Data 4- Emosi

"Adudu!!" Suara jeritan kejantanan Amato menerjah masuk ke dalam makmal Adudu.

Adudu yang sibuk dengan kajiannya terkejut mendengar jeritan itu.

"Apa kau mahu, tomato?!" soal Adudu dengan nada marah.

Amato berjalan mendekati Adudu dan terus menumbuk dia, Probe yang sedang menyapu makmal itu terkejut.

"Encik Boss!" Probe melaju ke arah mereka berdua dengan cemas.

"Musuh mendekati ayah, musnahkan." Boboiboy muncul di hadapan Probe dengan keadaan tangannya dalam bentuk seperti sebuah pistol.

"Jangan bunuh aku!" rayu Probe.

"Boboiboy, jangan membunuh!" arah Amato, Boboiboy terus dalam mode pasif dan kembalikan bentuk tangannya seperti biasa.

"Kau dah kenapa?!" jerkah Adudu.

"Kau yang masuk dalam makmal aku kan?!" jerkah Amato pula.

"Sejak bila?!" Adudu cuba untuk berlakon yang dia tidak pernah ceroboh makmal Amato sebelum ini.

"Jangan tipu aku! Ini apa?!" Amato menunjukkan sekeping gambar dari rakam CCTV, Adudu terkejut.

"Kau tipu! Kau pasti edit kan?!" Adudu cuba melawan.

"Sejak bila?! Aku tak ada masa! Aku boleh tunjuk video yang kau ceroboh makmal aku kat Encik Kokoci! Aku akan beritahu dia yang kau ada kristal mineral tu!" Amato pula melawan.

"Kau pasti ke aku ada kristal tu?!" Adudu cuba mengelak.

"Kristal dijumpai." Boboiboy memegang sebekas kristal mineral elemen itu, Adudu tercengang.

"Probe, bukan ke aku suruh kau buang selebihnya semalam?!" jerkah Adudu.

"Maafkan saya, Encik Boss!" rayu Probe.

"Sekarang bukti semuanya ada kat aku, kau nak ke aku laporkan pada pihak atasan?" ugut Amato, dia menghasilkan senyuman jahat.

"Tak! Jangan!" kata Adudu.

"Sekarang baru kau nak merayu ya?" kata Amato.

"Kau jangan berani nak lapor tentang ni!" kata Adudu pula.

"Mestilah aku berani," kata Amato dengan yakin.

"Tolonglah, jangan apa-apakan kami! Kami merayu," rayu Probe.

"Aku takkan dengar, aku akan cuba untuk lapor tentang kerja kotor kau tu." Amato lepaskan Adudu.

"Mari, Boboiboy." Amato bersama Boboiboy berjalan meinggalkan Adudu.

"Tak guna kau, tomato!" jerit Adudu.

"Boboiboy jangan buat macam tadi tau?" kata Amato.

"Maksud ayah?" soal Boboiboy.

"Jangan sesekali bunuh atau musnahkan sesiapa kecuali perkara tersebut terlalu merbahaya atau musuh Boboiboy juga mempunyai senjata, okay?" terang Amato.

"Faham," balas Boboiboy.

"Boboiboy boleh gunakan kekuatan Boboiboy untuk menolong yang memerlukan dan juga melindungi," sambung Amato.

"Melindungi sudah ada di dalam sistem Boboiboy," balas Boboiboy.

"Bagus," kata Amato sambil mengusap lembut rambut Boboiboy, Boboiboy keliru dengan sentuhan itu tetapi dia terasa sesuatu yang agak menyenangkan daripada sentuhan lembut Amato itu.

"Semakin ayah tengok, kamu nampak seperti ayah. Kamu copy ayah ke?" soal Amato sambil dia melihat wajah Boboiboy sedikit dekat.

"Boboiboy mempunyai sistem peniruan rupa, Boboiboy ambil sedikit rupa ayah kerana ayah yang cipta Boboiboy." Boboiboy membalas.

"Menarik," kata Amato lalu dia mengeluarkan buku notanya dan menulis data tentang Boboiboy.

"Kamu berwatakan seperti anak ayah dan copy rupa ayah, ayah gembira." kata Amato dalam hati, walaupun Boboiboy hanya sebuah android tetapi hatinya sudah tertarik dengan Boboiboy sebagai anaknya.

Boboiboy menelengkan kepalanya, dia perasan yang perasaan Amato kembali meninggi seperti sebelumnya.

"Ayah nak musnahkan orang lain ke?" soal Boboiboy, Amato terkejut.

"Apa maksud kamu ni?!" soal Amato, cemas dengan soalan itu.

"Sebab Boboiboy kesan yang perasaan ayah semakin meninggi," kata Boboiboy.

"Oh, adakah kamu perasan yang ayah gembira?" soal Amato.

"Gembira? Itu namanya?" soal Boboiboy.

"Ya, kalau ayah buat macam ni." Amato mengukir senyumannya.

"Itu adalah emosi gembira," terang Amato.

"Dan sebelum ni?" soal Boboiboy dengan perasaan ingin tahu.

"Itu namanya marah, kalau suara ayah tiba-tiba macam menjerit dan cuba untuk serang seseorang maknanya ayah tengah marah." Amato menerangkan sepenuhnya supaya Boboiboy memahami maksudnya.

"Faham," balas Boboiboy.

"Kamu seorang yang ingin tahu, baguslah kamu nak belajar pasal emosi. Ayah gembira," kata Amato.

"Cuba kamu senyum," sambung Amato.

"Senyum?" Boboiboy terpinga-pinga.

"Ya, buat macam ni." Amato mengukirkan senyumannya.

Boboiboy cuba mengikuti gerak-geri Amato, perlahan-lahan dia cuba untuk senyum walaupun ianya kekok baginya.

"Berlatihlah senyum sampai kamu dapat, manusia suka dengan orang yang tersenyum kepada mereka ketika ditegur kerana ianya nampak sopan dan ramah," terang Amato.

"Faham," kata Boboiboy, dia masih cuba untuk senyum.

"Yo, Ama.." Kata-kata Pian terpotong apabila dia terperasan Boboiboy senyum tetapi dalam keadaan menyeramkan.

"Oh, Pian! Kenapa ni?" soal Amato.

"Anak kau senyum seramlah," balas Pian.

"Dia baru belajar senyum, kau jangan takut sangat." Amato membantah.

"Betul ke kau ajar dia senyum ni?" soal Pian dengan nada risau.

"Mestilah," balas Amato dengan yakin.

"Okay," kata Pian dengan nada tidak yakin.

"Kau nak apa?" soal Amato.

"Isteri kau call tadi, dia cakap yang bapak kau jatuh longkang." Kata-kata daripada Pian membuatkan Amato terkejut.

"Bapak aku jatuh longkang?!" Amato terus berlari dan diikuti oleh Boboiboy.

"Hati-hati, takut kau pula jatuh nanti!" kata Pian.

☆☆☆☆

"Abah! Abah tak apa-apa ke?!" Amato menyerbu masuk ke dalam rumah Tok Aba.

"Opocot kau tergolek!" Habis melatah Tok Aba yang duduk di sofa bersama isterinya Amato.

"Abang ni, jangan terkejutkan abah macam tu." Isterinya mencelah.

"Maaf," ucap Amato manakala Boboiboy yang berdiri di belakang Amato, keliru.

Boboiboy terperasan ada perasaan baru pada Amato yang tetapi ianya agak rendah, sangat rendah.

"Ada perasaan baru pada ay-!!" Kata-kata Boboiboy kembali dipotong oleh Amato di mana dia menutup mulut remaja itu dengan tangannya.

"Siapa tu, Amato?" soal Tok Aba, Amato berdehem.

"Kalau Amato bagitau ni, abah jangan terkejut ya?" pujuk Amato.

"Cakaplah," kata Tok Aba.

"Ini cucu baru abah," kata Amato.

"Apa?! Abah ada cucu baru?!" Tok Aba terkejut.

Ah, sudah! Serangan jantung orang tua ini! Amato kelam kabut menghampiri Tok Aba.

"Amato dah cakapkan yang abah jangan terkejut!" kata Amato dengan cemas.

"Anak mana kamu culik ni?! Cakap!!" kata Tok Aba, memegang erat bahu Amato.

"Mana ada Amato culik anak orang lah! Ini anak robot!" Amato menutup mulutnya apabila tercakap jujur.

"Anak robot?!" Makin terkejut Tok Aba, mahu pitam dibuatnya.

"Amato boleh terangkan!" kata Amato.

Boboiboy semakin keliru dengan keadaan sekarang, pelbagai emosi bercampur baur dirasainya.

"Terangkan!" kata Tok Aba.

"Baiklah," balas Amato lalu dia menerangkan kepada Tok Aba dan isterinya dari permulaan Amato ingin menubuhkan 'Android Children Project' sehingga kejadian letupan yang berlaku di makmalnya.

"Jadi dia robot?" Tok Aba yang semakin tenang setelah Amato berterus-terang.

"Ya tapi Amato buat dia seperti anak Amato!" kata Amato dengan yakin.

"Tapi bini kamu boleh terima ke?" soal Tok Aba lalu memandang ke arah isterinya Amato.

"Dia kacak seperti ayahnya," puji isteri Amato sambil tersengih, makin kembang hidung Amato dibuatnya.

"Abah ambik tu sebagai setuju," kata Tok Aba.

"Oh, ya! Boboiboy, ini ibu kamu dan Tok Aba kamu." Amato menerangkan Tok Aba dan isterinya kepada Boboiboy.

Boboiboy mengesan Tok Aba dan isteri Amato.

"Data dimasukkan," kata Boboiboy.

"Tapi kamu yakin ke yang dia boleh berwatakkan seperti manusia?" soal Tok Aba.

"Tak cuba tak tahu," balas Amato.

"Boboiboy mengesan sesuatu di kaki Tok Aba," kata Boboiboy.

"Sebab Tok Aba terjatuh longkang tadi, jadi atok terseliuh kaki." Tok Aba membalas.

"Keadaan Tok Aba ada juga emosi iaitu sakit," kata Amato pula.

"Sakit, faham." Boboiboy menganggukkan kepalanya.

"Bagus," puji Amato.

"Abang, sayang terfikir." Isteri Amato mencelah.

"Kenapa?" Amato memandang ke arah isterinya.

"Abang terfikir nak hantar Boboiboy ke sekolah ke?" soal isterinya, Amato terdiam seketika. Dia teringatkan sesuatu.

"Abang cakap kat Encik Kokoci yang Boboiboy pindah sekolah ke sini!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top