembut tangannya, "Kalau awak tak selesa lama-lama kat sini, bagitahu saya."
"Tak, saya okay je."
"Seriously?"
"I'm serious, I just can't stop admiring you."
Jake tergelak mendengar jawapan Ahreum, "Wah, awak dah pandai flirt?"
"I can't help but fall for you. Thanks sebab awak sentiasa sabar dan setia menunggu saya."
Jake mencuit perlahan hidung Ahreum, "Thanks for accepting me, finally my life feels complete with you."
"Mommy, daddy!" Nari berlari mendekati Ahreum dan Jake. Sepanjang majlis berlangsung, dia mengabiskan masa bermain dengan anak-anak buah Jake yang secara tidak langsung merupakan sepupunya.
"Nanti daddy ikut kita balik ke?" soal Nari yang bersinar-sinar matanya. Berharap agar dia tidak perlu lagi menunggu setiap hujung minggu untuk berjumpa dengan Jake.
Terukir senyuman lebar di bibir Jake, "Mestilah! Sampai bila-bila Lily duduk satu rumah dengan daddy."
"Yeayyy! Saaayang daddy!" Nari bersorak gembira lalu memeluk pinggang Jake. Ahreum yang berdiri di tepi mereka sekadar berpeluk tubuh.
"Asyik sayang daddy je, Nari tak sayang mommy ke?"
"Nari nak pergi main, bye!" begitu sahaja Nari meninggalkan mereka membuatkan Jake tergelak. Selepas ini Ahreum perlu berkongsi kasih sayang dengan Jake, ataupun Jake yang akan memperoleh lebih kasih sayang daripada Nari.
"Sikit-sikit nak daddy. Dahlah, saya nak jumpa kawan-kawan saya." Ahreum berpura-pura merajuk dengan meninggalkan Jake. Mahu menyapa kawan-kawannya yang menghadiri majlis mereka hari ini.
"Ahreum, tunggulah suami awak ni." Jake terus mengekori Ahreum dari belakang, sambil-sambil itu dia menyapa tetamu-tetamu yang lain.
Nampaknya kehidupan Jake akan sibuk dengan melayani karenah dan memujuk dua orang perempuan yang saling merebut perhatiannya.
— I guess this is our happy ending.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top