Data 5- Sekolah
"Penatnya," rungut Amato apabila dia baru sahaja menapak keluar dari Pejabat Pendaftaran Negara dan diikuti oleh Boboiboy bersama isterinya.
"Janji kita sudah dapat kad pengenalan Boboiboy," kata isterinya.
"Abang ingat yang kita tak lepas tadi," kata Amato, mahu menangis dibuatnya.
"Lepas punya," balas isterinya pula.
"Untuk hanya mendapat kelulusan terasa penatnya lain macam," kata Amato.
Beberapa hari sebelumnya, Amato berfikir bagaiman dia ingin masukkan Boboiboy ke sekolah.
"Boboiboy mana ada kad pengenalan apatah lagi surat beranak pun tak ada!" kata Amato dengan resah.
"Kenapa ayah jalan kiri kanan?" soal Boboiboy, terkebil-kebil matanya.
"Ayah kamu tengah risau sebab Boboiboy tak ada identiti," balas ibunya itu.
"Tapi Boboiboy robot?" Boboiboy menelengkan kepalanya.
"Itu bukan maksud ibu, identiti Boboiboy sebagai warganegara tiada. Kalau kamu tiada kad kewarganegaraan, kamu tak boleh masuk sekolah." Ibunya menerangkannya satu per satu.
"Faham," balas Boboiboy.
"Alah, kamu cuba buat macam laporan polis yang surat beranak dan kad pengenalan anak kamu tu hilang," celah Tok Aba.
"Boleh ke?" soal Amato.
"Tak tahu," kata Tok Aba, Amato menatapnya datar.
"Abah ni," kata Amato lalu dia berfikir manakala Tok Aba
"Mungkin kita cuba?" soal isterinya.
"Cuba? Cuba idea abah tu?" soal Amato, isterinya hanya mampu menjongketkan bahunya.
Hari berikutnya, mereka cuba membuat laporan polis seperti yang dicadangkan oleh Tok Aba dan mereka ke Pejabat Pendaftaran Negara.
"Kami mendapat data anak encik tiada di dalam sistem," kata kerani yang menjaga kaunter pendaftaran itu, Amato mula resah.
"Cik pasti ke? Anak saya lahir pada tahun 2001," kata Amato, cuba menipu.
"Maaf, encik tetapi saya sudah periksa berkali-kali," balas kerani itu pula, Boboiboy yang melihat perbalahan itu perlahan-lahan bangun dan senyap-senyap menyentuh sambungan komputer tersebut dan menggodam sistem komputer.
"Eh?! Kenapa?!" Kerani itu terkejut kerana komputernya hilang kawalan sebelum komputer tersebut terpadam.
"Alamak, sekejap ya encik? Saya pergi panggil bahagian teknikal," kata kerani itu dan dia terus berlalu pergi.
Setelah beberapa jam menunggu, Amato mendapat jawapan yang dia ingin mahu dengari.
"Nampaknya nama encik ada dalam sistem, saya pasti terlepas pandang. Maafkan saya," kata kerani itu.
"Tidak mengapa," kata Amato.
Segala prosedur dilakukan oleh Amato dan Boboiboy untuk mendapatkan surat beranak dan kad pengenalan Boboiboy. Keesokkan harinya, mereka berjaya mendapatkannya.
"Syukur," kata Amato yang sudah terduduk di sebuah warung.
"Dah, dah. Sekarang kita kena fikir nak daftarkan Boboiboy ke sekolah pula," pujuk isterinya.
Boboiboy mengesan makanan dan minuman di atas meja, makanan manusia agak asing baginya. Bagaimana rasanya? Kenapa makanan itu berwarna coklat dan panjang seperti cacing? Kenapa yang satu lagi seperti butir-butir pasir putih?
"Kenapa ni, Boboiboy." Ibunya terperasan dengan gerak-geri Boboiboy yang seperti cuba memproses keadaannya.
"Apa ini?" soal Boboiboy sambil menundingkan jarinya ke arah makanan tersebut.
"Oh, yang ini mee goreng dan ini nasi goreng." Ibunya menerangkan nama makanan itu.
"Rasanya macam mana?" soal Boboiboy lagi.
"Kamu kena rasa sendiri," celah Amato pula.
"Buka mulut," arah Amato.
Mengikuti arahan Amato, Boboiboy membuka mulutnya dan memberikan sesuap mee goreng. Boboiboy mengunyah mee itu dan cuba menganalisis rasa mee goreng itu.
"Macam mana?" soal Amato.
"Ada rasa yang saya tidak dapat analisis," kata Boboiboy.
"Nanti ayah ajar kamu tentang deria rasa," kata Amato pula, Boboiboy menganggukkan kepalanya.
Setelah selesai makan, Amato dan keluarganya berada di Sekolah Menengah Pulau Rintis untuk mendaftar Boboiboy. Boboiboy menganalisis setiap penjuru sekolah itu, terlihat sesetengah pelajar yang lalu lalang memandang ke arah Boboiboy.
"Pelajar baru ke?"
"Kacaklah dia,"
"Rasa-rasanya dia dari tingkatan berapa?"
Pelbagai desas-desus kedengaran dari pelajar-pelajar yang lalu lalang tetapi dihiraukan oleh Boboiboy. Amato dan keluarganya masuk ke dalam pejabat sekolah dan mendaftar Boboiboy untuk masuk ke sekolah tersebut. Setelah selesai, mereka pulang ke rumah dengan menaiki kereta.
"Boboiboy, nanti kalau kat sekolah jangan beritahu yang Boboiboy ialah robot. Okay?" kata Amato.
"Baik, ayah." Boboiboy membalas.
☆☆☆☆
Pada hari pertama persekolahan bagi Boboiboy, Amato menghantarnya seawal pukul tujuh pagi supaya mereka tidak terlambat.
"Nanti kamu cuba berwatak seperti manusia, berkawan dengan rakan sekelas kamu dan cakap kalau cikgu tanya kamu okay?" kata Amato sambil tangannya sibuk memperbetulkan tali leher Boboiboy.
"Baik, ayah." Boboiboy membalas.
"Ini beg dan buku kamu, gunakannya mengikut mata pelajaran." Amato memberi beg kepada Boboiboy.
"Terima kasih," ucap Boboiboy lalu menggalas begnya.
"Sama-sama, selamat belajar." Amato memberi semangat kepada Boboiboy dan Boboiboy menapak keluar dari kereta ayahnya itu, berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah.
Amato melihat sosok badan Boboiboy sehingga remaja android itu menghilang dari pandangannya, dia mengeluh resah. Dia berasa risau yang Boboiboy tidak dapat menyesuaikan dirinya di sekolah.
"Harap-harap dia baik sahaja," kata Amato lalu dia memandu pergi.
Manakala Boboiboy berjalan di kawasan sekolah, menganalisis setiap papan tanda di kawasan sekolah tersebut. Dia cuba untuk mencari di mana kelasnya terletak.
"Skirt terlalu pendek! Denda!" Satu suara yang kuat menarik perhatian Boboiboy, Boboiboy memandang ke arah pemilik suara itu.
Seorang gadis bertudung merah jambu dan berseragam pengawas sedang berdiri di koridor, memeriksa pemakaian pelajar. Tangannya sibuk menulis di dalam buku notanya, ramai pelajar takut dengannya. Boboiboy berjalan menghampiri gadis itu.
"Maafkan saya?" Boboiboy menyapa, gadis itu memandang ke arahnya.
"Ya?" Wajah gadis itu berubah ramah, Boboiboy menganalisis gadis itu. Yaya namanya.
"Apa-apa yang saya boleh bantu?" soal Yaya.
"Di mana kelas 2 Bijak?" soal Boboiboy pula.
"Eh? Awak sama kelas dengan saya? Tapi saya tak pernah nampak awak sebelum ni," Yaya terkejut.
"Saya baru di sini," balas Boboiboy.
"Awak pelajar baru tu ke?!" soal Yaya dengan nada teruja.
"Ya," balas Boboiboy.
"Mari ikut saya!" kata Yaya dan dia berjalan mendahului Boboiboy, Boboiboy mengikutinya dari belakang.
Di kelas 2 Bijak, terlihat beberapa pelajar di dalam kelas itu. Yaya dan Boboiboy menjejakkan kaki ke dalam kelas itu.
"Yaya! Bukan ke kamu bertugas?" soal gadis cina berkaca mata bulat.
"Kita ada pelajar baru," kata Yaya dengan teruja.
"Wah, pelajar baru! Selamat kenal, nama saya Ying!" Gadis cina itu memperkenalkan dirinya.
"Boboiboy." Boboiboy memperkenalkan namanya secara ringkas.
"Kamu dari mana sebelum pindah sini?" Ying terasa ingin tahu dengan Boboiboy.
"Kota Hilir," balas Boboiboy, sepertinya soalan mereka masih boleh dijawab oleh Boboiboy.
"Wah! Ini pelajar barunya?!" Tiba-tiba seorang lelaki berbangsa india mencelah.
"Gopal! Terkejut aku!" marah Yaya.
"Ya loh, kamu suka sangat kejut-kejutkan orang!" marah Ying pula.
"Maaflah," ucap Gopal.
"Ini pula Gopal dan Gopal, ini Boboiboy." Yaya memperkenalkan Boboiboy kepada Gopal.
"Selamat berkenalan," ucap Boboiboy.
"Selamat berkenalan," balas Gopal.
"Kenapa semua berkumpul kat sini?" Suara seseorang menarik perhatian mereka semua.
"Oh, Fang! Selamat pagi!" ucap Ying kepada pemilik suara ini, Fang menganggukkan kepalanya.
"Siapa ni?" Fang memandang ke arah Boboiboy atas dan bawah.
"Oh, ini Boboiboy! Budak baru," kata Yaya.
"Jadi kau budak baru tu, aku Fang." Fang menghulurkan tangannya.
Boboiboy menganalisis tangan Fang seketika termasuk mengesan data-data latar belakang Fang.
"Boboiboy." Boboiboy menghulurkan tangannya dan bersalaman dengan Fang.
Beberapa minit kemudian, loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pembelajaran bakal bermula. Bunyi loceng yang kuat itu mengganggu pendengaran Boboiboy sebentar, tangannya cuba membaiki telingannya kembali berfungsi.
"Kau okay ke, Boboiboy?" soal Gopal yang duduk bersebelahan dengan Boboiboy.
"Saya baik-baik sahaja," balas Boboiboy.
"Sekarang waktu pendidikan jasmani, awak bawak baju sukan tak?" soal Yaya kepada Boboiboy.
"Bawa," balas Boboiboy ringkas.
"Bagus, bagus! Kami pergi tukar baju dulu!" kata Ying lalu dia berjalan keluar dari kelas bersama Yaya.
Fang dan Gopal menukarkan seragam mereka kepada baju sukan, Boboiboy mengikut gerak-geri dan membuka baju. Fang dan Gopal tercengang melihat badan Boboiboy yang gagah dan berotot itu.
"Macam mana badan kau macam tu?!" kata Gopal, Boboiboy terpinga-pinga.
"Senaman?" balas Boboiboy.
"Gila kau senaman sampai badan macam tu," kata Fang.
Boboiboy terus menyarungkan baju sukannya dan menukar seluarnya juga.
"Dia mesti senaman tiap hari," bisik Gopal kepada Fang, Fang menganggukkan kepalanya.
Di padang, kesemua pelajar 2 Bijak sudan berkumpul untuk melakukan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Mereka semua melakukan senaman memanaskan badan dan berlari keliling padang, kesemua pelajar tercungap-cungap tak cukup nafas manakala Boboiboy berlari seperti biasa. Setelah selesai, mereka semua terduduk di tepi padang.
"Apakah semua ini?! Baru sahaja berlari, kamu semua sudah penat?!" kata Papazola dengan nada kesal.
"Penatlah, berlari enam pusingan kot!" bantah Gopal.
"Eh, Boboiboy. Kau macam tak penat je?" soal Fang, Boboiboy menggelengkan kepalanya.
"Boleh tahan juga kau ni," kata Fang.
"Sekarang, pelajar perempuan pergi main bola tampar! Pelajar lelaki pergi main bola sepak sana!" kata Papazola, kesemua pelajar bersorak.
"Boboiboy, kau pandai main bola sepak ke? Ke macam Fang? Tak reti langsung?" seloroh Gopal, Fang menampar kuat bahu remaja berbangsa india itu.
"Sakitlah!" rintih Gopal.
"Tak? Mungkin?" Boboiboy menelengkan kepalanya.
"Kau cuba dulu," kata Gopal lalu meletakkan bola sepak di tengah padang.
"Cuba sepak bola ni masuk dalam gol tu," sambung Gopal lagi lalu menundingkan jarinya ke arah gol.
Boboiboy menganggukkan kepalanya, dia menapak ke belakang beberapa tapak. Gopal dan Fang berdiri di sisi untuk menonton dia melakukan sepakkan, Boboiboy berlari ke arah bola tersebut dan menangkat kakinya ke belakang lalu terus menyepak bola itu tetapi ianya terlalu kuat dan ianya menghasilkan gelombang angin yang sungguh kuat sehingga pokok juga berterbangan. Bola tersebut dengan laju ke arah gol, menembusi gol sehingga jaringnya terkoyak dan memecahkan tingkap bangunan berdekatan.
"Siapa pecahkan tingkap ni?!" Tiba-tiba satu suara menjerit dari bangunan itu.
Gopal dan Fang tercengang manakala Papazola sudah cemas dan kesemua pelajar memandang antara satu sama lain, terkejut dengan apa yang terjadi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top