Data 11- Berpecah
Boboiboy keliru apabila Amato sibuk memeriksa badannya lagi dan lagi, sekarang ini Boboiboy berada di dalam makmal kajian milik Amato kerana Amato dan rakan sekerjanya ingin memeriksa sesuatu terhadap Boboiboy.
"Boboiboy, Boboiboy masih ingat semalam semasa Boboiboy overheated?" soal Amato.
Boboiboy menggelengkan kepalanya. "Tetapi mungkin itu salah satu klon sistem keselamatan Boboiboy," balas Boboiboy, Boboiboy kali ini kedengaran datar seperti biasa.
"Klon?! Boboiboy ada klon?!" soal Deep sambil menolak Amato ke tepi sehingga lelaki itu hampir hilang keseimbangannya.
"Jangan tolak akulah!" marah Amato.
"Boboiboy boleh berpecah juga," kata Boboiboy.
"Boleh kami tengok?" soal Pian pula.
"Boleh," balas Boboiboy lalu secara tiba-tiba badannya bercahaya, menyilau mata sesiapa sahaja melihatnya.
"Terangnya!" kata Pian sambil menutup matanya.
Perlahan-lahan tujuh sosok berjalan keluar dari cahaya tersebut dan berbaris di hadapan Amato dan rakan sekerjanya.
"Wow," kata Amato, Pian, Deep dan Mara dengan penuh keterujaan.
Terdapat tujuh Boboiboy tetapi walaupun mempunyai rupa yang mirip, mereka bertujuh mempunyai warna baju dan mata yang berbeza.
"Ini ayah kita?! Apa khabar!" kata Boboiboy bermata biru gelap, menggoncang tangan Amato dengan penuh teruja.
"Ini Taufan," terang Gempa, Boboiboy bermata kuning keemasan.
"Hello, Taufan. Kamu agak teruja bagi seorang robot," kata Amato.
"Dan kau siapa pula?" soal Deep, memandang ke arah Gempa.
"Saya Gempa, teras utama Android Children Project ini," kata Gempa lalu menunduk hormat.
"Dia kedengaran jauh lebih robot, aku yakin dia Boboiboy," kata Pian sambil mengusap dagunya.
"Ya, sebab saya teras utamanya. Segala sistem di dalam badan Boboiboy akan dikawal oleh saya," kata Gempa.
Halilintar berdecit. "Kenapa kita kena tunjuk semua benda ni kat manusia-manusia lemah ni?" kata Halilintar dengan penuh dingin, terdiam kaku Amato dan rakan sekerjanya apabila Halilintar bersuara.
"Halilintar, percakapan." Gempa memandang ke arah Halilintar, Halilintar terus menoleh.
"Halilintar takut Gempa, cuma Gempa sahaja yang Halilintar dengar," kata Taufan.
"Oh, nampaknya Gempa sememangnya penting untuk kamu semua?" soal Amato.
"Ya! Jika sesiapa bunuh kami selain Gempa, kami boleh hidup semula tetapi jika Gempa mati, kami pun mati!" kata Duri dengan penuh polos.
"Kamu jangan cakap macam tu!" cantas Amato.
"Kenapa?" soal Duri, menelengkan kepalanya.
"Kematian untuk manusia adalah amat sakit dan menyedihkan. Ya, kematian itu pasti untuk manusia tetapi ianya susah untuk diterima," terang Mara.
"Oh, faham!" kata Duri dengan ceria.
"Kamu ni comel sangatlah!" kata Mara sambil mencubit pipi gebu Duri.
"Menarik, mereka semua berperwatakan berbeza," omel Amato sambil mencatit di dalam buku notanya.
"Kami mungkin mempunyai personaliti berbeza tetapi kami cuma mempunyai satu emosi mengikut prosedur kami," celah Gempa.
"Ya, kamu masih perlu belajar emosi yang lain. Ayah perasan sejak kamu belajar emosi gembira, kebanyakan klon kamu mempunyai emosi gembira sahaja… kecuali Halilintar," kata Amato, menatap ke arah Halilintar.
Halilintar mengacukan sebilah pedang ke wajah Amato. "Apa?" soal Halilintar.
"Halilintar, berhenti," arah Gempa lalu Halilintar menurunkan pedangnya.
"Maaf, Halilintar diprogramkan untuk melindungi kami semua. Dia mempunyai sistem pemusnah penceroboh yang paling tinggi berbanding kami semua. Jika Boboiboy terasa terancam, Halilintar akan mengambil alih sistem," terang Gempa.
"Oh, sebab itu ke Halilintar agak dingin dan cepat melenting?" soal Amato.
"Ya." Gempa menganggukkan kepalanya.
"Menarik tetapi menakutkan pada masa yang sama," getus hati Amato.
"Ayah mesti ingat sayakan?!" celah Blaze dengan teruja.
Amato terkejut kerana kemunculan Blaze yang secara tiba-tiba. "Oh!… Bila?" soal Amato.
"Sayalah yang kawal sistem semasa overheated!" balas Blaze.
"Oh, kamulah rupanya! Ayah baru ingat sekarang! Jadi kamu kawal sistem ketika overheated?" soal Amato lagi.
"Ya, ya! Blaze boleh letupkan diri sendiri juga kalau ada musuh berdekatan! Nak Blaze tunjuk?" balas Blaze.
"Oh tidak, tidak! Jangan!" bantah Amato.
"Oh, baik!" balas Blaze.
"Dia jauh teruja daripada Taufan," getus hati Amato lagi.
"Tapi jika Blaze overheated, Blaze ada Ais! Ais mempunyai sistem penyejukkan yang bagus!" terang Blaze sambil merangkul bahu Ais.
"Apa khabar," kata Ais yang mempunyai neutral personaliti seperti Gempa.
"Baguslah, patutlah Boboiboy tiba-tiba kembali neutral selepas mengecas semalam," kata Amato sambil mengusap rambut Ais.
"Tuan kena letak cip di dalam sana," kata Solar yang menarik perhatian Amato dan rakan sekerjanya.
"Cip ni?" soal jurutera yang bercakap dengan Solar.
"Ya," balas Solar.
Jurutera itu meletakkan cip di dalam sebuah tangan robotik dan ianya mula bergerak.
"Wah, ianya hidup! Terima kasih," ucap jurutera itu.
"Itu Solar, sistemnya adalah mengumpul segala data di dalam minda Boboiboy. Solar mempunyai IQ yang tinggi dan membantu Boboiboy membuat keputusan jika Boboiboy ingin bergerak di luar prosedur," terang Gempa.
"Jadi jika Boboiboy cuba berlakon untuk rahsiakan dirinya sebagai robot daripada manusia, Solar akan membantu? Begitu?" soal Amato.
"Ya," balas Gempa.
"Ayah masih buat robot lagi ke?" soal Duri, matanya yang bulat memandang ke arah Amato dengan penuh teruja.
"Masih buat, projek belum siap lagi. Kenapa?" balas Amato.
"Duri nak tolong!" kata Duri dengan teruja.
"Eh? Betul ni?" soal Amato.
"Ya, ya! Solar pun boleh tolong!" kata Duri dan menunding ke arah Solar yang sibuk membantu jurutera yang lain membina sebuah badan robotik.
"Kalau kamu cakap macam tu, baiklah," kata Amato.
Tiba-tiba Gempa mendapat notifikasi melalui irisnya, Gempa menekan belakang telinganya dan sebuah mesej suara terpancar dari iris Gempa.
"Boboiboy! Gopal ni, kau ada masa tak? Aku ingat nak ajak kau keluar." Mesej suara tersebut ternyata daripada Gopal.
"Oh, itu kawan kamukan?" soal Amato.
"Ya," balas Gempa.
"Kalau macam tu, kamu semua pergilah. Nanti dia tunggu pula," kata Amato.
"Tapi Duri nak tolong ayah," bantah Duri.
"Biar Gempa sahaja pergi," celah Solar.
"Tak apa ke?" soal Amato.
Gempa dan Solar menganggukkan kepala mereka serentak lalu baju Gempa bertukar menjadi baju yang mereka pakai sebelum ini.
"Jumpa nanti," ucap Gempa lalu berjalan leluar dari makmal.
"Hati-hati!" kata Amato lalu dia terdengar decitan halus daripada Halilintar.
"Oh tidak, aku lupa Halilintar cuma dengar Gempa sahaja. Matilah aku," getus hati Amato.
▪︎▪︎▪︎ He Is Not A Robot▪︎▪︎▪︎
"Gopal," sapa Gempa kepada Gopal yang duduk di kedai milik Tok Aba.
"Hei, Boboiboy! Akhirnya kau sampai juga, kau dari mana?" soal Gopal.
"Dari tempat kerja ayah saya," balas Gempa.
"Tempat jurutera tu?" soal Gopal lagi.
"Ya," balas Gempa ringkas.
"Kenapa Gopal ajak saya keluar?" soal Gempa pula.
"Saja, aku bosanlah duduk kat rumah. Jadi aku ajak kau," balas Gopal, Gempa sekadar mampu memgangguk faham.
"Yalah tu bosan, entah-entah malas nak jaga kedai runcit bapak kau tu," celah Tok Aba manakala Gopal hanya mampu ketawa terkekeh-kekeh.
"Alang-alang kamu kat sini, Boboiboy. Tolong atok beli barang-barang ni," kata Tok Aba lalu menghulurkan sehelai kertas kepada Gempa.
"Baik, Tok Aba." Gempa membalas lalu mengambil kertas tersebut.
"Hah, Gopal! Kau pun ikut Boboiboy sekali, alang-alang dia nak pergi kedai runcit ayah kau tu!" kata Tok Aba.
"Eh?! Kenapa saya pula?!" kata Gopal pula dengan nada cemas.
"Barang banyak tu, tolong Boboiboy tu sikit. Kenapa? Kau takut pergi kedai bapak kau tu?" seloroh Tok Aba.
Gopal sudah semakin cemas. "E..Eh! Mana ada, mana ada saya takut! Jom, Boboiboy!" kata Gopal sambil menarik tangan Gempa dan berlari meninggalkan Tok Aba yang sudah ketawa terkekeh-kekeh.
Setiba di Kedai Runcit Kumar, Gopal tercungap-cungap di hadapan kedai ayahnya itu manakala Gempa mengerlipkan matanya dengan perasaan keliru.
"Tok Aba ni, saja cari pasal dengan aku. Dah aku kena paksa kerja pula," getus geram hati Gopal.
"Dey, tambi! Kamu pergi mana?!" Gertakkan garang Kumar mengejutkan Gopal.
Gopal mula berpeluh dan cuba untuk memikirkan tipu helah yang bakal diberikannya kepada ayahnya. "Sa.. Saya pergi.."
"Gopal dekat kedai Tok Aba," kata Gempa, memotong ayat Gopal.
Gopal tercengang. "Matilah aku, kenapa kau bagitahu appa aku?! Boboiboy!" getus hati Gopal, Gopal pasrah yang dia bakal dimarahi oleh ayahnya.
"Tapi Gopal tolong Boboiboy barang kat kedai pakcik," kata Gempa lagi.
"Oh, begitu ke? Masuk-masuklah, ambil mana-mana yang kamu mahu!" kata Kumar dengan ramah.
"Terima kasih," ucap Gempa sambil berjalan masuk ke dalam kedai runcit milik Kumar itu.
"Eh?" Gopal terkebil-kebil.
"Dey, apa yang kamu berdiri situ lagi?! Tolonglah kawan kamu tu!" marah Kumar.
Gopal cepat-cepat berlari masuk ke dalam kedai runcit ayahnya itu dalam keadaan kelam kabut dan membantu Gempa mengambil barang-barang yang diperlukan oleh Tok Aba.
Sementara itu, Amato dan klon-klon Boboiboy yang lain sedang sibuk melakukan projek bersama rakan sekerjanya Amato. Terlihat Solar membantu jurutera-jurutera yang lain dengan penuh tekun sehinggalah tiba-tiba satu amaran muncul pada irisnya, membuatkan Solar berhenti membuat kerja. Amaran tersebut muncul satu per satu pada setiap klon Boboiboy itu.
Amato yang terperasan anak-anaknya berhenti bekerja, mengerutkan dahinya. "Eh? Kenapa ni?" soal Amato.
"Gempa dalam bahaya," kata Solar manakala Amato terkebil-kebil seketika.
"Huh?! Gempa dalam bahaya?!" jerit Amato dalam keadaan cemas.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top