Bab 4
[FLASHBACK]
Masa form 5...
Aku dan Lisa baru sahaja pulang daripada kelas tambahan petang. Masa ni, kami dah tahun terakhir persekolahan. Lisa cakap dia teringin nak ajak aku ke rumah dia. Jadi, sebulan sebelum SPM, aku pun ikut Lisa balik rumah.
Masuk je dalam rumah agam Lisa...
"Lalisa Manuban!"
Satu suara tua bergema di rumah itu. Kuat betul.
Ouh ye. Lisa ni keturunan thailand islam. Tu yang nama dia pelik semacam.
Dengar je suara orang tua tu, kami berdua berdiri tegak. Takut siut!
Orang tua itu berjalan mendekati kami berdua.
"Siapa ni? Kan aku dah cakap jangan bawak balik mana-mana orang yang terkutuk!"
Pergh! Orang terkutuk dia gelar aku?
"Tok Bah ni suka-suka je gelar orang. Dia ni kawan Lisa. Suka hati Lisalah."
Pang!
Kepala Lisa terteleng sekali mengikut arah tamparan itu. Terkejut aku dibuatnya. Sudahlah baru pertama kali datang ke sini, macam ni adegan yang diterima?
"Tok Bah ni! Berapa kali Lisa kena cakap dengan tok bah? Jangan kacau hidup Lisa lah!"
Suara Lisa mula memetir dan bergema satu rumah. Aku jadi takut. Tak pernah-pernah aku tengok adegan macam ni depan mata. Biasanya dalam drama je.
"Kenapa kau ni degil sangat? Nak malukan aku ke?!"
"Malu apanya?! Apa yang hina sangat nak kawan dengan orang biasa?!"
"Sebab mereka tu golongan terkutuk! Sebab tu aku tak suka ada orang jijik macam ni ada dalam rumah aku!"
Dang!
Aku rasa macam kena tampar.
Golongan terkutuk?
Orang jijik?
Hina sangat ke aku ni?
Lagi satu, Lisa dengan atuk dia ni memang suka menjerit ke? Pekak telinga aku dengar mereka berbalah.
"Lisa, takpelah. Atuk kau tak suka aku ada dekat sini. Kita jumpa dekat sekolah."
"Tak! Aku nak bawak kau pusing satu rumah sebab aku bosan hidup dalam rumah ni bercakap dengan dinding macam orang bodoh."
Lisa memegang tangan aku.
"Tok Bah jangan masuk campur lagi dalam urusan Lisa. When i said no, its mean a big no!"
Lisa menarik aku untuk mengikut langkahnya masuk ke biliknya.
Tapi...
"Kau cabar aku kan?!"
Tangan Lisa pula yang ditarik dan dia diheret masuk ke dalam satu bilik. Lisa lepaskan pegangan tangan aku.
"Yusra! Tolong aku!"
"Lisa!"
Pintu dikunci. Aku mengetuk pintu itu berulang kali.
"Bukaklah pintu ni, pakcik tua!"
Sedang aku mengetuk pintu itu berkali-kali, aku terdengar...
"Sakitlah, tok bah! Sakit!"
Lisa meraung kesakitan dari dalam bilik itu.
"Aku dah cakap aku tak suka kau berkawan dengan orang jijik macam tu"
Pang!
"Sakit!"
Aku hanya mendengar Lisa menjerit meminta tolong kerana dirotan oleh atuknya.
Kenapa atuk Lisa begitu kejam? Apa salah Lisa?
Ketika itu, aku dihampiri seseorang.
"Cik, sila balik kalau tak nak keruhkan keadaan," kata lelaki yang memakai sut hitam itu yang merupakan pengawal peribadi Lisa.
Aku tidak membantah sebaliknya hanya menurut sahaja kata-kata lelaki itu. Aku pulang dengan hati yang rasa bersalah dan tidak tenang.
***
Tok! Tok!
"Kakak, jom makan."
Lamunan aku mati apabila aku terdengar suara abi. Pintu dibuka. Aku menuju ke dapur. Adik-beradik aku semua dah teruja nak makan ayam golek yang jiran bagi tadi.
Aku duduk disebelah adik aku yang baru sahaja di usia tujuh tahun. Adik bongsu.
Aku ada tiga orang adik. Yusuf, Yumna dan Yazid.
Yusuf beza setahun dengan aku. Beza umur Yumna dengan aku pulak 14 tahun. Si Yazid paling jauh. 16 tahun beza dengan aku. Aku pun tak tahu kenapa jauh sangat jarak umur kami. Umi dengan abi kawin awal, dapat aku dengan Yusuf. Lepastu barulah keluarnya dua budak kecik ni. Rezeki kan orang kata. Allah nak bagi anak kecil dan adik pada keluarga ni.
Sedang Yumna cedokkan nasi ke dalam setiap pinggan kami, Yazid mula merengek.
"Air putih je? Adik nak air sejuk."
Aduh budak ni! Banyak complain pulak! Tak padan dengan setahun umur.
"Adik, kita kena minum air putih. Barulah badan sihat."
"Tak nak! Nak air sejuk! Nak air sirap!"
Aku mengeluh dengan sikap adik aku ni.
"Takpe. Abi belikan."
Aku memandang abi.
"Abi, duit yang ada sekarang tak cukup untuk kita berbelanja sesuka hati."
"Tapi kesian kat adik kamu tu. Takpe. Abi pergi beli kejap."
Abi bangun dan keluar menaiki motor yang sudah hampir nazak itu.
Dengar remeh kan?
Air sirap.
Tapi hakikat keluarga aku ni, susah kami nak rasa mewah. Rumah ni pun mujur saja pemberian arwah atuk. Kalau tidak, merempatlah kami. Makanan harian pun nasi putih, kicap, telur goreng. Kalau ada rezeki lebih, belilah sayur untuk adik-adik aku makan.
Umi lumpuh sepenuhnya selepas kemalangan motor setahun lalu. Umi hanya habiskan di atas katil dan kerusi roda. Abi pula penoreh getah. Tapi disebabkan usia abi dah tua dan abi ada sakit lelah masa ni, aku tak bagi abi bekerja. Jadi, kalau abi perlu menoreh, aku atau Yusuf akan bergilir. Aku dengan Yusuf ni dah tak lama nak habis sekolah. Jadi, okaylah.
Abi pulang selepas membeli air sirap Yazid. Aduilah! Macam mana aku nak didik Yazid bagi dia faham yang keluarga kita ni bukan senang macam orang lain.
"Ni air untuk adik."
"Yeay!"
Seronok betul Yazid. Aku letakkan air sirap itu di dalam jag. Air sirap tu tak banyak pun. Sedang kami makan malam bersama, aku sedarkan sesuatu.
"Yusuf, kenapa tenung cawan adik macam tu?"
Yusuf cepat-cepat alihkan pandangannya pada pinggan kembali. Masa tu, aku perasan yang Yumna pun duk tenung cawan Yazid.
Hrm...
Aku rasa aku tahu kenapa.
"Nak air sirap jugak ke? Kenapa tak cakap?"
Aku mengambil cawan dan tuangkan air itu kepada mereka.
"Eh, kak. Takpelah. Tu kan air adik," kata Yusuf.
"Haah, kak. Yumna okay je."
Aku tersenyum dengan balasan mereka berdua.
Haihlah adik-adik aku ni.
"Takpe. Harini, Yusuf dengan Yumna boleh minum air sejuk. Tumpang rezeki adik."
Ketika itu, Yusuf memberikan cawannya pada aku.
"Kakak kongsi dengan abi. Yusuf kongsi dengan Yumna."
Aku tersenyum apabila Yusuf boleh berkorban sebegitu.
"Terima kasih Yusuf, Yumna."
Aku lega sebab Yumna lebih matang daripada budak-budak seusianya. Yumna yang baru sahaja tiga tahun sangat toleransi dengan Yazid sedangkan Yumna pun ada hak untuk mendapatkan perhatian seperti Yazid. Yusuf pun. Mujurlah mereka faham akan keadaan keluarga kami.
Sedang aku makan, aku teringatkan Lisa.
Haihlah! Macam manalah Lisa sekarang? Aku risaukan dia. Aku kena tengok dia!
Jadi, lepas makan malam dan siap mengemas, aku pun ke rumah jiran aku.
"Assalamualaikum."
Pintu dibuka.
"Waalaikumusalam. Yusra? Kenapa datang rumah aunty malam-malam ni?"
Aku tersenyum manis pada jiran aku ni.
"Saya nak tanya. Aunty ada kotak ubat tak?"
"Kotak ubat? First aid kit?"
Laju saja aku anggukkan kepala.
"Kejap."
Jiran aku masuk ke dalam dan mengeluarkan kotak first aid kit itu.
"Nah."
"Terima kasih, aunty."
"Sama-sama. Siapa yang sakit?"
"Kawan saya. Nak pergi lawat dia kejap."
"Okaylah kalau macam tu. Jangan balik lewat sangat."
"Okay, aunty."
Pintu ditutup. Aku pun segera ke rumah Lisa selepas mendapat izin daripada abi.
Sampai saja di kawasan rumah Lisa...
Aku cuba untuk berhati-hati. Risau juga kalau aku kena tangkap ke apa. Mujurlah bilik Lisabtingkat bawah, takdalah aku kena panjat pokok ni.
Langsir di bilik Lisa sedikit terbuka. Dapat aku lihat Lisa hanya menangis di kamarnya itu sambil berbaring.
Hrm...
Aku kesiankan dia.
Aku mengetuk tingkap bilik Lisa perlahan-lahan. Mujurlah Lisa perasan.
"Kau buat apa dekat sini?"
Aku tersengih kambing dengan soalan Lisa.
"Aku nak sapukan ubat kat kau."
Aku mengambil tangan Lisa yang dirotan tadi. Berbirat sikit. Aku keluarkan minyak sapu dan diletakkan di atas kesan rotan itu.
"Sakit..."
"Tahanlah sikit. Kalau biarkan macam ni, tak elok. Kena sapu ubat untuk cepat hilang."
Aku sapu dengan pantas. Aku tak boleh berlama di sini. Siap saja sapu ubat...
"Lisa, mulai saat ni, kita bukan lagi kawan. Kau tak perlu kisahkan hidup aku atau bantu aku. Aku boleh bekerja untuk keluarga aku sendiri."
Tak sempat aku nak pergi, Lisa menahan aku.
"Yusra. Kau cakap apa ni? Kau nak putuskan hubungan persahabatan kita ke?"
"Lisa, aku tak boleh tengok kau kena rotan macam tadi. Atuk kau tak suka kau berkawan dengan aku, kan? Jadi, jangan berkawan dengan orang terkutuk macam aku ni. Kau kena kawan dengan orang yang setaraf dengan kau. Aku akan doakan kau selalu. Terima kasih untuk semua bantuan kau pada aku dan family aku."
Aku pun berlalu daripada situ tinggalkan Lisa yang masih lagi terpinga-pinga. Aku bukan saja-saja nak putuskan hubungan persahabatan aku dengan Lisa tapi aku tak sanggup nak tengok Lisa kena rotan macam petang tadi. Jadi, lebih baik aku yang berundur sebelum keadaan semakin keruh.
***
Aku lihat Lisa dengan geng kayangan sedang makan di meja seberang. Muka Lisa tak gembira dan dia tak pernah gembira bila bersama mereka.
Hrm...
Dia terasa ke dengan syarat yang aku bagi?
Syaratnya adalah aku dengan dia tak boleh bersikap macam dah lama kenal di tempat umum. Sebab tu yang dia masih berjalan dengan geng kayangan tu.
Pelik kan? Nak berkawan pun kena sorok-sorok. Macam bercinta pulak...
Hesy!
Aku dengan Lisa straight okay!
Sedang aku makan roti bungkus dengan air kotak, seseorang menegur aku.
"Yusra!"
Dia tiba-tiba memeluk aku.
"Thank you!"
"Hah?"
Aku buntu dengan sikap perempuan ni. Dah kenapa?
"Chong terima aku!"
Membulat aku mendengarkan hal itu. Kalau nak tahu, dia ni perempuan yang minta aku tuliskan surat cinta tu.
Tapi, aku tak sangka yang dia suka tu Chong.
Mamat cina kacukan melayu tu!
Paling famous dekat universiti ni!
Matilah nak!
Mati!
"Kau ada bagi tahu orang lain tak pasal Chong dah terima kau sebab surat yang aku tulis tu?"
"Aku dah bagitahu satu fakulti aku!"
Mampos!
Aku cepat-cepat kemaskan barang-barang aku tapi...
"Woi perempuan!"
Ah masak!
Gina, geng kayangan Lisa tu dah keluarkan suara jantannya.
"Betul ke? Kau yang tuliskan surat cinta untuk minah sengal ni bagi pada Chong?"
Aku rasa suara aku dah hilang.
"Jawablah perempuan!"
Aku ditolak sehingga aku terjatuh di atas lantai. Lisa cuba nak tolong aku namun aku melarangnya dengan pandangan mata. Aku tak nak Lisa kena masalah. Jadi, dia hanya menjadi penonton.
"Hey! Kau ni kenapa nak tolak-tolak dia?"
Perempuan tu cuba nak tolong aku tapi dia sedar tak yang dia boleh mati dengan Gina ni?
"Kau tu tak layak untuk Chong!"
Belum sempat Gina nak angkat tangan pada perempuan tu, aku cepat-cepat bangun dan aku yang ditampar.
Pang!
Bapak sakit! Abi dengan umi pun tak pernah tampar aku!
"Padan muka kau! Kenapa bila aku minta tolong kau untuk tuliskan surat untuk Chong, kau tak terima? Tapi kalau si sengal ni minta, kau tolong pulak. Dia bayar kau berapa? Lebih daripada aku ke?"
Aku memandang Gina.
"Aku tak tahu pun yang dia nak bagi Chong."
"Alasan bodoh!"
Dan serta merta, tercetuslah adegan gusti di situ. Orang-orang dekat kafe hanya memandang je. Ish! Mereka tak nak tolong aku ke? Dah teruk aku kena bahan kat sini.
Tudung aku ditarik, muka aku ditampar. Masalahnya, kenapa aku? Aku tukang tulis surat je!
Huwaaaaaa siapa nak tolong aku ni???
Ketika itu, aku teringatkan sesuatu.
"Lain kali kalau dalam kesusahan, just shout my name and aku akan muncul."
Jadi, dalam perbalahan itu, aku pun...
"Faaeq!!!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top