³
RIUH satu café dengan suara-suara ahli bangtan. Tak campur lagi dengan si Taehyung dan Jungkook termasuk Jimin yang suka menghanat walau di mana jua mereka berada.
Seokjin sudah tergeleng kepala melihat telatah Taehyung yang sedang menolak-nolak belakang kepala Jimin kemudiannya ditolak semula dari depan oleh Jungkook.
Naik pening Jimin dibuatnya tapi tetap sahaja jejaka berketinggian sederhana rendah itu tergelak suka. Barangkali dia tahu niat kawannya hanyalah ingin bergurau semata.
Namjoon memotong daging steak miliknya menjadi ketulan kecil kemudian disuap masuk ke dalam mulut. Sambil-sambil tu matanya bergerak memerhati Seokjin yang duduk berhadapannya dan leka menyedut air minuman tanpa bersuara.
"Weh hyung aku dengar kau dah beli company John Cena tu. Betul ek?" teruja Hoseok membuka cerita membuatkan Yoongi yang dari tadi bermain phone terhenti. Wajahnya diangkat memandang Seokjin yang beriak biasa.
"Betul ke bhai? Ke hanya rumours semata?" mengecil mata Yoongi melihat senyuman sinis milik Seokjin yang terukir lebar.
Straw di dalam gelas dimainkan perlahan. Gelak tawa kuat Jungkook,Jimin dan Taehyung sedikit pun tidak menganggu dirinya. "Haah pahal?"
Hoseok menepuk kuat permukaan meja membuatkan Namjoon tersedak. Pantas Seokjin menolak gelas kaca di sebelah dia ke hadapan Namjoon. "Kau pahal kuda? Nak mati?" tajam anak mata Yoongi merenung wajah Hoseok yang tersengih-sengih.
"Sorry Joon hoho tapi serious lah hyung? Tak mahal ke?" Seokjin berdecit. Dia menyedut sedikit air miliknya kemudian ditelan pantas. Wajah teruja Hoseok dipandang. "Aku beli takat satu won nak mahal apanya?"
"The heck satu won? Apa murah sangat jilake. Kau nak menipu ke apa?" tergelak sinis Yoongi di situ. Dia kembali menumpukan perhatian kepada phone di tangan.
Namjoon mengelap mulutnya. Seokjin tergelak halus. Rahangnya diusap perlahan dan ekor matanya mengerling Yoongi sekilas sebelum dia menumpukan sepenuh perhatian kepada Hoseok.
"Company dia banyak hutang. Too much things need to be settle out you know? He ask me for three thousand million but I said I only can give him one won since the company that he own have so much trouble issues. That's why the price of the company only suit one won and not million even trillion tho"
Terangguk kepala Hoseok dan Yoongi akhirnya tahu sebab kenapa terlalu murah. Namjoon menolak pingannya yang sudah kosong ke tengah meja. Tisu yang dibuat lap mulut digumpal lalu diletakkan di atas pingannya. "So lepas ni bertambah lah cawangan kau kan? Member kita dah maju woo"
Seokjin menggelengkan kepala. Dia tersenyum segan. Belakang kepalanya diusap perlahan. "Tch takdelah...aku pun sama je macam korang juga"
Pecah ketawa Namjoon dan Hoseok apabila wajah Seokjin memerah kerana malu. Pantang dipuji merah terus mukanya. Jungkook menghela nafas lelah begitu juga Jimin dan Taehyung.
Penat bermain dan bergelak ketawa dari tadi. Maklumlah jarang jumpa tu yang excited tu. "Penat dah? Habiskan air korang tu. Membazir je kalau tak habiskan tahulah kaya" sampuk Yoongi yang sedari tadi memerhati trouble maker line itu bermain.
Umur dah jejak dua puluhan tapi perangai mengalahkan budak tadika. Budak tadika pun dah matang tapi tidak pada mereka tiga ketul. Selalu sangat layankan otak mereng masing-masing sampaikan penat mereka yang bergelar hyung line nak handle.
"Okeyh hyung!" serentak Jimin,Jungkook dan Taehyung menyahut. Terus mereka menyedut rakus minuman masing-masing.
Tergeleng kepala Yoongi melihat betapa rakusnya Jimin,Jungkook dan Taehyung menyedut minuman mereka. Hoseok sudah tersengih sambil menongkat dagu dan memerhatikan maknae line minum air.
Tak sangka mereka bertiga dah besar panjang. Rasa macam baru semalam je melihat Jimin,Jungkook dan Taehyung melalak kerana dibuli dengan hyung line.
"Urmph Jin hyung" Jungkook mengambil sehelai tisu dan membersihkan mulutnya yang sedikit comot. Seokjin mengangkat kening. Tangannya tidak lepas bermain dengan straw minuman miliknya.
"Uhuk ark tersedak sial" Jimin menepuk perlahan dadanya. Boleh pula dia tersedak time-time macam ni. Taehyung dengan pantas menepuk perlahan belakang Jimin. Terseksa sangat muka Jimin dia tengok. Macam separuh mati menarik nafas.
"Chim kau ni lain kali minum perlahan-lahan lah. Kan dah tersedak" Hoseok menghulurkan sehelai tisu kepada Jimin yang termengah-mengah. "Hehe mian hyung" mulutnya dilap hingga bersih. Taehyung bersandar di kerusi. Menunggu Jungkook berbicara.
"Ehem semalam tu...hyung kemana?" wajah Seokjin berubah tetapi dengan cepat dia sembunyikan riaknya dengan wajah tenang. Gelas yang sudah kosong ditolak ke tengah meja.
Namjoon,Hoseok,Jimin,Taehyung dan Jungkook dengan sabar menanti apa yang nak dikatakan oleh Seokjin manakala Yoongi leka berbalas mesej dengan seseorang.
"Somewhere that exists in this world" Semua dah berdengus perlahan dengar jawapan Seokjin yang terlalu umum. Taehyung dah siap-siap nak angkat kaki lepastu genyeh tapak kasut dia dekat muka Seokjin tapi disebabkan Seokjin lagi tua daripadanya jadi niat tu terpaksa dia tahankan.
'Takpe Tae...ada masa lagi' hatinya menyimpan nekad. Namjoon menyinggul bahu Hoseok dan memberikan isyarat mata. Berkali-kali anak matanya bergerak mengerling Seokjin yang leka termenung.
Jungkook awal-awal lagi dah pasrah taknak tanya soalan lebih-lebih. Karang dia tanya mesti Seokjin akan jawab benda yang terlalu umum bagi mereka semua.
Macam 'kau pergi sana naik apa?' nanti Seokjin mesti balas 'pacuan empat roda'. Kalau diaorang tanya 'sebab apa kau ke sana?' Seokjin mesti
jawab 'sebab aku rasa nak ke sana' kadang nak lepuk aje si Seokjin tu tapi sebab fikirkan kawan jadi mereka diamkan ajelah.
"Oh ye lah malam ni family aku ada buat makan-makan. Jomlah datang" Hoseok cepat-cepat cuba menceriakan suasana yang semakin suram. Masing-making menumpukan perhatian kepada Hoseok. Mimpi apa keluarga kuda tu nak buat makan-makan?
"Kalini...family kau nak raikan sape lagi?" ujar Yoongi malas. Riak wajahnya juga datar. Naik muak dengar jemputan dari Hoseok. Namjoon sudah menggeleng kepala dengan perangai Yoongi. Cubalah jaga hati kawan tu sikit.
"Alah kau ni Yoong...kitaorang nak raikan Adyen lah. Takkan lupa kawan konon sehidup SENERAKA kau tu?" sengaja Hoseok tekan ayat seneraka tu agar Yoongi punya minda terbuka semula.
Asyik kerja menyentapkan orang je ha kalini Hoseok pula yang akan sentapkan dia biar fair gitu. Jungkook menegakkan badan. Matanya terbuntang luas. "Seriuslah Ayden hyung nak balik dah?" Hoseok mengangguk laju. "Serius lah ni"
"Mimpi apa dia balik sini?" kedengaran nada Seokjin seakan tidak berpuas hati. Perlahan Seokjin menurunkan tangan kirinya dan disorokkan di bawah meja lalu isyarat diberikan kepada seseorang. Ibu jari dan jari hantunya dikeluarkan lalu digoyang sedikit. "Eh straw aku"
Taehyung membongkok untuk mengambil straw miliknya yang terpelanting jatuh ke bawah meja. Cepat-cepat Seokjin membetulkan kedudukan lengannya dan beriak biasa. "Aik hyung macam tak suka pula kau dengar Ayden nak balik?"
Pelik Namjoon dengan Seokjin. Entah apa yang Seokjin dendamkan dengan Ayden pun dia tak pasti. Pantang dengar nama Ayden mesti Seokjin akan naik radang. Anginnya benar-benar meningkat kalau nama Ayden dinaikkan.
Macam alahan dah gayanya. Hoseok saling memberi isyarat mata dengan Yoongi. Kedua jejaka itu dalam diam nekad mencari tahu punca Seokjin terlalu anti dengan Ayden. Sepupu lelaki Hoseok.
"Takdelah. Saje tanya macam tu kenapa dengki sangat dengan aku ni?" datar Seokjin membalas. Tanpa disedari oleh rakan-rakannya dia telah bermain mata dengan seseorang.
Nampaknya malam ni dia tak dapat hadiri makan malam keluarga Hoseok. Telephone Seokjin yang berdering membuatkan perbualan mereka terhenti. Seokjin meminta diri ke tandas.
"Kau tak rasa pelik ke dengan Seokjin hyung?" soalan Jimin membuatkan mereka semua terdiam. "Em tak sure lah chim. Aku pun ada juga perasaan yang kau cakap tu tapi aku fikir baik jelah" terangguk kepala mereka semua tanda apa yang Taehyung katakan adalah betul. Fikir baik ajelah.
☑️
SEKEPING tag berwarna putih dan tertera nombor 6 dihulurkan kepada seorang lelaki yang sudah siap bersandar di dinding tandas dengan rokok di bibir. "Siapa target kau kalini?"
Tag yang dihulurkan oleh Seokjin disambut dengan segera lalu dimasukkan dalam poket hoodienya. Rokok ditarik dan dikepit di jari sebelum asap dihembus perlahan.
Seokjin berdecit halus. Tangannya kembali digerakkan untuk dicuci bersih. Kepala diangkat memandang cermin tandas dan matanya bersabung pandang dengan imbasan susuk tubuh lelaki berhoodie hitam itu di pantulan cermin. "Ayden Jung"
"Noted sir"
☑️
"HA sorry duh aku membuang sekali tadi" muka dibuat sakit dan tangan kanan ditekan ke perut. Kawannya masing-masing menggeleng dan tersenyum nipis tanda tidak mengapa.
"Oh ye Seok maaflah tapi aku tak dapat join makan-makan fam kau nanti" kening masing-masing terangkat. Dah kenapa? Jimin yang mula berfikiran negatif mula sedaya upaya membuang segala pemikiran buruknya tentang Seokjin. Hoseok sudah berubah riak kepada mendung.
Sedihnya sebab kawan dia tak mencukupi nanti. Sudahlah Ayden memang beria nak jumpa Seokjin malam ni. "Kenapa hyung? Kerja ke?" soalan Jungkook dibalas dengan anggukkan. Phone dipoket seluar dikeluarkan dan digoyang perlahan dengan riak serba-salah.
"My personal assistant suddenly call me and inform me that I need to attend the meeting at Busan this night so I'm truly sorry guys. Can't make it this night"
"Takpelah nanti tahulah aku bagitahu Ayden macam mana nanti" Yoongi bersuara setelah sekian lama membisu. Dia faham perasaan Hoseok lagipun dia tahu Ayden terlalu mahukan Seokjin untuk datang makan-malam yang akan diadakan malam ni juga namun apa boleh buat kalau Seokjin terlalu sibuk dengan kerja. "Thanks Yoongi"
"Not a big deal lah anyway apasal bisu pula? Harini kita cheer-cheer sikit ! Namjoon shout the waiter up and said we will order 5 wine now" Taehyung dengan Jungkook bertepuk-tampar bersama. Jimin sudah menyeringai senyum manakala Namjoon dan Hoseok ketawa kecil.
Jarang nak nampak Yoongi belanja jadi harini memang mereka ditapau habis-habisan oleh Yoongi ! Seokjin tersenyum kelat. 'Bodohnya korang'
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top