Bab 3
"Stop!"
Aku memandang ke arah suara itu.
"Kau siapa nak angkat tangan pada dia?"
Aku berada di belakang lelaki itu. Tinggi betul.
"You kenapa nak bela dia? Siapa dia untuk you?"
Dia memegang pergelangan tangan aku. Mujurlah aku pakai lengan panjang.
"Dia, aku punya. Kalau kau nak hidup lama, jangan kacau dia."
What the heck???
Dia menarik aku keluar daripada kafe itu. Laju betullah mamat ni berjalan. Mengah aku nak kejar.
"Stop!"
Lelaki itu memberhentikan langkahnya. Aku berlanggar dengar belakang badannya.
"Aduh!"
Dengan segera, lelaki itu berpaling kepada aku dan memegang kepala aku.
"Are you okay? Did i hurt you?"
Lelaki ini melihat dahi aku. Cantiknya parut pada kening dia. Kening dia hitam lebat. Muka pun handsome.
Eh! Apa benda aku ni?
Aku cepat-cepat menjarakkan diri. Lelaki itu tersenyum manis.
"Malu ke?"
Eh?
"Mana ada. By the way, thanks."
"My pleasure."
Aku kena tahu nama dia. Lelaki ni dah selamatkan aku daripada Lily tadi.
"Nama awak?"
"Faaeq Qutzam."
Terbelalak mata aku mendengar nama dia. Jadi, inilah Faaeq! Nama yang dah berjaya curi hati aku.
"Macam mana nak eja nama awak?"
"F. A. A. E. Q."
Faaeq. Cantik nama tu.
"And your name, beautiful?"
What on earth?! Dia panggil aku beautiful?
"Yusra."
Faaeq mengukir senyuman manis.
"Cantik nama tu. Macam tuannya. By the way, kau ni student kelas Prof Jane kan?"
Wait, what? Dia tahu aku dalam kelas Prof Jane?
"Haah. Macam mana awak tahu?"
"Well, i dont think i could'nt forget the girl who said she want to be like Pendeta Za'ba."
Heh! Dia ingat aku sebab tu. Kena balas ni!
"Samalah dengan saya. Mana mungkin saya lupa dengan lelaki yang cakap dia nak jadi macam Shakespere."
Faaeq tertawa kecil.
"Ouh. So, kau tahulah aku ni pun student kelas Prof Jane. Tapi kenapa kau tanya nama aku?"
"Masa pengenalan diri tu, awak kan duduk depan. Saya tak nampak muka but i know your name. Terlalu cantik."
"Well, my parents yang bagi nama tu. Cantik kan?"
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Nice to meet you, pretty. Kau baik sangat sebab tulah ramai yang pijak kepala kau. Lain kali kalau dalam kesusahan, just shout my name and aku akan muncul."
Faaeq menghadiahkan aku satu kenyitan mata.
Auch! Handsome sangat mamat ni!
"Jerita nama awak dan awak akan muncul?"
Faaeq menganggukkan kepalanya.
"Yes. Kalau nak tahu menjadi ke tak, you can try. Erm, aku pergi dulu. Bye, nerdy."
Faaeq berlalu meninggalkan aku.
Dia panggil aku nerdy?
Hrm...
Nerd sangat ke aku ni?
Haih!
Gila tak nerd.
Orang suruh buat itu, aku buat. Orang suruh buat ini, aku buat. Tak pernah aku cakap tak. Biarpun aku kena buli, tak pernah aku melawan.
Lurus tu kalah pembaris!
Tak lupa juga pada kaca mata aku yang bulat ini.
Aku mengeluh berat.
"Terima jelah, Yusra. Ini memang hidup kau. Buatlah apa yang dorang nak asalkan dorang bayar kau."
Aku cuba menyedapkan hati aku sendiri. Sekurang-kurangnya, mereka semua bayar aku.
***
Aku mendarat dengan yakinnya. Mujur saja warden tak ronda time-time macam ni.
"Yusra binti Ahmad."
Aduh! Kantoi lagi!
Aku memalingkan badan aku menghadap suara itu.
"Kalau sebelum ni pukul 2 pagi, sekarang ni empat setengah pagi baru nak masuk asrama? Apa nak jadi dengan kamu ni, Yusra?"
Aku hanya memejamkan mata apabila Pak din mula bersyarah.
"Alah, Pak Din. Bukan selalu. Ni baru kali kedua saya balik pukul empat lebih. Kasi can lah, Pak Din."
Aku tayang muka kambing untuk meminta simpati Pak Din.
"Kau ni kan, Yusra. Tak habis-habis dengan sikap kau yang satu ini. Bila kau nak cakap pada warden yang kau perlukan bantuan?"
Aku garu kepala aku yang dibaluti tudung sarung warna hitam.
"Pak Din, saya kuat lagi. Lagipun, hal ni bukan ganggu pointer belajar saya."
"Huh! Tulah alasannya. Memanglah tak ganggu pointer belajar kau tapi ni bukan gaya hidup yang sihat untuk seorang student universiti macam kau."
Hrm, dah gaya abi membebel ni.
"Saya tinggal satu semester lagi, Pak Din. Jangan risau okay? Saya okay."
"Suka hati kaulah. Erm, ni. Bantuan dari keluarga Pak Din."
Satu sampul surat dihulurkan kepada aku
"Eh takpe, Pak Din! Saya okay."
Pak Din tak kisahkan apa yang aku cakap dan masukkan sampul surat itu ke dalam beg aku.
"Jangan banyak soal. Guna duit tu untuk belanja makan. Jangan ingat aku tak tahu yang kau makan roti bungkus kosong je hari-hari."
"Tapi, Pak Din..."
Pak Din meninggalkan aku sendirian. Haihlah! Degil betul Pak Din ni!
Aku pun masuk ke dalam bilik aku. Badan aku dihempap di atas katil.
Ya allah, penatnya harini.
Aku memejamkan mata aku kejap sebelum melihat jam tanganku.
4.50 pagi.
Hrm, subuh pukul enam. Aku solat malam kejaplah.
Jadi, aku pun mengambil tuala aku dan mandi. Segar sikit nak solat kan.
Selesai membersihkan diri, aku menunaikan solat hajat dua rakaat dan membaca beberapa helai mukasurat al-quran.
Habis sahaja membaca al-quran, aku mengangkat tangan aku sekali lagi untuk meminta kepada pencipta aku.
"Ya allah, engkau ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa adik beradikku, dosa sahabat-sahabatku, dosa guru-guruku dan dosa seluruh umat islam yang masih hidup di atas muka bumi ini mahupun mereka yang sudah pergi meninggalkan dunia ya rabb. Ya rahman, engkau permudahkanlah urusanku. Lancarkanlah urusanku untuk membantu keluargaku yang sekarang sedang dalam kesusahan. Ya allah, berikanlah umi dan abi kekuatan dalam menjalani semua ini. Berikanlah aku dan adik-beradikku kekuatan untuk mengharungi semua ini. Kami yakin bahawa engkau memilih kami untuk berada dalam situasi ini kerana kami mampu. Oleh itu ya rahim, engkau teguhkanlah hati kami supaya selalu ingat kepada-Mu. Aamiin ya rabbal alamin."
***
Selepas solat subuh, aku menelefon abi.
"Assalamualaikum, abi."
"Waalaikumusalam. Anak abi sihat?"
Aku hanya tersenyum dengan soalan abi.
"Kakak sihat jelah. Abi dengan umi tu. Makan ubat tak? Jaga makan tak?"
"Ya, kami okay. Kakak bila nak balik? Minggu depan dah mula puasa. Tak nak awal puasa dekat rumah ke?"
Aduh! Soalan abi ni macam tak bagi aku pilih jawapan lain.
"Erm, nanti kakak bagitahu abi semula. Kakak tengah busy assignment sekarang ni."
"Takpelah kalau macam tu. Kalau kakak nak balik, bagitahu abi. Abi nak sewa kereta siap-siap."
"Eh, abi. Tak payahlah sewa kereta bagai. Kakak boleh balik naik bas. Abi kan tak sihat."
Aku risaukan kesihatan abi. Sudahlah tidak berapa sihat, nak bawa kereta jauh-jauh pula. Oh tidak! Aku lebih rela beraya dekat kampus daripada aku susahkan abi macam ni.
"Maaf sebab abi tak sempurna macam ayah orang lain."
Ah sudah!
"Abi...bukan tu maksud kakak. Kakak tak nak susahkan abi je. Abi perlukan rehat. Abi jangan risau, kakak okay. Minggu depan kakak balik. So, awal puasa boleh dekat rumah."
"Okaylah kalau macam tu. Jumpa kakak minggu depan. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
Panggilan dimatikan.
Haih!
Umi dan abi adalah ibu bapa yang terbaik dan takkan pernah diganti. Memanglah umi dan abi tidak mempunyai kudrat seperti orang lain, tapi itu tak jadi penyebab kasih sayang aku pada mereka berkurangan.
Aku kena kuat. Untuk umi, abi dan adik-adik.
***
Sedang aku makan nasi putih dengan lauk ayam merah di kafe, Lisa datang menegur aku.
"Yusra!"
Ishlah! Nak apa lagi? Report dia kan aku dah bagi.
Lisa duduk di hadapan aku.
"Yusra, aku ada berita best nak bagitahu kau ni!"
Happy bebenor muka si Lisa ni.
"Kenapa?"
"Report aku is the best report in the class! Thanks tau weh! Kalau bukan sebab kau, aku takkan dapat semua tu."
Aku tersenyum apabila mendengarkan hal itu. Aku tumpang senang dengan berita gembira ini. Aku dibayar untuk segala hal yang aku buat sebab tu aku akan berikan yang terbaik.
"Alhamdulillah. Syukurlah kalau macam tu."
Ketika itu, Lisa mengeluarkan satu sampul berwarna coklat.
"Ni duit hadiah. Anggap je ni tanda terima kasih aku sebab kau dah tolong aku."
Sampul itu dihulurkan kepada aku namun laju aku menolak.
"Eh takpe, Lisa! Aku okay. Kan kau dah bayar aku."
"Ish! Tu duit upah kau berfikir, menulis report tu. Ni hadiah sebab kau dah buat yang terbaik. Ambiklah. Aku tak terima kalau kau tolak."
Lisa tetap memaksa aku. Jadi, aku pun ambil jelah. Sampul itu aku buka.
"Lisa! Se...seribu?!"
Lisa hanya menganggukkan kepalanya.
"Weh bapak banyak! Aku rasa tak layak pun kau bagi hadiah macam ni."
"Apa yang tak layaknya? Kau dah banyak tolong akulah, Yusra. So, anggap je tu duit belanja raya kau nanti. Boleh kau belikan baju raya baru untuk adik-adik kau."
"Kau bukan buat semua ni sebab kau simpati dekat aku kan?"
"Taklah. Aku buat semua ni sebab kau dah banyak tolong aku. Yusra, aku ajak kau untuk kita terus macam dulu kau tak nak. Aku ni tak jahat sangat tau sampai lupa kawan aku. Aku dah kata kat kau yang aku nak kita kawan macam dulu semula. Lagi pula, sekarang ni aku dah tak nak satu geng dengan dorang. Dahlah boring, tak best. Tahu nak borak pasal fesyen je. Naik kembang tekak aku."
Lisa memegang tangan aku.
"Kita kawan macam dulu, eh?"
Aku memandang Lisa. Aku kasihan terhadapnya.
Kenapa Lisa perlu meminta-minta untuk berkawan dengan aku? Apa yang ada pada aku sehinggakan dia begitu sayangkan persahabatan kami yang pernah terlerai suatu ketika dahulu?
"Lisa, aku bukan tak nak kita macam dulu tapi kau tahu kan atuk kau macam mana. Aku tak nak kau kena masalah kalau atuk kau tahu pasal kita. Pada dia, aku ni hanyalah orang terkutuk yang tak layak bergaul dengan cucu dia."
"Dan pada aku, kau adalah sahabat aku yang selalu ada dengan aku waktu aku susah. Masa aku senang, kau lari. Masa aku susah, baru kau datang. Kau selalu tolong aku, Yusra. Takkanlah kau rela persahabatan kita ni terlerai macam tu je?"
Tak.
Aku tak rela!
Tapi...
"Lisa, aku tak nak atuk kau marah."
"Yusra, aku nak kita jadi macam dulu semula. Please..."
Aku tak mampu nak tolak permintaan Lisa sebab aku juga inginkan hal yang sama. Lisa adalah sahabat aku sejak aku sekolah rendah. Tak mungkin aku rela untuk putuskan hubungan persahabatan ini.
"Okay, Lisa. Kita boleh jadi macam dulu tapi dengan satu syarat."
Wajah Lisa dah bertukar gembira.
"Apa dia?"
Aku tak nak perkara sebelum ni berulang jadi, aku sanggup ambil risiko ni untuk Lisa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top