Bab 2
Votelah dulu🥰
"Yusra!"
Ah sudah! Pantang nampak aku tenang sikit, ada je nak ganggu.
"Ya? Ada apa?"
Pap!
Buku dan kertas yang tebal-tebal diletakkan di atas meja aku.
"Buat research untuk subjek aku yang ni. Aku nak pergi bercuti hujung minggu ni."
Aku melihat timbunan kertas itu.
"Basic medic? Kau nak aku tulis pasal basic medic?"
"Yalah. Takkan nak biarkan kau tulis ayat-ayat kau yang berbunga entah apa-apa tu?"
Cis! Perli aku pulak dah!
"Tapi, aku manalah tahu pasal medic."
"Hey! Ada aku kisah ke kau tahu ke tak? Yang aku tahu, hari Ahad report ni dah siap. Nah."
Satu sampul dicampakkan di hadapan aku. Bingai si Lisa ni. Mentang-mentang anak orang kaya, sedap-sedap je campak barang sana sini. Perangai tu tak pernah nak berubah. Macam tulah dari sekolah sampai sekarang. Garang dia dengan aku bila depan semua orang tu...Ada makna.
Aku membuka isi sampul surat itu. Terbeliak mata aku!
"Weh! Banyaknya! Kau tak tipu? Ni semua aku punya?"
"Yalah. Aku ni takdalah kedekut sangat. Sebab kau dah buatkan kerja aku, tu upah kau."
Aku masukkan kembali 7 not berwarna ungu itu ke dalam sampul.
"Okay, Lisa. Beres!"
Lisa and the geng terus berlalu meninggalkan aku.
Banyak weh! Rm700 dia bayar aku untuk--
Aku melihat kembali tugasan yang dia suruh aku buat. Terbelalak mata aku!
--30 page penerangan tentang basic medic!
"Hotak dia! Patutlah bayar aku mahal. Masak aku nak kena paham semua ni."
Aku meletakkan kepala aku di atas timbunan kertas itu. Aku memejamkan mata.
"Takpa, Yusra. Kau boleh. Kau buat semua ni untuk abi dan umi."
Aku bangun dan mula mengemaskan buku-buku itu.
So, its time to go to the library!
***
Aku duduk di bahagian paling belakang. Erm, biasalah. Tempat paling sejuk. Dekat dengan aircond pulak tu.
Sedang aku meneleku subjek yang tak pernah aku terfikir pun nak ambil, aku disapa seseorang.
"Hai. Yusra kan?" tanya perempuan di hadapan aku dalam keadaan berbisik.
"Haah. Siapa eh?"
Aku kembali bertanya. Tanpa meminta izin, dia terus duduk di hadapan aku.
"Nak minta tolong boleh?"
Aku mengerutkan dahi aku.
"Tolong apa?"
Dia menghulurkan sepucuk surat yang kosong isinya namun surat itu sudah dihias cantik.
"Boleh tak tulis surat untuk confess?"
Terbeliak mata aku mendengar permintaan dia.
Surat confession? Dia yang nak luahkan cinta, aku pulak yang kena tulis? Sudahlah aku tak kenal dia ni.
"Sorry, saya bukannya tak nak tolong tapi -- "
Tak sempat aku nak habiskan ayat, perempuan depan aku ni mengeluarkan satu sampul surat berwarna putih.
"Tu bayaran kau."
Aku mengambil sampul itu. Aku buka untuk melihat isinya.
"Lima ratus?!"
Aku menekup mulut aku apabila melihat nilai yang diberikan. Mujurlah dekat hujung perpustakaan ni tak ramai orang. Tidaklah curi perhatian.
Aku memandang perempuan di hadapan aku.
"Awak ni dah gila ke? Nak bayar saya lima ratus untuk tulis satu surat ni? Sengal ke?"
Tangan aku diraih.
"Please... Aku nak sangat lelaki tu terima aku jadi kekasih dia. Aku dah lama pendam rasa pada dia. Aku nak dia sedar kewujudan aku dan aku nak dia tahu betapa sayangnya aku pada dia. Aku nak dia jadi suami aku."
Pergh! Macam terdesak sangat je perempuan ni. Bukan terdesaklah tapi lebih kepada terlalu mencintai. Mesti anak orang kaya. Kalau tak, mustahil dia nak bayar aku dengan nilai setinggi tu untuk satu surat.
"Okay, saya faham awak sukakan dia. Tapi, apa yang buatkan awak yakin yang dia akan terima cinta awak lepas baca surat yang saya tulis ni? Kalau dia tak terima awak juga?"
"Kau kan student paling top dalam aliran sastera. Setakat surat cinta, apalah sangat kan?"
"Dalam bahasa melayu. Awak tak kisah ke? Kadang tu cringe sikit tau."
Dia menggelengkan kepalanya.
"Aku tak kisah asalkan surat tu diisi dengan ayat yang indah."
Hrm...
Muka perempuan ni betul-betul berharap habis. Aku kena buat yang terbaiklah sebab dia dah bayar aku. Bukan sikit tapi lima ratus!
"Okaylah. Saya akan tulis."
***
Aku termenung. Surat itu aku pandang, laptop juga aku pandang.
Sakit kepala aku!
Sorang nak aku tulis laporan pasal medic, sorang lagi nak aku tulis ayat-ayat cinta.
Assignment prof Jane aku siapa nak buat?!
Hrm...
Lisa nak laporan dia ni hari Ahad. Perempuan tadi pulak tak cakap pun nak bila.
Dahlah! Aku nak pergi makan!
Lapar pulak aku duk pikir masalah orang lain sedangkan masalah aku ni pun tak habis-habis lagi.
Aku pun kemas barang-barang aku dan menuju ke kafe.
Dah sampai kafe...
Lain pulak yang jadi...
"Yusra!"
Ah sudah! Ni tambah bala aku lagilah tu.
Aku memandang ke arah Lily.
"Ya, Lily. Ada apa?"
"Nah. Aku nak kau tulis report aku base on this articel. Ahad ni aku nak."
Aku melihat artikel yang sudah dicetak itu. Aku memandang Lily dengan wajah yang tak percaya.
"Minimum 20 page?!"
Lily menganggukkan kepalanya.
Kepala hotak dialah! Minimum 20 page! Dia fikir aku ni robot ke?
"Ni bayaran kau."
Aku melihat isi sampul itu.
"Seribu?!"
Lily hanya tersenyum senget.
Bapak kaya si Lily ni. Setiap kali dia bayar aku, mesti tak kurang lima ratus.
"Deal?"
Gulp!
Memang seribu tu mengaburkan mata aku tapi aku perlu tahu limitasi aku. Harini dah hari Rabu kut. Laporan Lisa pun aku tak siap lagi.
"Sorry, Lily. Aku tak boleh buat kali ni. Aku dah ada report lain yang aku kena buat. Sorry eh."
Aku meletakkan kembali sampul yang dipenuhi wang itu. Ketika itu, Lily memegang tanganku kuat.
"Aku nak kau buat kerja aku! Aku tak kisah kau ada report lain ke apa ke, yang aku tahu kerja aku siap!"
Wah-wah! Melebih perempuan ni! Tapi aku ni bukanlah jenis yang reti marah orang.
"Lily, aku memang tak boleh. Banyak sangatlah untuk minggu ni. Kau carilah orang lain, okay?"
Tangan aku dilepaskan. Kemudian, Lily mengangkat tangannya ke udara.
Ah mampos!
Aku memejamkan mata aku.
"Stop!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top