⚫Bab 15⚫

Aku tengok Alex di sebelah. Dia tengah khusyuk wal tawadhu tengok movie Avanger:Infiniti Wars. Disebabkan dia tahu aku suka action, jadi dia pilih yang ni.

Cerita ok je setakat ini, tapi aku punya otak susah nak proses benda lain sebab hanya dipenuhi dengan 'Atim ok ke tak sekarang?'

Baru setengah jam Atim mesej cakap dia sudah bertolak.

Walau aku yakin Dhirar takkan buat apa-apa secara fizikal, aku tak berapa yakin dengan mental, aku masih ragu-ragu dengan alasan dia nak bawak Atim hanya semata-mata untuk pergi jumpa Luke. Tapi maybe aku just paranoid sebab dia kan jahat kat aku.

"Hana ok tak?" suara Alex buat aku terkejut sikit.

"Ha? Ok je, kenapa?" aku balas bisik, nanti tak fasal-fasal kene maki dengan orang yang dalam panggung ni. Cerita ni kan memang popular.

"Tak, awak macam zone out tadi," dia senyum.

Aku just senyum balik. Setakat aku keluar dengan dia ni, ok je, cuma aku masih tak nampak progress apa-apa untuk naikkan level hubungan?

Tapi apa-apapun conclusi Setakat ini, Alex memang best kalau aku tengah cari kawan.

Dia sporting, cool, sweet. Bagi aku dia jenis lelaki selamat? Perempuan tak akan rasa ragu-ragu untuk ada hubungan serius dengan dia.

Dia jujur dan tak sembunyikan perasaan.

Keluar rumah tadi dia siap bagi bunga yang ada kad serdahana besar yang tertulis 'hati ni asyik nak keluar bila tengok awak' ok!

Memang cheesy but sweet!

Selepas movie selesai, kami jumpa Hethni, Adam dan Mika di Kenny Rodgers. Acctually kitorang memang pergi sekali sebab aku tak nak berdua sahaja, cuma hanya aku dan Alex yang memilih movie yang tadi.

Dan ini jugalah sebab aku cakap Alex sporting, bila tahu aku tak nak berdua je, dia terus ajak geng dia ni sekali.

Diorang tengok cerita lain, rasanya movie 'deadpool 2'.

Bila masuk-masuk sahaja, aku nampak Mika angkat tangan. Isyarat yang diorang ada kat situ.

Time makan, kami sembang-sembang  kosong dan ada la aku balas 2/3 mesej Atim.

Mereka ajak pergi arcade sekejap. Heyla, masih tak membesar lagi kawan-kawan aku ni, tapi aku yang memang sedia ada kanak-kanak tak akan membesar ni, apa lagi? Mesti la tak ketinggalan!

Si Alex yang sedang berusaha jadi extra sweet ni pun tengah cuba sedaya upaya untuk dapatkan teddy bear kat mesin.

Yang lain bantai gelak la. Teddy bear dalam tu semuanya sama ada warna putih or pink so nampak sangat la niat Alex kat situ.

Walaupun aku tak minat warna girly girl macam tu still aku tak nafikan kecomelan diorang so, akupun sibuk,

"Alex, sikit lagi, aw.."

"Ha! ha! Dah dap- hm.."

"Ok, ok, steady, bo- Alex!!"

Si mamat yang lain apa lagi, lagi terguling la dengan aksi terlebih teruja aku tu.

Last, last, Adam yang dapatkan untuk aku dari mesin sebelah. Alex tak habis-habis jeling Adam sebab 'kalahkan' dia.

Alex, Alex, kawan u tu nak selamatkan duit-duit u yang u nak bawa terbang. Haha.

Aku tengok jam, mak aiih!! Dah jam 6! Aku cakap pada mereka aku nak solat dulu. Mika pun cepat-cepat tepuk dahi sebab semua asyik sangat dalam 'perlumbaan' teddybear tadi sampai tak perasan.

Aku keluar surau terus nampak Hethni sedang duduk atas bangku yang ada sambil tengok telefon. Aku duduk tepi dia.

Dia angkat muka nak tengok siapa kot dan bila nampak aku, dia senyum dan ajak aku selfie bagai. Dia memang extra friendly dengan aku dari yamg lain. Itupun aku rasa sebab kami anggap satu sama lain macam keluarga.

Kami tunggu lagi 5 minit baru semua ada. Mereka cakap banyak sangat orang kat dalam tadi.

Aku beralhamdullilah je la, paling kurang, lewat-lewat pun, masih banyak orang tak tinggal solat.

Lepas pusing mall lagi sekali sebab Alex nak cari benda, kami pun balik. Alex hantar aku dan cakap dia harap dapat keluar dengan aku lagi.

"Awak, em, awak nak keluar dengan saya tak?" Dia tanya dengan suara macam malu-malu

"Mestila, hari ni pun fun, korang memang jenis best-best, haha," aku cakap , walaupun aku sebenarnya bukan layak sangat nak bandingkan best ke tak diorang ni memandangkan aku ada satu je kawan, a.k.a Atim, tapi aku rasa memang best la! Haha.

"Eh, tak, maksud saya,, em,, keluar,, em, kapel ngan saya?" dia cakap tapi lebih kepada soalan.

Aku diam dan enyuman aku tukar jadi akward. Aku tahu dia memang fikirkan benda ni dan lambat lanun dia akan tanya tapi aku memang masih tak tahu lagi, sebab lagi lama ngan dia lagi aku rasa dia sesuai jadi kawan je, aku tak rasa aku tertarik pada dia dengan cara tu.

"Saya bukan tak suka, tapi, em, saya fikir dulu boleh? awak ok, just saya tak tahu saya nak ke tak hubungan macam tu sekarang ni, dan lebih-lebih lagi saya nak ke tak hubungan macam ni dengan awak?" Aku rasa tak adil kalau aku belum kenal dia betul-betul tapi aku reject terus.

"Saya minta maaf kalau macam bagi Fake hope tapi ni lebih kepada kalau awak nak tunggu jawapan saya, sebab macam saya cakap, saya sendiri tak ada jawapan lagi untuk awak dan ada je kemungkinan jawapan saya memang 'no'"

Aku pandang Alex dan dia senyum je, dan bagi aku, senyum dia ni ikhlas.

"Its okay, saya tak nak rushing apa-apa, kita kenal-kenal dan kalau awak ada attraction macam saya rasa kat awak, itu paling happy la, tapi kalau tak, jangan risau, it was my choice."

Dia sengih lagi dan dia bagi salam sebab dia balik. Aku angguk dan tengok dia masuk kereta dan pergi. Aku tengok rumah sebelah dan masamkan muka.

Aku teringat balik keadaan sama macam ni time aku masih baik dengan Dhirar,

5 tahun sebelum

Aniq baru lepas hantarkan aku balik, Aniq dan aku ada diberi kerja dari cikgu sampai kami terpaksa stayback. Dia tumpangkan aku balik, actually bapak dia la kan.

Aku masih lambai tangan pada kerata Aniq yang baru saja hilang dari pandangan aku.

Aku senyum, tadi Aniq ajak aku keluar dengan dia, hehe, dia ketua kelas dan aku penolong jadi kitorang rapat walau tapi tak serapat mana, ini memandangkan semua lelaki macam takut nak kawan dengan aku dan kalau perempuan pula banyak tak suka aku.

"Dah kenapa Mira dok sengih sorang-sorang ni?" Suara Dhirar buat aku lagi tersenyum. Kawan terbaik aku!

"Dhirar!" Aku jerit sambil tarik tangan dia supaya dia yang masih luar pagar dapat masuk dalam. Dia ikut aku yang mengheret dia sampai ruang tamu rumah. Teruja aku nak cerita.

"Nape?"dia tanya bila dah duduk kat kerusi. Aku yang teruja ni masih berdiri. First time orang selain Dhirar nak keluar dengan aku walau aku sebenarnya takdela sehappy mana dengan orangnya lebih kepada teruja nak cakap dengan Dhirar 'pengalaman' baru ni. Aku pandang Dhirar, dia tengah senyum tunggu aku cakap kenapa aku happy sangat.

"Cepat teka!" Aku arah dan dia gelak tengok aku yang macam serius main- main ni.

"Mira..mira happy sebab dah lepas pt3?" Dhirar teka, aku memang happy dah habis pt3 tapi tu minggu lepas!

"Hish! Tu dah lama!" aku cakap dan duduk depan dia.

"Ok, em, sebab lagi seminggu nak cuti?" Dia teka lagi lepas habis gelak sebab tengok muka aku tak puas hati tadi.

"Tak.."aku jawab.

"Ha! Sebab boleh lepak dengan Dhirar?" dia cakap sambil angkat-angkat kening.

Aku diam jap.

"Hm, tu mestila ye, tapi bukan sebab tu!" makin lebar senyum berlagak dia bila aku cakap macam tu, tapi takpe, aku suka tengok dia happy sebab bila dekat sekolah dia tak pernah tunjuk muka macam ni, kira macam rahsia kitorang.(ok, dari gaya aku time ni, aku conclusikan Dhirar memang samaada tak suka (cinta) aku atau dia memang buta sebab tak sedar yang aku bapakla minat kat dia, siap bagi semua perhatian aku kat dia dalam setiap keadaan)

"Oklah, memandangkan Dhirar ni takkan dapat punya. Tadi Aniq ajak Mira keluar dengan dia."

Aku tengok muka Dhirar, dia macam terkedu?

"Mira tak rasa ke dia suka mira?"dia tanya tetiba, muka dia bengang pun ada, dia cemburu ke? Tapi kalau ya pun memang Dhirar anggap aku adik dan kawan istimewa, so tak la terkejut pun kan kalau dia jeles.

"Em, tak tahu la."

Aku tahu aku lagi terima takde lelaki yang akan suka aku dari Dhirar marah atau cemburu macam sekarang.

Aku suka dia  tapi aku takut kalau dia just anggap aku adik. Jadi aku tak nak confess, nanti dia fikir aku gedik, dia fikir aku sama dengan perempuan kat sekolah yang asyik nak perhatian dia.

"O, oklah. Mira pergilah, bolelah dia temankan Mira. Dhirar nak balik kampung," dia cakap muka dah biasa balik. Tapi sebabkan aku dah lama dengan dia aku tahu dia masih tak puas hati.

"La, bukan haritu Dhirar cakap nak stay dengan Mira ke? Dhirar tak nak Mirakeluar ngan aniq ke? Kalaupun dia mungkin kawan laki first Mira lepas Dhirar, kalau Dhirar tak nak, Mira tak keluar ok?" Hari tu dia ada cakap ayah kandung dia ajak balik rumah ayah dia tu, 2 minggu, dia cakap dia taknak sebab nanti aku sorang-sorang.

Tapi waktu tu aku tahu, dia nak mengelak dari jumpa ayah dia tu sebab Dhirar masih marah sebab ayah dia tinggalkan dia.

"Bukan, Mira jangan fikir pelik-pelik dan  keluar je. Fasal balik kampung ayah Dhirar tu, Dhirar saje je nak ikut. Macam Mira tahu, Dhirar kan dah lama tak jumpa dan mana tahu, kampung tu best? Tapi Mira, Mira tak perlu pun ada kawan lain selain Dhirar kan?" dia cakap tapi aku tak dengar ayat last dia sebab dia cakap ketap gigi. Dia terus jalan masuk dapur tanpa tunggu aku balas.

Aku dengar bunyi macam dia tengah ambil pinggan, lupa pulak! Dia mesti tak makan lagi sebab tunggu aku balik.

Aku diam je kat situ sambil fikir, hm, ye lah. Takkan aku nak halang dia jumpa ayah kandung dia yang dari lahir tak pernah jumpa walaupun  aku tak nak.

Akupun bangun dan pergi dapur untuk makan tengahh hari dengan dia.

Dan itulah last time aku makan dengan keadaan dia masih Dhirar aku.

Aku geleng-geleng kepala dengan memori yang tiba-tibe menyinggah.

Sebab Aniq ke semua yang berlaku tu?

Ke ada apa2 jadi time dia balik rumah ayah kanding dia?
➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Budak. Baru. Belajar
Like
Vote
Comment
Lots of❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top