⚫Bab 14⚫


Kami duduk di meja selepas sudah membeli makanan masing-masing. Mika sahaja yang tak makan sekali sebab dia masih ada kerja.

Kami besembang-sembang kosong dan adalah juga informasi yang aku dapat.

Alex, dia punya dad cina masuk islam tetapi parent dia bagi nama ni sebab dad dia cakap 'asalkan maksud nama tu baik so why not? Bukan keislaman itu tertakluk pada nama dari bahasa apa, kan?'.Dia kenal Hethni dari sekolah menengah lagi. Dia dan Mika sepupu.

Adam pula kawan dengan Mika sebab itulah boleh kenal yang lain. Dia ada adik  perempuan yang satu sekolah bersama Maya. Dia ada cakap juga yang si Alex ni banyak peminat sebab dia (kata Adam) boleh masuk kategori 'hot stuff'. Tapi part ni dia bisik je pada aku sebab dia cakap Alex tu kepala sudah cukup besar. Nanti, tak fasal-fasal kepala lagi besar dari badan pula.

Aku gelak je la bila dia cakap macam tu.

Aku tanya hethni tentang Maya dan Dhirar, mereka datang ke tak dan dia jawab datang. Mereka semua memang selalu makan sama-sama, just lambat sikit hari ini.

Mungkin aku je yang perasan tapi Alex dari tadi pandang aku lain macam.

Dia dari tadi asyik ajak aku dating. Aku sampai confuse sama ada dia serius atau main-main je. Tapi dari gaya si Hethni pandang dia lain macam dan Adam sengih-sengih kerang busuk, aku dapat rasakan sangkaan mana satu lagi logic.

"Awak time high-school minat math ke science?" aku tanya bila aku rasa memang dia nak kenal-kenal dengan aku. Mana tahu dia dan aku ada persamaan.

"Hm. Saya tak suka math so, dengan defaultnya, sains la" dia jawab sambil usap-usap dagu sambil buat muka tengah fikir but versi main-main.

Well, tak boleh bonding tentang betapa sukanya aku dengan math la ni. Dan berapa aku tak fahamnya sains!

"Awak kalau kena pilih perlu tinggal di satu tempat sepanjang hidup awak, awak lebih suka kampung or bandar?" aku tanya lagi sambil sedut air aku yang masih penuh.

"Mestila kampung, dari segi long term, di kampung banyak benefit, kampung nyaman lagi dari bandar yang sesak. Lagipun pollution level memang lagi high dalam bandarkan? Tambah lagi, susah nak dapat pemandangan indah-indah outside dari kampung or sekitar tempat yang lebih 'hijau'." dia jawab dengan senyuman. Dan aku nampak dia ada satu lesung pipit. Hm, Dhirar ada dua dan lesung pipit dia selalu..

Jap! Macam mana boleh masuk nama dia ni?

Jawapan Alex memang logic dan for long term memang plan yang lagi bagus, tapi, aku memang kalau boleh tak akan pilih duduk di kampung selagi tidak terdesak. Ibu, Ibu aku meninggal waktu kami tinggal di kampung. Aku tak rasa aku boleh hilangkan rasa sesak nafas dan terkurung bila balik sana walau dalam 10 tahun lagi. Walaupun hakikatnya,  kampunglah paling nyaman sebenarnya.

"Hana, awak suka tengok movie jenis apa? Ada satu cerita baru keluar, lupa tajuk tapi dia genre comedy la. Nak join tak?" Alex tanya lepas aku diam fikirkan kisah silam.

"Saya suka cerita yang banyak action, tak berapa minat comedy sebenarnya. Tapi kalau nak ajak tengok boleh je." aku jawab jujur.

Tanpa dia sedar lagi satu persilihan minat yang timbul antara kita berdua.
Tapi persamaan boleh sahaja cari dalam masa mengenali, aku je bagi alasan aku rasa.

"Oo, saya tak berapa suka tengok action bab diorang macam over kadang-kadang sebab tu lagi minat comedy" Alex cakap.

"Alex, kalau kau nak try action, aku baru tengok cerita action Matt Damon hari tu." suara Dhirar buat aku tengok tepi. Dan elok je dia duduk situ sambil sedut air.

Dah berapa lama dia kat situ?
Haish! Macam mana aku boleh tak perasan ni?!

Dia dengar ke dari tadi aku cakap dengan Alex? Aku yakin dia dengar sebab buat apa dia tunjuk kat aku yang dia masih ingat lagi pelakon kesukaan aku? Dan dari senyum senget dia aku tahu dia dapat agak aku nak cari persamaan dengan Alex tapi gagal dengan jayanya setakat ini.

Sibuk betul la dia ni. Aku ni dah la sebenarnya tengah cuba sedaya upaya untuk buktikan kat cik hati yang ada je orang lain yang boleh 'klik' dengan aku, macam dia klik dengan aku.

Tapi dengan jelasnya cik hati tak dapat diyakinkan.

Aku faham yang setakat persamaan tentang movie, subject dan tempat yang kami lebih suka ni nampak remeh, tapi bagi aku soalan-soalan ini antara benda yang penting untuk aku tahu sama ada orang ini sama atau lain pemikiranya dari aku.

Aku pandang Alex. Dia nampak terkejut bila ada orang tetiba cakap dengan dia. Tapi dia senyum bila sedar suara Dhirar.

"Oo. Tengokla. Dhirar pun minat cerita action macam Hana ke? Ke minat Matt Damon tu je" Alex tanya dengan muka akward sebab aku rasa dia tak faham kenapa si Dhirar ni nak shorkan cerita kat dia.

"Minat, dan boleh la jugak. Tapi Will Smith pun ok," dia jawab  sambil pandang sekilas ke arah aku. Lagi satu pelakon favorite aku.

Aku tengok Maya yang ada tepi Dhirar dan dia hanya salute aku dengan dua jari tanda sapaan lepastu teruskan activiti memakan dia.

Kadang-kadang perangai dia buat aku rasa macam dia dengan aku boleh ada hubungan kakak-adik gitu. (hubungan love-hate)

Tapi bila Dhirar tolong selitkan rambut Maya kebelakang terus fikiran aku yang tu hilang.

"Em. Bila awak nak pergi? Kalau saya free time tu, kita keluar la." aku cakap bila aku pandang Alex balik.

"Esok? Sabtu selalunya orang free, awak free tak?" Alex tanya balik. Mata dia nampak teruja.

Dari tepi mata aku aku nampak Dhirar pandang aku. Kenapa? Dia macam marah pun ada. Dia tak nak aku rapat dengan orang ke? Lebih tepat dia tak nak aku ada kawan macan dulu?

Sorry to say la brother, awak lambat nak halang kali ni.
Aku bebel dalam hati sebab jelas sekali aku takkan cakap pada dia, haha.

"Oh, boleh-boleh. Kan saya cakap, nak keluar memang ok je. Lagipun kawan saya yang selalu keluar bersama memang keluar bandar minggu ni." aku cakap bila ingat Atim akan pergi kuantan ikut mamat meja sebelah ni.

"Hana dah dapat kawan ke sayang?" aku dengar suara Akmal sebelum pandang ke arah dia yang duduk di kerusi depan Maya.

"Sayang?"Alex tanya dengan sengihan nak tak nak.

Aku baru nak betulkan salah faham sebab muka Alex macam terkejut sangat,

"Dia main je la. Dia memang kurang kasih sayang sikit jadi dia nak bagi orang lain  banyak-banyak." Hethni terang sambil perli dulu.

"Haha, asal? Kau syok kat Hana ke?" Akmal tanya tapi aku sempat tangkap dia jeling tengok Dhirar sekejap.

Heyla Akmal ni, memang suka tanya soalan minta kaki!

Semua terus terdiam sebab sama ada gaya macam nak tahu sangat atau just plain terkejut.

"Em, kalau ye awak kisah ke?" Aku terus tersembur air yang aku minum bila Alex cakap macam tu sambil pandang semua tempat kecuali aku.

Aku minum air untuk hilangkan ke-akward-an yang datang lepas soalan Akmal, mamat ni pulak, dengan selamba meroketkan balik perasan aku.

Semua pandang aku. Hethni bagi tisu dan aku lap mulut, nasib baik aku tak sembur pada siapa-siapa.

Kenapa la dia campak soalan macam ni dekat tengah- tengah alam?Akmal dan Dhirar macam tengah borak-borak fasal cupcakes (muka innocent). Kawan baru aku dua orang senyum kerang extra-extra busuk pulak! Maya hanya teruskan makan tanpa hiraukan kita orang tapi mungkin aku yang salah tapi aku nampak mulut dia tengah senyum senget.

"Em, tak? Em, suka hati awak la."  aku jawab gelabah bila sedar memang tak ada sesiapa yang akan tolong aku.

Yang akwardnya sekarang ni adalah sebab  aku baru sahaja lepas buat konklusi yang mungkin aku dan dia tak berapa sesuai tapi memandangkan aku baru kenal dia sehari,

takkan aku nak cakap 'your not my type' atau 'saya tak akan suka awak'. Dia mungkin lama-lama boleh jadi 'my type'.

Alex senyum lega, dan yang lain terus sambung makan bila semua diam.

Aku sambung habiskan air dan pandang sebelah bila rasa macam ada orang pandang.

Keputusan yang salah!

Dhirar yang pandang. Dan dia dengan selamba dan relaxnya teruskan merenung aku. Aku yang takkan nak buat takut ni pun tenung dia balik.

"Saja nak tarik perhatian lagi e? Suka kena gossip? Perlu sampai ada 'article' lain keluar?" Dia tiba-tiba cakap dengan senyum sinis. Dia cakap perlahan je. Jadi aku seorang sahaja yang dengar tapi diorang yang lain pandang sekali. Mereka tahu yang Dhirar cakap dengan aku just tak dengar apa.

Aku bulat mata.
Tapi dia punya senyum sikit pun tak terkesan.

"Ye la saya kena la bagi awak kerja lain. Setakat dua article tak cukupkan?"aku cakap sinis. Dia yang biarkan article tu naik, lepas tu nak buat baik pulak dengan warning awal-awal yang dia nak letak lagi satu?

"Jangan rasa kau tahu semuanya. Hm, tapi kau memang bukan seorang yang akan ambik tahu hal sebenar tentang orang lain selain kalau ada kena mengena dengan diri kau sendiri," dia cakap dan terus bangun.

"Apa maks-"

"Maya jom, Mal, kau nak ikut ke nak stay?" Dhirar potong pertanyaan aku dan aku nampak Maya jeling aku dan bangun.

Seriusly minah ni memang bipolar ke apa?

Akmal bangun jugak.

"Hm, aku ikut la. Takkan aku nak tinggal sini. Mestila aku nak ikut Maya" dia cakap main-main sambil gelak dalam usaha untuk tenangkan atmosfera sekililing kitorang yang macan tegang nak mampus.

"Bye Hana. Hethni dan yang lain, jumpa, em, jumpa la bila kita jumpa," Akmal angkat tangan tanda 'bye'.

Budak tiga orang tepi aku angguk dan senyum tak selesa. Semua tengah tak faham kenapa suasana tegang semacam.

Aku pandang Dhirar yang tolong pegangkan beg Maya. Maya dah jalan dulu dan dia pusing ke arah aku dan bagi pandangan yang macam melekat kat muka dia setiap kali nak pergi dari aku..

Hish hati,
Jangan la nak rasa sedih pulak!

Aku masih pandang mereka bertiga bila Adam berdehem. Diorang buat muka pelik sebab aku masih pandang pintu walaupun dah beberapa minit mereka dah tak ada.

Aku senyum kekok.
Berengan pulak aku.

"Aku dah siap,korang?" tanya Hethni.

Kitorang angguk dan keluar kedai, aku masuk kereta dan telefon bunyi menandakan ada mesej masuk.

Aku tengok dan tekan untuk balas mesej dari Alex.

Hana esok saya ambil ye. Hethni cakap rumah awak tepi rumah abang dia..

Em, ha ah, ok.. pukul 2?

Set! 😉

Aku senyum dan pandu balik rumah, sepanjang tu macam biasa la otak aku ni.

Tolongla, sesiapa boleh bagi aku ubat untuk otak aku yang macam akan automatic di penuhi oleh dhirar ni, tak ingat dah fasal dia?

Mungkin keluar dengan Alex inilah yang bagus untuk aku sekarang.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Ok..korang rasa apa?

Apa maksud dhirar?

Ok tak Alex ngan Hana?

Budak. Baru. Belajar
Like
Vote
Comment
Lots of ❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top