Bab 5
Ketika itu, aku ditolak kuat oleh Gina namun aku tak terjatuh di atas lantai. Suasana kafe tiba-tiba menjadi sunyi sepi.
Eh?
Kenapa aku tak rasa lantai?
Orang ini membantu aku bangun. Aku terkejut dengan gerangan yang membantu aku itu.
This is the real Faaeq Qutzam?
Dia betul-betul datang sebab aku jerit nama dia ke?
"Siapa yang mulakan benda bodoh macam ni?"
Nada suara Faaeq kedengaran dingin. Terlalu dingin.
Dapat aku lihat muka semua pelajar dah tundukkan kepala. Kenapa mereka takut sangat denagn Faaeq?
"Kalau takde sesiapa nak mengaku, aku bawak semua orang ke jabatan disiplin."
Ah sudah! Boleh mampos aku kalau aku pergi ke jabatan disiplin. Kalau biasiswa aku kena tarik macam mana?!
Jadi aku pun...
"Saya yang--"
"Kau diam. Aku tak nak dengar apa-apa daripada kau. Kau tu mangsa. Aku nak pelaku tu mengaku sendiri."
Aik? Macam mana Faaeq tahu yang aku ni mangsa?
Ketika itu, ada seorang pelajar lelaki mendekati Faaeq. Kawannya mungkin. Pakai baju korporat yang sama.
"Ni video pergaduhan tadi, Faaeq."
Faaeq melihat video itu. Dia mengetap rahangnya.
"Kau."
Faaeq mendekati Gina.
"Apa punya desperate sangat jadi perempuan? Kenapa kau cuak sangat bila tahu Chong bercinta dengan Ana? Apa masalah kau?"
Ouh. Jadi nama perempuan tu Ana. Tapi, macam mana Faaeq kenal Ana?
"Chong tu kawan aku. Kau rasa, sebab apa dia pilih Ana? Sebab dia tak bodoh macam kau. Kau ni nak dapatkan Chong sebab nak rasa diri kau tu hebat. Sedar diri kau tu. Layak ke berdamping dengan Chong."
Dang!
Gina dah tayang muka malu habis.
"Korang semua yang ada dekat sini pun. Kenapa tak halang Gina ni pukul Yusra? Sebab Gina ni kaya? Banyak duit? Takut nak tegakkan kebenaran dan biarkan keganasan yang berlaku depan mata? Kalau yang kena pukul tu ahli keluarga sendiri, kalian diamkan je ke? Lain kali, otak ada letak dekat kepala. Bukan alih letak dekat lutut."
Bapak garang Faaeq ni. Mentang-mentang senior tahun akhir.
"Faaeq, kes ni?"
Rakannya bertanya.
"Habis sini jelah. Aku malas nak buat report kes. Tapi..."
Faaeq memandang Gina.
"Kalau kau buat hal lagi, aku sendiri suruh dekan gantung kau belajar dua minggu."
Faaeq berlalu dan mendekati aku.
"Kau, ikut aku."
"Hah? Kenapa?"
Faaeq berdecit.
"Ikut jelah."
"Weh!"
Punyalah nak suruh aku ikut, TUDUNG AKU DITARIK!!!
"Faaeq!"
Pap! Aku berlanggar lagi dengan Faaeq. Sekarang, giliran aku pula berdecit.
"Ish! Awak ni selalu berhenti mengejut. Sakit kepala orang tahu tak?"
Aku mengusap dahi aku. Apa punya keras sangat belakang badan Faaeq ni? Makan besi ke hah?
"Kenapa kau tak lawan je perempuan sengal tu?"
Faaeq memandang aku dengan pandangan yang menggerunkan. Dah kenapa dia ni buat muka bengis macam tu?
"Saya ni bukannya jenis yang menjawab mulut orang."
"Habistu? Kau ni jenis yang senang ke pukul ke apa? Jenis senang kena buli?"
Soalan Faaeq itu membuatkan aku terdiam. Aku tak mampu nak melawan. Aku perlukan duit...
"Yusra, aku tak suka tengok kau mudah sangat dibuli. Aku sangat tak suka tengok orang lain ditindas. Kau sepatutnya lawan mereka yang buat jahat pada kau. Bukannya diam, berdiri tegak macam tiang lampu."
Ish!
"Mana ada saya berdiri tegak macam tiang lampu. Saya melawan kan tadi."
"Menjawab."
Kepala aku dijentik.
"Sakitlah!"
Mentang-mentanglah aku ni pendek. Senang-senang je dia nak jentik atas kepala aku.
Sesudah itu, dia menundukkan sedikit badannya supaya ketinggian kami sama. Dia memandang tepat ke dalam mataku.
"Mulai sekarang, apa-apa kesusahan yang kau lalui, aku nak kau jerit nama aku. Paham, nerdy?"
Dup dap! Dup dap!
Giler laju jantung aku!
"Sounds like someone just finish the marathon."
Faaeq tersenyum senget atau lebih tepat... Smirk!
WHAT?!
DIA DENGAR DEGUPAN JANTUNG AKU?!
MALUNYAAAAAAA!!!!!
"Whatever. Apa-apa pun, terima kasih sebab tolong saya. Oh ya, satu lagi. Kenapa semua orang takut sangat dengan awak?"
Faaeq tertawa kecil.
"Like seriously? Kau tak tahu aku ni siapa? Duduk dalam gua ke?"
Aku menggelengkan kepala.
"Don't you see, specky?"
Dia menghalakan jarinya pada logo di bajunya. Aku pun dengan lurusnya baca kuat-kuat.
"MPM Disiplin."
Aku menekup mulut.
"Awak perwakilan mahasiswa bahagian disiplin?!"
Faaeq menganggukkan kepalanya.
"Yes and aku juga yang tulis report jenayah dalam kampus ni. Jadi, make sure aku takkan jumpa nama kau. Kalau tak, nahas kau aku kerjakan."
Dah kenapa?
"Okaylah. Aku pergi dulu. Apa-apa, jerit je nama aku, okay? Bye, nerdy."
Dia menurukan kaca mata aku sedikit seperti nenek tua dan dia berlalu.
Hrm...
Faaeq Qutzam.
Kenapa dia terlalu baik dengan aku?
***
Sedang aku mencuci pinggan mangkuk, tauke kedai datang kepada aku.
"Yusra, malam ni kerja sampai pukul tiga boleh?"
Alamak! Harini kan hujung minggu. Nak balik lewat pun, aku rasa...
"Saya bayar double."
Double?!
"Okay, bos."
Aku pun sambunglah cuci pinggan. Lepas dah siap, aku lap meja, ambil pesanan makanan, mop lantai dan berulang lah sampai pukul dua setengah pagi. Kedai yang aku bekerja ni, kedai western dan ada tempat karaoke lagi. Memang ramailah orang lepak sampai pagi buta.
Tepat pukul tiga, kedai ditutup. Dah siap-siap kemas, tauke kedai panggil aku.
"Ni bayarannya. Terima kasih untuk harini, Yusra."
"Sama-sama bos. Saya balik dulu."
Aku pun balik ke asrama.
Haiyak!
Bila aku mendarat je...
"Yusra binti Ahmad!"
Mampos!
Kali ni sumpah mati!
Bukan setakat mampos, tapi boleh tamat riwayat aku sebelum puasa lagi 4 hari.
Aku memalingkan badan aku menghadap suara itu.
Warden!
"Anything to explain, cik Yusra binti Ahmad?"
Adumak! Yang warden aku ni duk ulang nama panjang aku buat banyak kali untuk apa? Tahulah nama aku ni mudah nak hafal tapi tak payahlah ulang banyak kali.
"Yusra binti Ahmad! Saya tanya ni!"
Mampos!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top