Bab 14

Ah sudah! Dah kantoi ke?

Geng kayangan Lisa mendekati kami.

"Lisa, kau buat apa duduk dengan si sengal ni?"

Lisa tayang muka malas dengan soalan Gina.

"Aku tengah duduk lepak dengan dialah. Tak nampak ke?"

Membulat mata aku mendengar jawapan Lisa. Hotak dia! Si Lisa ni nak mati kena pukul dengan atuk dia tu ke?

"Sejak bila kau berkawan dengan perempuan ni?"

Kepala aku ditunjal.

"Woi! Tak payahlah tunjal kepala dia macam tu. Kau ni takde hati perut ke hah? Dia pun manusia jugak!"

Lisa tiba-tiba bertindak untuk membela aku. Gina ditolak sehingga terdorong ke belakang. Sudahlah. Lisa memang tak nak berkawan dengan geng kayangan ni lagi ke?

"Lisa!" Gina menjerit.

"Apa?!" Lisa membalas.

"Kau akan menyesal sebab kau pilih perempuan miskin ni!"

"Aku takkan menyesal sebab dialah kawan baik aku dari dulu. Kau dengan geng ni boleh blah! Aku tak pernah suka berkawan dengan korang. Hidup membosankan!"

Lisa menarik tangan aku dan membawa aku berlalu daripada kafe itu.

Selepas aku rasa dah menjauh, aku minta Lisa berhenti.

"Lisa, kau ni kenapa berani sangat? Aku risaulah kalau kau kena rotan lagi dengan atuk kau. Gina kan kenal atuk kau."

"Kau tak payah risaulah. Aku pun memang takkan jumpa dorang dah lepas ni."

Aku mengerutkan dahiku. Kurang faham dengan apa yang Lisa cuba nak sampaikan.

"Maksud kau?"

"Minggu ni minggu terakhir aku dekat Malaysia. Next week aku akan mula menetap dekat Thailand. Atuk aku dah buat keputusan nak menetap kat sana. Aku terpaksa ikut. Sebab tu aku nak habiskan masa seminggu aku kat sini dengan kawan baik aku yang sebetulnya."

"Hah?!"

Aku terkejut dengan apa yang Lisa cakap.

"Kau nak tinggalkan aku ke?"

"Yusra, selama ni pun, dah berapa tahun kita terpisah. Jangan risau. Walaupun aku kat sana, aku tetap akan contact kau. So, this is for you."

Lisa mengeluarkan satu kotak dan memberikannya pada aku.

"Lisa! Apa ni?"

"Takkanlah buta dah."

"Ya aku tahu ni telefon tapi kenapa kau bagi aku?"

"Nak mudah contact lah. Sampai bila kau nak pakai fon samsung lama tu? Sem depan kan dah senior tahun akhir. Mestilah banyak hal yang kau kena buat, kena tahu. Jadi, anggap je ni hadiah daripada aku. Okay?"

Kotak itu diletakkan di tangan aku.

"Lisa, mahal ni."

"Ada aku suruh kau bayar balik ke? Tak kan? Ni hadiah. Aku nak tolong kau ni."

Kotak Samsung Z flip itu aku pandang. Ni beribu punya telefon. Aku takkan mampu nak beli telefon ni kalau aku ikat perut sebulan sekalipun.

"Its okay. Jangan rasa bersalah. Anggap ni hadiah dari aku. Susah tau aku nak balik Malaysia lepas ni."

Aku memeluk Lisa dengan erat. Dia satu-satunya sahabat yang aku ada. Dah lah beberapa tahun lepas aku dengan Lisa dah macam stranger sebab atuk dia yang bengis nak mampos tu. Sekarang ni, dia nak pergi jauh dari aku.

Huwaaaaa!

Aku akan rindukan Lisa.

***

Disebabkan sekarang ni bulan puasa, aku kenalah masuk kerja awal sikit. Lepas habis kelas petang, aku terus ke kedai. Kerja sampai pukul satulah. Masa berbukalah paling ramai sekali orang dekat kedai ni.

Ketika aku sedang bersiap untuk pergi kerja, telefon aku berdering.

"Ya?"

"Yusra! Jom pergi bazar."

"Aku kena masuk kerja dah ni."

"Ala....takleh ke masuk lambat sikit?"

"Kalau aku masuk lambat, gaji aku pun sikitlah."

Lisa mencebik. Aku pula hanya ketawa kecil.

"Aku nak berbuka dengan kau."

"Erm, aku reserve satu meja untuk kau kat kedai. Nanti kau datang, okay?"

"Okay, cun! Bye! Selamat bekerja."

Aku matikan panggilan. Aku mengambil beg silang aku dan mula melangkah ke kedai.

Bila aku keluar daripada bangunan hostel, aku nampak Faaeq tengah bersandar pada kereta.

Erk! Apa dia buat kat sini?

Aku cubalah berjalan selamba derk je. Lepastu...

"Yusra," Faaeq menegur san berjalan ke arah aku.

Aku dah kejung kat situ.

"Jom. Aku hantarkan."

"Eh, tak payah. Saya boleh jalan sendiri."

Belum sempat aku nak jalan, Faaeq tarik tali bag aku menyebabkan aku hanya ikut langkahnya. Dia ni suka tarik-tarik orang.

"Jom aku hantar."

Pintu penumpang bahagian depan dibuka.

"Masuklah."

Aku memandang Faaeq.

"Saya boleh jalan kaki. Tak nak susahkan awak."

"Kau dah buat aku tunggu kau dekat depan hostel hampir dua jam. Aku dah bukakan pintu ni untuk kau. Aku dah panaskan enjin kereta. Kau dah susahkan aku pun. Dan kalau kau tak nak susahkan aku lebih lagi, masuk kereta dan aku hantar kau."

Dia tersenyum selepas itu.

Sengajalah tu nak buat aku rasa bersalah. Aku pun masuk jelah dalam kereta tu.

Lepas je Faaeq masuk dalam kereta, dia tak terus gerak tapi dia...

"Kau ni memang tak nak pakai seatbelt ke?"

Pakaikan aku tali pinggang keledar.

Ya tuhan! Jantung aku sakit dah ni.

"Cakap jelah lain kali. Orang boleh pakai sendiri."

Faaeq tersenyum sebelum mula membelah jalan raya.

Sampai saja di kedai...

"Kenapa matikan enjin? Awak tak balik ke?"

"Tak. Aku nak berbuka kat sini dan tunggu kau sampai habis kerja."

"Hah?!"

Apa Faaeq cakap ni?

"Faaeq, saya okaylah nak balik sendiri."

"No way. Kau datang dengan aku, balik pun dengan aku."

Ish! Dia ni kalau aku nak lawan pun bukannya boleh.

"Suka hatilah."

Aku keluar dari kereta dan mula melakukan kerja aku.

***

Sedang aku cuci pinggan, tauke kedai mendekati aku.

"Yusra, boleh stop dulu kut. Pergilah berbuka dulu."

"Okay, bos."

Aku mencabut sarung tangan getah itu dan menuju ke meja yang aku kosongkan untuk Lisa.

Aduila! Kenapa dia ada kat situ? Takde meja lain ke?

"Yusra!"

Lisa menjerit nama aku dari jauh.

"Ya."

Aku duduk di sebelah Lisa.

"Takpe kan aku ajak Faaeq duduk sekali dengan kita? Aku nampak dia sorang tadi."

Aku memandang Faaeq yang buat tak tahu je.

"Okay je."

"Good. Aku tunggu kau sampai habis kerja tau. Kita balik sekali."

Belum sempat aku nak jawab, Faaeq laju mencelah.

"Tapi dia balik dengan aku."

Lisa dah tayang muka pelik.

"Kenapa pulak?"

"Dah aku yang hantar dia ke sini. Jadi, akulah yang hantar dia balik."

Lisa memandang aku selepas Faaeq selesaikan ayatnya.

Ha sudah! Lisa dah tayang muka machine gun.

"Kau hutang aku satu cerita."

"Baik, bos."

Lisa memandang aku kejap sebelum melihat skrin telefonnya.

"Allahu akbar allahu akbar!"

Ha dah azan!

Semua orang muslim di kedai itu pun berbuka bersama. Ketika aku lihat juadah di atas meja makan, aku rasa bersalah pula dengan umi, abi dan adik-adik aku. Apalah mereka makan untuk berbuka sekarang.

***

"Yusra, ni bayaran untuk hari ni."

Beberapa keping not 20 dihulurkan kepada aku.

"Thank you, bos."

"Sama-sama. Oh ya! Esok tak payah datang kerja tau. Saya tutup kedai sebab nak balik kampung."

"Awalnya bos balik."

"Saya nak bukak warung saya kat sana. Tu yang balik awal."

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Okay, bos. Saya balik dulu."

Aku pun keluar daripada dapur. Hrm, cuti wajib lagi sembilan hari. Nak kerja apa eh sambil-sambil tu? Tapi exam habis lusa. Lisa balik esok petang. Ada tujuh hari baki. Kalau aku balik awal, seronok jugak kan?

Balik jelah lepas habis exam lusa nanti. Boleh tolong aunty Ina buat kuih.

Dan aku lupa...

Aku kena balik dengan Faaeq. Tapi Faaeq habis exam esok. Dia kena tunggu sehari. Menyusahkan lah pulak!

Aduila!

Aku menuju ke tempat letak kereta. Lisa dah balik dulu dan siap booked aku pagi esok lepas aku habis exam. Konon nak tahu semuanya.

"Dah siap?" Faaeq menyoal lembut.

"Dah."

"Jom balik."

Faaeq bukakan pintu untuk aku. Dalam kami menuju pulang, suasana diantara kami hanyalah krik krik. Sampai boleh dengar bunyi aircond. Tapi, bila sampai je depan hostel...

"Sampai bila kau nak diamkan aku macam ni?"

Aku memandang Faaeq.

"Tak rindu aku ke? Aku rindu kau tau."

Aku mengalihkan pandangan aku keluar tingkap lalu aku membuka pintu.

"Terima kasih sebab hantar saya balik."

Aku terus keluar daripada kereta itu tanpa menjawab persoalan Faaeq.

Jujur, aku juga rindukan dia. Rindu nak gaduh dengan dia. Tapi apa yang aku boleh buat? Aku tak layak untuk dia.

I'm sorry, Faaeq.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top