HG6 ;
( Haerin POV )
Serius aku cakap , apa yang songsaenim ajar kat depan langsung aku tidak dapat fokus . Apa yang ada dalam kepala otak aku adalah kejadian pagi tadi .
" Jung Raon ? " panggil Park Saem .
Aku tersentak . Dengan cepat aku memandang ke hadapan . Mampus aku ..
" Kamu berangan ? " tanya Park Saem . Kini seluruh murid di dalam kelas aku memandang aku .
Aku mengelengkan kepala . Park Saem mengelengkan kepala . Eh Saem , tiru saya ke apa ni ?
" Lain kali fokus .. Kamu tu pelajar cemerlang .. " kata Park Saem . Aku anggukkan kepala dan Park Saem terus sambung dimana dia berhenti .
Aku mengeluh . Aku memandang ke tepi . Min Yoongi memandang aku . Aku cuba membaca gerak bibirnya dan aku dapat baca .
" Rehat dengan kau ? " kata aku sendiri . Aku angkat bahu dan cuba fokus apa yang Park Saem ajar .
---
" Haemin ! " panggil seseorang .
Aku memusing ke belakang . Siapa berani sebut nama betul aku tu ? Seluruh sekolah tidak tahu nama sebenar aku . Aku nampak Yoongi tengah lari ke arah aku . Ooo .. Dia rupanya yang panggil nama aku . Siap kau Min Yoongi !
" Haemin-ah .. Tunggulah aku ! " kata Yoongi .
Aku memandang Yoongi yang tercungap-cungap kerana mengejar aku . Aku tak suruh dia kerja pun . Padan muka .
" Kau ! Kenapa panggil nama sebenar aku ?! " jerkah aku . Yoongi terkejut tapi dia kawal reaksi mukanya .
" Saje . Lagipun nama tu comel . " kata Yoongi dengan selambernya . Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar .
Aku mencubit lengan Yoongi . Yoongi mengerang kesakitan . Baru puas hati aku ! Aku sambung perjalanan aku ke kantin . Yoongi jalan di sebelah aku . Dan apabila sampai di kantin , secara tertiba langkahku berhenti . Begitu juga dengan Yoongi .
" Wae ? " tanya Yoongi . Aku cuba menahan sebak dan sakit di hati . Sejujurnya aku jeles .
" Jimin and Sana ? " tanya Yoongi lagi . Aku mengelengkan kepala .
" Then ? " Yoongi bertanya lagi .
Aku cuba untuk senyum . Tapi itu adalah senyuman palsu yang aku jarang beri . Dan beri apabila aku ada masalah .
Tiba-tiba Yoongi menarik tangan aku dan pergi dari situ . Aku hanya ikut sahaja ke mana yang Yoongi pergi .
" Kau duduk sini . Aku belikan makanan . " Yoongi melepaskan pegangannya dan beredar dari situ .
Aku memandang ke hadapan . Bukit di belakang sekolah . Kenapa selamani aku tak pernah tahu bukit ni ada ? Angin sepoi-sepoi bahasa amat aman dan tenang . Di sini ke tempat selalu Yoongi pergi ?
Dalam lebih kurang 15 minit gitu , Yoongi datang balik . Roti dan sebuah air kotak Yoongi berikan kepadaku .
" Aku tahu kau tengok Jimin dan Sana tadi .. " Yoongi memulakan bicara .
Aku cuma diamkan diri . Mulut berat nak bercakap . Biarlah hati berbicara . Yoongi memegang bahu aku . Mata Yoongi memandang mata aku .
" Aku tahu kau kuat . Even perangai kau brutal , kau tetap perempuan . Dan perangai brutal kau ni bukan salah kau , itu semula jadi . " Yoongi berkata dengan penuh semangat .
" Tak .. Aku tak boleh .. Jimin suka ke dengan perangai aku ni ? Bukankah ideal type ni dia nak perempuan yang ayu ? " aku cuba mengawal suara aku . Tanpa aku sedari , air mata aku mengalir membasahi pipi .
" Kau boleh .. Cuba kau ubah penampilan kau ? " kata Yoongi lagi . Sekali tu Yoongi mengesat air mata aku .
Aku terkesima .
" Ubah penampilan ? Tengoklah dulu .. " aku tak naklah nampak yang aku ni beria cintakan Jimin . Biarlah Yoongi dan aku sahaja yang tahu .
Loceng sudah berbunyi menandakan waktu rehat sudah aku . Aku bangun dari duduk dan menepuk-nepuk seluar aku . Tangan aku dihulurkan . Yoongi memandang aku dan menyambut huluran aku . Aku tersenyum .
" Khaja .. Nanti Saem marah pula .. " kata Yoongi . Aku menganggukkan kepala dan beredar dari situ bersama Yoongi .
---
Sampai dirumah setelah habis waktu sekolah . Aku merebahkan badan di atas katil . Kata-kata Yoongi berlegar di kepalaku .
Ubah penampilan ?
Mampu ke aku ? Kerana aku sudah terbiasa dengan penampilan ni . Pintu bilik aku diketuk . Dan aku lihat Taehyung oppa berdiri di pintu .
" Nak apa .. " kata aku dengan malas .
Taehyung oppa duduk di sebelah aku . Daripada baring aku duduk .
" Kenapa ? " aku bertanya sekali lagi .
" Amugeoto aniya .. " kata Taehyung oppa .
Suasana senyap ketika .
" Oppa .. " aku memanggil Taehyung oppa .
Taehyung oppa memandang muka aku .
" Wae ? " tanya Taehyung oppa pula .
" Haemin cintakan seseorang .. Tapi Haemin rasa dia tak suka penampilan Haemin .. " aku berterus-terang dengan Taehyung oppa .
" Siapa lelaki itu ? Bertuah dia dapat adik . " Kata Taehyung oppa . Aku melentokkan kepala aku di bahu Taehyung oppa .
" Kalau Haemin ubah penampilan , dia perasan ke ? " tanya aku dengan nada sayu .
" Oppa pun tak tahu .. " Aku mengeluh . Mungkin aku patut tunggu lama sedikit baru aku ubah penampilan aku .
---
( Jimin POV )
Satu hari aku bersama Sana . Aigoo dia comellah . Senyuman dia , cara cakap dia , penampilan dia .. Buatkan aku hampir jatuh cinta .
Dan baru aku sedar , satu hari aku tak nampak Raon . Di dalam kelas pun aku tak nampak apetah lagi waktu rehat .
Aku mengetuk kepala sendiri . Memanglah dalam kelas kau tak nampak , sebab kau bukan sama kelas dengan dia .
Aku tersenyum bila ingatkan wajah Sana . Macam bidadarilah ..
" Tak rasa awal ke kalau aku cakap aku suka kat dia ? Tapi tak pe .. Aku akan pikat dia ! " kata aku sedirian .
" Esok nak jumpa dialah ! " aku menyambung kerja sekolah aku yang tergendala tetapi terbantut kerana telefon aku bergegar .
Raon Brutal 🐯
Jimin-ah , esok kau free ?
Seen ✅✅
Aku hanya tinggalkan seen kepada Raon . Tapi aku dapat sekali lagi mesej daripadanya .
Raon Brutal 🐯
Tak pe kalau kau sibuk .. Aku just tanya sebab Hoseok oppa yang suruh tanya .
Chimchim♡
Aku rasa free . Kenapa ? Hoseok hyung nak ajak keluar ke ?
Raon Brutal 🐯
Ya .. Tapi kau mesti sibukkan ? Sokay . Kitorang faham .
Chimchim ♡
Eh ! Tak ! Aku free ! Esok aku gi rumah kau .
Seen ✅✅
Aku meletak kembali telefon aku di tempat asal . Esok Hoseok hyung ajak keluar . Ajak Sanalah !
Chimchim ♡
Sana-ahhhh , esok awak free tak ?
Tak sampai 5 minit , Sana balas mesej aku .
Sanakiutmiut 💕
Ye Jimin ? Free . Kenapa ?
Chimchim ♡
Esok jom , ikut saya dengan Raon keluar ! 🙏
Sanakiutmiut 💕
Eh tak pe ke ?
Chimchim ♡
Tak pe .. Raon tak kisah .. Esok saya pergi rumah awak .
Sanakiutmiut 💕
Arraseo ! ♡
Alamak dia send lovelahh . Cair ni cair . Haih .. Terus tiada semangat nak buat kerja sekolah lepas chat dengan Sana . Jari aku pantas membalas chat Sana sehinggalah lewat malam .
X
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top