Data 8- Ujian Mengejut

Setiap pagi, Boboiboy mula menjadi biasa untuk berjalan kaki ke sekolah bersama Gopal. Pada mulanya Amato berasa risau jika sesuatu berlaku kepada Boboiboy tetapi isterinya membenarkan Boboiboy untuk berjalan dengan Gopal dan memujuk suaminya itu, ianya berjaya.

"Kau dah siap ke kerja sekolah semalam?" soal Gopal sambil mulutnya sibuk mengunyah donut gula.

"Dah, matematik betul?" kata Boboiboy pula.

"Boleh aku pinjam buku kau?" soal Gopal lagi.

"Boleh?" Boboiboy menelengkan kepalanya.

"Boboiboy! Gopal!" Tiba-tiba seseorang memanggil nama mereka berdua membuatkan mereka menolehkan kepala mereka.

"Oh hai, Yaya! Kau tak tugas ke hari ni?" kata Gopal.

"Tak, lagipun aku tolong mak aku jual kuih! Aku bawa sikit ni, nak rasa?" Yaya membuka bekas makanan yang berisi beberapa biji kuih.

"Oh, ni nampak sedap!" Gopal mengambil sepotong kek yang berwarna kemerahan dan terus memakannya.

"Pedas! Pedas!" jerit Gopal, Boboiboy terkejut.

"Kek apa ni?!" soal Gopal dalam kesakitan.

"Kek asam pedas!" balas Yaya dengan ceria.

"Kek asam pedas?!" Gopal terkejut.

"Sedap ke? Macam mana rasanya?" Boboiboy terkebil-kebil.

"Kau tak pernah makan asam pedas ke?" Yaya pula keliru.

"Tidak," balas Boboiboy dengan polos.

"Kau biar betul ni?! Mak kau tak pernah masak asam pedas ke?!" soal Gopal, terkejut dengan kata-kata Boboiboy itu.

"Tak? Mungkin pernah?" kata Boboiboy dengan jawapan yang mengelirukan.

Gopal dan Yaya memandang antara satu sama lain dengan wajah kekeliruan.

"Apa-apalah, kau cuba rasa ni! Sedap," kata Yaya sambil menghulurkan kek asam pedas itu.

Boboiboy menganalisis kek itu buat sementara waktu sebelum mengambilnya tanpa bertanya apa-apa lagi dan memasukkan ke dalam mulutnya. Gopal dan Yaya merenung ke arah wajah Boboiboy dengan penuh tanda tanya.

"Sedap tapi lidah saya terasa sikit sakit?" Boboiboy mengerutkan keningnya sedikit, keliru dengan kek yang dirasainya.

"Apa?! Sedap?!" Gopal terkejut dengan jawapan Boboiboy itu.

"Ya," balas Boboiboy, Gopal terdiam kerana sepertinya Boboiboy tidak bergurau dengan jawapannya.

"Akhirnya ada yang suka dengan kek asam pedas mak aku! Makanlah lagi, makan banyak-banyak!" kata Yaya dengan perasaan teruja.

"Tak apa ke?" soal Boboiboy.

"Tak apa, aku memang bawa untuk korang semua! Ada kuih apam tempoyak dan juga biskut kari," balas Yaya sambil menunjukkan setiap kuih dan biskut yang berada di dalam bekas itu.

"Kuih apam tempoyak?!" Gopal tercengang, semakin gila resepi kuih dan biskut Yaya ini tetapi Boboiboy merasai setiap kuih dan biskut tersebut tanpa menunjukkan apa-apa perasaan.

Semakin tercengang Gopal apabila Boboiboy selamba menikmati makanan yang disediakan oleh Yaya itu.

"Dey! Kau ngan mak kau ada kedai kek tapi resepi apa ni?!" marah Gopal.

"Ini cuma resepi uji kaji! Kalau tak nak, tak apalah!" balas Yaya sambil mencebik marah.

"Yaya! Gopal! Boboiboy!" Tiba-tiba suara seseorang menarik perhatian mereka bertiga, ternyata Ying sedang berlari ke arah mereka.

"Oh, Ying! Kau nak rasa kuih apam tempoyak?" soal Yaya sambil menunjukkan bekas makanannya.

"Eh, tak apalah! Saya baru sahaja makan nasi lemak tadi," kata Ying, menolak tawaran Yaya itu.

"Alah," kata Yaya sambil mencebikkan bibirnya.

Boboiboy terperasan yang perasaan Yaya berubah sedih.

"Biar saya sahaja yang makan," kata Boboiboy.

"Betul ni?" soal Yaya dengan gembira.

"Betul," balas Boboiboy.

Yaya terus menghulurkan bekas makanannya kepada Boboiboy dengan sangat teruja manakala Ying tercengang dengan situasi yang dilihatnya dan menatap ke arah Gopal.

"Jangan tanya," kata Gopal dengan datar.

"Kenapa korang berdiri tengah jalan ni?" celah Fang yang berdiri di belakang mereka.

"Oh, Fang! Ni hao!" kata Ying sambil tersenyum.

"Ni hao," balas Fang.

"Yaya ni hah bagi Boboiboy makan kuih apam tempoyak," kata Gopal.

"Kuih apam apa?!" Fang membuntangkan matanya.

"Sudah, sudah! Nanti kita lambat ke kelas!" celah Yaya sambil berjalan mendahului mereka semua.

"Yaya, tunggu saya!" kata Ying sambil berlari mengikuti Yaya.

"Ayok, Yaya dah marah! Habislah kau," seloroh Fang.

"Aku cakap benda betul!" kata Gopal dengan nada gelabah.

"Jom kita pergi, Boboiboy!" kata Fang merangkul bahu Boboiboy dan Boboiboy yang masih mengunyah, sekadar menuruti Fang.

Di Kelas 2 Bijak, terlihat Boboiboy dan rakan-rakannya sedang bersembang di tempat duduk Boboiboy dan Gopal.

"Hujung minggu korang ada buat apa-apa ke?" soal Yaya.

"Main game je kot?" balas Gopal dengan tangannya masih menyiapkan kerja sekolahnya.

"Aku tak tahu nak buat apa-apa lagi," balas Fang pula.

"Kau tu mesti lumba haram punya!" cantas Gopal.

"Wei, aku ada bengkel motor nak uruskan lagi okey?!" marah Fang.

"Lah, masih lumba haram ke? Aku ingat dah insaf," kata Yaya sambil menatap datar ke arah Fang.

"Dia ni? Insaf? Memang tidaklah," celah Gopal sambil tersenyum sinis, hati Fang semakin membuak-buak untuk marah remaja berbangsa India ini.

"Boboiboy pula?" soal Yaya sambil menatap ke arah Boboibiy yang sekadar berdiam diri dari tadi.

"Saya? Mungkin tolong Tok Aba?" balas Boboiboy dengan nada tidak pasti.

"Tengok tu, Boboiboy lagi bagus! Ini tidak, asyik lumba haram je kerjanya!" seloroh Gopal lagi.

"Kau ni!" Fang terus mengangkat kerusinya, cuba untuk memukul Gopal dengannya. Kesabarannya sudah menjadi senipis tisu.

"Amma! Maafkan aku!" jerit Gopal ketakutan.

"Fang, bawa bertenang!" jerit Yaya dan Ying dengan nada panik.

"Fang, bertenang. Bertenang," kata Boboiboy sambil mengambil kerusi daripada Fang.

"Kau bertuah hari ni," kata Fang sambil menatap tajam ke arah Gopal.

KRINGGGGG!! Loceng sekolah kedengaran di seluruh bangunan sekolah, menandakan waktu pembelajaran bakal dimulakan sebentar lagi.

"Apa subjek pertama?" soal Boboiboy.

"Matematik," balas Fang.

"Aku tak siap kerja sekolah lagi, aku kena cepat!" kata Gopal sambil cepat-cepat menyiapkan kerja sekolahnya.

"Eleh, kau tiru Boboiboy. Itupun lambat juga ke?" kata Fang dengan perasaan menyampah.

"Cikgu datang! Cikgu datang!" jerit seorang pelajar lelaki yang berlari masuk ke dalam kelas.

"Oh tidak, tak sempat!" kata Gopal dengan cemas.

"Hah! Padan muka," kata Fang sambil tersenyum sinis.

Papazola berjalan masuk ke dalam kelas membuatkan Boboiboy menelengkan kepalanya.

"Bangunnn! Selamat pagi, Cikgu Papa!" ucap Yaya selaku ketua kelas.

"Selamat pagi, Cikgu Papa!" ucap kesemua pelajar kelas 2 Bijak.

"Selamat pagi, anak-anak muridku sekalian!" balas Papazola.

"Bukan ke Cikgu Papa cikgu jasmani?" soal Boboiboy.

"Dia memang, semua subjek nak dibolotnya," balas Gopal.

"Cikgu Papa hari ni ada pengumuman yang perlu dilakukan!" kata Papazola.

"Pengumuman apa tu, cikgu?" soal Yaya pula.

"Esok cuti ke?!" soal salah seorang pelajar.

"Bukan tapi cikgu menerima khabar bahawaaaaaaa!!" jerit Papazola, kesemua pelajar kelas 2 Bijak berasa teruja kecuali Boboiboy yang berasa keliru.

"Mulai esok ujian mengejut setiap subjek bakal dijalankan sehingga minggu depan!" sambung Papazola, keadaan kelas menjadi hening.

"TIDAKKKKKKK!!!" jerit satu kelas 2 Bijak.

"Ujian mengejut?" Boboiboy menelengkan kepalanya.

"Wei, kau tak tahu ujian mengejut ke?! Kau sekolah dari mana sebelum ni?!" soal Gopal, terkejut manakala Fang menepuk dahinya sendiri kerana dia baru teringat yang Boboiboy adalah robot.

"Jadi cikgu nak kamu belajar sekarang untuk ujian esok!" kata Papazola dengan teruja.

"Baik, cikgu," kata pelajar kelas 2 Bijak dengan nada pasrah.

☆☆☆☆

"Aku pasrah jelah macam ni," kata Gopal di mana dia meletakkan kepalanya dia atas meja.

"Kau memang, dari sekolah rendah sehingga sekarang asyik pasrah je bila ada ujian. Cubalah ubah sikit perangai kau tu," bebel Fang lalu donut lobak merah disumbat ke dalam mulutnya sendiri.

"Susah ke ujian ni?" soal Boboiboy dengan perasaan ingin tahu.

"Mestilah susah! Susah sangat!" balas Gopal dengan beria.

"Ianya jadi susah kalau kau tak belajar tapi ianya jadi senang kalau kau belajar," celah Fang sambil menatap datar ke arah Gopal manakala Gopal hanya mampu tersengih seperti kerang busuk.

"Faham… Mana Yaya dan Ying?" soal Boboiboy apabila dia menyedari dua rakan perempuannya tidak bersama mereka.

"Sana tu," balas Gopal sambil menunding ke arah Yaya dan Ying yang duduk di kerusi yang agak jauh daripada mereka, kedua-dua itu mengeluarkan aura bermusuhan yang sangat kuat.

"Kenapa Yaya dan Ying macam tu? Mereka bergaduh ke?" soal Boboiboy lagi.

"Setiap kali ujian, Yaya dan Ying sentiasa bermusuhan untuk dapatkan nombor satu dalam kelas!" balas Gopal, beria.

"Mereka juga selalu bertanding sehingga ke peringkat antarabangsa, mereka juga selalu menang pertandingan matematik dan spelling di Jepun dan Korea Selatan!" sambung Fang pula.

"Ohhhh, apa jadi kalau orang lain dapat tempat satu?" soal Boboiboy lagi.

"Uish, bahaya!" kata Gopal.

"Bahaya? Bahaya macam mana?" soal Boboiboy lagi dan lagi.

"Kalau sesiapa selain Yaya atau Ying yang dapat nombor satu, mereka akan sasar kau sebagai musuh baru mereka!" terang Gopal manakala Boboiboy hanya sekadar menganggukkan kepalanya.

"Sudah, sudah! Sambung belajar," celah Fang lalu mereka bertiga kembali belajar.

Beberapa hari kemudian, kesemua pelajar kelas 2 Bijak menduduki ujian mengejut untuk beberapa hari. Ramai yang berusaha untuk mendapat markah di dalam ujian tersebut terutama sekali Yaya dan Ying, kehangatan antara dua gadis itu sangatlah kuat sehingga kesemua pelajar cuba untuk tidak melebihi markah kedua-dua gadis itu. Setelah ujian mengejut berakhir, keputusan ujian tersebut diterima oleh Papazola beberapa minggu selepas ujian itu selesai.

"Apa khabar, anak murid sekalian?!" soal Papazola.

"Baik, Cikgu Papa!" balas pelajar kelas 2 Bijak.

"Di tangan saya ini, saya ada keputusan ujian kamu beberapa minggu lepas! Semua nak tahu siapa yang mendapat markah tertinggi dan terendah?!" soal Papazola lagi dengan penuh semangat.

"Nak!… Mungkin?" balas pelajar kelas 2 Bijak.

"Kita mulakan dengan markah terendah iaituuuuuu!!" jerit Papazola.

"Gopal!" Papazola menunding jarinya ke arah Gopal.

"Syukur aku tak markah tinggi! Terima kasih, Tuhan!" kata Gopal sambil melutut syukur.

"Orang lain nak markah tinggi, dia nak markah rendah. Pelik betul," kata Fang.

Gopal terus mengambil kertas keputusannya dengan penuh bangga.

"Cikgu, siapa markah tertinggi? Saya tak sabar dah ni!" celah Yaya dengan penuh teruja.

"Mesti saya yang markah tertinggikan?!" kata Ying pula.

"Eh, akulah!" marah Yaya.

"Akulah!" marah Ying pula.

"Sabar, wahai anak gadis sekalian. Jangan gaduh,"  kata Papazola yang cuba untuk meleraikan pergaduhan antara dua gadis itu.

"Sekarang cikgu akan umumkan pelajar yang mendapat markah tertinggi!" sambung Papazola, kesemua pelajar mula tertarik.

Adakah Yaya yang merupakan pelajar mendapat markah tertinggi atau Ying? Atau mereka berdua bakal mendapat tempat pertama?

"Pelajar yang mendapat markah tertinggi dan juga selaku mendapat tempat pertama adalahhhh… Boboiboy!!" jerit Papazola.

"Apa?!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top