EIGHT

•••

Aku masuk ke dalam rumah mencari kelibat Aeyoung yang tadi menyuruh aku pulang, sekali gus merosakkan makan malam aku bersama Jake.

Tiba di ruang tamu, langkah aku serta-merta terhenti tatkala mata aku melihat seseorang sedang duduk di sofa.

Aku tergamam namun aku cuba menyembunyikan reaksi itu. Fokusnya pada televisyen bertukar ke aku. Daripada riak wajahnya aku tahu dia juga merasakan perkara yang sama.

"Kwon Ahreum."

Aku hanya berdiri kaku apabila dia bangun dan cuba mendekatiku. Aku tak mahu kelihatan seperti seorang pengecut atau seorang yang lemah di hadapannya.

Dialah contoh lelaki yang aku paling benci di muka bumi.

"Kenapa awak cari saya?"

Dia berhenti dalam jarak tiga langkah daripada tempat aku berdiri. Seakan-akan tahu aku tidak suka akan kehadirannya.

"Saya risaukan tentang awak."

"Risaukan saya?"

"Dan ..." dia teragak-agak untuk menghabiskan ayat tersebut. Namun dia gagahkan juga untuk mengungkapnya.

"Anak kita."

"Anak? Maaflah tak ada mana-mana budak awak cari kat sini."

"Mommy."

Nari terpaku melihat aku sedang berdiri menghadap lelaki yang tidak dikenalinya itu. Lantas anak mata Nari bertembung dengan milik lelaki itu. Nari berasa kurang senang dengan tatapannya.

"Ini ke dia?" soalnya lalu cuba mendekati Nari. Semasa dia diajak masuk oleh Aeyoung, jelas sekali dia tidak perasan akan kewujudan Nari.

Hal yang sebenarnya, Aeyoung memaksa Nari untuk duduk di dalam bilik sahaja. Aeyoung tahu aku tidak mahu identiti Nari diketahui oleh lelaki ini.

"Jangan berani dekati dia!"

Tangannya kasar aku tepis lantas Nari berdiri di belakang aku. Nari yang berada di belakang memeluk pinggang aku erat, mungkin takut menyaksikan ketegangan yang sedang berlaku.

Keinginannya mahu usap kepala Nari terbatal, "Ahreum, tolong benarkan saya jumpa dia."

"Saya tak akan benarkan! Kenapa sekarang awak baru munculkan diri? Ke mana awak pergi semasa saya dalam kesusahan? Awak tak pernah ada untuk saya jadi jangan fikir awak ada apa-apa hak ke atas diri saya dan Nari!"

Tahap kemarahan aku memuncak berbaur perasaan benci dan kecewa terhadapnya. Aku harap dia sedar kesilapannya telah mempengaruhi hidup dan meninggalkan kesan buruk pada diri aku.

"Maafkan saya Ahreum, maafkan saya..."

Ucapan minta maaf tidak dapat meredakan perasaan ini, malah ucapan itu mengembalikan sebuah memori
hitam. Hati aku teruk berkecamuk.

"Pergi dan jangan sesekali munculkan diri di depan saya lagi, Lee Heeseung."

•••

You:
Is everything okay?

sent 10:47 p.m.

Ahreum:
Okay je

Sorry lambat, malam tadi fon habis bateri

sent 8:10 a.m.

You:
Glad to know that

Stay safe at work ;)

sent 8:11 a.m.

•••

"Pelik, rasanya Ahreum ni fast replier."

"Kau kenapa cakap sorang-sorang?"

Pandangan Jake tertumpu pada Heeseung yang datang menyapa, "Tak ada apa-apa, cuma tengah hairan."

"Hairan?" kening Heeseung berkerut. Kerusi kosong yang menghadap Jake diduduki oleh Heeseung memandangkan mereka berdua akan makan tengah hari bersama-sama di restoran ini.

"Aku send message kat Ahreum pagi tadi, tapi sampai sekarang dia tak tengok." ujar Jake yang jenis tidak berahsia dengan Heeseung. Hubungan mereka berdua sangat akrab.

"Mungkin dia baca kat notification bar je."

"Boleh jadi. Tapi apa sebenarnya hubungan kau dan Ahreum sampai kau minta alamat rumah dia kat aku?"

"Dulu kitorang BFF. Masa aku baru pindah ke Australia, tak sangka lost contact."

"Jadi kau dah jumpa Ahreum?"

"Belum, tak sempat nak pergi ke alamat yang kau bagi."

Jake bulat-bulat percaya apa yang Heeseung katakan. Heeseung pula berlagak seperti biasa, namun dalam hati timbul perasaan serba salah kerana terpaksa menipu sahabat karibnya.

Hubungan Ahreum dan Heeseung lebih sekadar daripada BFF sehingga satu hari perbuatan mereka terlanjur. Heeseung terpaksa mengundurkan diri atau dia akan dibuang oleh keluarganya sendiri jika rahsia perbuatannya terbongkar. Dia benar-benar bertindak seperti seorang pengecut.

Ahreum perlu melalui semuanya bersendirian. Pada awalnya dia hendak merahsiakan tentang kandungan tersebut daripada kedua ibu bapanya, namun segala-galanya terbongkar jua pada akhirnya.

"Kau sukakan dia?" secara rawak Heeseung memilih soalan untuk Jake, juga untuk bantu dirinya agar tidak memikirkan sangat tentang Ahreum pada saat ini.

"Siapa?"

"Mestilah Ahreum. Gaya kau macam betul-betul ikut flow aturan omma kau dan omma dia."

Soalan Heeseung agak memalukan Jake. Benarkah dia menyukai Ahreum? Baru saja tadi gayanya ikhlas mengambil berat tentang wanita itu, perasaan sayang sudah muncul juga agaknya?

•••

Ahreum:
Jake,

Tentang nari, saya terlupa nak bagitahu awak

Sebenarnya dia bukan anak kandung saya

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top