Hanya untuk Mendakapmu-oleh Norfarah Hanim


Hanya untuk mendakapmu- oleh Norfarah Hanim

Kret...! Kret...! Bunyi berdecit kasut-kasut sukan yang dipakai oleh pemain-pemain dari dua pasukan bola keranjang tersebut benar-benar menggambarkan kecekapan setiap seorang daripada mereka ketika bermain. Pemain-pemain tersebut kelihatan begitu tangkas sekali. Sesiapa pun yang melihat pasti tidak akan menyangka bahawa umur mereka sudah berada di penghujung 20-an. Ini bermakna usia mereka sudah hampir mencecah 30 tahun tahun. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan persahabatan antara pasukan Helang dan Harimau. Masing-masing menunjukkan persaingan yang sengit sekali.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun melompat-lompat kegirangan di sekeliling gelanggang bola keranjang sambil mengikuti pergerakan-pergerakan pemain-pemain tersebut. Suara halus kanak-kanak tersebut tenggelam dalam sorakan penonton-penonton di situ. Dia sedang memanggil ayahnya yang merupakan tulang belakang pasukan Helang di tengah gelanggang.

"Ayah! Ayah! Ayah!" kanak-kanak itu menjerit, teruja melihat ayahnya yang lincah merebut bola daripada pihak lawan. Dia terus memerhatikan ayahnya yang lincah merebut bola daripada pihak lawan. Dia mulai kagum dengan ayahnya sendiri.

Malangnya, keriuhan itu terehenti seketika apabila, seorang pemain yang memakai jersi no 4 pasukan Harimau telah terlanggar tubuh lelaki yang sejak awal permainan menjadi perhatian semua yang menonton. Dia merupakan shooter harapan pasukan Helang. Shooter tersebut rebah namun sempat menongkat tubuhnya dengan tangan untuk mengurangkan daya impuls terhadap dirinya ketika jatuh. Suasana sepi seketika.

"Kau tak apa-apa?" soal pihak lawan tadi dengan rasa bersalah. Tangannya dihulurkan untuk membantu lelaki yang terjatuh itu kembali berdiri. Tanpa membuang masa, kanak-kanak tadi segera berlari ke arah mereka lalu menggigit tangan pihak lawan yang dihulurkan.

"Aduh! Tolong! Budak ni gila ke apa..." dia menjerit meminta pertolongan daripada sahabat-sahabatnya di situ untuk menjauhkan kanak-kanak tersebut daripada. Sepantas kilat, tubuh kecil kanak-kanak tersebut dirangkul oleh lelaki yang digelar ayah olehnya lalu dicempung dengan begitu mudah. Sambil meminta maaf kepada sahabatnya yang digigit oleh anaknya itu, dia segera mendukung dan membawa anaknya ke bahagian penonton untuk dihulurkan kepada ayahnya.

"Haikal, kalau kamu buat macam tu lagi, ayah takkan bawa kamu jumpa ibu lagi." Haikal yang tertunduk kerana bimbang dimarahi oleh ayahnya hanya terdiam. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh ayahnya itu.

"Aiman, kau ni janganlah suka sangat ugut macam tu dekat anak. Kesian budak ni. Meh sini, dekat nenek." Seorang wanita tua menarik tangan cucunya supaya dekat dengannya. Cucunya itu diletakkan di atas ribanya. Sambil tersenyum dia memandang ke arah suaminya di sisi yang turut senang saat mendapat Haikal kembali. Anak itu langsung tidak duduk diam sepanjang perlawanan berlangsung, namun pasti keaktifannya sedikit berkurang setelah dimarahi oleh ayahnya.

Aiman hanya memandang sayu ke arah anaknya yang masih tertunduk bermain permainan video dalam telefon bimbit miliknya. Dia ingin mengatakan sesuatu namun dia segera membatalkan hasratnya itu apabila namanya dipanggil untuk menyambung kembali permainan yang terhenti sebentar tadi.

"Kau dapat jaringan penalti. Buat yang terbaik bro!" sahabat daripada pasukannya iaitu, Zakir tersenyum lalu menepuk bahu Aiman untuk memberikan semangat.

Kini, saat yang dinantikan tiba. Siapakah yang bakal memenangi pertandingan persahabatan kali ini? Semua yang ada di situ mula berdebar-debar.

Aiman memejamkan matanya seketika. Suara isterinya mulai bergema di gegendang telinga, memeberikan semangat. Matanya dicelik. Sasaran sudah dipastikan.

"Bismillahirahmanirahim..." dengan nama Allah, izinkan kami menang. Dia berdoa dalam hati. Bola bewarna oren dilontar dengan yakin. Zup! Masuk ke dalam jaringan gol. Sorakan dari seluruh gelanggang menggegarkan ruang tersebut. Siapa sangka, dia berjaya menyumbang mata penentuan dan kali ini, mereka menang.

Usai bersalaman dengan pihak lawan, Aiman segera bergegas ke arah anaknya. Tubuh kecil itu dirangkul lalu dipeluk erat.

"Jom, kita makan aiskrim nak?" dia berbisik ke telinga anaknya. Kanak-kanak tersebut terus mengangguk. Aiman segera mendukung anaknya pergi dari situ.

"Eh, nak pergi mana tu?" soal Mak Munah, ibu Aiman.

"Alah, biarlah dia pergi dengan anak dia. Jom kita balik dulu!" ajak Pak Amin. Mak Munah akur lalu mereka membuat keputusan untuk pulang terlebih dahulu.

"Sedap?" Aiman mengangkat wajahnya. Haikal hanya mengangguk sambil menyuap ais krim ke dalam mulutnya. Lelaki itu tersenyum senang. Dia juga kembali tunduk untuk menyuap ais krim ke dalam mulutnya. Dia senang kerana dapat memenangi perlawanan persahabatan tadi. Kali ini, dia turut senang melihat anaknya yang comel gembira.

Selesai membayar ais krim, mereka berpimpinan tangan keluar dari kedai tersebut. Untuk pulang, mereka terpaksa melalui perbagai kedai lain di pasaraya.

"Haikal, ayah nak tanya kenapa kamu gigit kawan ayah tadi? Kalau iya pun nak marah jangan..." Aiman berpaling ke sekeliling. Kelibat tubuh kecil anaknya sudah tiada. Dia cemas. Orang ramai yang lalu lalang menyukarkan dia untuk mencari anaknya.

"Haikal?" jantungnya mulai berdegup kencang. Air matanya bergenang, namun dia cuba menahannya agar tidak menitis. Tiba-tiba satu sosok tubuh yang amat dikenalinya sedang berdiri di cermin sebuah kedai sambil menatap permainan-permainan di situ. Matanya asyik sekali meliar memerhatikan ribuan permainan kanak-kanak di situ. Aiman menghembus nafas lega. Dia segera berlari ke arah anaknya.

"Haikal?" anak itu berpaling. Dia tersenyum lalu segera menarik tangan ayahnya menjauhi kedai tersebut.

"Eh, eh, nak pergi mana ni?" Aiman mengikut sahaja langkah anaknya.

"Jom, balik." Suara kecil itu menyedarkannya. Oh, ini sememangnya jalan untuk pulang. Aiman hanya mengikut langkah Haikal. Sepertinya kanak-kanak tersebut menyembunyikan sesuatu, dan dia seperti mengerti. Kedai mainan tadi diperhatikan dari jauh.

Sesampainya mereka di rumah, mereka dikejutkan oleh pasukan bola keranjang dan kenalan-kenalan mereka. Ibu mentuanya turut berada di situ. Mereka semua sanggup menunggu untuk meraikan kejayaan Aiman dan pasukan bola keranjangnya di rumah ibu bapanya.

"Weh, Zakir...ap..apa semua ni? Bukan ke..." Zakir tersengih sambil berpaling ke arah kawan-kawannya yang lain.

"Aiman, tak best kalau majlis ni tak ada kau. Jadi kita orang buat keputusan untuk sambut kat rumah kau je. Lagi pun mak ayah kau macam tak kisah." Selamba Zakir menjawab. Aiman segera memandang mak dan ayahnya yang sedang bermain-main dengan Haikal. Aiman tersenyum. Dia mengikut langkah rakan-rakannya ke meja makan untuk mengambil makanan. Turut hadir, Salman, seorang kenalan baik isterinya yang kurang upaya. Lelaki itu melambai-lambaikan tangannya ke arah Aiman. Aiman segera mendekati lelaki itu.

"Apa khabar Salman?" Aiman menyoal. Salman mengangguk-angguk dengan tangannya membengkok di dada.

"Ba..baik! Aiman, tahniah!" dia segera memeluk Aiman. Aiman membalas pelukan sahabat itu.

"Ma..mana Ha..haikal? d..dah lama aku ta..tak jumpa anak buah aku tu." Aiman tersenyum. "Nak jumpa dia eh? Kejap." Dia segera bangkit menuju ke ruang tamu. Dengan selamba, tubuh Haikal yang berada dalam ribaan emaknya diambil.

"Alah, janganlah ambil lagi." Mak Munah merengek. Aiman segera membuat isyarat 'sebentar' sambil menunjuk ke arah Salman. Mak Munah mengerti lalu menyambung aktivitinya melayan tetamu.

"Haikal, ni Pakcik Salman. Cepat, salam." Haikal hanya menurut kata ayahnya lalu menyalam tangan Salman.

"Ayah, ayah kata nak bawa Haikal jumpa ibu. Bila Haikal boleh jumpa?" Aiman terpegun sebentar mendengar soalan tersebut yang diajukan di hadapan Salman. Salman turut terdiam. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Haikal tidak mahu menunggu lama, dia segera ke almari yang menempatkan gambar ibunya.

"Ayah, betul ke ibu duduk dekat syurga?" Haikal menyoal. Aiman cuba merampas bingkai gambar isterinya daripada Haikal namun kanak-kanak tersebut bertindak untuk melarikannya.

"Haikal!" keras suaranya memanggil Haikal. Dia memohon maaf terhadap Salman lalu segera berlari mengejar anak lelakinya.

"Haikal, bak sini gambar ibu!"

"Tak nak! Ayah tipu! Ibu bukan kat syurga tapi ibu dah mati!" tersentap Aiman seketika. Dia tidak menyangka bahawa anaknya yang masih kecil itu sebenarnya sudah mengerti setiap situasi di sekelilingnya.

"Tunggu! Ayah cakap betul! Ibu kat syurga!" Aiman segera mendakap anaknya dari belakang. Dia membisikkan sesuatu di telinga Haikal. Kanak-kanak tersebut nampaknya seperti bersetuju dengan sesuatu. Dia menurut langkah ayahnya masuk ke dalam rumah.

Kelihatan Salman sedang berbual rancak dengan Zakir di dapur. Aiman tersenyum. Dia mendukung Haikal dan dibawa bersama ke sana.

"Kenapa? Teringat dengan Amirah ke?" Zakir menyoal sambil melihat bingkai gambar isteri Aiman. Aiman hanya mengangguk. Gambar isterinya diletakkan di atas meja. Salman di sisinya hanya tersenyum sambil mengangguk.

"A...aku tak boleh lu..lupakan A..amirah!" ujar Salman. "Dia selalu marah aku! Haha, time aku lemah semangat, dia sa..sangat bermotivasi. Padahal dia lagi muda daripada aku!" Salman berbicara dengan gagapnya. Dia tergelak kecil. Semua kenangannya bersama Amirah dalam persatuan atlet kurang upaya semuanya manis-manis belaka. Aiman turut tersenyum. Dia memandang ke arah Zakir yang sedang mengurut-urut dagunya sambil menatap foto Amirah yang tersenyum ceria.

"Seriously, sampai sekarang aku tak faham macam mana kau orang boleh kahwin." Zakir mengeleng perlahan. Pada mulanya Zakir sendiri tidak gemar dengan gadis seperti Amirah namun, lama-kelamaan Amirah kelihatan begitu sesuai dengan Aiman yang sangat lemah lembut perwatakannya.

"Haha, kau ni Zakir tak habis-habis lagi pasal hari tu?" Aiman tergelak. Dia tahu benar tentang kejngkelan sahabatnya itu terhadap Amirah.

"Ayah, kenapa ibu pergi tinggalkan kita. Mesti dia sedih sangat kan?" soal Haikal secara tiba-tiba.

Seorang wanita berusia hampir 60-an datang sambil tersenyum. Dia membawa beberapa buah buku catatan bersama.

"Haikal, ibu kamu bukan tinggalkan kita. Dia sentiasa bersama kita. Dan satu perkara yang paling penting, dia sentiasa gembira." Puan Aimi menghulurkan beberapa buku-buku tersebut kepada Aiman.

"Terima kasih mama." Ujar Aiman kepada ibu mentuanya. Buku catatan tersebut merupakan diari isterinya dari sebelum mereka bertemu sehinggalah mereka berkahwin.

"Haikal nak dengar satu cerita tak?" dia meletakkan Haikal di ribaannya. Anak kecil itu diam dan menurut sahaja.

Dia nampaknya sudah lewat. Permainan akan dimulakan sebentar lagi. Dengan pakaian seragam pemandu teksi, dia segera berlari masuk ke dalam bangunan yang telah disewa khas setiap minggu untuk mereka berlatih bola keranjang setiap minggu. Permainan tersebut merupakan hobinya sejak sekolah menengah lagi. Dia bukanlah seorang pelajar mahupun atlet ternama namun minatnya yang mendalam terhadap sukan tersebut menyebabkan hubungan mereka sepasukan masih berkekalan meskipun kini usianya sudah mencecah 23 tahun.

Sebagai seorang pemandu teksi separuh masa, dia perlu membahagikan masa untuk belajar dan meluangkan masa antara kerja dan juga hobinya itu sebaiknya. Paling tidak pun mereka akan berkumpul sebulan sekali untuk bermain.

Sambil menatap jam di tangan, dia segera berlari masuk. Jersinya dipegang erat. Dia perlu memohon maaf terhadap kawan-kawannya kerana terlewat hari ini. Namun, niat murninya itu terbantut saat melihat kapten pasukan bola keranjangnya itu sedang berwajah tegang. Dengan perlahan dia berjalan masuk untuk melihat apa yang sudah berlaku. Di hadapan mereka kini, terdiri daripada beberapa golongan kurang upaya. Masing-masing berwajah tegang.

"Zakir, what happened?" soalnya. Zakir mengangkat wajahnya. Dia memandang ke belakang.

"Kau tanyalah sendiri dia orang!" Zakir terus berjalan keluar dari situ. Aiman tergamam melihat reaksi Zakir.

"Err, boleh saya tanya apa yang dah berlaku?" Aiman menyoal pemilik gelanggang tersebut yang turut berada di situ.

"Hari ini, kau orang tak boleh training dekat sini, sebab dia orang nak guna gelanggang ni." Aiman melihat ke arah golongan tadi. Oh, ternyata mereka ialah atlet kurang upaya. Patutlah semuanya berkerusi roda.

"Tapi masa kita orang tempah hari tu, awak cakap tempat ni masih belum ditempah ini bermaksud kita orang yang tempah dulu." Wajah lelaki tadi mula serba salah.

"Memanglah tapi mereka kan golongan istimewa, takkan aku nak tolak pula. Apa kata kau orang main lain kali. Mengalahlah kejap dengan dia orang, ok?" Aiman terdiam mendengar kata-kata pemilik tempat itu.

"Hmm, oklah, kita batalkan latihan hari ini. Dia orang kan istimewa." Zakir tiba-tiba masuk dan mencelah

"Hey, you, watch your words. Aku tak boleh terima apa yang kau cakap tadi." Suara seorang wanita tiba-tiba menyampuk. Wanita tersebut memusingkan kerusi rodanya untuk mengahadap ke arah dua orang lelaki tersebut.

"Cik, cik dah dapat gelanggang ni pun tak bersyukur lagi ke? Dah, jom, blah!" Zakir membalas.

"Kau...tak guna!"

"Apa? Aku tak..." Aiman membuat isyarat kepada Zakir supaya berhenti membalas setiap kata-kata wanita tersebut. Dia mengerti, hati seseorang seperti wanita tersebut pastinya sensitif dengan perkara begini.

"Kawan-kawan, err, saya ada idea...apa kata kita bahagi dua gelanggang ni. Macam mana cik..."

"Amirah" wanita tersebut menyambung.

"Err, Cik Amirah boleh terima?" Amirah memandang Aiman lama membuatkan lelaki itu menjadi kurang selesa.

"Ok." Akhirnya kata putus dibuat. Satu jaring yang lebar digantung untuk memisahkan pasukan bola keranjang dengan pasukan petanq indoor.

Tibanya saat untuk mereka pulang, Aiman terpaksa keluar lewat sedikit untuk mengganti pakaiannya. Dia melihat wanita yang bernama Amirah masih lagi berada di situ sambil bermain telefon bimbitnya. Langsung tidak menyedari suasana sekeliling.

"Err, Cik Amirah tak balik lagi ke?" Amirah yang sedang khusyuk dengan telefon bimbitnya tersentak seketika. Dia sangkakan sudah tiada orang di tempat ini. Nasib baik tak terlepas telefon bimbit tersebut. Aiman pula mulai serba salah apabila melihat gadis tersebut begitu terkejut dengan kehadirannya.

Amirah hanya memandang lelaki yang berdiri dihadapannya itu. Inilah lelaki yang mencadangkan mereka supaya berkongsi gelanggang. Dia tersenyum.

"Saya suruh dia orang balik dulu sebab saya nak ambil barang. Tak sangka pula rupa-rupanya barang tu dah ada dalam beg. Hihi." Aiman tersengih mendengar kisah yang sebenar daripada wanita tersebut. Dia hanya mengangguk.

"Jadi, apa kata saya tolong hantarkan awak balik?" Aiman memberi cadangan. Dia memang terkenal dengan sikap baik hatinya itu. Kerana itulah teman wanitanya pun mulai muak dengan perangai suka membantunya. Amirah terdiam sambil memikirkan sesuatu.

"Awak tak akan cas banyak kan?" Amirah menyoal. Aiman tergelak saat mendengar kata-kata gadis itu.

"Taklah. Saya tak akan cas apa-apa. Lagipun bahaya tinggal sorang-sorang di sini."

"Oh, sebab awak pakai baju pemandu teksi." Akhirnya Amirah setuju. Aiman terpaksa mencempung Amirah untuk masuk ke dalam kereta kerana wanita itu tidak boleh berjalan. Kakinya sudah lumpuh. Hakikatnya, tangan kirinya juga lemah dan sukar untuk melakukan kerja sendiri.

Ketika dalam perjalanan, Amirah tiba-tiba sahaja menyatakan bahawa dia ada sesuatu untuk dibeli. Sekali lagi Aiman sedia membawa gadis itu ke pasaraya. Mujurlah kerusi roda milik Amirah merupakan kerusi roda elektronik. Lelaki itu mengikut sahaja dari belakang ke sahaja wanita itu pergi. Sehinggalah mereka sampai ke tempat pakaian dalam wanita. Aiman sudah malu-malu saat berjalan di belakang Amirah. Dia harus mengikut wanita tersebut agar tidak berlaku apa-apa terhadap wanita tersebut.

"Ehem..." Aiman terbatuk kecil. Amirah terkejut. Dia segera berpaling. Tak sangka pula Aiman mengikutnya sampai ke sini. Dia segera mengawal kerusi rodanya ke tempat lain. Aiman masih setia mengikut dari belakang tanpa berkata apa-apa.

"Err, Amirah, boleh saya tanya, awak nak beli apa sebenarnya?" sudah hampir dua jam mereka bersiar-siar di dalam pasaraya tersebut namun satu barang pun tidak dibeli oleh gadis tersebut. Amirah tersenyum.

"Saya lupa." Dia terus menggerakkan kerusi rodanya. Tergamam Aiman seketika. What? Melihat Amirah yang semakin jauh dia segera berlari mengikut gadis tersebut. Akhirnya Aiman membuat keputusan supaya mereka berehat seketika di sebuah kedai aiskrim.

"Rumah awak kat mana?" soal Aiman sambil memandu kereta sewanya itu. Dalam hati Aiman bimbang andai gadis itu lupa pula jalan untuk pulang ke rumah.

"Dah dekat dah. Awak pusing kiri kat simpang tu, lepas tu terus nampak rumah saya." Aiman mengikut. Eh, macam dekat je dengan kawasan rumah aku.

Amirah menjemput lelaki itu masuk untuk membantunya masuk ke dalam rumah. Dalam rumahnya terdapat satu lagi kerusi roda biasa. Dengan kekuatan tangan kanannya, dia mengagahkan diri untuk mengalih kedudukannya. Aiman yang melihat ingin membantu namun dia hanya disuruh menolak kerusi roda elektronik masuk ke dalam rumah. Sebelum pulang, Aiman dijemput untuk minum teh. Dengan malu-malu, Aiman melangkah masuk lebih dalam. Dia duduk dengan cermat di kerusi meja makan. Amirah yang sedang terketar-ketar memegang cawan untuk diisikan dengan teh diperhatikan dengan penuh kerisauan. Boleh ke dia buat semua tu? Soal Aiman dalam hatinya.

"Err, Amirah awak tak perlu susah-susah."

"Saya boleh buat!"Tegas suara gadis itu. Selesai membancuh minuman, dia menghulurkan dulang berisi cawan kepada Aiman. Segera lelaki itu menyambutnya. Mereka berbual seketika. Saat itu barulah Aiman tahu bahawa Amirah tinggal bersama pembantunya yang bekerja pada waktu pagi hingga malam. Namun mungkin pembantunya itu sudah pulang ke rumah.

"Amirah, memang awak selalu lupa ke macam tadi?" Aiman menyoal namun wanita itu tidak menjawab. Ternyata dia sudah terlelap di kerusi rodanya. Aiman mengeluh. Perempuan ni sememangnya menyusahkan namun ada sesuatu yang menarik menyebabkan dia tidak sanggup membiarkan gadis itu begitu sahaja. Jaket yang dipakai olehnya dicabut dari tubuh dan diselimutkan kepada Amirah. Nanti-nantilah dia datang untuk mengambil semula jaketnya itu. Amirah Nampak lebih memerlukannya. Dia tidak berani untuk mencari selimut di dalam rumah itu. Bimbang nanti dikatakan menceroboh rumah orang pula. Setelah itu dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Dia harap, Amirah tidak akan lupa yang mereka pernah berkenalan.

Sebulan kemudian, dia menerima panggilan wanita tersebut. Dengan berdebar-debar Aiman segera menemui wanita tersebut. Namun jangkaannya bahawa Amirah akan memarahinya ternyata meleset sama sekali. Malahan, wanita tersebut mengucapkan terima kasih. Dia menyatakan bahawa dia sudah teringat barang yang perlu dibeli di pasaraya tersebut. Dengan senang hati Aiman membawa gadis tersebut ke sebuah kedai alatan sukan. Ternyata Amirah ingin membeli jersi untuk dipakai ketika dalam pertandingan petanq indoor. Mereka turut bergambar dengan baju jersi masing-masing. Aiman terpaksa bercuti hari itu untuk memenuhi hasrat Amirah yang ingin berjalan-jalan di sekitar pasaraya tersebut. Akhirnya, mereka singgah di sebuah kedai masakan panas.

"Aiman, semalam kita makan aiskrim tapi hari ini kita makanan savouri pula. Haha." Aiman mengangguk sambil tersenyum mendengar kata-kata Amirah. Lama-kelamaan dia semakin senang dengan Amirah.

"Aiman, tengok ni!" gadis tersebut menunjukkan gambar mereka berdua dalam telefon bimbitnya.

"Aiman, saya tak sangka saiz baju awak sama dengan saya. Kecil rupanya awak kan?" Amirah berseloroh. Aiman tergelak. Dia ada sesuatu yang harus ditanyakan dengan Amirah. Soalan semalam yang tidak berjawab dilontar kembali. Amirah tersengih mendengar soalan tersebut.

"Awak betul, saya memang mudah lupa akan sesuatu. Ada sekali, saya lupa macam mana muka mak saya. Padahal dia ada depan saya." Sayu suaranya namun dia masih tersenyum. Aiman yang mendengarnya mulai sebak. Kenapa Amirah masih boleh tersenyum. Dia sememangnya sangat lain daripada yang lain. Dia turut tersenyum senang.

"Amirah orang tu dari tadi lagi tersenyum dekat kita. Awak kenal ke?" Amirah berpaling kepada orang yang dimaksudkan oleh Aiman. Gadis itu kelihatan keliru. Dia tak kenal siapa lelaki itu.

"Mungkin saya pernah kenal dia tapi saya tak ingat dia siapa." Lelaki itu tiba-tiba bangun dan mendekati mereka.

"Amirah, ingat aku tak? Ni Akil. Ni anak aku." Lelaki itu memperkenalkan anaknya. Amirah tersenyum. Dia memohon maaf dan menyatakan bahawa dia tidak ingat. Lelaki mengerti. Dia tahu mengapa Amirah tidak ingat.

"Tak apalah. Kau orang makanlah dulu. Aku nak bawa anak aku ke kedai mainan kejap. Kalau tak merengek je tahu budak ni." Aiman turut bersalaman dengan Akil. Pemergian Akil diperhatikan sahaja.

"Amirah, umur awak berapa?"

"24" Aiman mengangguk. Wanita tersebut tua setahun daripadanya.

"Awak?"

"23" oh, itu sahaja reaksi wanita itu.

"Amirah, ada kemungkinan tak yang suatu hari nanti awak akan lupakan saya?" Amirah yang sedang menikmati makanannya terhenti. Wajah Aiman dipandang. Suasana senyap seketika. Aiman mulai serba salah kerana telah mewujudkan suasana yang sedikit janggal antara mereka.

"Err, tak payah fikir sangatlah soalan saya tadi. Saya gurau je. Awak ok kan Amirah? Jom saya hantar balik." Amirah masih diam. Dia membiarkan sahaja Aiman menganggkatnya ke atas kerusi roda. Hakikatnya dalam hatinya dia tidak pernah berjumpa seorang lelaki sebaik ini. Siapa Aiman untuk membantunya begini? Kenapa Aiman sanggup menghabiskan masa untuk orang kurang upaya sepertinya ini? Dia tidak mengerti. Dia pernah terdengar Aiman berbual di telefon dengan seorang wanita yang dipanggil sebagai teman wanita. Tetapi kenapa Aiman selalu meluangkan masa dengannya? Soalan tersebut terus-terusan bermain di mindanya.

Di dalam kereta Aiman telah menyatakan kepada Amirah bahawa dia terasa lapang kerana telah putus hubungan dengan teman wanitanya yang bekerjaya tinggi daripadanya. Ternyata wanita itu tidak ingin dengan seorang pemandu teksi sepertinya. Amirah yang mendengar mula bersimpati.

"Aiman, tentang soalan awak tadi..."

"Amirah, it's ok. Saya tak berniat nak paksa awak ingat saya."

"Tak! Bukan macam tu. Saya..saya pasti...betul-betul pasti kali ini, saya tak akan lupakan awak Aiman." Terkejut lelaki itu mendengar kata-kata wanita itu. Dia tersenyum.

"Sebenarnya, saya mengalami masalah ingatan sejak daripada kemalangan itu. Tapi, jangan risau, saya tak akan lupakan perkara yang penting, mungkin..." ujar Amirah perlahan. Dia sendiri tidak pasti. Hatinya serba salah untuk memberitahu hal yang sebenarnya kepada Aiman sedangkan mereka baru sahaja sebulan berkenalan. Dia tidak mahu Aiman tahu tentang keburukannya.

"Terima kasih." Sepatah ucapan daripada lelaki itu membuatkan Amirah terpegun. Dia berpaling ke sebelah cermin kereta. Dia turut tersenyum namun air matanya mengalir. Dia bimbang andai dia akan lupa dengan seorang sahabat yang banyak membantu.

"Amirah, kahwin dengan saya." Amirah yang sedang melayan perasaan segera berpaling. Dia mengeleng perlahan. Tak. Ini terlalu pantas.

"Saya tahu semua ni terlalu pantas buat awak. Awak perlu seseorang untuk menjaga awak tetapi yang bukan sesiapa pada awak. Oleh itu saya nak perhubungan kita ni halal agar saya boleh menjaga awak."

"Tapi, awak tak cintakan saya. Awak hanya akan membazirkan hidup dengan wanita seperti saya. Baik pergi cari perempuan lain yang lebih sempurna." Ujar Amirah.

"Yang tu tak apa, tak perlu risau sangat. Kita cuba ambil masa untuk saling mengenali. Entah kenapa saya rasa macam saya bertanggungjawab untuk jaga awak. Tolong jangan menolak." Ujar Aiman lagi. Amirah senyap, tidak tahu hendak membalas bagaimana lagi.

"I'll talk with your mother." Aiman bertegas. Amirah tergamam. Sesampainya mereka di rumah Amirah, mereka dikejutkan dengan kehadiran Puan Aimi, ibu kepada Amirah. Wanita tersebut seperti kurang mengalu-alukan kehadiran Aiman di situ.

"Betul kamu nak kahwin dengan anak mak cik?"

"Ya, saya betul-betul nak jaga Amirah."

"Kamu tak tahu ke Amirah ni bukannya anak yang terbaik, ayu dan sopan seperti seorang wanita yang sepatutnya. Kalau kamu tahu sejarah hidup dia pasti kamu akan tinggalkan dia." Aiman mengeleng. Dia benar-benar bersungguh-sungguh. Amirah pula hanya menangis di sisi ibunya.

"Amirah ni budak mentah lagi kamu tahu tak? Dia tak boleh buat kerja rumah, masak bahkan layan kamu seperti yang sepatutnya!" Puan Aimi meninggikan suara. Amirah menepuk meja makan kuat. Dia membuat keputusan segera. Sengaja mahu melawan ibunya. Ya, egonya terlalu tinggi untuk menerima kata-kata ibunya.

"Ibu! Saya nak kahwin dengan Aiman!"

"Amirah! Mana sikap malu kamu? Setelah macam-macam yang kamu lalui, kamu masih boleh fikir untuk berkahwin dengan lelaki sebaik ni?"

"Ibu, saya yang nak tanya ibu. Kenapa perlu malukan saya begitu depan Aiman? Sekarang saya nak kahwin juga dengan dia. Saya bukannya tak boleh buat apa-apa. Tengok ni, saya boleh buat teh." Dia menuju ke arah tempat pemanas air. Dengan tangan kanan sahaja dia melakukan kerja. Namun satu tangan tidak cukup untuk dia melakukan kerja dengan keadaan emosinya yang kurang stabil. Puan Aimi turut menangis melihat keadaan Amirah yang sangat terseksa.

"Aiman, kamu tengok tu. Sekarang kamu nak kahwin dengan dia? Baik pergi cari perempuan lain." Sekali lagi Aiman bertegas hendak mengahwini Amirah. Dia tidak kisah dengan fizikal Amirah sekarang.

"Baik, kalau kamu bertegas, tengok ni! Ni semua kenangan Amirah sewaktu dia dimasukkan ke hospital setelah kemalangan enam tahun lalu. Kalau kamu nak tahu, Amirah koma hampir tiga tahun dan mengambil masa selama dua tahun untuk kembali seperti manusia biasa." Aiman terkejut melihat pelbagai penderitaan yang ditempuhi Amirah. Air matanya mengalir.

"Kamu tahu tak Aiman...sampai satu masa, anak makcik ni...tak kenal siapa ibunya!" teresak-esak Puan Aimi berbicara. Amirah turut menangis. Dia sedih dengan kata-kata ibunya. Dia juga bimbang andai Aiman sudah benci dengan dirinya.

"Makcik, saya terima Amirah seadanya. Tolong restui kami." Puan Aimi terdiam. Dia mengangguk.

"Datanglah lagi lain kali." Aiman mengerti bahawa itu tandanya Puan Aimi menyuruhnya pulang terlebih dahulu.

"Saya akan datang lagi esok. Saya nak bawa Amirah jumpa mak ayah saya pula. Harap makcik izinkan." Puan Aimi mengangguk. Dia perlu berfikir panjang sebelum membenarkan mereka berkahwin.

Keesokan harinya situasi yang sama terjadi di rumah Aiman. Pak Amin benar-benar tidak boleh menerima bahawa Aiman ingin berkahwin dengan orang kuarang upaya. Tiada perempuan lainkah dalam dunia ni? Setahunya, Aiman sudah ada teman wanita yang berkerja di syarikat hartanah.

Aiman segera mengejar Pak Amin dan meninggalkan Amirah bersama emaknya.

"Ayah! Ayah! Kenapa ayah tak boleh terima je?" soal Aiman termengah-mengah megejar langkah ayahnya yang laju.

"Aiman! Kau ni tak ada otak ke? Kenapa perlu pilih orang yang cacat macam tu? Aku tak nak keturunan aku nanti cacat macam tu juga!" Aiman geram dengan kata-kata ayahnya yang jelas menghina Amirah.

"Ayah jangan nak hina Amirah!" Pak Amin berpaling mengahadap anak ketiganya itu.

"Suka hati kaulah kalau kau anggap aku hina budak tu. Ni semua demi kebaikan keluarga aku. Aiman, kau satu-satunya lelaki dalam keluarga. Harapan ayah tinggi dekat kau!"

"Ayah, maafkan Aiman, tapi Amirah bukannya cacat semulajadi. Dia kemalangan dan masih sedang berubat." Pak Amin menggelengkan kepala. Mana mungkin. Mana mungkin!

Aiman meletakkan tubuh anaknya perlahan di atas katil . Haikal nampaknya terlelap setelah mendengar kisahnya suatu ketika dahulu.

"Kamu rasa budak ni faham ke cerita kamu tu?" soal Puan Aimi yang turut membantu menyelimutkan Haikal.

"Saya rasa dia faham tetapi berpura-pura tidak faham. Mungkin terlalu awal untuk dia menerima semua ini." Puan Aimi mengangguk mengerti.

"Ibu, terima kasih kerana merestui saya dan Amirah dulu" Aiman menyalam tangan ibu mentuanya. Puan Aimi sebak.

"Aiman, ibu dah cakap dulu, cari perempuan lain. Nanti kamu sendiri yang terseksa." Puan Aimi mula menangis.

"Ibu, dalam hati ini, tak pernah sesekali kecewa kerana mengahwini Amirah. Mungkin ini takdir."

1 tahun setelah mereka berkahwin

"Mak, Amirah dah nak bersalin! Macam mana ni?" cemas sekali Aiman menelefon emaknya. Mak Munah terjerit kerana teruja dalam masa yang sma turut risau.

"Mak datang lepas ni! Kau tunggu! Tunggu tau!" tup, dia segera menutup telefon.

Di bahagian ruang kecemasan, semua ahli keluarga sudah berkumpul dan menanti dengan penuh risau. Zakir turut hadir bersama Salman yang merupakan sahabat Amirah dalam sukan petanq indoor. Beberapa anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim tempat Amirah dan Aiman melakukan kerja sukarela turut hadir. Tidak dilupakan Mak Munah, Pak Amin dan Puan Aimi.

Akhirnya penantian mereka selama tiga jam berakhir dengan kehadiran doktor bertugas. Seorang jururawat membawa keluar seorang bayi lelaki yang sihat dan comel.

"Siapa nak pegang dulu?" soal Mak Munah. Pak Amin menghulurkan tangannya untuk mengambil bayi tersebut namun dia tidak jadi untuk mengambilnya.

"Err, kau lebih berhak pegang dulu aku rasa." Pak Amin menyuruh Puan Aimi mendukung bayi tersebut terlebih dahulu. Semua yang ada di situ berasa teruja untuk menyentuh bayi tersebut.

Aiman akhirnya keluar bersama Amirah yang masih lemah di kerusi roda. Mereka akan ke wad untuk berehat.

Aiman merapatkan katil sebelah dengan katil isterinya. Dia turut berbaring di situ.

"Amirah, boleh tak saya tidur kejap? Saya rasa penat sangat." Amirah tersenyum dan mengangguk. Namun hatinya resah. Dia tidak suka Aiman tidur terlebih dahulu.

"Aiman. Saya pun nak tidur. Awak janganlah tidur lagi."

"Ok, saya tak tidur. Ok, cepatlah tidur."

"Dodoikan saya." Tanpa membantah Aiman menepuk paha Amirah agar isterinya itu terlelap dengan mudah. Akhirnya Amirah benar-benar terlelap. Aiman juga tertidur dengan nyenyaknya kerana seharian berkejaran dan menemani Amirah ketika bersalin.

Satu jam kemudian, Amirah mula tidak sedarkan diri. Namun Aiman tidak sedar kerana dia tidur dengan begitu nyenyak. Setelah lima minit berlalu, Amirah mencelikkan matanya. Nampaknya dia masih hidup, duga hati wanita itu. Dia tersenyum melihat wajah tenang suaminya yang terlena. Tiba-tiba lelaki itu mendakapnya. Amirah mula mengalirkan air mata.

Aiman sudah banyak bekorban untuknya. Mana mungkin dia akan lupakan lelaki yang bergelar suaminya itu. Mereka sama-sama menempuh banyak dugaan untuk sampai ke tahap ini. Akhirnya dia dapat membalas jasa suaminya. Semoga Aiman hidup baik-baik sahaja dengan anak mereka yang akan diberikan nama Haikal nanti.

Kelopak matanya semakin berat. Dia cuba menahannya agar tidak tertutup. Entah mengapa dia rasakan bahawa wajah tenang itu tak akan dapat ditatapnya selepas ini lagi. Dia takut kehilangan Aiman. Aiman turut dipeluk. Hanya pagar katil yang memisahkan mereka. Tanpa disedarinya, dia terlelap.

Kali ini dia benar-benar terlelap. Mungkin untuk selama-lamanya. Terima kasih Aiman. Terima kasih Allah kerana memberiku peluang untuk hidup walaupun sebentar dengan seorang lelaki yang begitu baik hati.

"Amirah!" Aiman menjerit. Dia berlari ke luar hospital dan menjerit nama itu sekuat hatinya. Akhirnya dia rebah terduduk. Air matanya mengalir. Amirah sudah tiada. Dia sudah pergi untuk selama-lamanya. Bagaimana dapat dia hidup hanya dengan anaknya yang baru dilahirkan tidak sampai beberapa hari?

"Ayah!" suara itu mengejutkan dia daripada lamunannya. Di sisinya, Haikal sedang tersenyum. Tubuh anaknya itu segera dipeluk erat. Dia enggan melepaskan pelukan anaknya. Dia hanya ingin mendakap hadiah yang diberikan oleh isterinya dengan nyawa.

Amirah meninggal dunia setelah disahkan menghidap penyakit kegagalan fungsi hati semasa mengandung. Ianya tiada kena mengena dengan kekurangan upaya Amirah. Hakikatnya penyakit ini dihidapi satu dalam seribu wanita mengandung seluruh dunia.

Amirah, andai kita tidak pernah berjumpa, adakah awak akan tetap pergi? Soalan tersebut dibiar berlalu dalam benak fikirannya. Dia yakin, ini semua ketentuan ilahi dan dia tidak akan sesekali menyesal kerana berjumpa dengan Amirah.

"Jom, kita pergi jumpa ibu!" Aiman memimpin anaknya. Mereka sama-sama berjalan keluar dari rumah. Bersiap sedia dengan senaskhah surah yasin di tangan. Ya Allah, semoga Amirah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

p/s: inspirasi daripada kisah benar

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: