Data 14- Penangguhan

Boboiboy mengalas begnya keluar dari perut kereta milik Amato, kakinya mengikuti pergerakkan Amato menapak masuk ke dalam bangunan di mana tempat ayahnya bekerja. Ini adalah bangunan terakhir yang dia bakal jejaki sebelum meninggalkan kawasan Pulau Rintis.

"Boboiboy, jaga diri baik-baik okey?" ucap ibunya sambil memeluk Boboiboy erat.

"Baik, ibu." Boboiboy membalas sambil tangannya kembali memeluk ibunya dengan erat.

"Terima kasih, Boboiboy sebab selalu tolong kami semua," ucap Pian pula sambil mengusap kepala Boboiboy.

"Sama-sama," ucap Boboiboy.

Ramai jurutera mengerumuni Boboiboy terutama sekali ahli pasukan Amato dan mengucapkan selamat tinggal kepada Boboiboy manakala Amato sekadar memandang mereka dengan perasaan berat hati.

"Tuan Amato?" Secara tiba-tiba Mechabot mendekati Amato.

"Kenapa, Mechabot?" soal Amato.

"Encik Kokoci ingin jumpa dengan tuan bersama Boboiboy sekarang," balas Mechabot.

"Baiklah. Boboiboy, jom pergi! Encik Kokoci nak jumpa kita," arah Amato.

"Okey," balas Boboiboy dan dia terus mengikuti Amato ke pejabat milik Kokoci.

Di dalam pejabat Kokoci, Amato dan Boboiboy berdiri tegak di hadapan meja Kokoci tanpa berkata apa-apa.

"Kau tahu sebab kenapa kau kena panggil?" soal Kokoci.

"Adakah sebab Boboiboy?" balas Amato.

"Ya, baca ni." Kokoci melontarkan sekeping surat kepada Amato.

"Surat apa ni?" soal Amato dengan keningnya yang berkerut.

"Baca sahaja," balas Kokoci.

Amato mengambil surat tersebut dan membaca isi pada surat tersebut dengan teliti tetapi perlahan-lahan wajahnya berubah. "Adakah surat ini?" Amato tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana terlampau terkejut.

"Ya, pihak tentera memberi kebenaran kepada kamu untuk menyimpan Boboiboy dan menangguhkan pengambilan Boboiboy selama dua bulan. Jadi kamu kena pantau Boboiboy dan melaporkan sesuatu baharu tentang Boboiboy kepada pihak tentera dan saya setiap masa," terang Kokoci panjang lebar. 

"Betul ke yang kami boleh menyimpan Boboiboy?!" soal Amato yang masih tidak percaya.

"Ya tetapi untuk dua bulan. Jika Boboiboy melanggar peraturan yang ada di dalam surat itu, dia bakal diambil serta-merta." Kokoci membalas.

Amato berasa gembira dengan apa yang terjadi sekarang. "Terima kasih! Terima kasih!" ucap Amato berulang-kali.

"Ya, ya. Dan projek kau tu, kau boleh teruskan tapi jangan guna kristal itu," kata Kokoci.

"Baiklah, terima kasih banyak-banyak!" ucap Amato lagi.

"Sudah, perkara sambung kerja kamu tu. Keluar," arah Kokoci.

Amato cepat-cepat menarik Boboiboy keluar daripada pejabat milik Kokoci dengan perasaan penuh gembira. "Boboiboy dengar tak tu? Boboiboy masih boleh tinggal dengan ayah lagi!" kata Amato.

"Betul ke ni?" soal Boboiboy yang terkebil-kebil.

"Ya! Kamu boleh tinggal dengan ayah, ibu dan Tok Aba! Kamu boleh jumpa dengan kawan-kawan kamu!" balas Amato.

Boboiboy terdiam seketika, sesuatu perasaan menyelubungi dirinya. "Jadi Boboiboy boleh pergi sekolah balik?" soal Boboiboy.

"Sudah tentu!" balas Amato.

"Hari ni juga boleh?" soal Boboiboy lagi.

"Boleh tapi sekarang dah lambat, jadi kamu duduk di sini sa.." Amato tidak dapat menghabiskan kata-katanya apabila Boboiboy terus berlari meninggalkan dia.

"Boboiboy, kamu nak ke mana?!" jerit Amato.

"Jumpa kawan-kawan!" balas Boboiboy dan Amato terperasan sebuah senyuman lebar terhasil di bibir anak lelakinya itu.

"Okey, belajar elok-elok!" laung Amato.

Boboiboy berlari keluar dari bangunan inovasi itu dan serta-merta bajunya bertukar menjadi seragam sekolah. "Boboiboy Taufan!" laung Boboiboy sebelum dirinya bertukar menjadi Boboiboy Taufan dan meluncur laju ke sekolah menggunakan papan luncurnya.

"Macam tulah kisahnya," kata Boboiboy yang baru menceritakan segalanya kepada Yaya, Ying, Fang dan Gopal ketika waktu rehat.

"Boboiboy, aku ingat aku dah kehilangan kau!" kata Gopal sambil memeluk Boboiboy dengan erat.

"Syukurlah kau dapat bersama keluarga kau lagi," ucap Yaya pula menerima anggukkan daripada Boboiboy.

"Oh, ya! Aku ada bawa kek durian, rasalah! Rasalah!" sambung Yaya lagi sambil menghulurkan bekas makanan dengan perasaan teruja.

"Kek durian?" Boboiboy menelengkan kepalanya lalu tangannya membuka bekas makanan itu.

"Huish, sedapnya bau durian!" celah Gopal.

"Eh, tak boleh! Kau selalu tak makan kek aku, ini untuk Boboiboy je!" cantas Yaya.

"Alah, bagilah sikit!" kata Gopal sambil cuba mengambil kek sedikit

"Tak boleh!" marah Yaya sambil menampar-nampar tangan Gopal.

"Aduh! Aduh! Yaya! Sakit!" jerit Gopal.

Pergaduhan dan perebutan berlaku antara Yaya dan Gopal di mana Boboiboy menjadi orang tengah yang cuba menenangkan mereka berdua manakala Ying mampu sekadar menonton mereka dan Fang pula sudah termenung memikirkan sesuatu.

"Hoi, kau termenung apa?" soal Ying yang menyedari tingkah laku Fang.

Fang tersentak daripada lamunannya. "Huh? Aku tak termenung apa," balas Fang.

"Yalah tu," kata Ying.

☆☆☆☆

Di bengkel milik Fang, terlihat Fang sibuk membaiki kereta yang tersadai di bengkelnya itu. Kotoran dan minyak hitam mengotori baju serta wajahnya. Tiba-tiba bunyi tapak kasut menarik perhatian Fang.

"Oh, abang dah balik. Tak balik ke kem hari ini?" soal Fang dengan nada dingin.

"Aku masih ada kerja perlu lakukan," balas Kaizo sambil ingin menapak masuk ke dalam rumah mereka.

"Abang, aku nak tanya sesuatu." Fang melontarkan soalan kepada Kaizo membuatkan lelaki itu berhenti melangkah dan menoleh ke arahnya.

"Apa?" balas Kaizo.

"Adakah abang yang menangguh pengambilan Boboiboy?" soal Fang, remaja itu bersandar pada badan kereta itu.

Kaizo terdiam seketika. "Kau pasti tahu jawapannya," balas Kaizo sebelum dia menoleh untuk masuk ke dalam rumah tetapi dia terhenti sekali lagi apabila Fang memeluk dia daripada belakang.

"Eh?" Hanya itu sahaja mampu keluar daripada mulut Kaizo.

"Terima kasih," ucap Fang.

Kaizo terdiam seketika sebelum sebuah senyuman terhasil di bibirnya. "Ya, ya. Dan tepi, habis baju kotor seragam aku," kata Kaizo sambil menjentik dahi Fang.

"Aduh! Aduh! Dahi aku! Abang!!" jerit Fang dalam kesakitan.

Sehari sebelum itu, Kaizo kembali ke kem tentera. Terlihat Sai dan Shielda menunggu kehadiran kapten mereka itu.

"Kapten, bagaimana keadaan tentang robot itu?" soal Sai.

"Terdapat satu masalah, aku perlu bertemu dengan laksamana." Kaizo membalas menyebabkan Sai dan Shielda memandang antara satu sama lain.

Kaizo menapak masuk ke dalam sebuah pejabat yang terletak di sebuah kem tenteraan. Seorang lelaki berumur berbadan gagah perkasa berdiri di sebelah tingkap pejabat itu.

"Laksamana Tarung." Kaizo menyapa lelaki itu sambil menabik.

"Kapten Kaizo, ada sesuatu kau nak beritahu aku?" soal Laksaman Tarung.

"Izinkan saya melakukan penangguhan pengambilan robot itu?" soal Kaizo pula dengan nada hormat.

"Kenapa? Bukankah kita sudah tetapkan bahawa pengambil dia adalah secepat mungkin," kata Laksamana Tarung.

Kaizo terdiam seketika. "Terdapat masalah, keluarganya tidak menerima dia untuk berpisah dan ada sesuatu saya ingin pantaukan. Jadi izinkan saya melakukan penangguhan pengambilan robot itu," balas Kaizo.

Laksamana Tarung memandang Kaizo atas dan bawah. "Jika terjadi apa-apa tentang robot itu, kau nak tanggung?" soal Laksamana Tarung lagi.

"Ya, tuan. Saya akan pantau pergerakkan robot itu. Jika terjadi apa-apa… Saya sanggup melucutkan jawatan saya sebagai kapten," balas Kaizo secara berterus-terang.

Sai dan Shielda yang mendengar perbualan mereka berdua secara senyap-senyap terkejut dengan kata-kata Kaizo itu.

"Semakin berani kau kali ini, aku tidak tahu apa yang terjadi di luar sana tetapi kali ini jika berlaku apa-apa, kau tak boleh berpatah balik. Faham?" kata Laksamana Tarung panjang lebar.

"Saya menerima segala akibat atas perbuatan saya, tuan!" Kaizo membalas dengan tegas.

"Baiklah, berapa lama kau ingin menangguh?" soal Laksamana Tarung.

"Dua bulan," balas Kaizo.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top