Bab 12

Kuih yang dijual pada petang itu habis dengan cepat. Awal kami tutup kedai. Pukul enam suku tadi dah licin semua.

Aku lihat duit dalam poket aku. Dua puluh ringgit. Bolehlah nak belikan adik-adik makanan banyak sikit.

"Yusra? Tak nak balik?"

Faaeq tanya aku.

"Kalau awak nak balik dulu, baliklah. Saya nak beli makanan untuk adik-adik."

But kereta ditutup. Faaeq mengunci keretanya.

"Jom, aku teman kau."

"Tapi Faaeq kalau awak rasa penat, nak balik dulu..."

"Kau datang dengan aku, balik pun dengan aku. Okay?"

Aku memandang Faaeq. Kenapa dia semakin lembut dengan aku?

"Jangan termenung kat sini, nerdy. Jom tengok makanan."

Lamunan aku mati dan kami masuk ke dalam bazar. Masih ramai orang walaupun sudah pukul enam setengah.

Biasanya kan, kalau aku berjalan dekat tengah-tengah bazar, mesti aku rasa aku akan berlanggar dengan orang.

Tapi, kenapa aku rasa lapang sikit?

Aku memandang Faaeq yang berada di belakang aku.

"Hey! Kenapa kau pandang belakang? Mengganggu orang nak berjalan."

Ternyata...

Faaeq yang menghalang sekeliling daripada dekat dengan aku. Tangannya itu dibuka sedikit dan diletakkan di sekeliling pinggang aku supaya aku tidak berlanggar dengan orang yang turut membeli.

Aku kembali memandang ke hadapan dan mencari makanan untuk dibeli.

Kenapa hati aku terlalu gembira?

***

Tali pinggang dibuka. Aku memandang Faaeq.

"Terima kasih sebab teman saya kar bazar harini."

"Sama-sama."

Faaeq tersenyum manis.

Ya allah, macam mana aku nak buang perasaan ni kalau Faaeq terlalu baik pada aku.

"Esok kau tak payah berniaga tau. Tolong ibu buat kuih je."

"Kenapa pulak?"

"Esok kan last day kita cuti. Lusa dah kena balik. Kau duduklah rumah spend time dengan family kau. Kalau nak makan apa-apa, kau mesej je aku. Aku boleh belikan."

Aku memandang tepat ke dalam mata Faaeq.

"Kenapa? Awak kesiankan saya lagi ke?"

"Yusra, kau cakap apa ni?"

"Awak pernah cakap yang awak kesiankan saya. Sebab tu awak tolong saya. Kan?"

"Yusra, aku rasa kau dah salah faham ni. Aku maksudkan apa yang aku cakap tadi. Aku ikhlas nak jadi orang yang rawat hati kau. Aku nak nama aku ada tempat istimewa dalam hati kau."

Aku menghela nafas berat.

"Nama awak memang dah ada tempat istimewa di hati saya, Faaeq. Tapi saya tak mampu nak terima semua ni. Saya masih rasa awak buat semua ni hanya sebab awak kesiankan saya."

"Yusra, aku..."

Aku terus keluar daripada perut kereta Faaeq dan masuk ke dalam rumah.

***

"Yeay ada ayam!"

Suka betul Yumna dan Yazid.

"Kakak dapat duit dari mana nak beli semua ni?"

Abi mula bertanya pada aku.

"Kakak ada duit lebih sikit. Lagipun, makanan dekat bazar murah. Bolehlah beli banyak."

Air buah, kuih, ayam bakar. Alhamdulillah harini mewah sikit.

"Jom baca doa dulu sebelum berbuka. Waktu macam ni kan mustajab doanya."

Masing-masing tadah tangan untuk berdoa selepas mendengar cadangan Yusuf. Ketika itu, aku terdengar doa Yazid.

"Ya allah, sembuhkan umi. Yazid teringin nak dengar suara umi. Sihatkan umi dan abi. Ya allah, tolong kakak dengan abang. Yazid sayangkan kakak dengan abang Yazid. Jangan bagi kakak dengan abang susah. Yazid nak kakak dengan abang ada dengan Yazid sampai bila-bila. Aamiin."

Hati aku sebak mendengar permintaan Yazid. Adik aku ini terlalu suci hatinya. Dia sebenarnya mengerti apa yang terjadi dalam keluarga namun biasalah sifat kanak-kanak yang ingin segala kemahuannya dipenuhi.

Ya allah, sembuhkan umi dan abi. Permudahkan urusan Yusuf, Yumna, Yazid dan diriku.

***

Selepas solat terawih, aku dan Yumna menunggu Yusuf dan Yazid di hadapan masjid.

"Tu kakak!"

Aku memandang ke arah suara itu. Dapat aku lihat Yusuf dan Yazid berjalan ke arah kami.

"Kakak!"

Yazid memeluk aku.

"Ya, adik kakak busuk. Jom balik."

Belum sempat kami berempat hendak berjalan pulang, satu suara menegur.

"Eh tunggu!"

Kami berempat memandang ke arah suara itu. Apa dia buat kat sini?

"Nak balik sekali," Faaeq tersengih kambing.

"Boleh!"

Laju saja Yazid menjawab.

"Adik. Kenal ke dengan dia ni?"

"Kenal! Abang Faaeq selalu solat sebelah adik dengan abang kat masjid."

Terbutang mata aku mendengar hal itu.

Dia nak pikat adik aku ke? Mentang-mentanglah Yazid ni baru darjah satu.

"Nama abang handsome ni Faaeq ke?"

Aku terkejut dengan soalan Yumna.

"Yumna, apa tanya soalan macam tu."

Faaeq tertawa kecil.

"Betul. Nama abang yang handsome ni Faaeq."

Faaeq memandang aku kemudian mengenyitkan mata kepada aku.

Hotak dia! Jantung aku ni laju sangat dah ni.

"Kakak," Yusuf memanggil aku.

"Ya?"

"Kenapa jantung akak macam orang lepas lari marathon?"

"Yusuf!"

Mereka berempat dah bantai gelakkan aku dulu. Ish! Sengajalah nak kenakan aku.

Aku pun jalan terus sendirian. Kalau makin lama aku kat situ, makin seronok dorang usik aku.

Sampai sahaja di hadapan rumah...

"Yusra, aku nak cakap sikit."

Aku memandang adik-adik aku.

"Yusuf bawa masuk adik-adik ke dalam dulu. Nanti kakak masuk."

"Okay, kak."

Aku ditinggalkan di hadapan rumah bersama Faaeq.

"Nak cakap apa?"

Jeda sebelum Faaeq berkata hal yang gila.

"Jadi teman hidup aku?"

"Hah?!"

"Tak payah lah terkejut sangat. Aku tanya je. Kalau tak nak, aku try lagi lain kali."

Aku memalingkan wajah aku ke arah lain. Apa yang Faaeq fikir sebenarnya ni?

"Faaeq, kalau awak kesiankan saya, tak perlu susahkan diri nak paksa diri awak untuk terima saya yang serba kekurangan ni."

"Yakin je kau kan? Kau tuhan ke tahu apa yag ada dalam hati aku?"

Amboi! Sakarstik betul balasannya.

"Yusra, aku ikhlas dengan kau. Memang sebelum ni aku tolong kau hanya atas dasar kesiankan kau. Tapi tak bila aku kenal kau siapa. Sejak aku kenal kau, hati aku menuntut untuk jaga kau, lindungi kau."

"Tapi awak dah tolak saya."

"Ya, aku tahu aku dah tolak kau masa tu. Kalau kau nak tahu, masa tu aku terlalu terkejut. Kau luahkan perasaan kau macam takda apa berlaku. Otak aku tak mampu nak proses dengan situasi masa tu. Kalau ikutkan hati, aku nak je terima kau. Tapi entah apa yang bengap sangat aku masa tu terfikir nak tolak kau."

Aku terdiam. Rasa nak gelak ada. Rasa nak marah pun ada.

"Tapi kali ni, aku betul-betul serius. Boleh kan aku nak jadi orang yang istimewa dalam diri kau?"

Aku terkedu lagi dengan soalan tu. Hari ni saja dah dua kali dia tanya. Dan jawapan aku masih sama.

"Sorry, Faaeq. Saya masih dengan keputusan saya. Bukan mudah saya nak terima awak lepas apa yang dah jadi pada saya. Cukuplah Firash buat saya macam perempuan yang takda maruah. Saya tak nak pertaruhkan perasaan saya."

"Dan aku bukan Firash, lelaki tak guna tu. Aku adalah Nur Faaeq Qutzam. Lelaki yang betul-betul ikhlas dan terima seorang gadis yang bernama Yusra binti Ahmad seadanya dia. Kalau betul aku pandang pangkat dan harta, aku takkan luahkan perasaan aku pada kau. Malah, aku takkan dekat dengan kau kalau betul aku ni jenis yang pandang harta dunia. Aku juga pernah disakitkan, Yusra. Aku faham macam mana rasa hancurnya hati bila orang yang kau cinta tinggalkan kau. Aku faham apa yang kau rasa. Sebab tulah aku nak jadi orang yang merawat hati kau."

Penjelasan panjang lebar Faaeq membuatkan air mata aku bergenang. Kenapa Faaeq begitu baik pada aku? Betul ke itu nilai diri aku pada dia? Betul ke dia sayangkan aku?

Ya allah, apa jawapan yang harus aku berikan sedangkan perasaan aku ketika ini juga berbolak-balik?

XXX

Apabila rasa sakit itu pernah sama-sama dirasai, kefahaman yang mendalam akan wujud dan akhirnya mencetuskan rasa yang amat bermakna.
-miszhann-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top