Bab 16

"Yusuf cakap apa ni? Kakak tak faham."

"Abi masuk hospital, kak."

"Hah?!"

Jantung aku bagai gugur apabila mendengar hal itu.

Aku baru sahaja dihantar pulang oleh Faaeq selepas medical assistant dekat bilik rawatan tu sahkan aku boleh balik. Bila Yusuf call bertubi-tubi, aku jadi resah. Abi masuk hospital rupanya.

"Kakak balik sekarang. Yusuf jaga umi dengan adik-adik."

Aku terus mengemaskan barang-barang aku. Ketika ini aku buntu. Siapa yang harus aku minta tolong. Lisa dah pergi ke lapangan terbang. Nak naik bas, lambat aku sampai hospital.

Ketika itu, ada satu nama yang terlintas di fikiran aku.

"Faaeq."

Selesai berkemas, aku berlari keluar daripada bangunan asrama. Ketika itu, aku nampak kereta Faaeq masih berada di hadapan asrama aku.

Aku terus mendekati dia untuk meminta tolong. Cermin tingkap itu aku ketuk berkali-kali. Cermin diturunkan.

"Faaeq, abi masuk hospital. Boleh tolong hantarkan saya balik?"

Muka Faaeq kelihatan agak terkejut.

"Come in. Aku hantarkan."

Aku terus masuk ke dalam perut kereta dia. Dalam perjalanan pulang, aku tak henti berdoa agar abi dapat sembuh.

Ya allah, aku tak sanggup nak hilang abi. Kau jagalah dia, ya rabb.

***

"Yusuf!"

"Kakak."

Yusuf terus memeluk aku. Selepas itu, Yazid dan Yumna juga memeluk aku. Yazid minta didukung.

"Kakak, adik takutlah kalau abi takde."

Aku mengucup ubun-ubun Yazid.

"In sha allah, abi okay. Adik jangan risau, okay. Abi akan ada dengan kita."

Aku memandang Yusuf.

"Yusuf, macam mana abi boleh sakit?"

"Abi jatuh dalam tandas."

"Hah?! Macam mana abi boleh jatuh pulak? Yusuf tak jaga abi ke?!"

Yusuf dah tundukkan kepala bila aku naikkan suara. Ketika itu, Faaeq mendekati aku.

"Yusra, dahlah tu. Tak perlu nak tengking Yusuf macam tu. Kita dekat hospital ni. Perkara dah jadi pun. Takde guna pun kau nak marahkan Yusuf macam ni."

Aku menghela nafas berat. Betul kata Faaeq. Aku tak patut marahkan Yusuf. Kesian dia. Mesti dia pun tak sangka hal macam ni akan jadi.

Faaeq mengambil Yazid daripada dukungan aku.  Aku duduk bersama Yumna dan umi.

Selang beberapa minit, doktor keluar daripada bilik rawatan. Aku terus meluru ke arah doktor.

"Macam keadaan abi saya, doktor?"

"Sebenarnya, retak pada tulang kaki Encik Ahmad tak parah. Tapi, kanser otak yang dah merebak tu tak mampu untuk dibendung. Saya tak boleh nak jamin apa-apa. Cuma yang boleh saya cakap, kita semua kena persiapkan diri dengan berita yang paling buruk."

Allahuakbar.

Aku terduduk kembali. Ya allah, aku tak sanggup untuk berpisah dengan abi lagi.

"Umi..." Yumna memanggil umi.

Aku turut berpaling ke arah umi. Mata umi tertutup.

"Umi..."

Aku menggerakkan umi. Kenapa umi tak buka mata ni?

"Doktor, tolong umi saya!"

***

Aku duduk di sebelah umi. Tangan tua itu aku pegang.

"Umi, bangunlah. Kakak rindukan umi. Adik-adik rindukan umi."

Aku buntu ketika ini. Umi dan abi sedang terlantar di hospital ketika ini. Apa yang harus aku lakukan? Aku dan adik-adik akan kehilangan umi dan abi ke? Raya dan puasa yang akan datang tanpa umi dan abi?  Ya allah, aku tidak mampu membayangkan hal itu.

Air mata menjadi peneman ketika ini. Aku terlalu berharap agar umi akan bangun.

"Yusra."

Aku memandang ke arah suara itu.

"Berbuka dulu. Dah azan tadi."

Roti coklat gardenia dan sebotol air mineral dihulurkan kepada aku.

"Thank you."

Aku hanya minum air sebab tak berapa rasa nak makan sangat.

"Yusra, makanlah. Nanti kau sakit."

Plastik roti itu dibuka dan Faaeq hulurkan isimya kepada aku.

"Makan."

"Tak rasa nak makan."

Faaeq melutut dengan sebelah kaki dan memandang aku.

"Nanti kau sakit kalau kau tak makan apa-apa. Tak kesiankan adik-adik kau ke? Mesti mereka sedih kalau kakak yang paling mereka sayang sakit. Habiskan roti ni."

Aku tersenyum tawar dan mengunyah roti itu.

"Thank you."

"Your welcome, nerdy. Nanti aku nak bawak Yumna dengan Yazid makan dekat kedai depan. Kejap lagi ibu dengan ayah sampai sini sekali dengan Ana. Kalau kau nak rehat, kau rehat dulu. Ibu dengan ayah boleh tengokkan umi dengan abi kau kat sini."

"Thank you, Faaeq. Saya tak tahu nak cakap terima kasih macam mana dekat family awak yang dah banyak tolong keluarga saya."

Faaeq tersenyum nipis.

"No need to thanks us. Kita berjiran. Wajarlah kita membantu sesama kita. Dan kau pulak adalah si nerd yang akan selalu ada dalam hati aku."

Mendengar hal itu, aku buntu. Sebegitu sayangnya Faaeq pada aku sedangkan aku ini masih was-was dengan perasaan sendiri.

"Its okay, Yusra. Aku takkan minta jawapan sekarang. Cuma aku nak kau tahu yang aku akan selalu ada untuk kau kalau kau perlukan seseorang."

Faaeq bangun dan keluar daripada bilik rawatan umi. Ya allah, jaga hati aku untuk yang berhak. sekiranya benar Faaeq yang ditentukan untuk aku, engkau permudahkanlah urusan hatiku.

Aku memandang umi. Wajah yang selalu aku rindu. Sudah lama aku tidak mendengar suara lembut itu. Ya allah, jaga umi. Aku tak mampu nak hilang umi dan abi.

***

Tok! Tok!

Aku mengetuk pintu bilik rawatan abi.

"Kakak."

Aku tersenyum kepada Yusuf yang sedang memberi abi minum. Syukurlah, abi dah sedar daripada pengsan.

"Abi macam mana? Rasa sakit lagi ke?"

Abi menggelengkan kepala perlahan.

"Abi nak cakap dengan kakak sikit."

Aku memandang Yusuf. Sepertinya, dia mengerti.

"Kalau macam tu, Yusuf tengok umi kejap."

Apabila dalam bilik itu hanya ada kami berdua, abi mula bersuara.

"Terima kasih untuk semua yang kakak buat untuk keluarga kita. Bila abi dengan umi tak mampu nak penuhi apa yang adik-adik kamu nak, kakak dengan Yusuf yang susah payah jaga keluarga kita. Abi nak kakak tahu yang abi sayangkan umi dan anak-anak abi."

Aku memegang tangan abi. Gaya abi bercakap seperti orang yang akan meninggalkan aku.

"Abi cakap apa ni. Kakak tak buat apa-apa pun. Abi yang banyak berkorban. Abi jaga umi, jaga kakak, jaga adik-adik. Semua yang abi dan umi buat takkan pernah terbalas walaupun diganti dengan nyawa kami. Abi janganlah cakap macam ni. Kakak tak suka. Abi dengan umi akan sihat. Kita akan balik raya sama-sama okay? Dan kami adik beradik juga sayangkan abi dengan umi sangat-sangat."

Aku mengucup tangan abi dan memeluk abi erat. Melihat abi dalam keadaan ini membuatkan aku rasa sangat sedih. Aku cuma berharap yang abi dan umi akan sihat untuk melihat aku dan adik-adik aku membesar.

***

Aku selimutkan abi selepas abi dah selamat berlayar ke alam mimpi. Aku keluar dan dapat aku lihat Faaeq sedang mendukung Yazid yang sudah tidur dan Yumna pula tidur berbantalkan ribanya. Mesti Yumna dengan Yazid penat. Yalah. Daripada petang tadi ada dekat hospital.

"Yumna."

Terpisat-pisat dia membuka mata.

"Kakak..."

Dia menukar arah baringannya. Kepala diletakkan di atas riba aku.

"Nanti ibu dengan ayah bawak balik Yumna dengan Yazid ke rumah. Biar mereka berdua ni tidur rumah aku dululah. Kau dengan Yusuf tidur kat hospital kan?"

Aku hanya menganggukan kepala.

"Aunty, uncle dengan Ana mana?"

"Ada kat surau tengah solat. Kejap lagi naiklah tu."

"Ouh. Erm, Faaeq."

"Yes?"

"Terima kasih sebab keluarga awak banyak tolong kami."

"Kan aku dah cakap. Tak perlu ucap terima kasih. Adik-adik kau ni ibu dengan ayah dah anggap anak. Kau pun. Jadi, jangan risau okay? Apa-apa, kami ada."

Aku hanya tersenyum melihat Faaeq. Ketika itu, aunty Ina, uncle Ad dengan Ana menghampiri kami.

"Yusra. Dah makan?"

"Dah, aunty."

"Baguslah kalau macam tu. Malam ni, aunty bawak balik Yumna dengan Yazid dulu. Esok lepas subuh kami datang sini, okay?"

"Baik, aunty. Terima kasih."

Aunty Ina hanya tersenyum kepada aku.

"Kalau Yusra nak apa-apa, bagitahu Faaeq. Dia ada dekat sini malam ni," kata uncle Ad.

"Aik? Faaeq kat sini?"

"Yalah. Abang mana boleh tinggal orang yang dia cinta sendirian," kata Ana dengan nada yang bergurau.

Aku dah malu apabila mendengar usikan Ana.

"Dahlah, Yusra. Janganlah malu-malu. Aku suka tau kalau kau jadi kakak ipar aku."

"Ana," kata Faaeq dengan tegas.

"What? Betullah kan?"

Ana tertawa kecil. Selepas itu, dia mendukung Yumna yang masih lena dalam tidurnya. Yazid pun didukung oleh uncle Ad.

"Kami balik dulu, Yusra. Jangan risaukan adik-adik. Apa-apa pasal umi dengan abi, cepat-cepat bagitahu kami."

"Baik, uncle."

Aku bersalaman dengan aunty Ina sebelum mereka pulang.

"Kau masuklah tidur dengan umi. Aku tidur dekat bilik abi."

Aku tersenyum mendengar panggilan yang Faaeq gunakan.

"Sejak bila umi dengan abi saya jadi umi dengan abi awak jugak?"

Faaeq tertawa kecil dengan soalan aku.

"Mereka tetap akan jadi umi dan abi aku jugak. Cuma makan masa sikit sebab aku nak pikat hati anak perempuan sulung umi dan abi ni."

Aku hanya tersenyum dengan kenyataan Faaeq. Mulut tu kalau tak bergula tak sah.

"Okay. Rest tau. Saya masuk dulu."

"Rest well too, nerdy."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top