Data 7- Membantu

Seseorang menonton semula rakaman CCTV dimana kejadian letupan berlaku di makmal milik Amato, dia memainkan semula ke depan dan ke belakang di mana Boboiboy memunculkan dirinya melalui rakaman night vision kerana makmal tersebut gelap pada waktu kejadian itu. Sosok misteri itu memandang ke arah wajah Boboiboy bersama enam lagi rupa yang sama di waktu kejadian itu.

"Nampaknya kau cuba rahsiakan sesuatu, Amato." Sosok misteri itu bersuara dan memandang tepat ke arah Boboiboy.

Sementara itu, Boboiboy dan Gopal sedang sibuk berada di kedai milik Tok Aba. Mereka membantu lelaki tua itu menguruskan kedai itu.

"Boboiboy?" Tok Aba memanggil Boboiboy ke mari.

"Ya, tok?" Boboiboy berjalan ke arah Tok Aba.

"Belikan barang ni untuk atok," kata Tok Aba lalu menghulurkan sekeping kertas, Boboiboy mengambilkan kertas itu dan memandang ke arahnya.

"Kamu boleh buat?" soal Tok Aba, Boboiboy sekadar menganggukkan kepalanya.

"Boleh saya ikut, Tok Aba?" soal Gopal.

"Tak payah! Kamu tolong kat sini," bantah Tok Aba.

"Alahhh!" rungut Gopal.

"Pergilah, jangan lambat-lambat lagi." Mengikuti kata-kata Tok Aba, Boboiboy terus berjalan untuk membeli barang tersebut.

Boboiboy menganalisis tulisan pada kertas itu, senarai-senarai yang perlu dibeli adalah tiga paket serbuk koko, lima tin susu pekat dan dua paket gula. Boboiboy menatap jam tangannya dan terus pergi ke kedai runcit berdekatan. Sesampai di kedai itu, Boboiboy terus mengambil barang-barang tersebut mengikut kuantiti yang ditulis pada kertas tersebut. Setelah mengambil barang tersebut, dia berjalan ke kaunter.

"Ini saja, dik?" soal pemilik kedai itu.

"Ya," balas Boboiboy dan pemilik kedai itu membungkus barang-barang itu dan Boboiboy terus membayar barang-barang itu.

"Boleh bawa ke? Berat tu," soal pemilik kedai, risau yang Boboiboy tidak dapat mengangkat barang-barang yang terlihat berat itu.

"Boleh," balas Boboiboy dan dia mengangkat plastik tersebut dengan mudah seperti barang-barang tersebut ringan seperti bulu ayam, pemilik kedai itu terpegun.

Boboiboy berjalan balik ke kedai milik Tok Aba dengan barang-barang tersebut, tiba-tiba Boboiboy terdengar bunyi enjin motor yang bergerak bersebelahan dengannya.

"Sorang je ke?" soal Fang yang menaiki motor berwarna keunguan.

"Ya," balas Boboiboy.

"Naiklah, aku hantarkan kau. Nampak banyak sangat barang tu," kata Fang.

"Tak apa ke?" soal Boboiboy sambil menelengkan kepalanya.

"Naik jelah," kata Fang dan Boboiboy menuruti kehendak Fang lalu membonceng belakang Fang.

Fang memnawa motornya laju ke kedai milik Tok Aba manakala tiba-tiba dua pasang mata berselindung di belakang sebuah bangunan, mengintip Boboiboy dari jauh.

Di Kedai Tok Aba, terlihat Gopal sibuk berbual dengam Tok Aba tetapi perbualan mereka terganggu kerana enjin motor milik Fang itu.

"Hah! Dah balik pun Boboiboy," kata Tok Aba.

Boboiboy menuruni motor Fang manakala Fang menanggalkan topi keledarnya dan memperbetulkan rambutnya yang kusut kerana topi keledar itu.

"Ini barang yang atok nak," kata Boboiboy lalu meletakkan barang-barang tersebut di atas kaunter.

"Bagus, bagus. Atok ingat kamu tak tahu nak beli kat mana," puji Tok Aba.

"Tok Aba, coklat ais satu!" pesan Fang.

"Okay, nanti kejap." Tok Aba terus bangun dari kerusinya dan membancuh coklat ais untuk Fang.

"Panasnya," rungut Fang.

"Kau mesti dari lumba haram tu kan?" soal Gopal.

"Apa maksud kau?" kata Fang yang cuba untuk berdalih.

"Tengok motor pun tahu ada kesan calar-calar kat situ," kata Gopal.

"Itu calar lama, apa kau ni?" bantah Fang.

"Tak yah menipu, semalam aku tengok mana ada calar." Gopal masih tidak mahu kalah.

"Yelah, yelah. Ya, aku pergi tadi sekejap sebab ada orang ajak aku lumba." Fang mengalah.

"Lepas tu aku jatuh," sambung Fang lagi.

"Ouch, jadi kau menang atau kalah?" soal Gopal.

"Kalah," balas Fang dengan wajah masam mencuka.

"Tulah, lumba lagi. Menang tak dapat, sakit yang dapat." Tok Aba membebel, Fang mencebikkan bibirnya.

"Lumba haram?" Boboiboy menelengkan kepalanya.

"Lumba tanpa lesen, dia ni suka sangat pergi buat kerja- kerja gila. Kan dapat sakit," terang Tok Aba.

Boboiboy menganalisis Fang, dia menyedari beberapa bahagian badan Fang mempunyai kesan luka dan lebam.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Fang yang tidak berasa selesa dengan tatapan kosong daripada Boboiboy, dia cuba untuk melindungi badannya dengan lengannya sendiri.

"Sakit sini ke?" Tanpa apa-apa amaran, Boboiboy memegang lengan Fang sedikit kuat.

"Sakitttt!!" Fang menjerit kesakitan manakala Gopal tersedak kerana terkejut.

"Kamu dah kenapa jerit-jerit?!" marah Tok Aba.

"Kenapa kau buat macam tu, Boboiboy?!" soal Fang, hampir-hampir sahaja dia mahu menangis di situ.

"Saya dapati yang lengan Fang mempunyai luka," terang Boboiboy, Fang dan Tok Aba terkedu manakala Gopal mengerutkan dahinya.

"Boboiboy, kau hampir bongkarkan rahsia kau." Fang berbisik di telinga Boboiboy, Boboiboy terkebil-kebil.

"Maaf," ucap Boboiboy, Tok Aba perasan sepertinya Fang mengetahui identiti sebenar Boboiboy.

"Tapi saya yakin yang lengan awak luka," kata Boboiboy lalu dia mengambil kotak kecemasan di dalam laci kaunter.

"Tak ada apa-apa, luka sikit je ni." Fang cuba berdalih.

"Yelah tu, menjerit pun macam perempuan. Luka sikit konon," seloroh Gopal, Fang mencebikkan bibirnya lagi.

Boboiboy duduk bersebelahan dengan Fang lalu memegang tangan Fang itu, dia melipatkan lengan jaket Fang itu dan terlihat luka tergores yang sangat besar di lengannya.

"Ouch, teruknya." Gopal membuat riak wajah seperti rasa sakit dengan luka Fang, Fang menggulingkan matanya.

Boboiboy mengambil kapas dan cecair anti-kuman lalu merendamkan kapas itu di dalam cecair itu, Boboiboy mengusap cecair itu ke bahagian luka tersebut.

"Sakit! Sakit!" rintih Fang.

"Tahan," kata Boboiboy ringkas, dia masih mencuci luka itu.

"Senanglah kau cakap tahan!" kata Fang.

"Kesian," kata Gopal dan Tok Aba serentak.

Setelah mencuci luka pada lengan Fang, dia membaluti luka itu dengan kapas yang nipis dan juga pembalut luka.

"Siap, saya buat di luka lain ya?" soal Boboiboy.

"Tidak, terima kasih sahaja." Fang membantah.

"Alah, biarlah dia tolong kau tu. Bukan selalu," celah Gopal.

"Yelah, yelah." Fang mengalah dan menanggalkan jaketnya lalu Boboiboy menguruskan luka di bahagian badan Fang yang lain.

Boboiboy mendapatkan dirinya berasa sesuatu perasaan, perasaan senang membantu keluarga dan rakan barunya. Sebuah senyuman perlahan-lahan terhasil di bibir Boboiboy manakala Tok Aba yang perasan dengan wajah Boboiboy itu juga tersenyum.

Setelah berjam berada di kedai milik Tok Aba akhirnya jam menunjukkan pukul enam petang, Boboiboy, Fang dan Gopal membantu Tok Aba untuk menutup kedai tersebut.

"Terima kasihlah sebab tolong atok," ucap Tok Aba.

"Sama-sama, tok!" kata Gopal.

"Dahlah, aku nak balik. Nanti abang aku marah yang aku tak balik lagi," celah Fang.

"Yelah, hati-hati bawa motor tu. Jangan terbabas lagi," kata Gopal.

"Ya, ya." Fang menatap datar ke arah Gopal dan berjalan ke arah motornya.

"Hati-hati," ucap Boboiboy sambil melambaikan tangannya lalu Fang membalasnya dan terus menaiki motornya, berlalu pergi dari kedai Tok Aba.

"Aku pun nak balik jugalah. Bye, Boboiboy!" ucap Gopal.

"Bye. Hati-hati," ucap Boboiboy lalu Gopal mengorakkan langkahnya, pulang ke rumah.

"Gembira?" celah Tok Aba.

"Gembira?" Boboiboy menelengkan kepalanya.

"Atok perasan kamu tersenyum masa kamu bantu Fang," kata Tok Aba.

"Jadi itu rasanya gembira? Boboiboy gembira dapat bantu atok dan Fang," kata Boboiboy lalu dia perlahan-lahan tersenyum.

"Baguslah," ucap Tok Aba sambil mengusap lembut rambut Boboiboy lalu mereka berdua menikmati keindahan matahari terbenam.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top