⚫Bab 13⚫
Aku jalan ke kelas lepas parkkan kereta. Aku dapat kereta semalam. Papa ambil dari bengkel. Aku tak pasti macam mana boleh sampai disana, info yang diberikan papa hanya 'papa minta maaf Hana, haritu papa ada kemalangan sikit. Tapi papa dah hantar kat workshop so dalam 2 hari lepas Hana balik baru dapat.'
Sebab tu jugalah aku terpaksa tumpang Dhirar kelmarin.
Dan seperti biasa. Walaupun baru 3 hari aku dekat sini, aku dengar macam-macam gosip fasal aku.
Lupa pula, waktu aku buat 'drama' dengan Akmal dan Dhirar, dua article 'hangat' dapat dihasilkan. Ia sekarang dengan segala hormatnya terpampang di page facebook Uni.
Tak faham betul dengan orang yang kurang kerja ni. Tapi ikut logiknya, manusia mana pernah berhenti bercakapkan, kalau tak ada sebab pun orang boleh bercerita macam-macam, apatah lagi bila dah terang lagi bersuluh ada sesuatu hendak dipercakapkan.
Mereka buat artikel memang tidak guna nama sebenarnya guna initial, but bila dah cerita tentang orang popular, cepat sahaja ditangkap.
Tidak perlu tanya la ya, sememangnya banyak sungguh comment 'memberangsangkan' otak.
Ni girl baru akmal ke?
Wei2 aku ada kat situ..nampak macam D n akmal syok kat budak tu
Aku kelas ngan budak tu..dia baru transfer..bolelah..
Nampak macam kaki kikis..tengok la time dia buang bg lv dalam longkang!
Kesian D..aku dengar cerita yang tu sebenarnye ex dia tapi main kayu tiga ngan akmal..
Perempuan murahan gila dia ni..D tukan ngan fasha, nak jugak..
Hot kut dia tu..ada sape2 ada no contact dia?
Haritu aku ada nampak abg Dhirar datang ngan dia..diorang memang ada pape kut..aku tak pernh tgk abg Dhirar bawak org lain selain si fasha.
Mengamuk la si fasha..haha
Budak kelas aku ada yang sekolah ngan minah ni..dia ckp memang dari dulu pompuan tu asyik kejar Dhirar..kalau kejar je takpe tapi gaye macam obses je aku dengar..
Pompuan tu memang lawak la..aku nampak dia pijak kaki akmal..memang kalau aku jumpa aku bagi high five la..
(1) Reply
Eleh..kau berani cakap bende ni kat sini je..dah la guna nama fb rambang..
Korang ni kang betul2 dia pompuan D or akmal..mati korang bab kutuk dia.
Pointnya ialah, semua akan mula masukkkan isi untuk sedapkan cerita andaian masing-masing.
Tapi kalau kat alam siber sahaja, tak la kisah mana, tapi bila di alam realiti ni, sakit juga telinga dengar. Nasib baiklah aku dah immune, bertahun-tahun aku latih telinga ni. Haha.
Aku masuk kelas dan lepaskan nafas lega bila kesuciaan telinga aku kembali terpelihara. Aku nampak Hethni, dia tengah bercakap dengan kawan dia. Aku selalu nampak dia dengan tiga orang tu.
Bila nampak aku duduk dia terus datang duduk tepi aku. Kawan-kawan dia tak fasal-fasal fikir aku dengan dia karang. Nampak aku, terus tinggalkan buddies dia.
Klik!
Aku dengar bunyi camera dan pandang arah tu, diorang cepat-cepat cover walau jelasnya aku dah nampak.
Kan? Tambahlah satu lagi gossip ni.
"Morning,"dia cakap sambil letak beg atas meja tepi aku. Dia macam tak terkesan walau aku tahu dia dengar juga.
"Morning. Awak nak ajak makan e?" aku senyum. Dia dari hari 1st gigih ajak aku makan. Aku pula bukan tak mahu, tapi papa sibuk, jadi memandangkan aku penumpang sahaja, nanti takut papa terkejar-kejar.
"Ha! Pandaipun. Hari ni boleh ke?"dia pandang aku dan sengih.
"Saya drive sendiri hari ni. So, boleh-boleh. Keluar dengan Maya sekali ke?"
Walaupun aku yang tanya, tapi cik hati masih tak selesa untuk mendengar nama Maya yang akan disambung dengan Dhirar dalam satu ayat tu.
Hm, mungkin aku kene terima hakikat yang hati aku akan jugak rasa semua ni bila ada kaitan dengan dia.
"Ha ah. Tapi Dhirar ambil Maya, so kita berdua boleh lepak berdua je dulu," dia cakap sambil angkat-angkat kening.
Dia main-main mengatal dengan aku. Dia aku lebih anggap macam adik bila tahu dia anak angkat uncle and mama, lagipun aku tahu dia pun anggap aku macam ni.
Jadi bila dia buat perkara-perkara 'jiwang' aku hanya boleh geleng-geleng dengan muka 'awak tak betul e?'
Hethni gelak.
Dia pandang kawan dia bila diorang panggil. Ada kawan dia tanya something dan dia jawab tapi time tu aku dah zone out dah walaupun suara diorang kuat kemain! Diorang bukan cakap dengan aku jadi tak perlu la aku khusyuk dalam perbualan diorang kan?
"Hana"
Hethni panggil sambil lambai-lambai tangan depan muka aku untuk zone inkan aku balik.
"Hehe. Em. Ye?" aku tanya dengan akward bila sedar ada 3 lelaki tengah tenung aku.
"Tak. Diorang ni gedik sangat nak kenal awak" Hethni cakap sambil gelak dan tunjuk ke arah tiga mamat yang sudah selamat duduk barisan depan aku dan Hethni.
"Kitorang nak mengeratkan silatulrahim, okay? Kau ni, tau la nak simpan awek sorang-sorang, ke-de-kut!" salah seorang dari diorang cakap.
Kan? Aku dah agak, diorang mesti akan fikir macam ni.
"Ooo. Em. Saya Hana, korang lama dah kenal dia?" aku tanya bila diorang bertiga sibuk mengadakan sesi juling- menjuling. Hethni pun sorang, senyum kerang buruk macam ada benda je yang nak dirahsiakan.
Boys will be boys.
"Malangnya, ya. Tapi bukan atas pilihan kitorang, kalau bukan sebab kitorang, memang confirm, ada yang dapat berita orang masuk counseling sebab depression," yang lagi seorang jawab.
Dia pakai baju merah dan seluar jeans. Nampak dia samaada kacukan atau memang Chinese tulin.
Diorang bantai gelak, tak, kitorang bantai gelak lepas tengok muka 'MANA ADA' Hethni yang sepantas kilat buat muka tengah fikir pulak. Macam serius dia rasa boleh masuk kaunseling ke kalau tak kawan dengan diorang?!
"Nama saya Alex. Sebelum Hana tanya, saya kacukan, my mum malay. Dad pula cina."
"Oo, nampak-nampak, memang ada musykil juga part ni." Aku balas jujur.
"Em, dan satu lagi, Hana memang serius dengan Hethni or main je?" Alex tanya dengan muka serius yang amat- (Kalau aku tak rasa soalan tu kekok gila nak jawab memang aku dah gelak) -dan tongkat dagu dengan tangan atas meja sambil angkat sikit kepala ke arah Hethni.
"Kau merepek apa? Sebab ni la aku malas bagi korang dekat dengan dia, karang tak pasal-pasal perangai korang berjangkit kat dia. Korang ni memang aku dah.. " Hethni mula membebel. Tapi diorang berdua buat tam kisah, gaya dah biasa sebab diorang still pandang aku tanpa kesahkan maknenek tu.
"Tak la. Saya kawan yang bertahap keluarga dengan dia? Em, saya macam kira rapat dengan mama dia." aku jawab bila Alex kelip-kelip mata, masih gaya nak tahu bila si Hethni tak bagi jawapan pun dari tadi, tapi alhamdulillah, mulut dia sudah tertutup.
"Kitorang tanya sebab Hethni ni sepanjang setahun lebih dekat U, mana ada berborak-borak dengan perempuan. Tu yang kitorang pelik, mana tahu, kali ni memang serius," terang yang pakai baju kemeja biru.
"oo"
"Lupa pula, aku Adam dan ni Mika short for Mikail," yang pakai baju kemeja kenalkan diri.
"Kalau takde apa-apa dengan Heth, Hana ada apa-apa dengan Dhirar atau Akmal ke?" Alex tanya lagi.
Aku agak rimas, tapi faham, dia mesti dengar cerita dan nak pastikan. Lelaki pun suka bergossip ya? Atau Alex cuma nak membantu semua yang sedang pasang telinga dari tadi je?
"Tak juga, diorang tu boleh dikira sebagai kawan high-school? Tak la rapat sangat, dan tak adalah sampai tak kenal. Jap, korang tak rasa panas ke? Macam tempat kita ni, nak terbakar dah sebab kene laser?" aku tanya dengan muka serius dan tunduk sikit, suara penuh dengan intonasi kesungguhan dan kepelikkan, dan diorang, diorang buat perkara paling logic,
Terdiam dan just gelak.
Aku just senyum dan biarkan.
"Haha, Sorry Hana, tapi awak memang lawak la!" si Mika cakap tapi masih ada sisa gelak dia.
"Takkan awak tak tahu yang lelaki ni kurang sikit bergosip dari perempuan, kalau kitorang ni pun boleh tanya soalan-soalan busy body macam ni, mestilah hampir semua perempuan dalam U ni nak tahu juga?" Adam cakap sambil geleng kepala.
"Thank you genius" aku jawab sarkastik, "Really? Takkan la itu pun saya tak tahu. Masalahnya sekarang ni, gossip tu dah 2-3 hari, takkan hari ni baru nak campak-campak pisau kat saya." Aku terang sambil gulping mata.
Lagipun kenyataan tadi pun sebenarnya bukan untuk dapatkan jawapan, just nak alihkan tumpuan Alex dari terus bertanya soalan berkenaan hidup personal aku.
"Atau diorang just jealous sebab Alex cakap awak girlfriend dia," Hethni cakap sambil sengih main-main.
Pulak? Bila?
"Wei! Asal aku pulak? Jap, ha ahlah! Aku baru perasan yang aku hensem. Hahah.." Alex mengangkat bakul pulak.
Tapi, aku rasa betullah tu, antara muka 3 ni, bagi aku, Alex paling 'my type?'.
"Mengong la kau(awak) ni," Mika dengan aku cakap dalam masa yang sama. Kitorang terus pandang satu sama lain, dan macam dah ada timer, kitorang gelak.
Yup! Totally future best friends!
Perangai diorang memang Atim versi lelaki!
So, aku sanggup jugaklah kalau perlu kena tuduh kaki lelaki. Tapi ini macam perkara bersejarah je, diorang kiranya bakal kawan lelaki 1st aku la kan?
Siapa cakap buat kawan susah?? Muahahahaha!
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Thanks guys.. dan saya memohon ampun kalau bosan haha..
Diorang bukan kawan?? haha..kidding..
Budak. Baru. Belajar.
Like
Vote
Comment
Lots ❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top