⚫Bab 4⚫
Dum!
Dum!
Dum!
Hish!
Aku capai jam loceng kat sebelah katil.
0230?!!
Kenapalah takde orang selain aku yang rase merepek gila nak party sampai lewat macam ni?
Kalau tak bising tak pe lagi, ni satu taman rasanya boleh dengar. Dah la dari pukul 2350 tadi!
Sebbaik je jarak antara rumah jauh-jauh. Tapi bertuahnya aku, rumah aku ngan rumah party ni, bersebelahan!
Napelah dia nak buat party hari ni? Dia bukan ada kelas sama macam aku ke esok?
Dah la papa takde, pukul 0400 nanti baru flight dia land.
Atim pulak memang nak stay tapi sebab parent dia nak naik flight pukul 0600 pagi ni, adik mak dia pula datang rumah dari Johor so dia kena la balik semalam .
Tinggal la aku sorang je.
Aku cuba tidur balik tapi tak sampai 20 minit terlelap music yang tak berapa nak sedap tu jadi makin kuat pulak!
Fine! Aku tak kira, lebih baik aku buat something dari malu kalau tertidur esok. Dah la hari 1st.
Fakta, aku suka tidur. Jadi tak kira apa, aku akan cukupkan tidur aku paling kurang 7 jam setiap hari.
Lagipun aku tak rasa aku masih takut kat dia macam dulu. Sekarang aku just rasa,
'Apa lagi yang dia boleh buat kat aku yang aku tak lalui lagi?'
Atau ni hanya fikiran aku yang cuba untuk sedapkan hati sendiri?
Aku bangun dengan malasnya dari katil. Memandangkan aku hanya pakai singlet aku sarung baju yang aku akan pakai pagi esok untuk joging.
Aku betul kan sikit rambut dan keluar.
Ye, aku masih belum insaf. Insya Allah aku memang nak pakai. Tapi, hm..
Aku nampak ramai yang tengah melepak dengan group masing-masing kat laman. Ada yang pandang tapi kebanyakkannya just abaikan aku.
Ramai budak yang aku rasa gaya macam umur 15-17 je. Tak nampak macam budak sekolah aku dulu pun.
Aku boleh sujud syukur!!!
Aku masuk je ikut pintu depan memandangkan memang terbuka luas lagi memanggil aku.
Bila masuk aku masih tak jumpa sesiapa yang aku kenal.
Biar betul!
Dhirar kawan ngan budak-budak je ke sekarang?
Haha, aku cakap macam kitorang dah umur 30 bukan 20.
Aku cuba tengok kalau nampak Dhirar or orang yang aku tahu yang boleh aku tanya.
Aku pergi dapur dan terus menyesal.
"Babe! Mal rindu gila! Kenapa tak cakap dah balik?" Akmal cakap dengan terujanya bila perasan aku ada kat situ.
Yang ada kat dapur hanya 5 orang.
Aku
Akmal
Adam
Ailin
Dan sorang lagi aku tak kenal.
Diorang just pandang aku tanpa cakap apa-apa. Well, this is akward.
"Hm.. saya cari Dhirar, dia ada tak?" Aku abaikan je Akmal dan pandang orang aku tak kenal tu bila tanya.
"Beb, pecah hati mal bila babe tak cari mal dulu." dia masih main-main dengan happy nya.
"Akmal. Awak tahu ke tak dia kat mana?" Aku masih tanya soalan yang tak dijawab tadi. Akmal hanya sengih dan jalan mendekati aku.
Dia berdiri betul-betul depan aku. Aku cuba ketepi tapi dia dah kepung aku dengan kedua-dua tangan dia kat dinding belakang aku.
"D tengah bz kat atas, so Hana teman saya je la kat bawah ni ok?"dia senyum jahat.
Hish! Aku dah gelisah. Dia ni bukan macam Dhirar yang aku tahu takkan sentuh aku atau kacau aku melebihi had.
Aku pandang Adam dan aku tahu dia nampak muka aku takut sebab dia senyum bersalah, sebelum keluar dari dapur ni. Aku harap dia panggilkan Dhirar.
"Akmal. Awak nak saya tumbuk awak lagi ke? Tak puas tahun lepas punya?" aku cuba buat suara kuat tapi aku tak rasa aku berjaya.
Aku memang lemah dengan jarak social. Aku jadi takut bila orang masuk ruang privasi aku.
"La.. kenapa?" Aku dengar suara cuba tahan gelak dia dan dia main hujung rambut aku.
"Akmal!" Dia buat tak kisah dengan suara aku yang mula bengang.
Dia dengan selamba letak tangan dia atas kepala aku macam tengah usap kepala kucing dan cubit pipi aku. Aku terdiam dan dia terus gelak.
Dia GELAK!!
Aku baru nak tampar dia bila.
"Pehal kau ada kat sini?" Semua kecuali aku pandang pintu masuk dapur. Akmal terus angkat tangan yang sentuh kepala dan pipi aku.
Dhirar.
"Akmal" Aku panggil Akmal yang masih kepung aku bila dia pandang Dhirar. Aku buat macam aku tak perasan pun Dhirar ada.
"Oh, ha.." Akmal sengih tapi nampak.. gelisah?
Dia takut apa?
Tapi apapun dia kebelakang dan bagi ruang yang cukup untuk aku kembali tenang.
"Aku tanya, kau nak apa? Asal masuk rumah aku bila tak dijemput?" Dhirar tanya lagi sekali sambil ganti Akmal diri depan aku tapi dia lagi dekat dari Akmal.
Haish! Tu la Hana, kau konon tak nak tengok dia. Ambik kau! Dia depan kau baru tahu nak cuak.
"Aku, em.. Aku, nak.. em. Nak cakap. Hm.." Hana! Nape kau gagap tetiba ni?! Aku dah tampar diri aku dalam otak.
"Korang blah. Dia ni tak cukup udara dalam otak kot." Dhirar cakap bila dia perasan aku tengok semua orang yang tengah tenung aku dan dia.
Diorang gelak tapi ikut cakap Dhirar. Lepas semua keluar dia kebelakang sikit. Aku lepas nafas lega untuk kali kedua.
Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa ok je kalau aku dengan dia.
Hish! Merepek!
"Dhirar, boleh tak awak perlahankan music? Dah pukul 2 da. Awak pun ada kelaskan esok?" Aku tanya perlahan.
"Tak nak" dia sandar pada Island sambil menghadap aku yang masih sandar kat dinding sebelah pintu dapur.
"Dhirar, jangan la budak-budak sangat. Saya bukan nak cari fasal, awak menganggu jiran." aku try lagi.
Dia pandang aku lama. Aku sampai fikir aku kena rangka pujukan baru.
"Aku suka benda bising," dia cakap lepas lepaskan hembusan nafas.
Aku nak cakap tapi dia angkat satu jari supaya aku dengar dulu.
"Bising ni dapat hilangkan stress aku. Dapat buat aku tak perlu fikir apa-apa. Lagilah sekarang bila aku nampak kau. Kalau ikut cakap kau dan tutup Music ni, apa kelebihannya untuk aku?" Dia buat muka bosan dan angkat satu kening. Dia tengah cabar aku macam dulu-dulu. Dapat tak aku yakinkan dia tentang benda merepek macam ni.
Degil! Tah hape-hape! mengada! Ingat dia sorang je malas menghadap orang macam dia ni? Tapi aku kutuk dalam hati je la. Kalau keluarkan lagi panjang karang isu ni.
"Awak dapat tenangkan hati jiran, dapat pastikan awak tak tertidur dalam kelas esok. Dan awak dapat bagi budak-budak ni balik awal supaya tak terlepas bangun esok!" Aku jawab soalan merepek dia dengan senyuman yakin.
Dia hanya pandang aku sebab aku tahu dia tak sangka aku layan soalan dia. Macam dulu. Waktu dia belum buli aku, waktu aku masih tak takut ngan dia.
"Saya tak suruh awak tutup cuma perlahankan, aw-" aku sambung bila dia punya muka dah tak bosan macam tadi tapi ada pulak makhluk yang menyampuk.
"Tak dengar ke dia cakap yang dia suka bising? Jadi apa gunanya kalau perlahankan? Sama macam tak buka je la nanti," sampuk perempuan yang aku tak pernah jumpa, siap pandang aku dengan sinis pulak tu
Dia peluk leher Dhirar yang tengah duduk dengan satu tangan.
PELUK!
Sepanjang aku kenal Dhirar, mana ada perempuan yang boleh pegang dia. Dia pengang ye, (setakat pengang tangan or usap rambut ke..jangan fikir lain pulak) tapi dia tak bagi perempuan, (awek sekalipun) sentuh dia, kecuali aku. Satu masa dulu.
"Dhirar, lama lagi ke nak halau minah ni?" perempuan tu tanya macam aku tak wujud je!
Dah la aku tahu dia bawah umur aku, 15?16?
"Kejap je, Maya pergi la depan dulu. Lepak dengan orang lain. You were only with me. Orang lain pun Maya kene layan jugak. They came for you, you know." Maya angguk dan pergi tapi sempat lagi jeling aku macam aku je penyebab dia kena layan orang! Tapi,
Aku sebenarnya tengah sentap.
Pandangan Dhirar,
Cara Dhirar cakap,
Tu pandangan dan cara
yang dia hanya bagi kat aku dulu. Dia tak pernah pandang orang lain macam tu.
Tu salah satu sebab aku masih berharap kat dia dulu dan mungkin masih sekarang.
Dia tak pernah layan orang lain macam dia layan aku. Ye, dia ada awek, bukan setakat satu. Time dia dah start 'buli' aku la. Tapi aku tahu, tak de yang dapat layanan macam dia layan aku. (walaupun time tu aku bukan awek dia pun)..sikit pun tak sama, tak setaraf dengan apa dia buat untuk aku.
Tapi ni,
Maya, dia pengganti aku ke?
Awek betul-betul dia? Jadi, betul cakap Atim yang Dhirar memang dah move on?
Kenapa aku tak rasa lega?
Bukan sepatutnya aku dah buat tarian kecil yang aku akan dapat kehidupan U yang tenang?
Kenapa aku rasa tak selesa gila sekarang?
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Pic Maya
Budak. Baru. Belajar.
Like
Vote
Comment
Lots❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top