Bab 1

"YUSRA BINTI AHMAD!"

Mampos! Mentang-mentanglah nama aku ni mudah sangat nak ingat, sekali dengan nama bapak aku disebut.

Aku baru sahaja selamat landing atas tanah lepas panjat tembok universiti.

Kenapa aku panjat?

Sebab sekarang dah pukul 2 pagi. Asrama aku tutup pagar pukul 12. Memang kena panjatlah!

"Alasan apa pulak kali ni? Saya perlukan jawapan yang lebih munasabah!"

Ishlah pakcik ni! Terjerit-jerit tengah-tengah pagi ni.

"Pak Din tak bolehlah jerit-jerit macam ni. Kesian student lain tengah tidur. Suara Pak Din tu dahlah macam siren tsunami. Kuat betul."

Selamba badak je mulut aku berkata-kata.

Klekuk!

"Aduh!"

Aku memegang kepala aku.

"Sakitlah, Pak Din. Makin hari makin sakit setiap kali Pak Din luku kepala saya. Makan besi ke?"

"Memang aku makan besi sebab aku selalu nampak kau duk panjat tembok ni hari-hari. Kalau warden atau dekan kau tahu macam mana, Yusra? Tak takut kena buang universiti ke?"

"Warden dan dekan takkan tahu selagi Pak Din tak bagitahu mereka yang Pak Din selalu nampak saya panjat tembok ni."

Aku tersengih kambing selepas menjawab pertanyaan Pak Din.

"Suka hati kaulah. Aku faham kenapa kau buat macam ni tapi sampai bila? Patutnya kau bagitahu dekan untuk tolong kau."

"Saya okay jelah, Pak Din. Janganlah risau. Saya kan muda dan gagah lagi. Pak Din pergilah balik pondok. Saya nak masuk tidur. Esok kelas saya pukul 9."

"Yalah. Elok-elok jalan naik tangga."

"Bereh, Pak Din."

Aku mengatur langkah masuk ke dalam bilik.

Pak Din tu adalah pengawal yang jaga blok asrama aku pada waktu malam. Dia mungkin sebaya abi atau muda sikit. Aku pun tak pasti. Tapi yang aku pasti Pak Din tu baik orangnya. Macam abi dah. Selalu juga dia pesan kat aku untuk minta bantuan dekan tapi aku tak nak susahkan orang. Aku masih boleh menggunakan tenaga aku.

Aku masuk ke dalam bilik. Mujurlah rakan sebilik aku dah tidur. Niat aku adalah untuk baring terus di atas katil dan tidur memandangkan kelas aku mula awal tapi...

"Bapak banyak baju dorang nak aku basuh."

Haih!

Aku mengeluh sendiri. Lima bakul bhaii baju kotor depan katil aku. Hrm, nak tak nak aku kena basuh juga.

Selesai tukar pakaian, aku mula membasuh baju-baju itu.

***

Aku tersedar daripada tidur aku sebaik sahaja aku mendengar laungan azan subuh.

Aku membuka mata aku. Ish sakit siut! Apesal cerah sangat ni? Baru subuh kan?

Aku melihat jam di telefon pintar aku. Terbeliak mata aku.

Dah 830 pagi!

Patutlah matahari dah naik! Kelas aku dah lah pukul 9!

Ouh, mesti pelik kan kenapa aku cakap azan subuh?

Sebab alarm phone aku adalah azan! Memanglah aku ingat azan subuh!

Huh!

Aku bergegas untuk siapkan diri. Mamposlah mandi P.Ramlee pun asalkan aku mandi.

Lepas dah mandi kambinglah orang katakan, aku pun ambil barang yang betul-betul penting.

Beg.

Buku nota.

Pen dua batang.

Purse.

Fail.

Phone.

Lepastu aku cau!

***

Tepat pukul 850 pagi, aku masuk ke dalam dewan kuliah. Phew! Mujur sempat!

Dahlah harini first class dengan Prof Jane. Mati aku kalau lambat! Senior semua cakap Prof Jane ni garang yang amat. Macam singa!

Tapi, subjek dialah yang paling ramai dapat A. Kebiasaannya, pensyarah yang paling garang nilah yang paling efektif sekali cara mengajarnya. Bukan semua tapi biasanya.

Aku mengambil tempat di barisan kelima dari bawah. Tinggi sangat tak nampak muka prof. Bawah sangat nak pandang slide kena dongak. Jadi, dah elok sangat dah ni.

Hrm...

Nampaknya Prof Jane macam lambat lagi je. Aku pun apa lagi?

Tidurlah!

Aku meletakkan kepala aku di atas meja. Bagilah aku rehat kejap. Mengantuk weh!

Lena aku tak lama apabila aku dengar bunyi mikrofon petanda pensyarah dah masuk dewan kuliah.

Aku pun dengan malasnya angkat kepala aku. Ya allah, aku nak tidur! Mengantuknyaaaaa! Huwaaaaa!

"Assalamualaikum semua. Jadi harini saya nak buat sesi kenal. Saya akan panggil nama yang ada dalam list saya. Kalau nama kamu disebut, sila bangun dan nyatakan nickname untuk saya panggil kamu dan kamu course apa serta semester berapa."

Ha sudah! Pensyarah aku nak sebut nama seramai 60 orang dalam dewan kuliah ni? Ramai bebenor! Nama aku dahlah huruf Y. Sah-sahlah lambat lagi wehhhhhh!

Jadi, aku rasa aku nak tid--

"Sementara kawan-kawan kamu mengenalkan diri, tolong fokus ya. Saya tak nak ada yang tidur atau bermain handphone sewaktu kelas saya."

--aduh! Prof Jane macam tahu-tahu je aku nak tidur sementara tunggu turn aku.

Adumak! Kena tahan mata jugaklah ni! Barai habis muka aku tahan mengantuk.

Dua puluh...

Tiga puluh...

Empat puluh...

Lima puluh...

Ya Allah, aku orang yang ke lima puluh lima! Padan mukalah siapa suruh nama bermula dari huruf Y. Masalahnya ramai juga yang ambil subjek tambahan sastera ni. Nak jadi macam pendeta Za'ba ke semua ni? Hehehehe!

Hrm, aku nak tidurlah. Macam mana ni? Dahlah mengantuk giler bapak!

"Nur Faaeq Qutzam."

"Saya, Prof."

Mata aku yang daripada tadi berat nak mampos tiba-tiba menjadi segar-bugar apabila mendengar nama itu disebut.

Aku mula tercari-cari pemilik nama itu.

"Prof boleh panggil saya Faaeq. Saya daripada course accounting. Sekarang ni saya semester akhir."

Ouh, dia senior aku. Tapi course yang berbeza.

"Ouh accounting? Kenapa ambik subjek ni sebagai subjek tambahan?"

Tulah tu. Budak akaun tapi subjek tambahan ambil sastera."

"Saya teringin nak jadi macam Shakespere, prof."

Jawapan jejaka itu membuatkan satu dewan kuliah bergema dengan tawa. Prof Jane pun tergelak sama.

"Okay, thank you."

Aku tak nampak muka Faiq tu sebab dia duduk depan sekali. Jarang-jaranglah lelaki nak duduk depan. Tapi dia lain.

Kalau aku approach dia lepas ni aci tak? Dah lah nama tu bukan main sedap.

Nur Faiq Qutzam.

Hrm, macam mana eja Faiq tu?

Faiq?

Faeq?

Faik?

Faaeq?

"Yusra binti Ahmad."

Lamunan aku mati sebaik sahaja aku mendengar nama aku diseru.

Bapak ah! Aku termenung mcm tak ingat dunia.

"Saya, prof."

Aku berdiri sebagai tanda aku menghormati Prof Jane.

"Prof boleh panggil saya Yusra. Saya sekarang degree sastera, semester 6."

"Ouh. Tak lama dah tu nak grad. Nak jadi pengkaji sejarah ke?"

"Erm, more to be like pendeta Za'ba. Hehehehe!"

Prof Jane hanya tersenyum dengan jawapan aku.

"Okay. Boleh duduk."

Aku duduk kembali.

Pendeta Za'ba? Mustahil untuk aku dapat gelaran seperti beliau tapi aku akan cuba untuk menjadi yang terbaik.

Aku terlalu sukakan dengan kata-kata. Aku sangat suka membaca. Aku terlalu taasub untuk mencari apa itu bahasa lebih-lebih lagi bahasa ibunda kita.

"Jadi, untuk kelas kita akan banyak kepada bahasa dan pembentangan serta laporan. Untuk tugasan hari ni, saya nak kamu semua buat satu sajak ringkas mengenai diri kamu semua. Okay?"

"Okay, prof," kata kami serentak.

"Okay, class dismiss."

Prof berjalan keluar daripada dewan kuliah. Ramai juga yang mula beransur daripada dewan kuliah itu tetapi bukan aku. Aku memilih untuk tidur di dalam itu. Sejuk kut. 

Tapi tulah. Dah nama pun Yusra binti Ahmad. Mana boleh lalui hari yang tenang walaupun satu hari.

"YUSRA!"

XXX

Hanya series book 2, start!🥰❣

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top