Bab 20

"Alhamdulillah! Semuanya dah selesai."

Kami semua keluar daripada masjid. Syukurlah semuanya berjalan lancar. Mujur tok imam ada, borang nikah semua dah siap nak main redah je kawin. Yusuf pun tergagap-gagap jugak tadi nak jadi wali aku. Kami bernikah harini dan semuanya sebab Faaeq!

Dia cakap aku nampak cantik sangat apabila memakai baju kurung kepunyaan umi yang serba putih ini. Tu yang dia ajak aku kawin terus. Sengal betul.

"Faaeq, jaga Yusra elok-elok. Ayah tak nak anak perempuan ayah ni sedih sebab Faaeq."

Faaeq merangkul pinggang aku secara tiba-tiba.

Mak aih! Makin berani eh.

"Baik, ayah. Faaeq janji Faaeq akan jaga Yusra macam Faaeq jaga nyawa Faaeq."

"Malam ni nak tidur kat mana? Bilik pengantin mana siap lagi kat rumah tu."

Ibu mula bertanya. Mujurlah tekak aku okay nak sebut ibu dan ayah.

"Faaeq nak bawak lari Yusra boleh?"

"Hah?! Awak nak bawak saya lari? Nak jual saya ke?"

Mereka semua tertawa mendengar respons aku itu. Apa yang kelakar sangat ni?

"Bukan lari tulah, Yusra. Abang Faaeq nak bawak kau pergi special place lah tu."

Ana dah buat muka mengusik.

"Pandai adik abang ni. Bagus."

Faaeq memandang aku kejap sebelum dia memandang ibu dan ayah.

"Boleh kan ibu, ayah? Faaeq tinggal adik-adik Yusra dengan ibu ayah."

"Bolehlah. Apa yang tak bolehnya."

"Yes!"

Faaeq bersorak perlahan. Suka bebenor nampak.

"Jomlah kita balik. Tapi Faaeq dengan Yusra kereta lain okay?"

Faaeq memegang tangan aku.

"Jom!"

Aku hanya mengikut langkah Faaeq.

"Get in, my cute nerdy."

Aku pun masuklah ke dalam kereta. Faaeq juga masuk selepas itu dan terus bertepuk tangan.

Dah kenapa mamat ni?

"Sayang! I cant believe yang kita dah kawin! You're mine now!"

Faaeq memegang tangan aku sebelum dia kucup berkali-kali.

Dia ni kena sampuk setan mana? Mentang-mentanglah setan baru je dilepaskan, boleh pulak dia buat perangai.

Siap panggil aku sayang, cium tangan aku. Aku ni segan lagi tahu tak!

"Awak ni. Malulah saya."

"Nak malu apa? Kita husband and wife dah. Tak happy ke?"

Faaeq memandang aku dengan matanya yang bersinar. Suka betul dah jadi suami aku ni.

"Mestilah saya happy. Tapi saya tetaplah malu. Pemilik nama yang dah berjaya ada tempat dalam hati saya dah jadi milik saya sepenuhnya. Orang gila je tak happy."

"Thank you sayang sebab setuju dengan cadangan gila abang ni. Abang janji yang abang akan jaga sayang sepenuh nyawa abang."

Abang?

Faaeq bahasskan diri dia sebagai abang?

"Abang?"

"Yes! From now on, sayang kena panggil saya, abang. Barulah nampak sweet gitu. Boleh kan, nerdy kesayanganku?"

Dagu aku dicuit. Haihlah, Faaeq. Macam ni ke perangai awak sebenarnya?

Terlalu manja!

***

"Payahnya. Bosan aku nak menghadap tesis."

Pen aku hentak dengan kuat.

"Huh!"

Practical aku digantikan dengan penulisan tesis. Ya allah! Aku paling malas nak tulis tesis walaupun aku ni budak sastera.

"Sayang? Kenapa ni? Dari luar abang dengar sayang mengeluh."

"Ni ha! Penatlah buat tesis! Berhenti belajar jelah senang."

Faaeq melihat buku-buku yang ada di atas meja aku sebelum berkata...

"Ceh! Dulu buat assignment orang lain boleh pulak. Macam-macam course tibai buat laporan. Sekarang ni nak buat kerja sendiri bukan main malas. Dasar nerd!"

What? Dia ungkit kisah lama pulak dah.

"Abang ni! Tak membantu langsung!"

Aku nak keluar daripada bilik namun sempat dihalang oleh Faaeq. Dia menarik aku untuk duduk di atas ribanya. Kemudian, dia memeluk pinggang aku.

"Tak payah nak peluklah. Dah lah buat orang sakit hati. Kalau tolong, takpelah jugak."

Aku terdengar Faaeq ketawa.

"Gelak apa? Kelakar ke? Mentang-mentanglah dia dah grad, dah jadi bos dekat syarikat nenek, gelakkan kita pulak."

"Kenapa nerdy kesayangan abang ni garang sangat? Datang bulan ke?"

"Ish dia ni! Bergurau pulak. Orang seriuslah."

Geram je aku nak ganyang si Faaeq ni. Mujur suami.

"Sayang, abang gurau jelah. Lagipun, betul apa yang abang cakap. Sayang dah pernah buat macam-macam jenis course laporan kat universiti dulu. Setakat tesis tiga puluh mukasurat, apalah sangat. Kan?

Faaeq mencium bahu aku kejap.

"Bertahan sikit lagi okay, nerdy? Tak lama dah sayang nak habis belajar. Takkan nak berhenti belajar sebab kena buat tesis je? Nampak mengarutlah kat situ. Lepas ni, abang teman sayang buat tesis. Okay?"

Aku memandang Faaeq. Mencari kepastian yang dia nak teman aku buat thesis.

"Betul ni? Abang teman saya?"

"Of course lah."

Aku memeluk Faaeq.

"Thank you, cik abangku!"

"Your welcome, sayangku."

Ketika aku sedang bermesra dengan Faaeq, kami terdengar suara Yazid yang tiba-tiba merempuh masuk bilik aku.

"Kakak!"

Kelam-kabut aku bangun daripada riba Faaeq.

"Eiii, kakak tak malu. Dah besar pun nak duduk atas riba abang Faaeq. Macam baby."

Ya allah budak ni!

Faaeq dah gelakkan aku dulu.

"Adik ni merapu je. Adik nak apa?"

Yazid mendekati aku.

"Adik nak buat ni tapi tak pandai. Kakak boleh ajarkan tak?"

Tak sempat aku nak jawab, Faaeq laju je mencelah.

"Meh abang Faaeq ajar. Kakak sibuk tu, Yazid. Buat dengan abang Faaeq eh?"

"Abang Faaeq reti ke math?"

Aku tahan ketawa aku. Siapa je tak reti matematik budak darjah dua?

"Mestilah abang Faaeq tahu. Jom kita buat kat luar. Kakak nak buat kerja kat sini."

Faaeq membawa Yazid keluar daripada bilik. Haihlah adik! Comel betul!

***

"Abang!"

Yumna dah teruja nampak Yusuf yang lengkap berpakaian kemeja putih, seluar slack dengan tali leher hitam. Yazid ni pulak nak melekat je dengan aku. Faaeq pula ke tandas.

"Macam mana bilik? Okay?"

"Okay je, kak. Luas."

Aku tersenyum dengan jawapan Yusuf. Aku memandang Yusuf yang sedang meriba Yumna. Mukanya kelihatan sedih.

"Yusuf okay? Kenapa nampak sedih? Tak suka ke masuk belajar?"

Yusuf tersenyum nipis.

"Yusug suka kak. Tapi Yusuf sedih nak tinggal adik-adik. Yusuf mana pernah jauh daripada Yumna dengan Yazid."

Yusuf mencium belakang kepala Yumna. Jadi, itu yang Yusuf risaukan. Jika difikirkan semula, memang benar apa yang Yusuf katakan. Dia memang tidak pernah berpisah daripada Yumna dan Yazid. Lepas habis je sekolah menengah, Yusuf yang uruskan adik-adik.

"Yusuf jangan risau. Kakak kan ada. Kalau sebelum ni Yusuf jaga adik-adik sebab kakak sambung belajar, sekarang biarlah kakak pulak yang jaga Yumna dengan Yazid. Yusuf sambung belajar dan kejar cita-cita Yusuf. Kakak tak nak Yusuf sia-siakan bakat dan impian Yusuf. Kakak yakin yang umi dan abi pun nak Yusuf sambung belajar."

"Terima kasih kak sebab selalu sokong Yusuf. Yusuf janji yang Yusuf akan pulang sebagai pilot dan akan banggakan kakak, adik-adik dan arwah umi abi."

Aku tersenyum dengan kata-kata Yusuf. Aku yakin dia akan merindui Yumna dan Yazid. Itu pasti. Sayang dan perhatian yang Yusuf berikan pada adik-adik aku tidak akan dibalas. Yusuf menggantikan tempat abi untuk Yumna dan Yazid sejak abi sakit. Dia korbankan cita-citanya demi keluarga. Sekarang, biarlah Yusuf mengejar cita-citanya. 

Kakak doakan yang terbaik untuk Yusuf.

***

Selepas menidurkan Yazid dan Yumna, aku masuk ke dalam bilik.

"Abang? Tak tidur lagi?"

"Belum. Tunggu sayanglah."

Aku duduk di sebelah Faaeq.

"Kenapa?"

"Nothing but abang nak cakap yang abang bangga sangat dengan sayang. Sayang jadi isteri yang baik, anak yang taat dan kakak yang bertanggungjawab pada adik-adik. Bertuah abang dapat isteri macam sayang."

Aku tersenyum dengan pujian Faaeq.

"Itu dah jadi fitrah saya sebagai seorang anak, kakak dan isteri. Korang semua adalah keluarga saya yang tak mungkin terganti. Mestilah saya akan berikan yang terbaik. Saya rasa, Allah balas semua tu dengan jodohkan saya dengan abang. Bila umi dan abi pergi tinggalkan kami, abang dengan family abang banyak tolong kami. Tak pernah sekali pun cakap tak bila kami perlukan bantuan. Saya bersyukur sebab saya dipertemukan dengan abang dan keluarga abang."

Aku memeluk Faaeq dengan erat. Aku terlalu sayangkan dia yang selalu memberikan aku sokongan tak kira masa. Aku sayangkan si pemilik nama yang dah berjaya membuatkan aku jatuh cinta hanya dengan mendengar namanya.

Nur Faaeq Qutzam, moga kita bercinta sampai ke syurga!

-TAMAT-

XXX

Dah habis dah kisah #YusFa!🥰
Jumpa di hanya series last book!🤩
Hanya Dengan Dia Aku Jatuh Cinta!💌
Once this book reach 1K, i'll publish the last book.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top