Bab 19

[Author pov]

Sedang Faaeq termenung di balkoni rumah, ada suara memanggil dirinya.

"Faaeq."

"Ibu, ayah."

Ibu dan ayahnya mendekati satu-satunya anak lelaki mereka.

"Ibu perasan sejak dua menjak ni anak ibu banyak termenung. Kenapa ni?"

Faaeq menghela nafas berat.

"Faaeq sayangkan Yusra tapi kenapa Faaeq rasa susah sangat nak dapatkan dia? Yusra pernah ucap kata cinta tu dulu tapi Faaeq pulak yang gelabah sampai tolak dia masa tu. Salah Faaeq ke ibu, ayah?"

Syai dan Ad tersenyum dengan jawapan anak mereka.

"Memanglah salah Faaeq kalau Faaeq pernah tolak Yusra dulu," kata Syai.

"Tapi tak bermakna kesalahan tu punca sebenarnya," sambung Ad.

Faaeq naik bingung dengan ayat ibu dan ayahnya itu.

"Maksudnya?"

"Faaeq tahu kan apa yang pernah jadi pada Yusra dulu masa dia dengan Firash?"

Dia menganggukkan kepala sebagai jawapan untuk soalan ibunya.

"Faaeq pulak pernah tolak dia. Mana dia tak rasa takut nak terima Faaeq. Yusra cuma takut yang hati dia akan terluka lagi. Apa yang jadi dalam hidup dia bukan hal yang mudah. Hilang umi dan abinya. Kena jadi pengganti mereka untuk adik-adik dia. Jadi, Faaeq kena buat Yusra rasa yang dia perempuan paling bahagia dan buatkan dia yakin yang Faaeq akan selalu ada dengan dia setiap masa."

Faaeq terdiam kejap selepas mendengar penjelasan Syai.

"Tapi bu, macam mana Faaeq nak yakinkan Yusra? Entah-entah cincin yang Faaeq bagi Yusuf tu pun dia tolak."

"Faaeq, apa guna ada ayah yang kacak dan bergaya ni? Ayah ni jarang bercakap pun ibu kamu terpikat. Inikan pula Faaeq yang memang ringan mulut. Nak tahu caranya?"

Faaeq memandang ayahnya dengan penuh minat. Moga-moga berjayalah rancangan yang ayahnya berikan itu.

***

[Yusra's pov]

"Ana! Kau bawak aku datang restoran apa ni? Kata ajak aku teman kau makan je. Ni bapak mewah punya tempat."

Brek tangan ditarik. Enjin kereta dimatikan.

"Hish kau ni bising sangat kenapa? Ikut jelah aku. Bukannya aku nak jual kau. Kalau jual, bukannya laku."

Amboi! Sedap mulut dia mengata aku.

Oh ya! Aku beraku kau dengan si Ana ni sebab dia yang paksa. Dia kata, aku ni bukan pakwe dia nak bersaya awak.

Ceh! Sama je macam Lisa.

Aku turun daripada kereta dan membontoti Ana.

"Lama ke kita kat sini? Aku risaukan adik-adik akulah."

Ana memberhentikan langkahnya dan memandang aku.

"Coy nyah! Kau fikir Yusuf tu tak reti jaga Yumna dengan Yazid ke? Kecik hati Yusuf nanti kalau dia dengar. "

"Ish, sengal! Bukan tulah maksud aku. Mana pernah aku keluar rumah malam-malam macam ni."

Ana tergelak kecil.

"Kau ni kan macam ada perintah berkurung je. Jomlah. Nak sampai dah ni."

Aku pun terus mengikut langkah Ana sehingga kami tiba di sebuah taman yang cantik dihias. Siap ada meja makan. Candle light dinner.

"Weh! Kau nak ajak aku bercinta ke? Siap tabur bunga bagai."

"Hotak kaulah nak ajak kau bercinta. Chong aku nak campak mana? Dah. Sekarang ni kau duduk sini. Aku nak pergi toilet kejap."

Aku dipaksa duduk di kerusi itu dan Ana tinggalkan aku.

"Apa kena dengan Ana tu? Gila ke nak ajak aku candle light dinner?"

Sedang aku menunggu, aku terdengar satu muzik dimainkan.

You know me the best
You know my worst, see me hurt, but you don't judge
That, right there is the scariest feeling
Opening and closing up again
I've been hurt so I don't trust
Now here we are, staring at the ceiling

I've said those words before but it was a lie
And you deserve to hear them a thousand times

If all it is is eight letters
Why is it so hard to say?
If all it is is eight letters
Why am I in my own way?
Why do I pull you close?
And then ask you for space
If all it is is eight letters
Why is it so hard to say?

Muzik dihentikan. Faaeq berjalan menuju ke arah aku. Apakah? Weh, aku rasa nak lari!

Lari jelah aci tak?

Aku pun bangun daripada tempat duduk aku dan mula melangkah pergi. Sempat aku menoleh kejap ke belakang. Faaeq kejar aku!

"Yusra!"

Langkah aku terhenti apabila nama aku disebut dengan kuat.

Eh? Kenapa aku berhenti?

Aku pun mula melangkah untuk pergi.

"Sekali lagi kau berjalan, aku jerit."

Jerit? Dia nak jerit apa?

Ah! Pedulikan jelah. Sekarang ni aku kena lari.

Tak sempat aku nak melangkah...

"Aku sayangkan kau, Yusra! Aku tahu aku salah sebab pernah tolak cinta kau tapi sekarang aku dah sedar yang aku terlalu cintakan Yusra binti Ahmad! Si nerdy girl yang terlalu suci hatinya!"

Aku terkaku mendengar pengakuan Faaeq. Ya tuhan, dia betul-betul maksudkan ke?

"Yusra."

Eh? Bila masa dia ada depan aku ni?

Aku nak melarikan diri namun dihalang.

"Kenapa kau nak lari? Apa lagi salah aku? Aku cuma nak jujur dengan kau."

"Faaeq, kalau awak buat semua ni sebab kesiankan saya, baik tak payah."

"Tak, Yusra. Aku buat semua ni sebab aku memang ikhlas nak jadikan kau isteri aku. Kalau kau nak tahu, setiap kali aku nampak kau kena buli, akulah orang yang paling bengang dan rasa nak ganyang je semua orang yang buli kau. Kalau kau nak tahu, setiap kali aku nampak kau menangis, akulah orang pertama yang nak hapuskan air mata kau. Aku betul-betul sayangkan kau, Yusra."

Aku memandang Faaeq. Aku sendiri tak mampu nak ucapkan apa-apa ketika ini. Jadi...

"Datanglah rumah saya. Awak bincang dengan Yusuf. Dia wali saya sekarang."

Dapat aku lihat wajah Faaeq berubah menjadi ceria.

"Maknanya, kau terima ke? Kau terima lamaran aku?"

Aduila mamat ni. Banyak tanya pulak. Kau rasa hati aku ni keras macam batu ke? Tak rasa bahagia atau berbunga-bunga lepas dengar semua tu? Aku pun perempuan biasa yang suka akan perkataan yang indah.

"Jangan banyak soal. Kalau saya berubah fikiran nanti, awak nak tanggung ke?"

"Tak! Jangan ubah fikiran. Aku akan bawa ibu dan ayah ke rumah kau esok."

Aku hanya tersenyum. Ya allah, permudahkan urusan ini. Umi, abi. Faaeq yang jadi pilihan kakak. Kakak harap umi dan abi gembira dengan pilihan ni.

***

"Hah?! Hari kelima raya?"

Aku terkejut dengan tarikh yang dicadangkan oleh aunty Ina.

"Haah. Hal baik, tak elok tangguh. Lagi pula, Faaeq cakap dia nak nikah sebelum dia grad."

"Tapikan Yusra ada satu sem lagi."

"Faaeq cakap, last sem Yusra kan practical. Jadi, takde salahnya pun."

Aku terdiam kejap. Cepat betul si Faaeq ni nak ajak aku kawin. Tak penyabar betul.

"Erm, kalau semua okay, Yusra okay jelah. Hehehe!"

Aku hanya mampu setuju dengan cadangan aunty Ina. Yalah. Nak bantah pun, aunty dengan uncle yang akan uruskan semuanya.

Selesai perbincangan pada pagi itu, aku mendekati Yusuf.

"Yusuf. Tak rasa cepat sangat ke raya kelima?"

"Kak, jangan macam-macam. Kan tadi kakak dah setuju dengan aunty Ina. Jangan buat hal, kak."

"Ish! Buat hal apanya. Kakak risau je. Betul ke keputusan kakak ni, Yusuf?"

Yusuf tergelak dengan soalan aku.

"Kenapa gelak? Kakak ada buat lawak ke?"

Yusuf duduk di sofa. Aku pun turut duduk disebelahnya.

"Kak, jodoh, ajal, rezeki tu tak pernah salah, tak pernah cepat, tak pernah lambat. Apa yang pasti, tepat. Kalau Allah dah gerakkan hati kakak untuk setuju dengan semua ni, bermakna tepatlah keputusan kakak. Kakak jangan risau. Yusuf, Yumna dan Yazid akan ada untuk kakak."

"Terima kasih, Yusuf. Lega sikit hati kakak dengar Yusuf cakap macam tu."

"Sama-sama kakakku sayang!"

***

Pagi raya...

"Yumna! Yazid! Cepat ke depan. Nak salam ni."

Yumna dan Yazid berlari-lari menuju ke ruang tamu. Aku dah duduk di sofa. Maklumlah anak sulung. Jadi, acara bersalaman pada pagi itu dimulai dengan Yusuf.

"Kakak, Yusuf mohon maaf zahir dan batin sebab Yusuf banyak susahkan kakak. Terima kasih sebab jadi kakak Yusuf yang paling best! Yusuf sayangkan kakak."

Aku memeluk Yusuf erat. Besar dah adik lelaki aku ni. Yusuf duduk di sebelah aku untuk menunggu gilirannya. Yumna pula bersalaman dengan aku.

"Kakak, Yumna nak minta maaf dengan kakak. Terima kasih sebab kakak sayang Yumna macam mana umi sayangkan Yumna. Yumna sayangkan kakak tau."

Aku memeluk satu-satunya adik perempuan aku ini. Semoga jadi perempuan yang solehah besar nanti.

Ketika giliran Yazid, dia terus memeluk aku erat. Aku hanya membalas pelukan itu.

"Adik sayangkan kakak sampai bila-bila!"

Aku tersenyum mendengar ucapan Yazid. Haihlah si kecik aku ni. Semoga jadi lelaki yang soleh dan menjaga agama bila dah besar nanti.

Selepas sesi bersalaman, kami bergerak ke meja makan untuk menjamu selera. Alhamdulillah kami dapat rezeki daging mentah. Aku pun masaklah rendang.

"Assalamualaikum!"

Salam diberi ketika kami sedang makan.

"Biar kakak tengok."

Aku pun pergi ke depan untuk melihat gerangan yang datang.

"Waalaikumusalam. Eh aunty, uncle, Ana, Faaeq. Masuklah."

Mereka semua masuk ke dalam rumah namun Faaeq masih tercegat di depan pintu. Termenung apa encik tunang aku ni?

"Awak? Tak nak masuk ke?"

Faaeq memandang aku.

"Jom kita kawin."

"Hah?!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top