⚫Bab 3⚫
(Edited)
1 1/2 tahun kemudian..
Hana p.o.v
"Hana!! Sini." Aku pusing dan nampak Atim tengah melambai-lambai sambil buat lompatan kanak-kanak riang.
Heyla.. Kawan sorang ni, masih tak membesar rupanya.
"Siapa budak ni, tak kenal," aku jalan pergi kat dia sambil buat muka pelik tahap 'orang ni sesat ke?'.
"Hish kau ni! Aku rindu kat kau, kau boleh pulak berlatih nak jadi pelakon." dia mencebik tapi cepat-cepat sengih bila aku dah berdiri depan dia betul-betul.
Kitorang peluk jap. Kejap la sangat! Nak dekat 3 minit jugak kitorang berpeluk sambil tergelak-gelak.
Rindu gila kat satu-satunya kawan aku ni.
"Dah la, mesti kau penat. Papa kau kat New York kan? So, kau nak balik rumah aku ke nak balik rumah kau?"
"Ha ah, dia cakap paling awal esok dia balik." Aku rasa papa mesti akan balik malam ni sebab dia tu mana percaya aku duduk sorang-sorang.
"Balik rumah la. Dah setahun aku tak nampak bayang rumah aku tu. Lagipun banyak barang ni," aku sambung.
Atim anguk sambil kami jalan beriringan ke kereta Atim.
Kitorang masukkan barang dalam kereta VW Polo orange dengan hitam dua stripe dia. Nasib baik kebanyakan barang aku papa dah bawa balik waktu dia last visit aku minggu lepas.
"Hana, kau nak singgah beli makanan tak? Ke kau nak masak?" Atim angkat-angkat kening bila dia sebut 'masak'. Nak perli la tu!
"Ala, em aku kan baru balik. Bukan tak nak masak. Cuma penat.." aku cuba cover benda yang jelasnya dia dah tahupun.
Aku pun memang buat muka orang merepek. Haha.
"Haha. Em, yela. Aku PERCAYA sangat." Dia angguk dengan semangatnya!
Nampak sangat merapu bila dia tekan secukup rasa perkataan percaya tadi.
"Mak ayah aku cakap dah lama tak jumpa kau, nak singgah makan sana jap?" Atim tanya walau dia dah memang memandu ke arah restoran mak ayah dia pun.
"Ok, akupun memang nak jumpa diorang. Uncle pun ada kat Malaysia?" Aku just senyum dan jawab walau aku tahu dia sebenarnya tak akan terima jawapan selain ya.
Atim angguk sambil tersenyum happy.
Atim memang rapat gila ngan family dia walau dia anak angkat diorang. Diorang ambil dia dari umur 10 tahun.
Parent sebenar dia meninggal sebab kemalangan. 1st aku jumpa Atim time kitorang form 4 tengah tahun. Aku keseorangan dalam melalui hari-hari kena buli sampailah..
Angel aku ni datang.
Atim matikan enjin bila sampai dekat restoran 'Black White Cafe' cawangan Bangi.
Cafe sebelah 7-Eleven ni merupakan cawangan ke-24 diorang sekitar Malaysia. So boleh dikira maju!
Style Cafe ni modern-rustic. Kebanyakan perabot dalam Cafe ni dari kayu yang berwarna seperti tema la kan, black dan white.
"Parent kau masih ada kat sini tak?" Aku tanya sebab mana tahu diorang dah balik rumah time ni.
Pukul 2030 dah sekarang.
"Adalah! Diorang sebenarnya nak pergi Singapura pagi tadi tapi aku cakap aku nak gi ambil budak kecik kat Airport petang ni. Terus diorang cakap
'Wajib! Atim kena bawa Hana makan sini!'
Dengan muka 'kalau tak, jangan balik rumah' kau tahu!. Aku sampai rasa yang kau ngan aku tukar parent" Atim dengan semangat sembang dan tergelak-gelak fasal parents dia.
"Haha, aku tahu aku muda dan disayangi ramai." aku berlagak sambil tumpang gelak sekali sebab akupun selalu rasa macam tu.
Aku keluarkan barang dari bonet. Cenderahati dari Amsterdam untuk Uncle Musa dan Aunty Ain.
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
22:10 malam.
"Aku dah agak kau lupa nak bawa baju," aku gelak bila Atim buat muka merajuk.
Dia lupa nak ambil baju yang dia minta aunty Ain bawakan dari rumah. Dia nak stay rumah aku, untuk catch up balik.
"La bukan salah aku je. Kau pun sibuk borak ngan aku, sampai ke kereta masih buat lawak. Kau takkan tak tau aku tak boleh multitasking." dia garu kepala lepas letak kotak barang aku atas meja.
"Takpe la. Kau boleh je guna baju aku." aku offer walau aku tahu dia akan tolak.
"Eleh.. Aku tahu kau nak perli aku, kan?" dia menuduh sambil tutup bonet kereta bila aku dah ambil bagasi, barang last sekali yang ada dalam tu.
"Kau nak cakap aku ni ketot dan kau ni tinggi lampai? Aku rendah dan kau tahap model?" Dia sambung dengan mulut yang makin muncung.
Aku gelak dan duduk atas kerusi dapur dengan secawan air. Bagasi tu aku biarkan je kat sebelah sebab misi untuk minum air ni lagi penting dari nak letak bagasi besar gedabak ni kat tingkat atas.
"Oi! Ok-ok. Tak Atim, kau la perempuan paling cute dan lansing aku pernah jumpa," aku puji dengan tak ikhlasnya bila air aku kena curi.
"Hm.. tahu pun!" Dengan senyuman bangganya dia minum jugak air aku.
"Atim!" Aku baru nak start perang dunia ketiga bila Atim buka peti ais dan isi balik cawan aku.
"Ngade! Baru aku sedar hubungan kita bukan apa-apa bila dibandingkan dengan air ni" dia sapu air mata yang tak wujud bila dia keluarkan ayat 'syahdu' ni.
Aku geleng je dan tenguk air. Aku senyum puas.
Bila aku angkat muka, aku terpandang luar tingkap yang menghadap tingkap dapur rumah sebelah. Dhirar ada ke?
"Kau fikir fasal D ke?" Atim halang pandangan aku pada rumah sebelah bila dia berdiri depan aku.
"Ha? Oh, hm.. Aku teringat aku akan masuk sama U dengan kau, tapi ada dia sekali." Aku jawab sambil jalankan jari telunjuk kanan sekitar permukaan cawan.
"Hm. Hana, kalau aku cakap kau jangan pikir lain pulak yeh?" dia tiba-tiba serius.
"Apa..?" Aku pandang dia. Dia dah jalan dan duduk tepi aku.
Kitorang sama-sama menghadap tingkap rumah Dhirar.
"Aku rasa, D.. dia, macam mana nak cakap ye. Dah lain? Emm, dia makin baik lepas kau pergi. Memang aku tak jumpa dia 3-5 bulan time tunggu nak U tapi, bila masuk U dan kalau jumpa kat mana-mana dia tegur je aku. Macam, macam kawan. Tapi takde la rapat, setakat anggukan atau 'hei' sekali dua."
Aku diam.
Dia dah lain?
"Ya? Tapi Atim, kalau kau fikir balik. Dia memang jahat kat aku sorang je. Dia mana pernah buli orang lain, selain dari orang yang sendiri cari fasal la. Dengan orang lain, dia tak jahat, just tak rapat dan tak friendly," aku akan mula sedih la ni bila isu Dhirar dibangkitkan sebab itu je emosi yang boleh aku rasa setiap kali fikirkan dia.
Hm, bagi aku masa tak sembuhkan apa-apa dia just ajar aku untuk hidup dengan kesakitan tu.
"Ok. Ya, tapi tu maksud aku bila aku cakap macam dia makin baik. Dhirar yang tak pernah sedar aku wujud, akan tegur aku sekali-sekala dah sekarang." Dia terangkan lagi.
"Kalau ya, aku boleh bersyukur je la kan? Tapi Atim, dengan dia berubah tu boleh ubah ke apa yang dia buat kat aku?"
Aku tahu aku nak dan harapkan yang aku dan Dhirar akan kembali seperti dulu tapi dalam masa yang sama aku tak nak kecewa dengan diri sendiri bila aku maafkan je Dhirar.
"Hana, kau tak rasa ke yang apa dia buat kat kau dulu sebab dia sebenarnya suka kat kau. Like dia buli kau untuk dapatkan perhatian kau?" Suara Atim yang serius lagi membuatkan aku rasa ayat dia ni lawak!
"Suka? Atim kau memang saje nak buat aku marah ke?
Ye! Dia suka gila kat aku time dia sebarkan gossip cakap aku ada penyakit Rhinitis (kira macam asyik berhingus) sampai sebulan jugakla aku punya meja penuh tisu.
Ooh! Tak lupa betapa dia sayang kat aku bila dia cakap kat semua orang yang aku hilang dara sebab jatuh tangga dan semua orang start buat belon yang isi sirap dan pecahkan kat mana-mana je aku jalan.
Hm, apa lagi? Ha!" Aku tepuk meja sebab geram sangat kena ingat semua benda ni.
Tengok, kan tangan aku dah dikorbankan untuk dia!
"Confirm dia rasa akulah paling precious bila ada gossip cakap time darjah 6 sampai form 1 aku dah kapel ngan 11 orang yang semuanya hisap dadah atau merokok tapi aku on sebab diorang semua kaya? Itupun mestilah sebab dia nak bagi aku sihat dengan exercise kan? sebab setiap pagi aku kena padam papan putih yang penuh ngan makian dekat 3-3 kelas tahun aku." aku sambung dengan sarkastiknya.
Aku tarik nafas cuba tenangkan diri dan si minah sebelah aku tak berhenti lagi percubaan tahan gelak dia.
"Tu tak termasuk lagi semua prank yang dia buat kat semua party aku pernah TRY nak join!" aku hentak meja sekali lagi sebab masih tak puas dera tangan aku.
"Haha!" Dia tergelak jugak akhirnya.
Lepas 30 saat baru dia boleh berhenti.
"Em, sorry. Entah la, kau memang tak rasa dia buat benda yang dia buat kat kau sorang. Sebab ada sebab? Kau kan cakap yang korang rapat gila. Dan maybe still betul yang dia buat semua tu untuk tarik perhatian kau." Atim sambung lagi usaha dia walau aku tak tahu apa dia nak dari berdebat dengan aku fasal Dhirar.
"Sebab kitorang rapat la aku rasa lagi tak logik. Kalau dia nak kapel ngan aku pun time tu dia sendiri tahu aku akan terima. Kitorang memang rapat sangat-sangat! Mungkinlah sebenarnya semua ni salah aku tapi kan aku pernah cakap, aku tak tahu! Aku dah puas gali otak aku atas-bawah, kanan-kiri, untuk tahu apa alasan dia untuk buat macam tu tapi aku tak nampak apa salah yang aku.
Dia pergi balik cuti PT3 aku kat kampung. Jumpa ayah kandung dia yang dia tak pernah jumpa. Bila dia balik seminggu sebelum sekolah dia tak cakap dengan aku dah. Mak dia pun tanya aku, aku dengan Dhirar ok ke tak. Time tu pun aku dah fikir mungkin aku ada buat salah. Tapi tak de! Aku tak tahu kenape dia bukan setakat berhenti jadi pelindung aku, dia berubah jadi demon terus!" suara aku dah sedih gila bila terangkan semua ni.
Macam aku cakap, apa-apa fasal Dhirar akan sentiasa menyedihkan.
"Ok, ok. Sorry aku cakap benda ni. Tapikan, semua benda kau cakap yang dia buat, aku rasa banyaknya orang lain yang ambil tindakan nak prank kau lepas apa dia cakap. Secara logiknya bukan Dhirar yang buli kau. So, kalau betul dia dah berubah dan tak mustahil dia minta maaf, kau tak nak maafkan ke?." Atim gosok belakang aku perlahan bila muka aku macam orang baru mati anak.
"Aku harap kau betul. Aku lebih sedih sebab dia biarkan semua tu berlaku kat kawan baik dia dari umur 9 tahun. Lagipun kalau dia tak buli aku direct pun aku tak rasa bukan dia yang rancang prank-prank tu semua. Apa-apapun aku nak dia just lupakan aku sebab aku dah tak larat dengan semua emosi ni. Aku harap dia takkan tegur aku. Kalau betul dia dah move on dan tak kisah fasal aku, itu lagi bagus. Aku tak perlukan dia dan jelas sekali dia tak pernah perlukan aku. Conclusinya, benda ni yang terbaik untuk kitorang, bagi lah kehidupan U aku berlalu dengan tenang dan happy!" Aku cakap dengan suara yang kononnya penuh keyakinan.
Dan dari gaya Atim angguk dan senyum, aku yakin dia percaya 'keyakinan' aku.
"Ok, hm.. Tapikan, kau balik ni nampak lain la Hana. Makin, makin cantik." dia ubah topik yang aku pasti dia kesiankan aku.
Balik-balik buat sesi mencurahkan perasaan.
"Haha. Baik mengaku, kau nak apa? Pandai nak membodek ni!" aku semestinya akan ikut je perubahan mood ni.
"Tak la! Aku serius! Tadi aku tak tengok betul-betul. Sekarang baru perasan kau makin hot" dia cakap konon serius sambil pandang aku atas bawah.
"Haha. Yela, bak sini cawan nak basuh." aku ambil cawan yang dia baru guna sekali dengan cawan sendiri dan pergi singki tapi aku perasan macam ada orang luar tingkap. Aku tengok balik. Tapi takde pape pun, perasaan je kot.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Like
Vote
Comment
Lots❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top