HG39

Aku terjaga dari tidur akibat perut aku semakin sakit dari semalam . Aku melihat jam di dinding . Aku bangun pada pukul 3 pagi . Aku menekan perut aku sedalam mungkin .

Sakit dia makin bertambah dan kuat sehinggakan aku rasa nak pengsan sekarang ni . Aku segera mencapai pil perancang .

Ketika aku hendak makan pil tersebut , satu tangan segera memegang tangan aku . Aku memandang Jimin .

" Apa Haemin cuba buat ni ?!?! " tengkingnya .

Aku memandangnya dengan pandangan sayu . Aku cuba jelaskan namun tak boleh kerana sakit di perut bukan kepalang .

Aku merentap tangan aku dan terus memakan ubat tersebut . Jimin memandang aku seperti tidak percaya.

" H-haemin b-bunuh anak kita ? " tanya Jimin dengan gagapnya .


" A-aniya op--- "


" Sampai hati Haemin !! Chim gembira sebab Chim dah lakukan dengan Min tapi ini Min lakukan. ?! Makan pil perancang ?! Tapi kenapa ?!?! " marah Jimin tambah pula dia tengah menangis .

Aku ingin memeluknya namun pandangan aku menjadi gelap dan aku rebah di atas peha Jimin . Jimin menjadi cemas apabila melihat Haemin tertiba baring di pehanya .

" Min ? " Jimin cuba mengejut Haemin namun Haemin tidak bangun dari pehanya .

Tiba-tiba Jimin terus menukar pakaiannya dan mengangkat Haemin keluar dari bilik homestaynya . Jimin memandang kiri dan kanan . Masih adakah teksi pada waktu ini ? Jimin ternampak teksi terus menahannya .

" Hospital Jeju juseyo .. " kata Jimin dengan gelisahnya .


Wajah Haemin diusap banyak kali . Jimin baru sedar muka Haemin terlampau pucat seakan dracula .

" Jebal Haemin .. Jangan tinggalkan Jimin .. " kata Jimin kepada Haemin yang tidak menyedarkan diri itu .

Pemandu teksi itu berhenti di wad kecemasan . Jimin terus keluar dari teksi tanpa membayar kerana nyawa Haemin lebih penting dari tambang teksi .

" Help me ! Tolong isteri saya tak sedarkan diri ! " jerit Jimin .


Orang ramai mula melihat Jimin . Beberapa jururawat dan doktor berlari ke arah Jimin . Haemin di letakkan di atas katil beroda. Seorang doktor perempuan memeriksa nadi Haemin .

" Doktor Denyutan nadi dia rendah . " kata doktor perempuan itu .

" Okey encik . Ceritakan apa yang berlaku . " kata doktor lelaki yang bernama Lee Jong Suk .

" Dia pengsan lepas makan pil perancang .. " kata Jimin .

Jong Suk mengerutkan dahi apabila Jimin berkata begitu .

" Shin Hye , bawa dia ke ruang ICU . Ambil imbasan CT di bahagian ovari dia dan hantar ke saya ASAP ! " selepas sahaja Jong Suk memberi arahan kepada doktor perempuan tadi yang bernama Shin Hye , Shin Hye bersama beberapa jururawat lain menolak katil Haemin pergi ke ruanh ICU .

" Encik sila tunggu sebentar . Kami akan lakukan pemeriksaan ke atas isteri encik . Harap encik bersabar . " kata Jong Suk kemudian dia berlari ke ruang ICU .

Jimin terduduk di kerusi yang disediakan . Beberapa orang mula cam muka Jimin . Jimin  menghiraukan mereka .

" Psss itu Jimin dari BTS kan ? Perempuan tadi isteri dia kan ? "


" Haahlah . Kenapa Jimin nampak frust ? "


" Kenapa Haemin eonnie masuk hospital ? "


" Aku dengar Jimin cakap Haemin eonnie pengsan lepas makan pil perancang . "


" Dia tak nak anak ke ?! "


" Sampai hati dia buat begitu ... "



Jimin terus bangun dan beredar dari situ kerana dia tak tahan dengan bisikan syaitan di situ . Jimin menuju ke bilik air . Mukanya dibasuh . Jimin menitiskan air matanya . Mujurlah tiada siapa di situ .

Tertiba bahu Jimin terasa disentuh . Jimin memandang cermin dan menunjukkan pantulan dirinya dan diri ... Yoongi .


Jimin memusing belakang . Yoongi hilang . Apabila Jimin memandang cermin di hadapannya . Jimin ternampak satu tulisan .




" Haemin .. Yoongi .. "



Jimin mencabut sticky notes tersebut dan baca . Sungguh dia tak faham dengan semua ini . Apa yang Yoongi cuba sampaikan ?

---

Sudah 3 jam Jimin tunggu di hadapan ICU . Namun Jong Suk mahupun Shin Hye tidak keluar dari situ . Jimin kejap bangun kejap duduk kejap jalan kiri dan kanan . Hati dia rasa tak tenteram . Seakan ada benda buruk akan berlaku .

Pintu ICU dibuka dan Jimin ternampak Jong Suk keluar dari situ . Jimin memandang muka Jong Suk .


" Isteri saya macam mana doktor ? " tanya Jimin .


Jong Suk diam . Jong Suk memandang anak mata Jimin . Bahu Jimin ditepuk dan digenggam .

" Encik .. Saya harap encik bertenang .. Isteri encik .. ada kanser ovari tahap 4 " kata Jong Suk teragak-agak .

Jimin membuntangkan mata . K-kanser ovari ?

" Doktor jangan memain ... "


" Saya tak main .. Ini kenyataan .. Isteri encik amat lemah sekarang ini .. Sebab itu dia makan pil perancang .. Sebenarnya untuk rawat kanser ini dengan melahirkan anak namun .. Kanser ini merebak dengan cepat dan kanser ini juga pembunuh secara diam. " terang Jong Suk .

Jimin rasa kakinya macam sudah tiada . Lemah macam jelly . Jimin terduduk di situ . Apa salah dia sampai dia diberi ujian sebegini ? Dia baru sahaja hendak bahagia bersama isteri tercintanya . Namun tak sampai sebulan dia berkhawin dengan Haemin .

" B-boleh saya jumpa dia ? " tanya Jimin .

Jong Suk anggukkan kepala . Dia faham keadaan lelaki itu . Jimin memakai segala kelengkapan dan mencari katil Haemin . Luluh hati Jimin apabila melihat Haemin bernafas menggunakan alat bantu pernafasan .

" Sayang .. " tangan Jimin mengenggam tangan Haemin . Jimin hampir nangis melihat keadaan Haemin begitu . Jimin duduk di kerusi yang hospital sediakan .

" Sayang .. Kenapa sayang buat begini ? " tanya Jimin . Sebak rasa di dada .

Haemin tidak menyedarkan diri . Dia terpaksa bergantung pada mesin .


" The promises we made disappeared .. " kata Jimin perlahan ..


" Sayang kata nak hidup semati dengan Jimin tapi Sayang kenapa buat Jimin terseksa ? " tanya Jimin .


" Kenapa sayang ? Wae ? Please say something .. " kata Jimin lagi .


Jimin mengharapkan balasan daripada Haemin namun Haemin tidak menyedarkan diri bagaiman Haemin hendak balas pertanyaan Jimin . Jimin menyembamkan mukanya di lengan Haemin . Satu hari ini dia nangis sahaja .


" Please .. Jangan tinggalkan Chim ... "



X

Yeah ! 1 part lagi and tamatlah cerita ini ! Aku terlebih excited nak ending HOHO . Anda semua dapat jangkakan ending dia bagaimana ?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top