Prolog
Haphephobia.
Apa benda tu?
Ianya adalah ketakutan untuk disentuh oleh sesiapa. Kebiasaannya adalah pada lawan jenis, tetapi kadang kadang juga semuanya.
Tiada sesiapa tahu sebab punca utama, ataupun penyembuhnya, tapi, yang pasti, ianya tak mudah untuk hilangkannya.
.
.
.
.
.
Kita flashback ke, 6 tahun yang lalu, di sebuah pulau yang indah.
Di sebuah kawasan perumahan yang tenang, kedengaran suara ketawa anak kecil seperti sedang bermain di halaman rumah mereka.
Kelihatan dua budak lelaki yang berusia 7 tahun, sedang bermain bola di halaman berumput yang luas di depan sebuah rumah antik itu.
"Cepat lah Aidan! Cepatlah!" Salah satu dari mereka bersuara. Diankelihatan memiliki beberapa helai rambut putih di kepalanya.
"Tunggulah Boboiboy! Kau tahu aku tak aktif macam kau kan?!"
Salah satu lagi budak lelaki yang memiliki mata berwarna biru, seperti termegah megah ingin mengejar sepupunya itu.
Budak lelaki yang lagi satunya kelihatan ketawa, melihat sepupunya tidak dapat mengejarnya.
Si dia menendang bola itu, sehingga masuk ke dalam gol yang mereka berdua buat menggunakan kotak.
"YAYYYYY GOLLLLLL!!!!"
Dia melompat kegembiraan, manakala sepupunya dah semput di belakangnya akibat penat mengejar sepupunya dari tadi.
"Huh...kau...huh...tak bagi...huh! Can... kat aku kan? Huh...."
Dah tak teratur nafasnya dibuatnya.
"Mestilah tak bagi can! Ni Boboiboy lah!" Boboiboy ketawa walaupun wajah sepupunya sedang tak puas hati dengannya.
Tiba tiba, dengaran suara yang datang dari arah rumah.
"Boboiboy! Aidan! Balik balik! Tok Aba dah siapkan makan tengah hari ni!"
Wajah Aidan dan Boboiboy terus berubah gembira penuh kerlipan bintang bila mendengar hal itu.
Terus Aidan berlari ke arah rumah.
"Boboiboy! Cepatlah! Nanti kena marah dengan ayah kau nanti!" Aidan.
"Kau pergi lah dulu! Aku nak ambil bola balik jap!" Boboiboy.
"Ok! Tapi jangan lama lama tau!" Aidan.
"Ok!"
Sementara Aidan berlari masuk ke rumah, Boboiboy berjalan ke arah kotak yang dibuat gol oleh mereka tadi, dan mengangkat bolanya.
"Hm?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kelihatan Aidan berlari gembira sambil mengangkat kedua dua tangannya ke udara dan menuju ke arah dapur.
"Yay yay yay yay! Makan makan!"
Seorang lelaki dewasa yang sedang berdiri di dapur, terkejut tiba tiba ada budak kenit berlari masuk ke dalam dapur.
"Eh? Oh, Aidan. Terkejut Pakcik. Boboiboy mana?"
Dialah Amato. Ayah kepada Boboiboy.
"Dia kat luar! Ambil bola!"
Tanpa menunggu balasan dari Amato, Aidan dah panjat ke atas kerusi, dan dah cedok nasi ke dalam pinggan sendiri.
"Ooooo. Yelah kalau macam tu" Amato pun mengambil tempat duduknya di depan Aidan.
"Tok Aba mana, Pak cik?" tanya Aidan sambil mencedok ikan goreng ke dalam pinggannya.
"Ada, kat atas. Nanti Tok Aba turun lah tu. Hah, makan makan"
Mereka berdua pun mengisi perut mereka, sambil menunggu kedatangan lagi dua itu.
Apa yang mereka tidak tahu, ketidak pedulian kecil mereka itu akan membawa ke masalah yang besar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
10 minit kemudian, Tok Aba akhirnya turun ke bawah.
Dia melihat anak dan cucunya sedang makan di meja, dan datang menyapa mereka.
"Dah makan dah? Tak tunggu Atok langsung ke?" katanya sambil membelai kepala cucunya itu.
"Ehehehe.... lapar lah Tokkkk. Penat kejar Boboiboy tadi! Dia tak bagi can langsung!" kata Aidan separuh merajuk.
Tok Aba hanya ketawa melihat muka cemberut cucunya itu.
"Oh ya. Boboiboy mana? Tak makan sama sekali ke?" tanya Tok Aba.
"Tadi Aidan kata yang Boboiboy ada kat luar tadi, ambil bola mereka semula katanya" jawal Amato.
"Betul!" balas Aidan pula.
"Ooooo. Tapi kenapa dia tak masuk lagi ni? Risau Atok" kata Tok Aba, dengan wajah mula risau dengan cucunya lagi satu itu.
Wajah Amato jugak turut berubah risau.
"Haah jugak. Dah lama dia kat luar ni. Jap Abah, saya pergi tengok" Amato pun bangun dari tempat duduknya, dan berjalan ke arah pintu.
"Hah, ya. Bawak dia masuk cepat. Bahaya duduk luar sorang sorang tu" Amato mengangguk, dan mula keluar dari rumah.
"Boboiboy?! Sayang, mana kamu ni?! Balik lah, Atok dah masak sedap sedap dah ni!" Amato cuba memanggil anaknya, tetapi dia tidak melihat kelibat anaknya sama sekali di halaman rumah mereka itu.
"Hm? Mana pulak budak ni?"
Dia pun berjalan, dan melilau mencari anaknya itu.
Dia merasakan angin sepoi sepoi bahasa menerpa wajahnya, dan tiba tiba, ada sebiji bola bergolek ke arah kakinya.
"Hm? Eh? Ni kan bola Boboiboy dan Aidan?"
Amato menunduk, dan mengangkat bola itu.
"Kenapa ada kat sini? Tapi Aidan kata Boboiboy nak ambil bola ni" dia kembali melilau mencuba mencari anaknya.
Tiba tiba, naluri ayahnya mula merasa panik.
Dia terus menjatuhkan bola itu, dan berlari ke dalam rumah.
Secara panik, dia sampai dan mencangkam bingkai peantaraan antara ruang tamu dan dapur itu, membuatkan Aidan dan Tok Aba terkejut.
"Amato?! Kenapa ni?! Apa dah jadi?!" Tok Aba bangun dan berjalan ke arah anaknya itu.
"Boboiboy.... dia tak ada dekat luar!!!"
Terus sahaja wajah Tok Aba dan Aidan berubah pucat mendengar apa yang Amato baru sahaja katakan.
"APA?!?!"
Terus Tok Aba menolak Amato ke tepi, dan berlari ke luar.
Diikuti oleh Amato dan Aidan di belakangnya.
"Kamu pasti kamu dah lihat di seluruh tempat?!" jelas nada panik di suara Tok Aba.
"Saya tak nampak dia di mana mana Abah!!! Apa yang perlu kita buat?!" Amato dah mula tak tentu arah.
"Tch.... cari di sekeliling halaman rumah! Cepat!" Tok Aba mula menyuruh anaknya berpecah dan mula mencari cucunya itu.
Aidan, sudah ketakutan. Dia sudah di ambang mahu menangis.
Dia melihat bola yang dia dan sepupunya main tadi di atas tanah, dan mengangkatnya.
"Boboiboy... mana Boboiboy pergi...hisk....."
Dia masih hanya seorang budak 7 tahun. Apa je yang korang ingat dia boleh lakukan?
Dia cuba mengikuti pak cik dan atoknya untuk mencari sepupunya itu.
"BOBOIBOY!!!"
"BOBOIBOY!?! SAYANG, ANAK AYAH KELUAR LAH!!!"
"Boboiboy! Jangan lah bersembunyi! Kami risau ni!"
Memang riuh rendah keadaan ketika itu.
Dari dalam rumah, kelihatan seseorang yang dalam lingkungan umur Amato turun dari tingkat atas dalam keadaan seperti baru habis mandi, terganggu dengan keadaan bising di luar itu.
Dia berjalan ke luar, dan melihat adik, abah dan anak buahnya yang seperti kelam kabut berlari di sekeliling rumah.
"Amato! Apa yang bising bising ni?!"
Adiknya melihat ke arahnya, dan terus berlari dan memegang kedua dua bahunya.
"Mechabot! Tolong, anak aku hilang!!!" mendengar ayat itu keluar dari mulut adiknya, sudah membuatkan wajahnya pucat.
"APA?!?!"
Tanpa menunggu lama, dia terus mencapai telefonnya, dan membuka sebuah app.
"Selamat kau aku pernah masukkan alat pengesan di dalam baju budak tu"
Mereka melihat ke dalam telefon Mechabot. Kelihatan ada bulatan biru kecil yangd dalam keadaan bergerak.
"Aku dah agak! Semua, ke dalam kereta! Kalau boleh bawak sekali senjata!"
Mechabot mengetuai situasi ketika itu, dan mengarahkan yang lain.
Mereka mengangguk, dan lakukan apa yang Mechabot suruh.
Mereka semua masuk ke dalam kereta, dengan membawa pisau, batang kayu basball, dan payung.
Tambah menunggu yang lain bersedia, Mechabot terus memasang enjin, dan memecut mengikuti arah yang ditunjukkan penunjuk arah itu.
.
.
.
.
.
.
Di satu tempat yang lain, di dalam sebuah van hitam yang bergerak, kelihatan Boboiboy yang ditutup mata dan mulutnya, dan dalam keadaan diikat.
Dia cuba memberontak untuk lepaskan diri. Tapi, setiap kali dia lakukannya, seorang lelaki dewasa di sebelahnya, memukulnya dengan kasar.
"Duduk diam lah budak!!!"
Boboiboy tak dapat berbuat apa apa melainkan duduk diam dan menangis di sebalik penutup mata itu.
"Ayah...." dia hanya mampu memanggil ayahnya di dalam hatinya sahaja.
Semua berlaku dengan sangat pantas. Apa yang dia ingat, sebuah van berhenti di depan rumah atoknya itu, dan seorang lelaki keluar dari sana, dan terus menekup wajahnya dan mendorongnya masuk kedalam van itu.
Dia tahu ini adalah kes penculikkan, kerana dia pernah melihatnya di tv bersama ayah dan maknya. Tapi dia tak pernah jangkakan yang ianya akan terjadi pada dirinya sendiri.
Sakit. Seluruh badannya sakit kerana dipukul oleh lelaki itu.
Tiba tiba, semuanya menjadi kabur.
.
.
.
.
.
.
6 tahun kemudian~
"Erm......."
Kedengaran suara seseorang mengeran di dalam tidurnya, seperti bermimpi buruk.
Dia berpeluh satu dahi, dan wajahnya kelihatan ketakutan.
Tidak lama selepas itu, ada seseorang masuk ke dalam biliknya.
Dia kelihatan sebaya dengan budak itu.
Melihat dirinya seperti bermimpi buruk, dia mendekat kearahnya, dan menggongcang badan dia untuk membangunkannya.
"Boboiboy, bangun! Bangun!"
Dalam tiga gongcangan, Boboiboy akhirnya sedar dari tidurnya itu dengan wajah terkejut.
Dia bangun dengan keadaan tiba tiba, dan nafasnya menjadi tak teratur.
"Huh...huh...huh...."
Setelah seketika, dirinya menjadi normal.
"Boboiboy, kau ok tak ni? Kau mimpi buruk eh?" Si dia mencuba menolong Boboiboy.
"Aku... aku ok, Ochobot. Terima kasih. Aku.... aku rasalah..." Boboiboy membalas pertanyaan sepupunya itu.
○••••••••••••••••••••
Nama : Aidan Daniel
Panggilan : Ochobot
Umur : 13 tahun
Sebagai : Sepupu Boboiboy
○••••••••••••••••••••
"Tak apa. Semuanya dah tamat. Kau mimpi apa tadi?" Ochobot mencuba memastikan yang sepupunya tidak bermimpi benda benda aneh.
Tapi, Boboiboy malah terdiam untuk seketika, membuatkan Ochobot risau.
"Boboiboy?" Ochobot memasang suara lembut.
"Aku....aku....tak ingat....." Boboiboy kelihatan frustasi tidak dapat mengingati mimpi yang dia baru sahaja alami tidak sampai seminit yang lalu.
Tapi, Ochobot tidak mahu membuat sepupunya itu risau, dan menenangkannya.
"Tak apa, kau tak perlu risau. Baik kau pergi bersiap. Kita kan nak pergi sekolah? Dah lah ni hari pertama kita dekat sekolah baru!" Ochobot mengingati sepupunya itu.
"Oh, haahlah. Maaf Ochobot. Aku pergi bersiap dulu"
Boboiboy pun berjalan keluar dari biliknya itu untuk ke bilik air untuk bersiap siap.
.
.
.
Seketika kemudian, Boboiboy turun ke tingkat bawah dengan dirinya sudah lengkap berpakaian baju sekolah dan beg sekolahnya.
Kelihatan Ochobot dan Tok Aba turut berada di ruang tamu, menunggu kedatangan Boboiboy.
Tok Aba yang perasan akan kedatangan satu lagi cucunya itu, bangun dan berjalan ke arah cucunya itu.
"Hah, siap pun cucu atok ni" kata Tok Aba sambil membetulkan tali leher cucunya yang sedikit senget itu.
Tok Aba mampu melihat cucunya ter-flinch kecil akibat tindakkan tiba tibanya itu, tapi Boboiboy menggeleng, mencuba tidak memperdulikannya.
Tapi, wajah Boboiboy kemudian kelihatan seperti rusing.
"Tok. Perlu ke Boboiboy pergi ke sekolah baru ni?" Boboiboy kelihatan seperti takut.
"Mestilah sayang. Pelajaran itu penting. Lagipun tak ada apa apa yang boleh Atok buat. Ayah kamu tu terlalu sibuk untuk jaga kamu dan Aidan" kata Tok Aba cuba menenangkan cucunya itu.
"Tapi Tok....." Boboiboy masih kedengaran takut.
Tapi, waktu tulah Ochobot masuk ke dalam scene, dan memegang tangan sepupunya itu.
"Tak perlu risaulah Boboiboy. Aku kan ada. Aku pasti akan jaga kau sepanjang kita di sekolah!" kata Ochobot sambil tersenyum lebar.
Boboiboy kelihatan sedikit tenang dengan kata kata Ochobot, dan tersenyum kecil.
"Kalau kau cakap macam tu..." balas Boboiboy.
"Ok, jom kita bertolak! Bye Tok Aba! Kitorang pergi ke sekolah dulu! Assalamualaikum!" kata Ochobot bersemangat, dan menarik tangan Boboiboy bersamanya ke arah pintu.
"Assalamualaikum tok" kata Boboiboy juga.
"Waalaikumusalam. Jaga diri baik baik ya?"
"Baik Tok!"
Dua sepupu itu pun hilang disebalik pintu, sudah berjalan menuju ke sekolah baru mereka.
1734 perkataan
Prolog : 13/8/2022
Hallo :3
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top