HG5 ;

( Haemin POV )

Aduh sakitnya badan aku main bola petang tadi . Aku baring di atas katil dan mencapai telefon aku .

Gambar Jimin aku jadikan sebagai wallpaper . Salah satu kenapa aku tak bagi dia buka telefon aku . Nanti dia curiga .

Meja solek aku berhadapan dengan katil aku . Aku memandang diri aku di cermin . Penampilan aku , gaya aku , perangai aku , adakah Jimin suka ?

" Park Jimin . Lelaki yang pertama buat aku jatuh cinta . " kata aku kepada diri aku sendiri .

Pintu bilik aku diketuk . Aku bingkas bangun dan membuka pintu . Wajah Hoseok oppa muncul di hadapan pintu .

" Waeyo oppa ? " soal aku .

" Tak nak bagi oppa masuk ke ? " Soal dibalas dengan soal . Niceu !

Aku membuka sedikit pintu dan memberi haluan kepada oppa . Pintu bilik dibiar terbuka . Aku dan Hoseok oppa duduk di atas katil .

( Hoseok POV )

Aku memandang wajah adik aku sorang je . Even dia tomboy , dia tetap perempuan .

" Oppa kenapa ? Ada masalah ke ? " soal Haemin .

" Kenapa Jimin panggil Haemin , Raon ? " Aku bertanya balik .

Itu soalan yang aku hendak tanya dari petang tadi . Aku cuma curious . Bukan apa , sesedap nama Haemin kenapa nama Raon juga Jimin panggil ?

Haemin berdiri di jendela . Aku berdiri di sebelah dia . Aku dengar Haemin mengeluh .

" Oppa tahu tak .. Haemin sekarang tengah jatuh cinta .. Tapi Haemin tak sanggup nak beritahu orang tu yang Haemin cinta kat dia .. " Haemin mula membuka cerita .

" Tapi , Haemin jadi macam ni sebab Haemin tiada seorang ibu . Haemin bukan nak salahkan Omma . Tapi , disebabkan Haemin membesar dengan oppa , Taehyung oppa dan appa .. Itu yang membuatkan Haemin jadi macam ni . Haemin bukan seperti perempuan lain . Yang minat shopping , keluar sana sini . Haemin teringin nak jadi seperti mereka . Tapi Haemin tak boleh . Jung Raon . Sedapkan nama tu ? "

Aku memandang langit . Siapakah lelaki yang telah mencuri hati adik aku ? Ye . Aku masih ingat lagi waktu sebelum omma menghembuskan nafas terakhir .

" Pesakit ini lemah .. Encik kena pilih sama ada isteri encik atau anak encik . " kata doktor itu .

Aku pada ketika itu baru berumur 17 tahun manakala Taehyung berumur 16 tahun . Aku memandang appa . Aku tahu appa dalam dilema .

" Hyung .. Adakah omma akan tinggalkan kita ? " soal Taehyung .

Aku memandang Taehyung lalu memeluknya .

" Encik kena buat keputusan sekarang . Isteri encik bertarung nyawa di dalam itu . " kata doktor itu sekali lagi .

" B-bagi saya jumpa isteri saya . "

---

Mr.Jung masuk melangkah ke dalam wad persalinan . Mr.Jung mengenggam tangan isterinya . Mrs.Jung mengalirkan air mata .

" Y-yeobo .. Tolong selamatkan H-haemin .. " kata Mrs.Jung dengan suara tersekat-sekat .

Mr.Jung mengelengkan kepala . Dia tak sanggup nak lepaskan isterinya .

" Andwae jagi-ah .. Saya sayangkan awak .. "

" A-anggaplah Haemin itu saya .. K-kelahiran semula .. Y-yeobo jebal .. S-s-selamatkan H-h-haemin .. "

Mr.Jung diam sebentar . Dia menatap wajah Mrs.Jung buat kali terakhir . Akhirnya Mr.Jung membuat keputusan untuk menyelamatkan Haemin .

Haemin mencuit bahu aku . Aku tersentak . Tanpa aku sedari , air mata aku jatuh .

" Oppa waeyo ? Kenapa oppa nangis ? " Soal Haemin dengan nada risau .

" Haemin sambunglah cerita .. " aku cuba menukar topik tapi Haemin mengelengkan kepala .

" Tak naklah .. Sakitkan diri sendiri je .. Harini Haemin nak tidur dengan oppa boleh ? " pinta Haemin .

Aku menganggukkan kepala . Haemin tersenyum kegembiraan.

" Oh ya ! Oppa lupa nak cakap yang Haemin kenal jiran sebelah tu ? Dia minta temankan anak dia pergi sekolah. Dia satu sekolah dengan Haemin . "

" Ok ! Now kita tidur !! "

---

( No one's pov )

Keesokkan harinya Haemin sedang bersiap-siap untuk pergi ke sekolah . Haemin duduk di kerusi makan .

" Morning appa .. "

Mr.Jung tersenyum dan menghidangkan nasi goreng . Haemin dengan cermat mengambil sudu dan makan .

Ting , tong !

" Haemin , pergi tengok siapa tu .. " arah Mr.Jung kepada Haemin .

Haemin menganggukkan kepala . Haemin menuju ke skrin yang terletak di ruang tamu .

" Appa ! Ni siapa ? " soal Haemin .

Mr.Jung pergi ke depan dan melihat siapakah itu .

" Ahh .. Ni jiran sebelah .. " kata Mr.Jung .

Mr.Jung menekan punat untuk membuka pintu . Maka masuklah seorang wanita dan seorang perempuan .

" Eo ? Omma ? " kata Haemin .

Mr.Jung mengerutkan dahi . Dia memandang wanita tadi . Wanita tadi tersenyum manis dan wanita itu adalah Ms.Kim .

" Raon-ah .. Apa khabar ? " tanya Ms.Kim .

" Baik je omma .. " kata Haemin .

Walaupun ibu kandungnya sudah tiada , dia cuba untuk memanggil Ms.Kim omma walaupun kekok .

" Raon , ni anak omma .. Nama dia Minatozaki Sana .. Dia kacukan .. Suami omma dah lama tinggalkan kami .. " kata Ms.Kim dengan nada yang semakin lama makin sayu .

" Annyeonghasaeyo .. Minatozaki Sana .. " Sana menghulurkan tangan .

Haemin menyambut salam Sana . Haemin menunjukkan senyuman yang paling manis . Yelah kalau masam , dikatakan sombong pula . Haemin tak naklah Mr.Jung dapat malu disitu .

" Jung Raon .. Selamat berkenalan .. " balas Haemin .

Ting , tong !

Sekali lagi loceng rumah dibunyikan . Kali ni Jimin . Haemin tersenyum lebar . Dengan cepat dia menekan butang untuk membuka pintu .

" Jimin !! " jerit Haemin .

Badan Jimin dipeluk . Jimin terkejut dengan tindakan Haemin .

" Kau kenapa ? Nyanyuk ? Sawan ? Ke gila ? " kata Jimin .

Amboi sedap kata kau je cakap macam tu . Haemin mencebik .

" Saje . Kenapa tak boleh ? Lagi pun bukan kau tak pernah peluk aku pun . " Balas Haemin balik.

Tiba-tiba mata Jimin menangkap seseorang . Iaitu Sana . Jimin menyiku lengan Haemin dan bibirnya menunjuk Sana .

" Tu siapa ? " tanya Jimin . Haemin memandang siapakan gerangan yang Jimin tanyakan .

" Itu Minatozaki Sana . Dia kacukan . Dia akan pergi sekolah dengan kita mulai sekarang . " Jelas Haemin . Wajah Jimin menunjukkan dia suka .

Jimin tersenyum bila tengok muka Sana ..

Haemin mengerling jam di tangan . Sudah pukul 8.15 a.m. . Sekolah bermula pada pukul 9 dan tamat pada pukul 4 .

" Appa .. Kami pergi sekolah dululah .. " Haemin menyalami Mr.Jung dan Ms.Kim . Begitu juga dengan Sana .

---

Dalam perjalanan ke sekolah masing-masing mendiamkan diri . Selalunya Haemin akan bising tapi hari ni dia diam tidak terkutik . Tiba-tiba Jimin berdiri di sebelah Sana . Senyuman manis sehinggakan eye smilenya nampak diberikan .

" Annyeong ! Saya Park Jimin ! Jiran awak depan rumah si Raon tu ! " kata Jimin dengan nada gembira . Rasanya terlampau gembira tu .

" Jimin .. Saya Sana .. " Sana tersenyum malu . Haemin disebelah Sana memandang ke tempat lain .

Tiba-tiba Jimin berhenti , membuatkan Haemin dan Sana berhenti juga . Tangan Jimin tertiba mengusap kepala Sana . Terkejut beruk Haemin dibuatkannya .

" A-apa awak buat ? " soal Sana .

Jimin senyum . Dia mengelengkan kepala dan teruskan berjalan . Haemin memandang Jimin dan Sana yang berada di depan . Hatinya rasa sakit .

Jimin tak pernah gembira sampai begitu sekali . Haemin cuba senyum tapi dia tak boleh . Bahu Haemin ditepuk oleh seseorang .

" Budak tomboy .. Kau buat apa kat sini ? " sergah orang itu .

Haemin menjeling orang itu . Lalu ditepuk tempat yang orang itu tepuk .

" Kau nak apa Yoongi ? "Soal Haemin .

Yoongi memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya kemudian matanya memandang Jimin dan Sana yang sudah jauh dihadapan mereka . Kemudian dia memandang Haemin .

Yoongi merendahkan dirinya kerana Haemin pendek . Lols . Haemin kebelakang sedikit .

" Kau .... Cemburu kan ? " soalan cepumas Yoongi berikan .

" Aniyo ! Kau ni memandai je ! " nafi Haemin .

Yoongi senyum sinis . Tangannya mengusap rambutnya ke belakang . Kemudian dia memeluk bahu Haemin .

" Apa ni lepaslah ! " marah Haemin . Sejujurnya dia tak suka orang berbuat begitu . Kecuali Jimin dan keluarganya .

" Kau boleh tipu dengan mulut tapi hati .. Kau tak boleh tipu . Jangan sampai suatu hari , Jimin jatuh ke tangan si budak perempuan tu . Baru kau nak rasa menyesal . But don't worry , aku sentiada ada di sisi kau kalau kau nak tahulah . " kata Yoongi .
Haemin terus diam . Betul kata Yoongi . Tapi dia tak mampu . Kerana , adakah Jimin sukakan dirinya ?

X

Rajin pula taip panjang² . Idea banyak .

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top