Data 12- Rahsia Terbongkar

Gempa dan Gopal berjalan keluar daripada kedai runcit bersama beberapa beg plastik yang berisi barang yang dibeli. Mereka berdua berjalan disepanjang pejalan kaki sehinggalah sesuatu menarik perhatian mereka berdua.

"Dey, apa jadi tu?" soal Gopal apabila matanya menatap ke arah orang ramai yang mengerumuni sebuah bank.

Gempa mengesan situasi tersebut dan ternyata sebuah rompakan berlaku di dalam bank itu, beberapa orang awam serta staff bank menjadi tebusan kumpulan perompak itu.

"Jangan dekat! Atau aku tembak budak ni, faham?!" ugut salah seorang perompak itu sambil mengacukan pistolnya ke arah seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menangis.

"Aku rasa itu rompakan, kita patu telefon po.." Kata-kata Gopal terpotong apabila Gempa memberikan plastik beg kepada dia dan berlari ke arah bank.

"Dey, Boboiboy! Jangan pergi situ, bahayalah!" jerit Gopal dengan perasaan cemas.

"Berhenti," kata Gempa yang berdiri di pintu bank.

"Apa yang kau nak, budak?! Kau tak dapat hentikan kami!" kata perompak itu.

Gempa berjalan mendekati mereka perlahan-lahan tanpa menunjukkan apa-apa riak wajah.

"Kau jangan dekat, kalau tidak dengan kau sekali aku tembak!" ugut perompak itu lagi.

Gempa berhenti seketika dan perlahan-lahan matanya bertukar warna merah membuatkan perompak itu mengerutkan dahinya. "Tanah tinggi!" Gempa menghempaskan penumbuknya di atas lantai dan tanah tinggi menyerang perompak-perompak itu.

"A..Apa tu tadi?!" soal seorang lagi perompak.

Gempa muncul di hadapan mereka dengan sangat pantas dan menghentam mereka tanpa belas kasihan sehingga kumpula perompak itu menjerit kesakitan. Orang awam yang berada di luar termasuk Gopal terkejut dengan serangan Gempa itu. Kumpulan perompak itu menggigil ketakutan apabila Gempa mengacukan pistol pula ke arah mereka, mata Gempa yang kemerahan merenung ke arah mereka menambahkan perasaan ketakutan terhadap perompak itu.

"Kau.. Kau apa sebenarnya ni?!" soal salah satu perompak itu.

"Manusia yang melakukan kejahatan harus dihapuskan," kata Gempa yang ingin menembak mereka.

"Gempa, berhenti! Jangan membunuh!" Tiba-tiba suara Amato muncul pada sistem komunikasi milik Gempa.

Gempa serta-merta berhenti dan bertukar pasif semula.

"Amato." Tiba-tiba satu suara yang lain kedengaran di dalam sistem komunikasi Gempa.

"E-Encik Kokoci!" kata Amato dengan perasaan cemas.

"Saya ada sesuatu nak bincangkan, datang ke bilik saya sekarang. Kau tak perlu nak berahsia lagi, aku tahu semuanya." Kokoci memberikan arahan kepada Amato.

"Baik, tuan." Amato menuruti arahan majikannya itu.

"Gempa, balik ke makmal ayah sekarang." Amato memberikan arahan kepada Gempa pula sebelum talian komunikasi ditutup.

Gempa berjalan keluar dari bank seperti tiada apa yang terjadi, kesemua orang awam menatap ke arah dia dengan perasaan sama ada tidak percaya atau kagum dengan apa yang mereka lihat sebentar tadi. Gempa berhenti di hadapan Gopal yang masih terkedu.

"Maaf, Gopal. Saya kena pergi ke makmal ayah saya," kata Gempa.

"H.. Huh? O.. Okey, biar aku hantar barang kau," balas Gopal dengan nada tergagap-gagap.


☆☆☆☆

Bangunan Inovasi Kejuruteraan Sains dan Robotik (IKSR) Bandar Pulau Rintis…

Amato berdiri menunduk di hadapan meja Kokoci, dia tidak dapat menatap mata majikannya itu apabila majikan dia yang satu itu merenung ke arah dia dengan perasaan kecewa.

"Kamu tahu sebab kenapa saya panggil kamu ke sini?" soal Kokoci dengan nada tegas.

"Ya, tuan." Amato membalas dengan nada pasrah.

"Terangkan saya apa ini?" soal Kokoci sambil mengeluarkan tabletnya dan menunjukkan sebuah berita di mana Boboiboy Gempa menyelamatkan orang umum daripada rompakan membuatkan Amato terkedu.

"Dan terangkan saya tentang ni?" sambung Kokoci dan dia pula menunjukkan rakaman CCTV tentang kejadian Boboiboy dihidupkan kepada Amato, Amato membulatkan matanya.

"Encik, saya boleh terangkan! Ini semua salah Adudu!" rayu Amato.

"Saya telah gantungkan kerja Adudu untuk dua bulan tetapi kamu, kamu malah menyimpan robot yang diperbuat dari kristal itu dan tidak melaporkan tentang ini kepada saya? Kamu tahukan ianya salah?" tegas Kokoci.

"Tapi encik, dia berkelakuan baik-baik sahaja. Ini pasti boleh menunjukkan bahawa kristal itu mempunyai sisi yang baik!" kata Amato yang cuba menyakinkan Kokoci.

"Jangan nak beri alasan! Pihak tentera sudah tahu tentang kewujudan robot itu, saya nak kamu berikan dia kepada pihak tentera atau kamu nak saya hentikan projek kamu dan pecat kamu serta ahli pasukan kamu serta-merta?!" bantah Kokoci membuatkan Amato semakin terkejut.

"Encik tak boleh buat macam tu! Ahli pasukan saya tidak bersalah dan Boboiboy cuma protota.." Amato tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila Kokoci menghempaskan tangannya di atas meja.

"Sudah! Kamu cuma ada dua pilihan! Saya tak nak apa-apa alasan lagi, keluar!" marah Kokoci sambil menunjukkan pintu pejabatnya.

Amato terdiam, perasaan tidak berpuas hati menyelubungi dirinya tetapi melawan majikannya juga sia-sia sahaja. Jadi dia memilih untuk keluar daripada pejabat majikannya itu.

"Ayah?" Satu suara menegur Amato, membuatkan lelaki itu menoleh ke arah pemilik suara itu.

"Oh, Boboiboy. Kamu tak dengar apa-apa tadi kan?" soal Amato.

"Saya perasan yang perasaan ayah sedang tinggi. Adakah ayah sedang marah?" soal Boboiboy dengan nada masih naif.

"Ayah marah sikit sahaja, jom kita pergi. Kita balik," balas Amato.

"Tetapi waktu ayah bekerja masih belum habis?" soal Boboiboy lagi.

Amato terdiam seketika. "Ayah kerja separuh masa sahaja hari ini," balas Amato lagi.

"Baiklah." Boboiboy menganggukkan kepalanya dan mula mengikuti Amato untuk pulang ke rumah.

Di rumah, isteri Amato mengerutkan dahinya apabila Amato pulang awal bersama anak lelaki mereka itu.

"Abang, balik awal hari ini? Eh, Boboiboy? Bukan ke kamu tolong Tok Aba ke tadi? " soal isterinya itu.

Amato mengeluh seketika. "Saya ada sesuatu nak bincangkan," kata Amato.

"Bincang pasal apa tu? Macam serius sahaja?" soal isterinya lagi.

"Boboiboy, boleh kamu pergi ke bilik kamu dulu? Ayah nak cakap sesuatu dengan ibu kamu," arah Amato.

"Baik, ayah." Boboiboy menuruti arahan Amato itu dan berjalan ke biliknya itu, meninggalkan ibubapanya berdua di ruang tamu.

"Apa kes?" soal isterinya dengan perasaan penuh ingin tahu.

Amato mengeluh seketika. "Mereka dah tahu pasal Boboiboy," balas Amato.

"Apa?! Macam mana mereka tahu?!" soal isterinya, mata wanita itu membulat terkejut.

Amato mula bercerita kepada isterinya tentang segala apa yang terjadi sehingga membuatkan isterinya terkedu.

"Sepatutnya saya pantau Boboiboy lagi," kata Amato.

"Ini bukan salah abang, kita je manjakan Boboiboy macam anak kita sendiri. Saya faham awak nak anak juga dan dia satu-satunya anak yang kita ada," pujuk isterinya.

"Tapi kita perlukan dia, abang tak mahu berikan Boboiboy kepada siapa-siapa. Tak akan," kata Amato, bernekad untuk menyimpan Boboiboy.

"Bagaimana kerja abang? Abang tak boleh sia-siakan segala usaha abang begitu sahaja," kata isterinya pula membuatkan Amato terdiam seketika.

"Bila mereka nak Boboiboy?" soal isterinya lagi.

"Secepat yang mungkin," balas Amato.

Kedua-dua pasangan suami isteri itu terdiam seketika dan cuba untuk memikirkan sesuatu supaya Boboiboy tidak diambil oleh pihak tentera manakala Boboiboy yang ternyata mencuri dengar perbualan ibubapanya juga terdiam, dia memegang dadanya sendiri. Dia dapat rasakan sesuatu perasaan yang dia tak dapat ungkapkan.

Sementara itu di sebuah bengkel motor yang terdapat di hadapab sebuah rumah tingkat, terlihat Fang sedang sibuk membaiki motor pelanggannya.

"Pang." Segala kerja Fang tertangguh apabila seseorang menegur dia daripada belakang.

"Abang, boleh tak abang berhenti panggil nama tu?" marah Fang.

"Suka hati aku nak panggil kau apa, budak kecil." Kaizo yang masih berseragam tentera membalas dengan dingin.

"Aku bukan budak kecil lagilah!" marah Fang lagi.

Kaizo tersenyum sinis dan dia mendekati Fang lagi, Fang kembali menyambung kerjanya.

"Awal kau balik?" soal Fang.

"Aku ada hal di bandar," balas Kaizo ringkas lalu menerima anggukkan daripada Fang.

"Boleh aku tanya sesuatu?" soal Kaizo pula.

"Tanya jelah," balas Fang tanpa memandang ke arah abangnya itu.

"Kau kenal Boboiboy?" Kaizo melontarkan soalan yang membuatkan Fang terhenti dan remaja itu serta-merta menatap wajah abangnya itu dengan perasaan terkejut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top