Bab 15
"Yusra! Sampai hati kau tak bagitahu aku! Majuk ah ceni!"
Ceh! Dia ni drama betul. Penat aku nak melayan. Lepas je aku habis exam tadi, Lisa terus culik aku.
"Ha, merajuklah kau. Siapa nak pujuk?"
"Cis! Whatever lah! Sekarang ni, aku nak tahu, apa perasaan kau pada dia?"
Aku terdiam. Tak tahu perkataan apa yang sesuai untuk aku beri sebagai jawapan.
"Kau sayang dia sebenarnya kan?"
Sayang?
"Aku tak tahulah, Lisa. Tak logik kalau aku sayangkan dia hanya sebab nama dia."
Nur Faaeq Qutzam.
Bila pertama kali aku dengar nama tu, hati aku rasa berbunga-bunga sangat. Macam ada magnet yang membuatkan aku tertarik kepada si pemilik nama.
Tapi, betul ke aku sayangkan dia? Bukan kerana hanya nama dia semata-mata?
"Yusra, kau kan ada cakap yang dia selalu tolong kau. Tu pun boleh jadi alasan untuk kau sayang dia. Dia jiran kau lagi."
Aku mengeluh berat.
"Tak tahulah weh! Dahlah! Aku tak nak fikir pasal dia. Lagipun, bulan puasa ni. Baik aku fikir macam mana aku nak tolong family aku."
"Suka hati kaulah. Oh ya. Petang jap lagi aku dah blah tau."
Aku memandang Lisa.
"Kata esok?"
"Dah atuk aku tu nak gerak sehari awal. Apa ada ntah kat sana."
"Ada Chittaphon Leechaiyapornkul kat sana."
Aku tersenyum sendiri. Ten handsome what! Hehehehe!
"Engko ni kalau tak loyar buruk sehari, tak sah!"
Aku hanya tertawa dengan tingkah Lisa. Haihlah sahabat! Makin rindulah nanti aku kat kau.
***
Pemandu peribadi Lisa sudah tiba di hadapan asrama. Aku melihat beg baju Lisa dimasukkan di dalam but kereta.
"So, goodbye?" Lisa berkata pada aku.
"Bukan goodbye tapi see you when i see you."
Aku memeluk Lisa. Dia satu-satunya sahabat yang aku punya dan sekarang dia akan pergi lebih jauh daripada pandangan aku.
"Thanks Yusra untuk beberapa hari terakhir ni. Aku nak kau tahu yang apa pun yang jadi, kau ada aku jugak tau. Aku takkan pernah buang kau sebagai sahabat aku."
"Sama-sama and thank you jugak sebab kau still boleh berkawan dengan aku walaupun kau tahu ada risikonya. Aku akan rindu kau tau."
Aku memeluk Lisa untuk kali terakhir sebelum dia masuk ke dalam perut keretanya.
Selepas memastikan Lisa hilang daripada pandangan mata, aku ingin masuk semula ke dalam asrama tapi masya allah!
Terduduk aku apabila disembur dengan air fire hose reel tu. Tak cukup dengan itu, aku dilempar tepung. Ya allah membazir gila!
"Korang ni kenapa?"
Ketika itu, Gina mula bertindak ganas. Dia tarik tudung aku. Nampaknya, adegan di kafe tempoh hari akan berulang.
Matilahnak!
***
Geng kayangan ni memang suka main air ke? Tepung lagi. Telur lagi! Membazir tahu tak?! Bulan puasa ni pun nak buat jahat. Tak puasa ke?!
"Apalah ada pada kau ni sampai si Lisa tu terkejar-kejar nak kawan dengan kau? Sampai tinggal kitorang. Hebat kau perempuan."
Kepala aku ditunjal beberapa kali oleh Gina. Selepas itu, si Tina pun bersuara.
"Entah. Dah lah miskin. Dah tahu miskin, buat cara miskin. Jangan berkawan dengan orang yang tak setaraf dengan kau untuk tumpang senang je. Pathetic."
Wait, what?!
Dia cakap aku ni pathetic?!
Melampau betul mulut kau ni! Takda insurans ke?
Aku bangun dan berdiri daripada posisi melutut tadi. Oh ya! Kami dekat depan stor belakang universiti. Jauh betul geng sengal ni heret aku tadi.
"Aku bukan pathetic. Lisa pilih aku sebab korang ni fake! Aku dengan dia berkawan dari sekolah. Kau semua tak pernah tanya Lisa apa dia suka, apa dia nak buat. Yang korang tahu cuma jaga status kayangan korang yang sebenarnya sama je dengan semua manusia. Hidup ni jangan bongkak sangat."
Tu pertama kali dalam sejarah aku kena buli, aku menjawab. Boleh dah masuk buku sejarah sekali dengan peristiwa Corona.
Ketika itu, geng kayangan depan aku gelak macam setan.
Dah kenapa?
"Kau ni jadi manusia, lembab! Mana ada orang berkawan dengan ikhlas sekarang? Ikhlas kau tu, boleh beli apa-apa ke? Kenyang ke?"
Mereka sambung ketawa lagi.
Memanglah ikhlas dalam persahabatan tu tak mengenyangkan tapi ikhlas tulah yang akan membuatkan sesuatu perhubungan itu menjadi ibadah dan berkekalan sampai ke syurga.
"Dahlah. Aku malas nak layan kau. Girls."
Ha sudah! Geng kayangan ni nak buat apa dengan alat pemadam api tu?
Jangan tanyalah. Dah sah-sah dorang nak sembur kat aku. Berkali-kali mereka halakan muncung alat pemadam api itu ke arah aku dan semburkan isinya. Terbatuk-batuk aku.
"Stop..." kata aku dengan lemah. Pandangan aku dah makin kabur. Apa yang dekat depan aku ni pun aku tak nampak.
"Apa? Nak lagi? Boleh je."
Splash!
Aku rasa dalam tiga baldi jugaklah mereka simbah aku dengan air. Kenapalah mereka ni kejam sangat? Apa salah persahabatan aku dengan Lisa?
Telur, tepung dan air semuanya dilempar ke arah aku. Oh ya! Belon air pun sama. Aku tak faham betul dengan mereka ni. Kalau boleh bazirkan semua ni untuk buli orang, baik biat kek.
Sekarang ni, aku penat. Terlalu penat diperlakukan macam ni. Aku terbaring di atas jalan tar itu kerana kepenatan.
"Alah, ada orang nak tidur. Kejutkan dialah."
Ketika itu, Lina menarik fire hose reel yang berdekatan dan disembur ke arah aku.
"Faaeq..."
Hanya nama itu yang ada di fikiran aku sekarang.
"Faaeq..."
Ya tuhan, kalau bukan Faaeq sekalipun, engkau datangkan sesiapa sahaja untuk membantu aku.
"Yusra!"
Sejurus itu, segala peralatan yang mereka gunakan untuk membuli aku dicampak dan mereka cabut lari. Aku masih lagi terbaring lemah. Penat ya rabb.
"Yusra..."
Dapat aku rasa kepala aku diriba seseorang. Berdasarkan suara, aku tahu ini Faaeq.
Selepas itu, aku dapat rasa yang badan aku diangkat sebelum mata aku tertutup rapat.
***
"Bodoh! Kalau Yusra mati, kau semua nak tanggungjawab ke?! Umur dah 20 lebih tapi perangai macam orang yang takde akal!"
Aku terkejut mendengar jerkahan itu daripada dalam tandas bilik rawatan ketika aku membersihkan diri aku. Selesai bersihkan diri dan menukar pakaian, aku bangun dan menuju ke muka pintu. Dapat aku lihat Faaeq dan geng kayangan tadi.
"Hebat sangat ke dengan harta yang korang ada sekarang?! Harta tu bawak masuk kubur ke?! Allah tanya ke harta dunia kau berapa juta sebelum masuk syurga?!"
Ya allah, Faaeq ni. Tak penat ke terjerit macam tu?
"Aku tak kira. Perangai tak guna kau semua ni akan dilaporkan pada dekan. Merosakkan nama universiti je."
Muka Gina kelihatan terkejut.
"You nak i dibuang universiti ke? Sampai hati you, Faaeq."
"Hey, perempuan. Pergi mampos dengan kau punya sampai hati. Kau ingat aku kisah ke?"
"Habistu, kenapa dulu you pilih i? Semua kenangan kita you buang macam tu je ke?"
Aku terkedu mendengar persoalan Gina. Semua kenangan kita?
"Kenangan?"
Faaeq tersenyum senget.
"Yang mana? Yang aku akan ingat sampai mati hanyalah kau cakap aku ni lelaki malang sebab hidup dalam keluarga susah. Aku adalah lelaki kepada mak yang mukanya macam monster dan ayah yang suaranya macam gua. Acah protective jadi abang sedangkan Ana tu cuma anak angkat. Aku ni lelaki yang pathetic pilih perempuan yang hebat untuk nampak mewah."
Jeda. Muka Gina kelihatan cuak habis.
"Aku takkan lupakan hinaan yang kau cakap pada ibu, ayah dan adik aku. Sampai aku mati sekalipun, aku takkan lupa. So, letak dalam kepala kau baik-baik. Aku takkan pernah sudi nak kasihankan orang yang bodoh sombong macam kau. Pathetic."
Faaeq berpaling dan mahu masuk ke dalam bilik rawatan aku. Tak sempat aku nak lari duduk atas katil semula, Faaeq sedar kehadiran aku.
Pintu dibuka seluasnya.
"Kenapa kau berdiri kat sini? Jom duduk, rehat."
Aku pun berjalanlah menuju ke katil. Faaeq menghulurkan segelas air kepada aku.
"Terima kasih."
Aku minum air itu. Tahu-tahu je aku tengah haus.
Suasana diantara kami sepi macam tanah kubur. Angin lalu pun boleh dengar.
"Sorry. Aku patut cerita dengan tentang Gina."
Eh?
"Kenapa awak nak minta maaf pulak? Bukannya salah awak pun."
"No. Aku patut jujur dengan kau tentang siapa yang dah hancurkan hati aku dulu. Bukannya macam ni cara dia."
Hrm, kenapa Faaeq rasa bersalah sangat ni?
"Faaeq, takpe. Tak semua kisah lalu itu perlu diceritakan. Adakalanya, lebih baik disimpan."
"Sorry, Yusra. Kau kena tahu masa lalu aku dengan cara macam ni."
Aku tersenyum nipis.
"Takpe. Saya bangga dengan awak tau. Awak bela aunty Ina dengan uncle Ad kut. Apa lagi yang lebih membanggakan daripada punya anak yang sangat sayangkan ibu bapanya? Aunty dengan uncle sangat bangga ada anak macam awak."
"Aku tak pernah rasa ibu dan ayah tak sempurna. Malah, ibu dan ayah paling sempurna untuk aku. Orang lain nampak kekurangan pada wajah ibu, kekurangan pada suara ayah tapi bagi aku mereka dah cukup sempurna. Ibu dan ayah yang lahir dan besarkan aku. Mana mungkin aku akan bencikan mereka semata-mata sebab kekurangan yang terlalu kecil. Sebab tu aku paling benci orang yang hina ibu, ayah dan Ana. Aku tak kisah kalau orang lain nak hina aku, tapi bukan keluarga aku."
Mendengar hal itu, aku menguntum senyuman ikhlas. Begitu lembut sebenarnya seorang jejaka yang bernama Nur Faaeq Qutzam ni. Dia terlalu sayangkan keluarganya. Keluarga yang tiada ganti.
"Saya faham perasaan awak, Faaeq. Janganlah sedih lagi. Awakkan kuat orangnya."
"Thank you Yusra sebab dengar cerita aku."
"Kasih diterima dan thanks jugak sebab selamatkan saya."
"Most welcome, nerdy. Lain kali, jaga diri. Aku dah penat nak jadi hero kau. Mujurlah kau tak berat mana. Takdelah pinggang aku sakit angkat kau tadi."
Aku membulatkan mata aku. What the heck?! Dia nak kata aku gemuk ke?
"Kalau tak nak tolong, tak payah tolong. Kenapa nak susahkan diri awak kalau tak ikhlas?"
Faaeq tersenyum senget. Ish!
Aku memalingkan badan aku dan berpeluk tubuh. Geramnya! Dia memang sengaja nak kata aku gemuk ke?
"Nerdy, kau besar macam almari ke, kecik macam kipas ke, aku tetap sayangkan kau."
Dup dap! Dup dap!
Weh! Dia ni buat suara deep pulak dah.
Ketika itu, Faaeq duduk di hadapan aku.
"Yusra, aku tetap akan tunggu jawapan kau. Hati aku tak terbuka lagi untuk sesiapa lepas aku jumpa kau. Nama kau ada tempat yang istimewa dalam hati aku. Aku tahu kau pun rasa apa yang aku rasa. Aku akan tunggu sampai kau betul-betul bersedia."
Faaeq meluahkan itu dengan matanya tepat memandang mata aku. Sekalipun dia tak alihkan pandangan.
Dia betul-betul ikhlas ke dengan aku?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top