Bab 3

Jangan lupa vote dan komen!

***

"Abang Yusuf!!!"

Kuat Yumna dan Yazid menjerit dan berlari ke dalam dakapan aku. Aku mendakap mereka. Erat. Ya Allah, aku rindukan pelukan ini.

Pelukan dileraikan dan pandangan aku bersilih ganti pada dua wajah adikku.

"Adik-adik Abang Yusuf sihat?" Soalku sambil kedua tanganku naik mengusap lembut kepala Yumna dan Yazid.

"Sihat!" Jawab Yazid.

"Lagi sihat bila Abang Yusuf balik!" Bukan main teruja suara Yumna.

Aku hanya tersenyum nipis. Kemudian, kami masuk ke dalam rumah. Aku bersalaman dengan Abang Faaeq terlebih dahulu.

"Abang sihat?" Soalku sopan.

"Sihat, alhamdulillah. Yusuf tu. Dah makin segak sekarang ni. Bangga abang tengok Yusuf."

Aku tersenyum mendengar pujian Abang Faaeq. "Haih, bang. Puji lebih-lebih ni, nak apa-apa je? Yusuf takde gula-gula nak bagi abang."

Tawa kami berdua pecah. Faaeq adalah abang terbaik untuk aku. Disebabkan dia, aku dapat rasakan kasih sayang seorang abang. Rasa kasih yang kakak berikan pada aku tu tak pernah kurang tapi, bila Faaeq muncul, rasa sempurna tu mula terasa.

Boleh dikatakan, akulah yang paling beruntung dalam keluarga. Merasa apa perasaan ada kakak, abang, adik lelaki dan adik perempuan.

Oh ya. Tak lupa juga anak-anak buah aku yang comel!

"Yusuf!"

Terus kepala aku berpaling memandang suara teruja yang memanggilku.

"Kakak!"

Kami berpelukan. Lama. Aku betul-betul rindukan kakak.

"Adik kakak sihat?"

Rambut aku dielus lembut. Aku nampak tubir mata kakak mula bergenang. Ah! Aku tak kuat nak tengok kakak menangis.

Tanganku naik menangkup wajah kakak dan ibu jariku diangkat untuk menghapuskan air matanya yang mengalir perlahan.

"Yusuf sihat. Kakak jangan menangis. Yusuf dah balik ni."

"Kakak rindukan Yusuf. Yusuf sama macam abi. Bila kakak tengok muka Yusuf, rindu kakak pada abi berkurangan."

Aku tersenyum. Itulah yang selalu kakak sebut. Dan, sama seperti aku. Kakak sama seperti umi. Setiap kali aku melihat wajah kakak, rinduku pada umi sedikit terubat.

"Yusuf cuti 6 bulan sementara tunggu masuk kerja. Kita borak puas-puas, ya?"

Laju kakak menganggukkan kepala. "Jom makan. Kakak dah masakkan lauk kegemaran Yusuf."

Kami semua ke dapur untuk makan malam. Banyak hal yang aku terlepas tentang perkembangan keluargaku. Si kembar Fatah dan Fatimah juga membesar dengan baik. Yumna dan Yazid juga.

Melihat senyuman yang terlakar di bibir keluargaku membuatkan aku rasa tenang. Boleh dikatakan, aku sangat bersyukur dengan apa yang Allah berikan dalam hidup aku.

Tapi, kenapa masih ada rasa sedikit kekosongan?

***

Asap dihembus keluar daripada rongga mulut. Matanya masih lagi tertumpu ke luar tingkap. Kaki pula bersila di kerusi kereta.

"Jantan semua sama je. Penipu."

Vape dicampak kasar ke tempat duduk penumpang hadapan. Rambutnya yang panjang itu diserabutkan sebelum tangannya laju menghentak stereng kereta sambil berteriak.

"Susah ke nak jujur?!" jeritnya lagi. Tubir matanya yang terasa panas itu mula mengalirkan mutiara jernih yang dia tidak pinta.

Teresak-esak Naira menangis, geram dengan penipuan bakal tunangnya.

Lama dia melayan perasaan di dalam kereta itu sehinggalah dia puas.

Telefon Naira berbunyi. Panggilan itu diangkat.

"Nak apa?"

"Kau ke mana? Vape aku hilang. Kau ambik ke?"

"Bisinglah kau. Aku pinjam kejap je pun."

Gigi diketap. Rahang bergerak ke kiri dan kanan. "Naira Jasmine, kau balik sekarang sebelum aku heret kau."

"Yalah! Semaklah kau ni."

Telefon dicampak kuat dan enjin mula dihidupkan. Pedal minyak ditekan dan pemanduannya dimulakan.

***

Sedang aku memandang kanvas yang bertukar hitam dan dihiasi bulan bintang, satu suara lembut menyapaku.

"Yusuf."

Aku mendongak kejap sebelum kakak duduk di sebelahku.

"Kakak tengok, Yusuf selalu termenung je sejak balik ni. Ada tinggal kekasih ke dekat sana?"

"Ish, kakak ni! Ke situ pulak. Yusuf mana ada sesiapa. Siapalah nakkan Yusuf ni?"

"Aik? Bunyinya macam ada masalah je. Nak cerita apa-apa tak?"

Nafas aku hela perlahan. Fuh! Jujur, aku sendiri tak tahu apa kena dengan aku.

"Kak, apa perasaan jatuh cinta?"

Akhirnya, terluah juga apa yang aku bukukan di hati selama ini. Jujur, aku ingin tahu bagaimana rasa itu.

Kakak menguntum senyum.

"Tak jangka. Cinta tu, sesaat pun boleh datang. Macam kakak dulu. Kakak tak pernah jumpa pun Abang Faaeq tu. Hanya dengan sebaris nama, kakak boleh jatuh cinta. Rasa cinta tu, boleh datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Kadang, tengok orang mengamuk sakan pun boleh buatkan kita jatuh cinta."

Aku terdiam. Fikiran aku mula melayang pada gadis yang memaki hamun kekasihnya di lapangan terbang tempoh hari.

"Kak, cinta tu berdasarkan harta ke?" soalku lagi.

"Bergantung. Kalau cinta yang kita rasa tu terletak pada harta benda, takkan kekal lamalah perasaan tu."

"Habis tu? Kakak cintakan Abang Faaeq sebab apa?"

Ketika itu, aku nampak kakak seperti menahan senyum.

"Sebab dia tu Faaeq Qutzam. Dia tak perlukan harta benda atau pangkat untuk buatkan akak jatuh cinta pada dia. Cukuplah dia jadi diri dia."

Cukuplah dia jadi diri dia.

Ayat itu yang membuatkan aku mengerti situasi gadis tempoh hari. Daripada mata dan sikap kecewanya, aku tahu gadis itu bukannya terluka kerana teman lelakinya bekerja sebagai seorang tukang cuci. Tapi sebab si gadis itu kecewa dia ditipu.

"Yusuf ada jatuh cinta ke?"

Aku terdiam dengan soalan kakak.

Aku jatuh cinta?

Mungkinkah?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top