Data 9- Latihan Sukan

Di sebuah pejabat, terlihat seseorang sedang duduk di mejanya sambil membelek sebuah dokumen. Tiba-tiba dua orang misteri berjalan masuk ke dalam pejabatnya.

"Kapten, ini keputusan ujian Boboiboy seperti yang kapten inginkan," kata salah seorang daripada mereka, menghulurkan keputusan ujian mengejut milik Boboiboy.

"Bagus, nampaknya strategi ujian mengejut berkesan. Tinggi juga kepandainnya," puji kapten sambil melihat keputusan itu.

"Patutkah kami menangkapnya, tuan?" soal sosok misteri yang kedua.

"Tidak perlu lagi, siasat dia lagi. Jika dia menunjukkan potensi yang tinggi, dia sesuai untuk menjadi senjata perang dan baru itu kamu semua tangkap dia," balas kapten.

"Menurut perintah," kata mereka berdua serentak.

Sementara itu, Yaya dan Ying menatap dingin ke arah Boboiboy setelah menerima keputusan bahawa Boboiboy mendapat tempat pertama di dalam kelas manakala Boboiboy berasa keliru setelah Yaya dan Ying menatapnya seperti itu.

"Yaya, Ying, janganlah pandang Boboiboy macam nak makan dia pula," kata Gopal, cuba menenangkan dua gadis itu.

Kedua-dua gadis itu terus menatap ke arah Gopal dengan penuh kemarahan, membuatkan Gopal menjerit ketakutan dan bersembunyi di belakang Fang. Fang mengeluh.

"Bawa bertenang, ini cuma ujian mengejut bukannya peperiksaan pertengahan tahun. Nanti peperiksaan pertengahan tahun, korang berdua berebutlah nombor satu tu. Jangan gaduh-gaduh," kata Fang sambil berpeluk tubuh.

"Tapi Boboiboy pasti bakal dapat tempat nombor satu nanti lagi!" bantah Yaya.

"Betul tu!" Ying bersetuju.

"Dah, dah! Benda dah lepas!" bantah Fang pula membuatkan kedua-dua gadis itu terdiam dan mencebikkan bibir mereka, tidak berpuas hati.

"Perhatian kepada kesemua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis, sila bawa pakai baju sukan pada hari esok untuk latihan hari sukan! Sekian terima kasih!" Tiba-tiba pengumuman kedengaran di corong pembesar suara yang terletak di seluruh kawasan sekolah.

"Aku lupa yang minggu ni adalah minggu hari sukan!" celah Gopal.

"Hari sukan?" Boboiboy menelengkan kepalanya, tidak tahu.

"Dey, takkan hari sukan pun kau tak tahu? Kau sekolah mana sebelum ni sebenarnya?" soal Gopal, menatap datar ke arah Boboiboy.

Fang yang menyedari situasi itu terus mencelah. "Boboiboy home schoolinglah, kan?" kata Fang sambil memberi isyarat mata kepada Boboiboy untuk berlakon sama.

"Ya?" balas Boboiboy yang cuba untuk berlakon.

"Eh, kau tak cakap pun? Mana adil Fang sahaja tahu!" kata Gopal dengan tidak berpuas hati.

"Maaf," ucap Boboiboy.

"Boboiboy, kau rumah sukan apa?" soal Ying.

"Rumah sukan?" Boboiboy mengerdipkan matanya.

"Aku rasa Boboiboy tak tahu rumah sukan dia," kata Fang.

"Betul juga, Boboiboykan budak baru! Lagipun dia mana sekolah mana-mana sebelum ni," kata Gopal pula.

"Jom kita tanya Cikgu Papa?" soal Yaya.

"Jom!" kata Gopal, Fang dan Ying serentak lalu mereka berlima bergerak ke bilik guru.

Setelah tiba di bilik guru, mereka berlima terus menerjah Cikgu Papazola yang sedang sibuk menikmati nasi lemak makcik kantin.

"Cikgu!" kata Yaya, Ying, Fang dan Gopal serentak.

"Opocot mak kau meletup!" latah Papazola, hampir-hampir sahaja orang tua ni jatuh kerusi.

Yaya, Ying, Fang dan Gopal menahan tawa mereka kerana reaksi Papazola manakala Boboiboy hanya keliru.

"Kamu berlima! Buat apa kat sini?! Luluh jantung cikgu," kata Papazola dengan nada sedih.

"Maafkan kami, cikgu tapi kami nak tahu Boboiboy dari rumah sukan mana!" kata Ying.

"Aik? Sepatutnya Boboiboy sahaja yang datang jumpa cikgu! Yang kamu datang berlima ni dah kenapa?!" soal Papazola.

"Hehe, kami tengah bosan ni. Saja ikut sekali," balas Gopal.

"Ada-ada saja kamu ni," kata Papazola lalu mengambil fail di dalam laci mejanya.

"Korang nak tahu rumah sukan Boboiboy kan?" soal Papazola.

"Ya, cikgu!" kata Yaya, Ying, Gopal dan Fang serentak.

"Dia rumah sukan oren, puas hati?" balas Papazola.

"Puas! Terima kasih, cikgu!" kata Yaya, Ying, Fang dan Gopal secara serentak sebelum berasak-asak keluar dari bilik guru bersama Boboiboy yang masih keliru.

"Anak-anak, anak-anak." Papazola menggelengkan kepalanya dengan perangai anak-anak muridnya itu lalu dia kembali menikmati nasi lemak yang dia baru sahaja terbantut untuk makan dengan nikmatnya.

Keesokan harinya, terlihat kesemua pelajar dari setiap tingkatan berkumpul di padang untuk latihan rumah sukan termasuk Boboiboy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang.

"Malasnya latihan sukan," rungut Gopal.

"Kau memang, bila jualan hari sukan barulah nampak semangat kau tu," balas Fang.

"Pelajar rumah sukan ungu, sila berkumpul di sini!" jerit seorang guru lelaki.

"Oh, cikgu rumah sukan aku dah panggil! Aku pergi dulu!" kata Fang dan berlari ke kelompok rumah sukan ungu.

"Rumah kuning, kumpul sini cepat!" arah Papazola.

"Oh, Cikgu Papa dah panggil! Selamat berjaya, Boboiboy!" ucap Ying sambil berlari ke kelompok rumah sukan kuning.

"Rumah sukan merah jambu! Mari kumpul cepat!" kata Mamazila.

"Aku pergi dulu, bye!" kata Yaya pula sambil beredar pergi.

"Nampak semua dah pergi ke rumah masing-masing, aku pun nak pergi jugalah," kata Gopal dan dia berjalan ke kelompok rumah sukan hijau, meninggalkan Boboiboy sendirian.

Boboiboy memandang sekeliling dengan perasaan keliru, matanya mencari kelibat kelompok rumah sukan oren.

"Rumah sukan oren, mari sini!" kata seorang guru perempuan.

Setelah yakin mendengar kata-kata guru perempuan itu, Boboiboy mendekati kelompok rumah sukan oren.

"Selamat pagi, semua?" ucap guru perempuan itu dengan ceria.

"Selamat pagi, cikgu!" balas ahli-ahli rumah sukan oren.

"Sekarang ni kita mulakan senaman panaskan badan dahulu okey?" kata guru perempuan itu.

"Okey, cikgu!" balas ahli-ahli rumah sukan oren dan mereka memulakan senaman panaskan badan manakala Boboiboy sekadar mengikuti mereka walaupun dia tidak tahu apa-apa.

"Baiklah, semua sudah panaskan badan. Jadi kita mulakan latihan kita dengan latihan larian 100 meter untuk pelajar lelaki dahulu okey?" soal guru perempuan itu.

"Okey, cikgu!" kata ahli-ahli rumah sukan oren dengan semangat.

Cikgu tersebut mengarahkan empat pelajar mengikut senarai nama yang dipegangnya berdiri lurus secara melintang di garisan permulaan manakala ahli-ahli rumah sukan oren yang selebihnya duduk di tepi untuk menonton atau bersorak manakala Boboiboy cuba untuk menganalisis aktiviti larian tersebut.

"Ke garisan! Sedia! Mula!" laung guru perempuan itu sebelum dia meniup wisel yang berada di dalam genggamannya dan pelajar-pelajar yang berada di garisan permulaan terus membuka langkah seribu mereka, berlari disepanjang trek larian dan berlumba ke garisan penamat.

Boboiboy menganalisis pelajar-pelajar yang sedang berlumba, mempelajari cara permainan tersebut dan menyimpan di dalam datanya.

"Bagus, kita mendapat pelapis pertama untuk acara ni nanti," kata guru perempuan itu sambil menulis sesuatu di atas kertas senarai nama pelajar.

"Seterusnya ialah Adam, Azli, Azlan dan Boboiboy," kata guru perempuan itu lagi.

Setelah sedar namanya dipanggil, Boboiboy berjalan keluar dari kerumunan ahli-ahli rumah sukan oren dan berdiri di garisan permulaan bersama tiga lagi pelajar.

"Ke garisan! Sedia! Mula!" laung guru perempuan itu lagi sebelum meniup wiselnya, Boboiboy dan ketiga-tiga mula berlari dari garisan permulaan.

Kesemua ahli-ahli rumah sukan oren mula bersorak tetapi pelajar-pelajar rumah sukan yang lain tertarik dengan sesuatu.

"Weh, Fang! Kawan baru kau laju gila!" kata seorang ahli rumah sukan ungu kepada Fang dengan teruja.

Fang memandang ke arah latihan larian 100 meter dari rumah sukan oren dan terbuntang mata apabila Boboiboy terlebih dahulu tiba di garisan penamat dengan sangat pantas, meninggalkan jauh tiga lagi pelajar di belakangnya.

"Lajunya," getus hati Fang.

"Bagus, bagus! Kita ada pelapis kedua untuk acara larian!" kata guru rumah sukan oren tersebut dengan teruja.

Latihan berlangsung sepanjang hari, pelbagai acara Boboiboy berlatih dari larian 200 meter, lompat jauh, larian lompat pagar, lompat tinggi dan lontar peluru, semuanya dia dapat lepasi dengan sangat mudah sehingga menarik perhatian semua pelajar di mana dia berjaya lakukannya jauh lebih bagus daripada mereka semua.

"Nampaknya ada bau-bau rumah oren akan menang tahun ni," kata salah seorang pelajar senior dari rumah sukan kuning.

"Kenapalah budak tu tak masuk rumah kita?" rungut pula pelajar dari rumah sukan ungu.

"Nampaknya kamu terpilih untuk menyertai acara larian 200 meter, larian lompat pagar dan lompat jauh," kata guru rumah sukan oren itu.

"Baik," kata Boboiboy, mengikuti arahan.

"Okey, sampai sini sahaja latihan untuk hari ni. Yang terpilih jangab lupa datang setiap petang mulai esok. Okey?" kata guru perempuan tersebut.

"Okey, cikgu!" kata ahli-ahli rumah sukan oren pula.

"Untuk pelajar tingkatan empat dan lima serta mana-mana ahli unit beruniform yang terlibat, esok pagi jangan lupa latihan perarakan akan dijalankan!" umum Papazola pula.

"Baik, cikgu!" balas beberapa pelajar senior dengan lantang.

"Okey, semua boleh balik kelas masing-masing dan berehat! Hari ni tak ada subjek untuk belajar sehingga waktu pulang!" umum Papazola lagi, kesemua bersorak gembira kerana tiada pembelajaran untuk dipelajari hari ini.

Setelah pulang dari sekolah, Boboiboy terus menapak masuk ke dalam rumah ibubapanya.

"Boboiboy dah balik? Macam mana sekolah hari ni?" tegur ibunya yang sibuk menyediakan juadah tengah hari.

"Seronok? Boboiboy ada latihan sukan hari ni," balas Boboiboy, meletakkan begnya berdekatan dengan rak buku yang berada di ruang tamu.

"Oh, latihan sukan? Nanti nak ada hari sukan ke?" soal ibunya.

"Ya," balas Boboiboy, berjalan berdekatan dengan ibunya.

"Ibu?" sapa Boboiboy.

"Ya, sayang?" balas ibunya sambil tersenyum manis.

"Boleh ibu dan ayah datang masa hari sukan?" soal Boboiboy, ibunya terkejut kerana Boboiboy menunjukkan soalan layak seorang anak manusia.

"Boboiboy ada masuk apa-apa acara ke?" soal ibunya pula, semakin tertarik dengan soalan Boboiboy itu.

"Larian 200 meter, larian lompat pagar dan lompat jauh," balas Boboiboy.

"Wah, baguslah! Nanti ibu bincang dengan ayah nanti ya?" puji ibunya sambil mengusap lembut rambut Boboiboy.

"Baik, ibu." Boboiboy mengangguk faham lalu senyum, ibunya semakin gembira kerana Boboiboy semakin menunjukkan respon layak seorang manusia.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top