Bab 7

Aku hanya duduk di hadapan Faaeq yang diam dari tadi. Dah kenapa beku sangat ni?

"Faaeq...kenapa diam ni?"

Dia meraup wajahnya dan duduk di sebelah aku.

"Yusra, aku kena tahu apa yang jadi dalam hidup kau. Sugar daddy? Apa benda semua tu? Aku tahu tu semua tak betul. Kau kemana malam semalam?"

Aik? Bukan main baik lagi intonasi suara dia.

"Kenapa awak nak tahu? Semua tu tak penting pun. Cukup awak tahu yang saya tak buat kerja terkutuk tu."

Satu paket tisu basah diberikan kepada aku.

"Lap tepung dekat muka kau tu dulu."

Aku pun hanya menurut arahan si beku ni. Ketika itu, Faaeq bersuara lagi.

"Yusra, aku kena tahu. Kau pergi mana semalam?"

"Awak tak perlu tahu pun."

"Yusra!"

Terhinjut bahu aku mendengar jerkahan Faaeq. Dia bangun daripada tempat duduknya dan mula mundar-mandir di hadapan aku. Kenapa dia ni?

Dah mundar-mandir, dia duduk di sebelah aku semula.

"Sorry sebab tinggikan suara kat kau. Tapi aku kena tahu. Kau pergi mana semalam?"

Apesal mendesak sangat ni?

"Kenapa nak tahu?"

"Sebab aku tak suka dengar orang cakap hal buruk pasal kau. Kalau kau bagitahu aku hal yang sebenar, boleh aku pecahkan terus muka orang yang tabur fitnah dekat kau tu."

Aku memandang Faaeq.

"Suke bergaduh ke?"

"Tak tapi kalau untuk kau, aku rela."

Faaeq berkata sebegitu sambil matanya tepat memandang mata aku.

Hesy! Dia ni kenapa bergula sangat?

"Okay, fine. Aku cerita."

Faaeq mengubah posisi kedudukannya dan menunjukkan minat yang penuh untuk mendengar semua cerita aku.

"Saya ada 4 beradik, umi dan abi. Umi lumpuh. Abi kerja penoreh getah. Yusuf, adik pertama saya dia tak sambung belajar lepas habis sekolah menengah. Dia terus ganti abi kerja sebagai penoreh getah. Yumna, satu-satunya adik perempuan saya sekarang dah darjah tiga. Yazid pula masih darjah satu. Keluarga saya susah, Faaeq. Saya kena berkerja untuk family. Sebab tu saya selalu balik lewat. Semalam saya lewat sebab bos kedai makan tu cakap nak bayar double. Mana boleh saya tolak. Saya pun kerjalah."

"Dah berapa lama kau kerja kat kedai tu?"

Aku berfikir sejenak.

"Sejak asasi."

"Dan sekarang kau dah tahun kedua akhir degree? Lima tahun kau dah kerja?"

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Okay, nerdy. Listen here. Kerja tu tak salah. Yang jadi salah bila kau overwork. Aku faham kau kerja untuk keluarga. Tapi kau kena fikir kesihatan kau. Kalau kau tak cukup rehat, kau sakit. Pelajaran kau?"

"Hal kerja ni tak pernah ganggu masa study saya. In fact, saya boleh siapkan assignment orang lain and dapat upah lumayan lagi."

Dengan bangganya, aku mengaku.

"What?! Are you mad, Yusra Binti Ahmad?!"

Ah sudah! Naik suara dah...

"Kenapa?"

"Kenapa kau tanya?"

Dia jentik telinga aku.

"Sakitlah!"

"Tahu pun sakit. Kut ye pun nak duit, janganlah buat assignment orang. Bodoh budak tu nanti. Sia-sia je nanti masuk kerja, habuk pun tak leh buat."

"Memanglah manusia tak boleh buat habuk."

Faaeq membulatkan matanya.

"Yusra!"

Faaeq menghela nafasnya.

"Aku nak kau stop ambil upah buat assignment orang."

"Kalau saya stop, duit tak dapat."

"Aku akan buat kutipan derma untuk kau."

Membulat mata aku mendengarkan hal itu.

"Tak payahlah susah-susah. Saya tak suka bila duit yang saya dapat tu daripada simpati orang lain."

"Aku tak rasa susah pun. Kau jangan halang aku. Aku tak kisah kau nak bekerja, tapi bila kau ambil upah buat assignment orang, aku tak boleh terima."

"Faaeq, tolong hormat keputusan saya. Saya tak perlukan duit derma tu. Saya masih boleh kerja dengan kesihatan saya. Okay, saya akan stop buat assignment orang tapi awak pun kena faham yang saya tak nak duit derma tu." 

Faaeq mengeluh berat.

"Okay, fine. Kalau macam tu, aku akan tolong cover kerja malam kau."

"Maksud awak tolong cover kerja malam saya?"

"Kejap lagi ikut aku jumpa ahli perwakilan pelajar yang lain. Lepas tu, baru aku lepaskan kau pergi kerja."

Aku tak faham langsung dengan cadangan Faaeq. Tapi aku hanya setuju asalkan aku boleh kerja malam.

***

"Buatkan pas baru. Aku nak bagi budak nerd ni pelepasan keluar masuk sampai pukul satu pagi. Atas alasan meronda."

Budak nerd dia gelar aku?!

Maghoh ni maghoh!

"Tapi Faaeq, kau okay ke? Tak takut kantoi dengan dean?"

"Pasal dean, nanti aku settle. Budak ni kerja untuk family. Kau nak halang ke?"

Kawan Faaeq menggelengkan kepalanya.

"Lagi satu, buatkan kutipan derma. Rahsiakan nama student, sebab perlukan duit untuk operation mak. Ada student bagi aku surat ni."

Satu surat dihulurkan kepada rakannya itu.

"Okay, bro. Beres."

Siap pelepasan itu dicetak, Faaeq mengambil dan memberikannya pada aku.

"Jom."

Aku hanya mengikut langkah Faaeq.

"Kedai kau kat mana? Aku hantarkan."

Aku terkedu kejap apabila Faaeq mula memanaskan enjin kereta Axia miliknya.

"Eh, takpe. Saya okay. Saya tak nak susahkan awak."

"Jangan banyak soal. Kau dah susahkan aku dah pun. Naik cepat."

Aku hanya menurut kata-kata Faaeq. Tapi bila aku dah masuk, tak nak gerak pulak si Faaeq ni.

Lima minit...

"Ish kau ni! Nak mati free ke? Seatbelt tak reti nak pakai."

Faaeq menarik tali pinggang keledar disebelah aku dan pakaikan untuk aku.

Dup dap! Dup dap!

Ish jantung ni pun!

"Control lah sikit jantung kau tu. Tak sakit ke asyik pam darah laju-laju?"

Podah! Dia dengar ke?! Malunya!

"Kedai kau kat mana?"

"Straight je lepas keluar daripada universiti. Pasti belok kanan dua kali."

Faeeq mula membelah jalan raya. Aku pula merenung ke luar jendela.

Sampai je di kedai...

"Oh? Kau kerja kat sini?"

Aku hanya menganggukkan kepala. Bila aku lihat Faaeq matikan enjin dan buka tali pinggang keledarnya, aku mula bertanya.

"Eh? Awak nak kemana?"

"Aku nak nyanyi."

"Hah?!"

"Aku nak nyanyi. Kat sini tempat aku selalu busking. Apa yang pelik sangat?"

Faaeq keluar daripada perut keretanya. Aku masih bingung.

"Faaeq nyanyi dekat sini? Kenapa aku tak sedar?"

Ketika itu, pintu kereta bahagian aku dibuka.

"Nerdy, kau nak turun tak? Pas sampai pukul satu je."

Aku turun daripada kereta itu dan mula untuk bekerja. Sebelum tu, aku jumpa dengan tauke kedai.

"Bos, sekarang ni saya boleh kerja sampai pukul satu je. Boleh kan?"

"Boleh je. Saya okay je asal kerja awak beres sebelum awak balik."

"Thank you, bos."

Jadi, aku pun cepat-cepat ke belakang dan mula mencuci pinggan.

Selepas satu jam, aku dipanggil untuk mengambil pesanan pula.

Sedang aku mengambil pesanan, aku melihat ke arah Faaeq yang baru sahaja ingin mula menyanyi.

"Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi."

Selepas itu, dia memandang tepat ke arah mataku.

Dup dap! Dup dap!

Ya allah, jantung aku!

"Dik, kami nak order ni."

Lamunan aku terus mati dan fokus aku kepada pelanggan.

***

"Ni bayaran untuk harini."

"Terima kasih, bos."

Selepas menerima bayaran, aku menuju ke arah Faaeq yang sedang menunggu aku di keretanya.

"Jom balik."

Faaeq memandang aku.

"Jom."

Kami masuk ke dalam kereta dan Faaeq mula membelah jalan raya. Ketika itu, aku memikirkan sesuatu.

Aku dah mula sukakan Faaeq. Sejak pertama kali aku dengar nama dia, hati aku dah tertarik. Bila Faaeq selalu tolong aku, lagilah rasa sayang yang ada ni menebal.

Patut ke aku jujur dengan dia?

Kereta diberhentikan di hadapan blok asrama aku.

"Nerdy, dah sampai."

Aku memandang Faaeq.

"Saya sukakan awak."

Jeda sebelum...

Faaeq ketawa sekuat hati.

Apa yang kelakar bila aku luahkan perasaan aku?

"Like seriously, girl? Aku tolong kau sebab aku tak suka tengok orang lain ditindas. Janganlah perasan sangat."

Auch!

Mendengar itu sebagai jawapan, aku rasa sedih dan kecewa.

Kenapalah aku yakin sangat yang dia sukakan hanya sebab cara dia pandang aku masa dia nyanyi lagu tadi?

Wake up, Yusra! Kau tak sepadan dengan Faaeq.

"Abaikan apa yang saya cakap tadi. Saya tersalah cakap. Terima kasih sebab tolong saya."

Aku cepat-cepat nak keluar daripada kereta itu namun segera dihalang oleh Faaeq. Dia mengunci pintu kereta.

"Aip! Tunggu kejap."

"Apa?"

"Esok lepas kau habis buat kerja amal, jumpa aku dekat lobi. Kita jumpa dekan."

Aku menghela nafas berat. Nak bantah, tak boleh. Ikut jelah.

"Okay."

"Good girl!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top